Janda Ayah Tiriku Peneman Adikku (Part2)

Hi, assalamualaikum warga fs.. terima kasih admin sbb sudi siarkan kisah sy..ingat sy lagi tak? Sy ada post tentang janda ayah tiri ku peneman adikku..sy ada baca jugak komen2 yg ada. Ada yg tanya, apa terjadi pada janda tu? Kenapa mak sy lepas dia macam tu je? Sebabnya, orang yg membela ni, selagi dia tak puas hati, dia akan datang lagi. Lagipun, mak sy kenal dia tu. Dia pun datang jenguk dikala rindukan ayah tiri sy je. Tak ada laa teruk sangat dia buat. Manja2 je.. hehe..sampailah ayah tiri sy berbaik semula dengan janda dia, lepas tu dia dah tak ganggu lagi. Berbaik bukan makna merujuk semula. Berbaik demi anak2..

Janda dia dapat ilmu mungkin dari neneknya. Nenek dia pun membela..ada 1 kes yg sy pernah dengar, 1 hari tu,nenek dia nazak. Dh macam nk meninggal..tiba2 nenek dia hilang masuk hutan. 2 minggu lepas hilang, nenek tu balik semula dengan keadaan yg sihat walafiat, segar bugar. kalau nak tau, umur nenek dia dh cecah 100 tahun..dan, klau nk tau siapa sbenarnya nenek tu, cubalah buang belaan dia..takut2 nanti 1 kampung bau busuk mayat reput.. hehe..jadi, mak sy tak ambil port sangat dgn janda tu setakat manja2 sbb mak sy pernah kena lebih teruk dari tu. Yg tu nanti sy cerita. Panjang2 nti penat nk membaca..hehehe..

ok lah, atas permintaan, sy akan ceritakan tentang siapa yg sayang sy tu.

Ceritanya begini:
Masa sy kecik2 dulu, sy dijaga oleh babysitter yg sy panggil mami.. mami jaga sy sehingga sy berumur 8 tahun. sebab masa umur sy 8 tahun, mami melahirkan anak bongsunya. Jadi, emak sy tak mau menyusahkan dia..mak sy cerita, ada 1 hari ni dia pelik, knp mami dok berkurung dgn ibu. Ibu ni, adalah kenalan mami. Rupanya, ibu ni lah yg menurunkan ilmunya pd mami. Kalau nk tau, ibu ni ada menyimpan janin yg diawet mungkin utk tujuan pemujaan.

Kes pertama terjadi apabila mak sy melahirkan adik sy yg no.2.. masa tu arwah ayah sy buat jamuan kecil di pejabat. Jdi, mak sy buat pulut kuning. Ayah sy terlupa nk menjemput mami ni ke kenduri kami cuma, suami mami ni rakan sekerja arwah ayah sy yg bgtau arwah ayah sy buat pulut kuning kt pejabat. Bermula dri situ, setiap 12 tengah malam, adik sy menangis tak henti2 sampai subuh..sampailah 1 hari tu, mami dtg rumah melawat adik sy. Mami sy dukung, baru adik sy tido.. start dri malam tu, tiap kali adik sy menangis, mak sy kena dukung baru dia tido..jadi, sampai ke pagi laa mak sy kena dukung adik sy..

Macam yg sy cakap, makcik sy ni boleh menurun..tp masa ni kami tak tau apa2 lagi sbb tak ada pengalaman lagi..jd, 1 malam ni mkcik sy tido kan adik sy di buaian, msa ni makcik sy datang bermalam di rumah sy. tiba2 mkcik sy bercakap sorang2. Ni dialog dia dgn mak sy:
MK: aku nak jaga budak ni (adik) dh lama aku nak jaga budak ni. Tp tak dapat!
(kebetulan msa tu anak sepupu sy ada skali, dia panggil mak sy, dia cakap “tok teh! Tok teh! Tok tak sedar ni!” Maknanya tengah menurun)

M: kau sape?! Ape kau nak?!
MK: Aku dh lama nk jaga budak ni. Tapi mu tak bagi! Aku ada datang baru ni, budak ni nk tido dukung macam yg aku dukung. (Korang dpt agak tak, sape dia?)
M: Oooooo..selama ni, kau la yg kacau anak aku?!
MK: yer laa..aku laa.. aku nk marah sebab mu buat pulut kuning tak ajak aku! Mu tak ajak tak ape laa..tapi bagi la aku sepinggan! Aku nk pulut kuning tu..aku suka!
M: minta maaf laa, sy tak ingat. Bukan sy tak nak jemput, tapi memang betul2 tak ingat. Dh tu, kenapa kacau anak sy?
MK: aku memang suka budak2.. kalau aku baru lepas jamu, (makan pulut kuning) aku kuat. Tapi aku tak leh duduk rumah ni lama2, aku panasssss.. aku nk keluar.. (mmg la panas sbb rumah dh kena pagar) aku janji aku tak datang dah..
M: oooo..tau panas?! Sbb ape panas dduk rumah ni?
MK: sbb mu pagar rumah mu ni. Aku tak tahan!
M: kalau tak bagi keluar?
MK: m**i laa akuuuu!! Bagi aku keluar!! Aku nk keluar!! Aku panas!! Aku panasssss….
M: keluar je la nak keluar!
MK: bagi aku beras dgn kunyit!

Bila dh dapat beras dgn kunyit, dh tabur sebiji rumah, dia baring depan pintu rumah. Baru laa dia keluar..bertitik tolak dri peristiwa ni lah, setiap kali mak sy melahirkan adik2 sy, mesti kena kacau. Kadang2 mami yg datang, kadang2 ibu yg datang. Kena tanyalah, ni ibu ke mami? Kalau ibu, tunjuk cara ibu..lepas dari tu, tiap kali ada kenduri, sy akn jemput mami..tp jemput pn dia kacau jugak..haha.. so, perkara ni dh jdi kebiasaan pd kami.. ada lagi peristiwa2 yg dia datang mengacau..sampai nk dibotakkan kepala, bg minyak m**i anak.. nanti sy cerita lain.. panjang dah karangan nih..

Jadi, nk tahu siapa yg sayang sy? Mami sy laa..sbb dia jaga sy dri kecil..dalam keluarga sy, sy sorang je yg dia tak kacau..dia dh anggap sy macam anak dia sendiri..nti ada masa, sy bagi beberapa tips macam mana nk kenal pelesit, macam mana nk manfaatkan benda ni.. yg sy tau pelesit je lah sbb dia bela pelesit.. hehe.. sampailah sy bawa mami sy berjumpa dgn sorang cikgu ni yg pandai scan orang..dengan cikgu ni pun ada cerita tersendiri.. sekian dulu cerita dari sy.. bila admin dh post citer ni, sy hantar sambungan pulak..terima kasih sbb sudi baca pengalaman sy..

==============================

Sambungan…

Hi, assalamualaikum warga fs.. terima kasih admin, sudi siarkn lagi cerita sy.. mesti ada yg tak puas hati kan, kenapa laaa baik sangat dgn org yg membela macam ni? Mak sy cakap, biarlah itu antara dia dgn Allah..dia mensyirikkan Allah pun dh satu dosa..jdi, sy nak sambung cerita yg ke-3.. admin, sy post je la ya citer sy smpai hbs.. nti admin tgk la mna part 1, part 2, part 3 dan seterusnya.. hehehe..

kali ni sy nk citer pasal adik no.3 sy diganggu.. time ni, mak sy baru beberapa bulan je melahirkan adk sy ni..nk tnya dlu, siapa2 lah yg ingat lagi, pernah sekali tahun 90-an, 1 malaysia blackout.. time ni lah, “benda” tu buat hal.. dlm 2-3 hari sbelum tu, setiap kali lepas maghrib, adik sy menangis sampai tutup mata kesian tgk dia. Mak sy dh syak dh, ni mesti angkara mami..mak sy panggil makcik sy, datang rumah. nak dijadikan citer, mlm blackout tu jugak la, makcik sy kena rasuk..oh, lupa pula.. masa ni, bukan makcik sy je yg ada, arwah toki saudara sy (toki leman) arwah boleh mengubat, toki sy & arwah nenek sy..

Dialognya macam ni.. (macam dalam kisah berdialog dgn jin pula..hahaha..) macam biasalah, M mewakili mak sy, MK mewakili makcik sy yg sedang menurun a.k.a dirasuk, TL mewakili toki leman, MN mewakili makcik nah.
MK: ehmmmmm.. panasnyeeee.. heh, aku panas duduk sini!!
M: Haaaaa… dia mari dah, dia mari dahhhh…. siapa ni?!
MK: aku la ni… (selain dari mami, ada juga ibu yg datang, tp cerita ibu tu sy tak ingat sebab 1-2 kali je dia datang. Sebab tu kena tanya dulu, siapa yg datang? Kalau ibu, dia akan bagitau, “ni ibu”. Kalau mami, dia akan cakap “aku la ni”. So, sy cerita part mami je lah..)
M: dh tau panas, buat ape mu datang?!

MK: aku sukaaaaa…ehmmmmmmm…
M: Ni apa benda ni? (mak sy tunjukkan sebotol minyak. Botol tu mnyak kayu putih cap burung kakak tua, dalam minyak tu ada jarum & perca kain warna coklat)mu ke yg letak ni kat celah pokok aku?! (minyak tu mak sy jumpa celah ranting pokok bunga tepi rumah. Waktu tu mak sy memang suka menanam pokok bunga)
MK: yaaaaa.. aku la yg letak.
M: minyak apa ni?!
MK: aku tak nak bagitau!!
M: oooo..mu tak nak bagitau.. mu nak aku cili mulut mu baru mu nak bagitau ke?!
(Ok, time ni mak sy suruh sy pegi ambil cili api kat dapur.. dah la tengah blackout, gelap gelita, sy dah la penakut..hahaha.. tp terpaksa jugak lah gagahkan diri masuk dapur ambil cili)
M: sekarang ni, mu nak bagitau ke tak nak?! (Ugut mak sy sambil pegang cili)
MK: jangan cili mulut aku!! aku tak nak masuk hospital!!
M: mari aku nak bagi mu rasa sikit (sambil mak sy picit cili api kat mulut makcik sy)

MK: hooooo… panasss!! Panasss!! Sudah..sudah!! M**i la aku!!
M: hah, bagitau ni minyak apa!
MK: tu, minyak m**i anak!! (Kalau tak salah sy, minyak m**i anak @ minyak m**i b***h)
M: mu buat dengan apa minyak ni? Untuk apa minyak ni?!
MK: aku buat dengan air b***t aku laaaa..aku buat sebab aku nak mu baloh (gaduh) laki bini!
M: sebab apa mu buat aku macam tu?
MK: sebab aku tak suka tengok mu bahagia!
M: ooooo..dengki la ni.. toki leman, macam mana kita nk buat ni? Nak ajar ke dia ni?
TL: boleh.. kita botakkan kepala dia..

M: hah, macam mana? Nak botak ke? Toki leman boleh buat..
MK: tak naakkkk!! Aku tak nak!! Nanti botak aku malu!!
M: ooooooo..tau malu?? Habis, mu buat ni, tak malu ke??!
MK: aku tak nak daahhh.. aku nak balik!! Aku nak balik!!
M: buat apa mu nak balik?? Mu kan suka datang sini??
MK: aku panasss…
M: aku tak nak bagi mu balik lagi. Mu kena tolong aku dulu..
MK: tolong apa?
M: kakak, pegi panggil cik nah datang sini.
(ok, masa ni, mak sy suruh sy panggilkan kawan baik mak sy a.k.a jiran sy datang rumah. Untuk pengetahuan, kawan mak sy ni sakit terkena buatan orang)
M: nah, cerita kat dia pasal sakit nah.

MN: sy terkena buatan orang, sakit kaki ni sampai tak boleh jalan. Pakai kerusi roda je ni. Macam mana nak buat?
MK: ehmmmm… mu tabur tahi besi sepanjang jalan dari rumah sampai ke rumah ni (rumah sy). dah tak ada apa2 aku nak keluar!
M: keluar la nak keluar. ni, mu ambil balik minyak mu ni! Aku dapat lagi sekali, tak ada maaf dah.
MK: aku tak buat dah..
(Lepas tu, mak aku suruh aku ambil beras + kunyit untuk lepaskan benda tu keluar)

Kat sini sy nak berkongsi sedikit tips yg sy tahu tentang pelesit:
1- palesit boleh menyerupai binatang. Selalunya menyerupai belalang. Bila tiba waktu malam, kalau ada terdengar bunyi “nyettt…nyetttt…” bunyi pelesit la tu. Itu sja bunyi yg sy pernah dengar.
2- kalau terjumpa belalang, terutamanya belalang kunyit, arahkan dulu dia keluar @ pergi dari situ. tp kalau dia berdegil juga, korang boleh cuba cabut kepala belalang tu.
* kalau ada rambut dalam badan belalang tu, bermakna ada tuannya. Pisahkan kepala dengan badan belalang tu, kurung belalang tu, Tunggu sampai tuan dia datang tuntut anak dia.
*kalau tak ada rambut dalam badan, dekatkan kepala dengan badan belalang tu. Kalau kepala tu bercantum semula dengan badan, bermakna pelesit tu tak ada tuan. Tp, kalau tak bercantum sampai m**i, bermakna itu adalah belalang yg sebenar..
3- kalau terjumpa org yg menurun macam makcik sy tu, bolehlah nak tanya apa2 pada dia. dia akan bagitau yg betul.. contoh macam kes kawan mak sy tu. Tp, jangan korang tanya nombor 3D, jackpot pulakk.. haram tu.. hehehe..
4- dalam cerita kat atas tu, ada babak mak sy cili mulut makcik sy & ugut nak botakkan kepala. Msa cili mulut tu, sebenarnya makcik sy tak rasa pun, mami tu yg rasa panas. Maknanya, sakit tu berpindah pada dia.
5- cara untuk botakkan kepala: ambil kain hitam, tutup kepala makcik sy tu, then adalah ayat2 quran yg digunakan sebagai pengantara. Masa baca ayat quran tu, buat syarat seperti mencukur kepala pd kain hitam atas kepala tu. Secara automatik, rambut si tuan pelesit tu akan gugur seperti dicukur & rambut tu tak akan tumbuh lagi sampai m**i.

P/s: untuk pengetahuan, kawan mak sy tu tak percaya apa yg makcik sy cakapkan masa dia sedang menurun tu. Kemudian, dia pergi berubat dekat kampung dia. Orang yg mengubat dia tu cakap betul2 sebiji macam makcik sy cakap..kira, apa yg makcik sy cakap msa menurun tu, betul.. ok lah, dh panjang ni. Sampai sini dulu ya..nanti sy sambung lagi..
Assalamualaikum..

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 11 Average: 5]

10 thoughts on “Janda Ayah Tiriku Peneman Adikku (Part2)”

  1. Selalunye xsmua kata2 syaitan bleh caya.. Tp sesetngh je la yg benar2 boleh caya.. Tp trpulang la kpd pembaca nk menilai asal ade otak n reti fikir..

    Reply
  2. Selalunya org yg boleh menurun ni pun ada bela jin jugak, so jgn lah terpedaya dgn lakonan jin dan syaitan, kerana mrk dah berjanji dgn allah swt akan memperdayakan anak2 adam hingga hari kiamat.. nauzbillahminzalik

    Reply
  3. sebenarnye byk da aq jumpe pelesit dlm rumah ni…yg peliknye keesokan hari mak aq mesti de hitam2 kat badan dye…nape ye?

    Reply
  4. Aku rasa mcm ada khurafat jgk ni pulut, kunyit, menurun bagai ni.. menurun kan mmg pkai jin.. famili aku dlu time noob2 ada jgk duk p berubat dgn hat jenis menurun ni tp xdknya elok pun. Ada yg lg teruk jin dia ikut tumpang sekaki @pun ok kejap sebelum datang balik ja. So mmg cari perawat islam jgkla baru effective betul.
    Tp tertarik jgkla aku dgn tips belalang kunyit tu sbb km pun ada masalah saka palesit jgk. Nnt aku bleh try pisah2kan badan belalang kunyit yg aku jumpak. Bunyi nyett yg kau ckp tu dy mcmmna ya? Mcm bunyi cengkerik sikit@ ala2 mcm gugusan kunci kena goncang ke? Ke tak? Sbb aku selalu dgr bunyi ni tapi xreti nak explain

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.