Jangan Tegur

Aku Lana

Aku bersiap seadanya bila kak long mengajak ke perkampungan suaminya di kawasan pedalaman. Masa berlalu, akhirnya kak long bertemu jodoh dengan seorang pemuda tempatan. Saki baki kaum kerabat suaminya masih mengekalkan kepercayaan animisme dan percaya kepada alam semesta, namun sebilangan mereka memeluk agama Islam dan Kristian. Ramai antara mereka telah berhijrah ke kawasan bandar termasuk keluarga abang iparku.

Kami bertolak awal pagi ditemani kak Ana, kak ipar kak long.Hanya dia yang masih fasih untuk pergi ke pendesaan mereka. Dari rumah kami bertolak, jalan berkawah melambatkan perjalanan kami. Kereta Ford Rangers itu meluncur perlahan menuju ke pekan. Dari jeti pekan kami akan mengambil bot untuk sampai ke sana.
“Nanti dalam perjalanan atau sampai di desa, jikalau ternampak sesuatu yang pelik, jangan tegur ya.” Kak Ana ingatkan kepada kami.

“Lagi-lagi Lana orang luar. Kak long kamu mungkin terhindar sebab suaminya asal sana.Lana hiraukan saja apa yang berlaku ya. Tapi jangan risau,takda apa- apa akan berlaku. Cuma kadang-kadang mungkin Lana nampak sesuatu yang pelik,abaikan saja.”Pinta kak Ana seraya senyum, menenangkan hatiku. Risau mata batinku yang satu ni ternampak sesuatu.

Kami sampai ke jeti pekan selepas 2 jam perjalanan.Hawa laut tercium nyaman .Kiri kanan peraih ikan sibuk memunggah muatan tanpa menghiraukan kami. Ikan-ikan hidup segar melompat-lompat di dalam raga. Di tepi raga itu seorang budak berbaju lusuh melihat ke arah ku tepat. Renungan tajam tanpa senyuman.

“Lana,jom..” panggil kak long.Pandangannku teralih, bila melihat semula ke arah budak itu, budak itu telah menghilang. Rasa batinku melonjak ragu.’Manusia ka?’. Sudah..Awal sangat nak merasanya Lana. Perjalanan ini aku pasti banyak ceritanya.

Atas bot penambang, kami di temani penunjuk arah.Kak Ana duduk tenang di tengah bot. Kak long dan abang iparku lebih selesa duduk di belakang.Air tenang,cuma buih-buih dari kipas bot timbul berirama dengan larian bot laju.Tiba-tiba bot bergerak perlahan seperti mengelak sesuatu.

“Banyak batu,bot bergerak perlahan,karam kita nanti” Seloroh pemuda pengemudi.Aku ikut senyum. Gerakan perlahan itu, menampakkan jernih air laut bercampur sungai.Cantik sungguh!…Asyik melihat permukaan air, gerakan halus di permukaan air menampakkan ikan-ikan berenang.Tapi ada yang pelik pada ikan, ikan itu berenang tanpa isi. Melopong aku!.
“Jangan tegur” kak Ana pantas mengingatkan. Pandangan mata kami bertembung .Nalurinya kuat.

“Ikan-ikan sini special sikit” Selorohnya sambil memuncungkan bibir ke arah ikan-ikan tanpa isi yang berenang ke arah batu-batu. Pemuda pengemudi tersebut senyum nipis. Lama dulu zaman Mat Salleh, orang-orang sini terkenal dengan ilmu-ilmu dan pertahanan diri.Aku takjub dengan kuasa Allah yang menghidupkan dan mematikan. Semua atas izinNya.

Lima jam lebih kurang, kami sampai ke daratan.Pendesaan yang aman dan tenang,dengan anak-anak kecil berlari-lari. Pandangan mata penduduknya memusat tajam,namun pandangan itu berubah ramah apabila kak Ana menengur dalam bahasa etniknya.Dari situ,Atan pemuda bertubuh kecil menanti dengan kereta Datsun lama. Jauh rasanya perjalanan ini. 20 minit kami sampai ke rumah yang ditujui.

Rumah papan yang agak besar, beberapa orang duduk di beranda sambil minum yang ku kira air tapai. Beberapa biji gong terletak elok di atas lantai. Tuan rumah menyapa kak Ana & abang iparku., kami berdua di perkenalkan. Makcik tuan rumah tersenyum simpul,namun matanya masih mengamati aku.Tangannya menepuk berulang kali lengan abang iparku.
“Lama betul tiada ke sini..dulu ke sini kecil betul” Dia ketawa kuat. Kami di beri bilik. Satu bilik kak long dan suaminya. Aku sebilik dengan kak Ana.

Lalu di depan pintu, satu keranda terletak elok.Di tepinya ada seorang lelaki tua duduk sambil melihat sekeliling.Di tepi keranda ada sedulang minuman & kuih.
Benakku mulai hairan dengan keranda yang selamba ada di depan pintu masuk.
Di bilik,aku berehat dengan kak Ana.
“Kak, tanya boleh? kenapa ada keranda dalam rumah?”perasaan ingin tahuku membuak-buak.
“Keranda orang meninggal. Dalam tu ada jasad mendiang pakcik kami” Aku melopong.Kak Ana rasa tercuit melihat aku. Dia menjelaskan, sudah menjadi adat mereka di situ menyimpan jasad orang meninggal beberapa hari sambil menunggu saudara-saudara datang.Jasad itu juga dijamukan dengan makanan.Jadi kopi tadi? Kak Ana mengiakan.

“Orang sini , kepercayaan mereka dengan alam,semangat & roh sangat kuat.Mereka percaya,semangat dan roh masih berlegar-legar di rumah itu.Pakcik yang Lana nampak tadi,dialah mendiang pakcik kami.Atas tujuan itu lah kita ke sini.” Sekali lagi aku melopong.Bermakna kak Ana juga ada mata batin terbuka.

Di bilik sebelah, kak long dan suaminya berehat keletihan kesan perjalanan yang jauh.
“Letih saya abang,jauh perjalanan ke kampung halaman abang.”
“Lama abang tak ke sini,last datang masih kanak-kanak dengan arwah mak.” Memang lama dia tidak ke situ.Dulu datang masa masih budak-budak nakal.Dalam berbual, terdengar perlahan bunyi berdesing dari luar kelambu.Cahaya pelita yang malap menyukarkan pandangan.Bob,suami kak long menyelinap keluar kelambu melihat-lihat. Satu gerakan pantas bergerak berputar sekeliling kelambu. Bob pantas mencapai kayu di samping.Tiba-tiba kak long menjerit kuat..

“Abang……!!!!!!!!!!,ada tangan…”Bob dengan segera mendapatkan kak long yang duduk di tengah-tengah kelambu sambil menutup mata.Satu benda bergerak-gerak menjalar di lantai.Satu tangan sampai pergelangan tangan sahaja tengah menguis-nguis kain kelambu.Sambil jari jemari nya bergerak-gerak.Apakah??Jari jemari itu mengacah Bob dan terbang di sekeliling nya.Makhluk apa ni? Tak dapat di terima akal. Pintu bilik di ketuk bertalu-talu. Tersembul muka Pak Bayau bila pintu di kuak.
“Maaf, ada barang pakcik di sini. Sini kau, jangan ganggu mereka” tak semena-mena tangan tadi terbang ke arah Pak Bayau dan hinggap di bahu.
“Kau janganlah kacau dorang, mau aku sakitkan kau.Jangan nakal dengan tetamu. Tangan tadi masih lincah di bahu pak Bayau.
“Makhluk apa ni pak Bayau.Tangan apa boleh bergerak ni.”Pak Bayau tergelak menampakkan gigih merahnya terkena sirih
“Siou ,maaf si kecil ni memang nakal kalau nampak tetamu.Ini ibunya” satu tangan yang diam di keluarkan dari kocek baju.

Tangan ibu dan anak pontianak yang di k***t masa memburu di hutan untuk kegunaan ilmu.Melopong abang iparku.Menggigil satu malam kak long.
Siangnya aku melihat sekeliling.Pakcik sebelah keranda asyik melihat aku lalu,aku pura-pura tidak melihat. Bila agaknya dia akan di kebumikan.Kami di jemput ke rumah sebelah.Kak long masih lemah lutut mengingatkan kejadian semalam.Jemputan yang tak boleh diabaikan kata Kak Ana.Tak balik kita nanti katanya.

Sampai ke rumah jiran kami di pelawa naik dan duduk.Baru nak duduk,tak semena-mena tempat duduk kami di simbah air. Kak Ana senyum saja seraya duduk di kawasan yang basah.Di ikuti oleh abang iparku.Kak Ana memberi isyarat mata agar kami duduk jugak. Perasaan hairan yang menerjah aku abaikan.Aku lihat kak long terkerut dahi. Abang iparku nampaknya lebih bersedia.Kami dijamukan dengan hidangan sederhana. Mata mereka memusat memandang kami.Mereka bertanya sesuatu kepada kak Ana dalam bahasa etnik.
“Anak sapa ?”
“Adikku yang lelaki,anak mak Ena.Tinggal di bandar” Jelas kak Ana.
“Itu bininya dan adik bininya” perkenal kak Ana lagi berhati-hati.Mereka saling memerhati sambil memandang kami silih berganti.
“Ohh, anaknya mak Ena. Orang asal sini.” Kata tok batin mengangguk
kepala,namun matanya masih mengamati wajah-wajah di hadapannya. Matanya lama singgah melihat aku sambil mencicip air kopi. Rumah itu, walau mata batinku terlindung, terasa ada aura dan kuasa yang berat dan kuat. Satu bilik di balik dinding, ada yang mengintai mengikut firasatku. Kali ni mata batinku tak mampu menembusi apa-apa, terasa ada benteng melindungi.

“Kami balik dulu tok” kak Ana meminta izin.
“Mmm…”desisnya sambil masih melihat aku.
“Balik cepat,dia menarik yang di darat dan di laut untuk dekat.Kabarnya sudah sampai hutan gua belakang.Semangat-semangat nenek moyang terbangkit,ada yang jahat ingin meraih” Tiba-tiba tok batin bersuara.Nada suaranya ditujukan kepada aku.Kami tersentak.Terasa muka kak Ana memucat.

“Semangat kamu digemari semangat-semangat hutan.Tu di dalam juga tidak mampu keluar,kuat.Tok risau sukma kamu diraih.Mereka berdua inda ku risau, segala semangat kenal Mak Ena,mereka gentar.Balik jangan bertangguh” mendengar itu,tergesa-gesa kak Ana mengajak kami pulang ke rumah sebelah.Terasa kak long juga memucat.Cuma abang ipar saja masih tenang.Semasa bersalam dengan abang ipar, sekali lagi tok batin berkata

“Kamu warisi semangat ibu kamu. Mereka masih takut, lindungi mereka,terutama adik isteri mu.” Abang ipar menganguk faham.Serasa abang ipar juga tidak kosong,sebab itu dia mampu tenang.
Di rumah,abang ipar mengarahkan kami bersiap,petang ni jugak kami akan bertolak.
“Kenapa abang,ada sesuatu ka abang”
“Nanti abang jelaskan.Sekarang berkemas dulu” mata suaminya melilau ke kiri kanan.’Mereka ‘ makin hampir,desis hatinya.

Sebelah bilik aku dan Kak Ana juga ligat berkemas.Kak Ana lebih banyak berdiam.Firasatnya berkecamuk, mengamati desiran suara dari luar.
“Apapun yang Lana rasa dan lihat nanti, bertahan dan sedar saja ya”
“Ada sesuatu ka kak Ana?kenapa kita bergegas?” Pucat muka kak Ana masih bersisa
“Sini masih kuat amalan mempercayai alam-alam dan semangat,roh.Di sini jugak masih kurang menerima orang luar.Berapa kali kamu diuji sejak tiba,tapi tak goyah.Ada yang tak senang. Semangat diri Lana yang kuat,baunya di cium hingga ke hutan gua belakang.Pengamal hitam, berkehendak sukma kamu untuk digunakan.”
Atan membenarkan kereta Datsun lamanya digunakan untuk sampai ke jeti. Abang long memandu perlahan dalam rembang petang.Kak long kelihatan berkecamuk di sebelah.Kak Ana hanya diam sambil menunduk.Kiri kanan kulihat angin bertiup mulai kencang. Pokok mulai terliuk-liuk diterpa angin.
Tiba-tiba mataku menangkap ular besar berlilit di satu batang pohon besar,kepalanya mengacah ke arah kereta,
“Abang long..” seruku.
“Abaikan Lana,ilusi saja tu,abang long nampak jugak” Abang long masih tenang memandu.Kak long kelihatan cuak.

Tiba-tiba terasa sesuatu yang berat menghempap atap kereta.
”Debbuummm………” kuat.Kereta bergoyang sekejap.Kak Ana kelihatan membuka matanya.Mulutnya terkumat-kamit.Bayang hitam besar muncul di hadapan kereta membuatkan abang long terhoyong-hayang sekejap.Mata merah tepat memandang aku silih berganti dengan abang long dan kak Ana.Walaupun kak long tak mampu melihat sosok hitam itu,dia dapat merasakan kehadiran entiti lain.
“Serahkan dia padaku…”Suara garau makhluk itu bergema,tangan hitam cuba menerobos masuk melalui tingkap sebelah abang long.
“Dia wangi,aku mau dia..”Arhhh…
“Aku tak mahu,setan,nyah kau sebelum ku robek jantungmu” tempik abang long kuat seraya laju memandu kereta.Muka kak long pucat tiada d***h mendengar suaminya bertempik.Makhluk itu hilang bila disergah.
Laju kereta meluncur, perjalanan yang sepatutnya memakan masa 20 minit terasa lama.Sepanjang perjalanan,kami masih diganggu.Makhluk-makhluk hodoh muncul silih berganti.

Sampai jeti kami mencari bot penambang.Penghuni yang duduk rumah semasa kami tiba sebelum itu duduk di anjung rumah.Kak Ana berhenti berbual seketika.Pandangan mataku jatuh melihat lantai rumah yang jarang.Satu benda seperti ekor kecil terlunjur keluar dari tempat lelaki separuh abad itu duduk.Bila dia berdiri kelihatan benjolan hampir bahagian p******g,terjelir keluar ekor kecil tadi.
Nafasku mula kencang, manusia berekor,,apakah??.bahuku disenggol abang long.Mengisyaratkan agar diam.Dia faham pandangan mataku.Seorang wanita agak berusia tajam merenung aku.

“Ok marilah.Kunci kereta Atan sudah dititipkan,nanti dia ambil.Kita naik bot terakhir.Jom,sebelum malam berlabuh.Lagi banyak dihadapi nanti.”
Dalam bot kami masing-masing diam.Peristiwa tadi masih terngiang-ngiang,seolah kami tidak dibenarkan pulang.Bot yang di pandu juga terasa lambat,terasa lama sampai ke jeti pekan.

Kami sampai ke jeti pekan bila malam berlabuh.Rasa penat menjalar di tubuh.Malam itu kami menginap di homestay berdekatan.
Selepas mandi dan makan,kami berehat bersama di ruang tamu.Seribu satu persoalan yang ingin aku ajukan.Kak Ana kelihatan lebih fresh dari sebelum nya.Malam itu kami berbual-bual.

Bila dijelaskan rupanya ada yang kurang senang kehadiran ku sebagai orang luar.Ilmu-ilmu yang dihantar untuk menguji aku tak lut.Orang sana tak gemar orang luar.Pegangan mereka masih kuat dengan ilmu ghaib dan kepercayaan kepada semangat.Ada yang tahu mata batin ku terbuka,ada aura ku yang berguna untuk sesetengah yang mengamal ilmu ghaib.

Sebab itu tok batin segerakan pulang.Kak long kurang di kacau kerana mereka masih menghormati arwah mak mertuanya yang disengani di sana.Pengalaman yang pelik tapi benar,ikan tanpa isi masih berenang hidup, manusia berekor,tangan anak pontianak.Benda yang belum aku jumpa selama mata batinku terbuka.
Malam itu kami tidur agak selesa, namun dari luar tingkap ada yang memerhati ingin masuk, namun terhalang.Abang long sudah bacakan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai pendinding. Dia tahu cerita takkan habis disitu.

Tamat.
Terima kasih

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Cinta

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 69 Average: 4.9]

1 thought on “Jangan Tegur”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.