Hai salam sejahtera semua. Fiey is here again (ee gediknyer) okay, Actually ni cerita kedua fiey. Cerita seram pertama fiey bertajuk #KETUKANMISTERI. Thanks for admin FS sebab dah publish first story fiey. Hope sec entry ni dipublish jugak la huhu
Kalau nak baca first story fiey tu bolehlah scroll cari dekat Fiksyen Shasha eh. For those yang dah baca cerita seram pertama fiey tu, fiey minta maaf andai tidak menepati citarasa pembaca semua kalau tak berapa seram sangat. Huahua. Entry kali ni ialah dari cerita saudara fiey yang mengalami peristiwa ni. Di sekolah yang sama tempat yang sama tapi harga yang berbeza. Eh macam trivago pulak daaa
Okey, actually sekolah fiey dah mula beroperasi sejak tahun ( ). Dikatakan sekolah fiey ni bertapak di atas tanah perkuburan komunis dulu-ii (tapi aku tak percaya sangat mula-ii). Kemudahan yg didirikan di bahagian kubur ialah kawasan belakang sekolah di mana ada stor sukan and padang sekolah terletak bersebelahan dgn stor sukan (hope korang faham) and ada macam-ii lagi. Part kemudahan ape je yg ade kawasan ni fiey taknak cerita spesifik sangat sbb tak semua tmpat yg kat belakang tu fiey pernah merasai pngalaman seram huhuu.
Dipendekkan cerita, masa tu ade PJK (yg mlibatkan aktiviti luar kelas) fiey namakan dia coco (chinese girl. bukan king coco eh). Orang sibuk main bola sepak, main badminton, coco pilih untuk berehat and menjamu mata tengok kawan sama kelas dia buat aktiviti. Untuk pengetahuan korang , sekolah fiey berpagar dari pintu masuk sekolah sampai ke bahagian belakang sekolah. Bahagian belakang luar pagar ada laluan (macam jalan raya tapi bukan jalan raya and boleh lalu dngan jalan kaki je) untuk pegi ke mana ntah. Tak tahu pulak. Then coco ni duduk la dengan kawan dia 2 3 orang yg tak join buat aktiviti jasmani. Coco ni dia ada sixth sense. Tapi sixth sense dia ni tak berapa strong sangat. Cuma boleh lah tngok “benda” slain yg manusia lain tak boleh tngok tu, coco boleh tngok. Sedang elok coco dok sembang dgn kawan dia, coco terpandang kawasan luar pagar yg ada laluan tadi tu. Kat situ dia boleh terpandang ada seseorang yg bukan “orang” berdiri sambil memerhati dia. Mula-ii coco ingatkan tu manusia sebab muka dia langsung tak menyeramkan.
So coco hairan la “benda” tu buat apa kat luar pagar and perhatikan dia then tersenyum. Disebabkan coco pikir benda tu manusia, so dia abaikan sampai la habis waktu PJK (pendidikan jasmani kesihatan). Then bila waktu balik sekolah, coco ni buat la rutin biasa dia. Iaitu tido pada petang hari. Huhu yelakan penat, baru balik sekolah so dia rehat. Pada petang tu dia tak rasa pape pun lagi.
Kisah seram dia bermula bila coco terbangun dari tido pada waktu tengah malam. Dia terbangun disebabkan terdengar ketukan di tingkap beberapa kali dari luar. Bila dia pandang ke arah tingkap, coco boleh nampak sesosok tubuh yang berdiri di luar (dekat sini coco cakap, benda tu macam familiar sbb dia macam pernah nmpak).
Entah mengapa, coco rasa cuak. Rasa gementar nak check sape gerangan tu. So lastly, dia cepat2 baring and cover tubuh dia dgn selimut. Sampailah dia tertido. Benda ni tak stop sampai situ je eh. Dia asyik datang pada waktu malam and buat benda sama iaitu ketuk tingkap bilik coco. Coco ni ada adik yang masih kecik. Umur 2, 3 tahun masa kejadian ni berlaku. So disebabkan mata budak2 ni boleh nampak benda yg pelik2 , tiap2 tengah malam adik dia akan nangis tanpa sebab. Bila ditanya, tak pula dia nak jawap. Family dia dah bingung dah apesal yg bongsu ni asyik nngis bila tengah malam menjelma.
At the end, family dia ikhtiar pegi berubat dgn pakar yg dikatakan hebat lah jugak tengok benda2 ni. Fiey namakan dia Pak M. Sampai je family coco kat rumah Pak M, Pak M merpersilakan mereka duduk. Then dia macam tahu sesuatu and terus tanya coco.
Pak M: dekat sekolah tadi ada benda pelik jadi kat kamu?
Coco: takde. Tak pernah jadi benda pelik dengan sy.
Pak M: kamu yakin?
Coco: ya. Kenapa?
Pak M: aku tengok macam ada benda ikut kamu. Nak kamu jadi kawan dia. Sebab kamu boleh nampak dia. Hanya kamu yang boleh nampak dia.
Coco: (buat muka kehairanan bin pelik)
Pak M: Disebabkan kamu boleh nampak dia waktu dia berdiri di luar pagar tadi, dia ikut kamu balik rumah. Bila sampai rumah kamu, dia tersesat. Tak tahu mana jalan balik tempat asal dia. Jadi dia ketuk tingkap bilik kamu tiap malam. Mungkin ingin meminta pertolongan kamu untuk hntar dia balik ke tempat asal. Dan disebabkan adik kamu juga boleh melihatnya, dia juga ingin mengajak adik kamu berteman tapi tidak sekuat keinginan dia ingin berteman dengn kamu.
Coco: jadi apa yg harus sy buat sekarang Pak M?
Pak M: tak mengapa. Kamu serahkan kepada aku.
Then, Coco tengok Pak M mula membaca sesuatu and seolah-olah berdialog dengan seseorang. Tapi tidak pula kedengaran apa butir bicaranya. Sejurus sahaja dia berdialog, dia meminta coco berbuat sesuatu.
Pak M: dia (benda yang ikut coco) bertanya, adakah kamu sudi berkawan dengannya?
Coco: tidak. Aku tidak mahu (gila ke apa nak aku bagi kawan dgn hantu.)
Pak M: kau dengar itu? Gadis ini tidak mahu berkawan dengan engkau. Maka dengan ini aku akan hantar kau kembali ke tempat asalmu.
(fuhhhh.) Pak M meniup sesuatu dan secara tiba-ii angin kuat menerpa muka coco dan family dia.
Pak M: sekarang semua selamat. Kamu dan keluargamu boleh pulang sekarang.
Jadi coco dan family dia pun balik la ke rumah.
Semenjak kejadian itu, setiap kali ada aktiviti yang melibatkan mereka berada di padang sekolah, coco tidak akan sesekali duduk berhampiran dengan kawasan luar pagar. Ada lah sesekali coco ternampak “dia” berada dia luar pagar tapi tidak pula memandang coco (merajuk agaknya coco tak mahu berkawan dengannya). Nasib baik benda tu tunjuk muka kacak sekacaknya. Kalau dia tunjuk muka buruk , fuhh alamatnya pindah sekolah lah coco.
The end. Sekian sahajalah perkongsian cerita dari saudara fiey iaitu coco. Harap korang memahami jalan cerita ni. Setakat ni fiey tengok coco elok je masih sekolah kat sekolah tu. Coco spm tau tahun ni huhu so kepada coco, i wish you GOODLUCK laa eh. Nantikan kisah ketiga dari fiey nanti. Kalau cerita ni publish, fiey akan buat entry ketiga, dimana fiey pun pernah mengalami benda seram kat sekolah fiey dulu. Huhuu
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
ada orng nak berkawan baik plak tu..hmm
dua2 boleh nmpk
bila plak kita boleh nmpk..adesss
membosankan rasanya