Jangan tersalah lepas hajat

Maafkan aku jika jalan cerita kisah ini agak berterabur. Kerana aku tak pandai sangat nak menulis-nulis ni. Ni first time aku hantar kisah aku disini. Sedikit latar belakang, aku seorang wanita berusia 25 tahun. Kisah bermula beberapa tahun lepas sewaktu aku bersama kakak aku, abang ipar aku, dan anak-anak mereka masing2 berusia 15 (Lelaki) dan 16 tahun (perempuan) pergi mendaki sebuah bukit diawal pagi untuk melihat keindahan saat matahari terbit dipuncak bukit tersebut. Perjalanan ke puncak bukit tersebut memakan masa lebih kurang sejam setengah. Dan kami perlu berada dipuncak sekurang-kurangnya jam 6.30 pagi untuk melihat matahari terbit yang dijadual akan muncul lebih kurang jam 645 pagi.

Perjalanan dari rumah kami ke kaki bukit tersebut akan memakan masa lebih kurang satu jam. Jadi kami mengambil keputusan untuk bertolak dari rumah seawal jam 4 pagi. Perjalanan kami ke kaki bukit tersebut berjalan lancar dan setibanya kami disana, kami pun memulakan pendakian kami. Ada beberapa orang lain juga kelihatan semasa kami mendaki. Dan kami tiba lebih kurang jam 6:30 pagi di puncak bukit itu. Setibanya kami dipuncak tersebut, abang ipar aku bersama anak lelakinya bersiap-siap untuk solat subuh. Manakala aku, kakak aku dan anak perempuannya hanya menunggu melepaskan lelah kerana kami tak bawak telekung dan pakaian kami juga tidak beberapa proper.

Jam lebih kurang 6:45, matahari sudah mula menampakkan cahayanya, kami semua mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan. Langit juga agak clear pagi itu. Memang jelas kelihatan keindahan matahari pagi.

Apabila bahang mentari mula terasa, kami pun decided untuk turun semula ke kaki bukit. Sewaktu kami bersiap-siap untuk turun tu, anak lelaki kakak aku menyatakan hasratnya untuk membuang air kecil kepada kakakku. Dan dengan spontan kakakku berkata, kencing sajalah dekat situ, sambil menunjukkan pokok berhampiran dengan tempat kami berkumpul. Dan anaknya pun kearah pokok tersebut dan memancutkan kencingnya.

Tiba-tiba, anak perempuan kakakku pun menyatakan hasrat untuk membuang air kecil. Maka terpaksa aku dan kakakku, masuk kekawasan semak yang agak tersembunyi dari pandangan orang ramai. Dan memandangkan aku pun terasa nk terkencing juga, aku pun join la anak saudaraku. Sebab dah alang-alang teman beliau.

Selepas semuanya selesai. Kami pun kembali ke tempat semua berkumpul dan memulakan perjalanan turun kami. Disini lah ada beberapa perkara mistik berlaku kepada kami. Perkara pertama yang terjadi ialah, sewaktu kami turun, trail kami semakin lama semakin kecil. Seolah-olah laluan tersebut sudah lama tidak dilalui oleh orang ramai. Kami berasa pelik la juga sebab masa naik tadi, trail tersebut luas je macam biasa.

Kemudian, kami merasakan yang kami masih berada ditempat sama walaupun dan berjalan agak jauh. Dan akhirnya, kami kembali ke kawasan puncak bukit tadi. Pelik, sedangkan perjalanan kami menuruni bukit. Macam mana boleh sampai ke puncak kembali. Kami dah dapat rasa ada perkara yang tidak kena. Beberapa
Minit kemudian, kami melihat ada beberapa orang pendaki dan bercadang untuk mengikut mereka turun ke bawah bersama-sama. Tetapi rupanya, mereka juga seperti kami. Tak jumpa jalan turun. Walaupun agak seram, tapi kami lega lah kerana kami kini dalam group yang agak ramai orang. Jadi kalau jadi apa-apa tak lah rasa takut sangat.

Sedang kami tengah berfikir, tiba-tiba muncul seorang lelaki muda berpakaian sukan menghampiri kami. Dia berkata tak jumpa jalan turun ke? Jom saya tunjukkan. Katanya, kami semua pun mengekori beliau dan alangkah terkejutnya aku apabila dia membawa kami ke pokok yang anak lelaki kakakku kencing tadi. Katanya, jirus dengan air kawasan tersebut. Selepas beberapa orang dari kami menjirus kawasan pokok tersebut, kami pun mula bergerak menuruni bukit tersebut dan dengan mudahnya kami tiba di kaki bukit sejam setengah kemudian. Aku tak pasti kemana lelaki tu hilang. Selepas dia bawa kami kesitu, tiada siapa pun perasan kemana lelaki tersebut pergi.

Setibanya kami dibawah, kami masing-masing masih blur dengan apa yang berlaku. Long story short, barulah kami dapat tahu bahaya punca ni ada lah disebabkan beberapa orang lelaki kencing di kawasan pokok tersebut. Termasuklah anak saudaraku. Selepas kejadian tersebut kami lebih berhati-hati untuk melepaskan hajat ketika melakukan activity-activity hiking ni. Aku dah beberapa kali join program hiking. Ni first time kejadian macam ni berlaku kepadaku.

Thank you
Farisya..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Farisya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 48 Average: 3.8]

3 thoughts on “Jangan tersalah lepas hajat”

  1. Tu le akibatnya bila buat sesuatu tu asalkan boleh je.
    Bila dah mendapat baru nak beringat. Nasib baik kena ngan jin baik. org tua2 dah pesan jangan dah terhantuk baru nak tergadah. Kalo dah kopak kepala tu memang x de le cerita ni keluar kat fs ni.

    Reply
  2. masuk hutan memang kena tahu pantang larangnya…..walaupun banyak pengalaman..lebih baik timba ilmu dulu sebelum masuk hutan..nasib baik ada org tolong..

    Reply
  3. Pengajarannya disini,..kemana pun kita pergi, terutama di tempat orang, jagalah adab kelakuan, percakapan dan sentiasa berdoa agar Allah sentiasa lindungi kita tak kira sama ada kita dah expert dalam sesuatu aktiviti atau sebagainya. Sentiasa beringat walau dimana jua kita berada =D

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.