#JannaNick : Rumah Puaka

Assalamualaikum semua…
Aku Janna Nick, yang pernah hantar kisah pasal video tu. Terima kasih kepada semua pembaca FS yang sudi baca kisah aku tu. Maaf sangat2 sebab aku tak boleh bagitahu tajuk “Misteri Sebuah Video” tu. Takut nanti korang tengok dan apa2 jadi, korang salahkan aku pula.

Jadi, untuk entri kali ni seperti yang aku janjikan, aku akan cerita pasal rumah Yin. Nak panggil rumah puaka terasa macam jahat sangat pula tapi hakikatnya rumah tu memang berpuaka.

Sebelum aku mulakan kisah ni biar aku kasi penerangan sikit tentang Yin. Yin ni kawan baik aku. Kitorang kenal masa kerja sama2 dulu kat tempat kerja lama. Lepas aku berhenti kerja tempat lama, kitorang masih berhubung antara satu sama lain.

Kemudian, aku ajak Yin ni kerja kat tempat kerja baru aku pula. Kitorang memang baik dan selalu keluar sama2. Untuk pengetahuan korang, Yin ni dah kematian ayah dan mak. Masa aku kenal dia, mak dia memang dah lama meninggal, ayah dia pula meninggal sekitar hujung tahun 2014.

Yin ni adik beradik ada 8 orang (4 perempuan 4 lelaki) dan dia anak bongsu. Jadi, dalam rumah tu Yin tinggal dengan kakak2 dan abang2 dia yang masih belum kahwin. Cuma abang sulung dan abang nombor dua dia je yang dah kahwin dan tak tinggal sebumbung. Abang nombor tiga dia pula seorang polis hutan, maka secara automatik memang jarang ada di rumah.

Kakak dia seorang kerja kat tempat lain dan dah ada rumah sendiri. Hujung minggu je kakak dia akan balik ke rumah tu. Keseluruhannya, dalam rumah tu cuma ada dia, dua orang lagi kakak dia dan seorang abang. Oke, cukup penerangan tentang Yin. Aku sambung dengan kisah seram dekat rumah Yin.

Yin cerita dekat aku pasal rumah dia ni. Rumah dia ni rumah sebuah yang dibina atas lot tanah sendiri. Senang cerita macam rumah sebuah2 dekat kampung tapi rumah dia rumah batu.

Dulu masa arwah ayah dia ada, dia cakap ayah dia macam ada membela. Tapi dia sendiri tak pasti berapa banyak ‘belaan’ ayah dia ni. Gangguan yang terjadi dekat rumah dia ni terjadi selepas ayah dia meninggal dunia. Masa arwah ayah dia ada, ada juga gangguan tapi setakat dengar2 bunyi je tapi lepas je ayah dia meninggal, gangguan makin teruk dan diorang satu keluarga kena gangguan.

Gangguan bunyi cakar2 dekat dinding, bunyi2 suara orang panggil, bunyi loceng kaki dan bunyi air dari dalam bilik air tu gangguan biasa bagi Yin. Sampai dia dah lali dengar bunyi2 macam tu. Pernah je dia terjaga satu malam tu sekitar jam 2 lebih pagi nak pergi tandas, bila dia keluar dia dengar dalam tandas ada bunyi air mencurah2 jatuh ke lantai macam orang tengah mandi.

Dia jengah bilik kakak2 dan abang dia ternyata diorang semua tengah tidur. Yin apa lagi, terus masuk bilik sambung tidur balik. Terus tak jadi nak buang air. Keesokan paginya Yin tak bagitahu siapa2 apa yang dia dengar semalam sebab dia taknak takutkan yang lain.

Paling seram pernah jadi kat rumah tu, masa tu waktu kita raya Aidilfitri. Yin dan keluarga dia semua pergi beraya di rumah saudara diorang kat Penang. Diorang pergi beraya dalam seminggu juga lah. J

adi Yin ni minta tolong dengan jiran rumah bujang (merangkap sepupu2 dia) untuk tengok2kan rumah dan tolong bukakan lampu semasa ketiadaan diorang nanti. Jiran rumah bujang ni yang duduk situ semua anak2 teruna bujang dalam 5 atau 6 orang. Lepas bagi kunci, Yin dan keluarga dia pun berangkat ke Penang. Seminggu kemudian, Yin pun balik rumah.

Masuk2 je rumah dia tengok rumah dia macam berselerak sikit. Ada sisa2 makanan (kerepek, kuih2 raya) berterabur dekat atas meja makan. Bila masuk dapur, tengok periuk, kuali, sinki semuanya basah macam baru lepas cuci. Yin ni pergilah jumpa dengan jiran dia untuk kasi sikit buah tangan tanda terima kasih. Sempat juga Yin cakap kat diorang yang dia tak kisah kalau diorang nak tidur, makan atau masak dalam rumah tu tapi lepas buat tu kena kemas kasi bersih.

Bila Yin cakap macam tu, muka budak2 bujang tu semua terkejut macam lepas kena renjatan. Sorang budak bujang ni bagitahu Yin,

“Apa kau merepek ni? Kitorang pergi rumah kau sekali je, tu pun tak masuk dalam rumah.

Mana taknye, masa kitorang datang rumah kau dalam pukul 9 lebih malam nampak rumah kau bukan main terang benderang, dengan bunyi tv yang kuat, suara orang riuh rendah duk berborak dengan bunyi periuk kuali macam ada orang masak. Dah macam ada pesta kat rumah kau tahu tak. Kitorang terus tak jadi masuk rumah kau dan terus cabut. Sampai kesudah ni kitorang tak jejak ke rumah kau,”.

Yin dengar terus jadi cuak. Yin percaya apa yang budak tu bagitahu sebab sebelum ni pun pernah je jadi macam tu. Dia pernah dengar bunyi orang masak datang dari arah dapur rumah dia jam 3 pagi. Siap ada bau lagi.

Gila apa masak awal2 pagi macam tu kalau fikir logik! Esok pagi bangun, Yin tanya kakak2 dan abang dia, ada sesiapa ke masak pagi tadi, semua menafikan dan buat muka terkejut. Diorang semua tahu yang rumah tu memang ada gangguan, bukan diorang tak pernah ikhtiar dan usaha untuk halau segala ‘benda’ yang menumpang dekat rumah tu tapi semuanya tak berhasil. ‘Benda’ tu tetap taknak berganjak dan keluar dari rumah tu.

Ada sekali tu, Yin dengan kakak2 dia pergi jumpa satu ustaz ni untuk minta tolong ustaz tu halau sebarang ‘benda’ yang ada dekat rumah tu. Ustaz tu bagi air yang dah dibacakan dengan ayat2 Al-Quran dan suruh Yin renjiskan air ni di setiap sudut rumah. Dalam adik beradik Yin, Yin ni yang paling berani jadi Yin lah yang buat apa yang ustaz tu suruh.

Korang nak tahu apa jadi? Esok lepas buat yang macam ustaz suruh, satu rumah demam dan tak boleh bangun. Paling teruk Yin lah kena sebab dia yang buat. Dia kena migrain yang sangat teruk sampai nak bangun dan buka mata pun tak boleh. Lepas beberapa hari, Yin pun jumpa ustaz tu untuk cerita apa yang berlaku dan berubat sekali. Ustaz tu kata ‘benda’ dalam rumah tu memang jenis degil dan taknak keluar dari rumah tu sebab dia dah lama duduk situ. Memang susah nak usir dia keluar.

Aku sebenarnya kesian campur kagum dengan Yin ni. Kesian sebab dia selalu kena gangguan dari ‘benda2’ tu. Yin pernah tunjuk aku dekat kaki dia ada kesan lebam bentuk bibir tapi tak sakit pun bila ditekan. Lama juga kesan lebam tu nak hilang.

Kagum dengan Yin sebab dia mampu untuk tinggal dalam rumah tu walaupun dah kena macam2 gangguan. Kira hati dia ni kental juga. Kalau aku lah, memang aku tak sanggup nak tinggal lagi dalam rumah tu. Tapi bak kata Yin tu rumah mak ayah dia, dia dibesarkan kat situ, takkan nak tinggalkan rumah tu macam gitu je. Oh, ye! Yin dengan kakak2 dan abang dia ni pernah sekali tu menyewa hotel dua malam gara2 dalam usaha untuk memulihkan rumah tu.

Ustaz yang tolong tu suruh diorang duduk mana2 dulu untuk dua malam sementara dia tolong apa yang boleh. Lepas berubat tu, hilanglah gangguan tu tapi untuk sementara je. Tak lama lepas tu,’benda’ tu datang ganggu balik.

Aku pernah suruh abang saudara aku ni (pakar alternatif Islam) tolong tengok2kan rumah Yin, dia cakap ‘benda’ tu agak kuat dan dia tak boleh nak buat apa2 kecuali tuan rumah tu sendiri yang izinkan dia mengubat. Bila aku cakap kat Yin, dia macam endah tak endah je.

Dia kasi macam2 alasan bila aku cakap abang saudara aku nak datang tengok rumah dia. Aku risau yang ‘benda’ tu dah ‘masuk’ sikit dalam badan dia. Sebab tu dia macam berat je bila aku nak tolong dia. Yelah, ‘benda’ tu tahu dia nak kena halau mestilah dia kena halang supaya tak jadi.

Sampai sekarang gangguan kat rumah Yin tu berlaku. Yin pun dah tak ambil kisah sangat dah selagi tak melampau sangat gangguannya. Aku? Aku memang tak berani nak bermalam kat rumah Yin. Macam aku cakap, aku ni bukanlah jenis berani sangat. Aku kalau datang rumah Yin pun cuma siang hari je. Malam2 memang taklah aku nak pergi rumah dia kecuali kalau dia ada buat kenduri atau majlis. Kalau saja2 nak datang waktu malam memang kirim salam lah.

Itu lah kisah yang dapat aku kongsikan untuk entri kali ni. Maaf kalau pengalaman ni bukan dari diri aku. Aku cuma nak kongsikan apa yang aku dengar dari Yin dan aku rasa kisah pasal rumah dia ni memang menarik.

Aku kalau datang rumah dia pun akan rasa sedikit meremang dan risau je kalau2 benda tu ikut aku balik. Minta dijauhkan lah semua tu. Aku doa supaya ‘benda2’ dekat rumah Yin ni dapat dihalau. Kesian aku tengok dia kadang2 datang kerja muka tak cukup tidur. Bila tanya kenapa tak cukup tidur, sebab kena gangguan.

Korang kalau ada cadangan atau penyelesaian untuk masalah Yin ni, boleh lah tolong bagitahu aku di ruangan komen supaya aku boleh sampaikan pada Yin. Terima kasih kerana membaca kisah aku ni. Jumpa lagi di lain entri!

-Janna Nick-

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

14 thoughts on “#JannaNick : Rumah Puaka”

  1. Diharapkan Yin jangan berputus asa utk mengubat kawasan umah dia..tak blh give up.. kuatkan semangat..Allah sentiasa ada dgn kita..

    Reply
  2. Call Ustaz Nor Azman Al Banjary
    010 417 2014
    Ustaz ni sedang menjelajah satu Malaysia ubat org secara percuma tak kira kaum, tak kira penyakit ape. Cuba lah. Skng beliau di Melaka.

    Reply
  3. Kentalnya Yin. Kesian nya… Harap trus usaha lah smpai bila nk hidup rumah yg macam tu. Lama² x leh tahan jg. Moga dipermudahkan urusan…aamiin

    Reply
  4. Rasanya mcm x guna klu kita beria nk bantu Yin klu tuan punya bdn sendiri pun mcm endah x endah je.. kn penulis sndri ckp abg sedara dia nk tlg tp Yin mcm x bg kerja sama.. Yin.. Yin.. hati kau keras.. hahaah

    Reply
  5. Kesian Yin
    Tapi btul la mcm orang2 kat atas nie cakap
    Dia sendiri kena usaha nak buang/elak gangguan2 tu
    Kalau dia pun amik endah tak endah
    Payah

    Best citer ko
    Teruskan

    Reply
  6. Sedih baca kisah yin..aku sndri pn ada jin yg minat..yg aku pelik, knp ramai tramat minat kat aku dr zmn sklh tp aku xde prasaan kat diorg..ada bbrp org yg tramat kaya pn brminat dgn aku siap nk kawen dgn aku tp aku dh ckp aku x blh buka hati aku..diorg x caye siap ckp x kn mgkin brubah hati..tp hakikatnya bila aku buka hati kat sesape yg nk kat aku bile aku btul2 ready, diorg msti automatik akn hilang prasaan pd aku..mse aku ckp kat diorg, diorg x caye lg kan..ada yg bbrp org aku smpt tnya knp..diorg ckp rase geliamsah smcm tibe2 bile aku buka hati kat diorg tnpa sebab..aku dh brubat mcm2 tmpt..tp bnda tu x ikut.. dah bbrpe kali org ckp nmpk ada bnda pd aku..aku biasa mimpi ular..aku jgk prnh nmpk seorg prmpn lalu sblh aku smbil jeling tajam mse di hostel dan mghilang sbb blkg aku tu jln m**i iaitu almari aku, aku nmpk pmpn tua dlm bilik aku dua kali memanggil aku, bile nk pejam mata, dia jelma lg..barang hilang dan muncul balik depan mata tu prkara biasa. dan mcm2 lg lah yg brlaku dlm hidup aku dr kecik..aku x tahu lah smpai bile akan brterusan..aku prnh jgk merawat gne perawat yg blh brckp dgn jin..dia ckp, jin tu sgt licik..dia x tgglkn kesan pd mmori aku..dia akn muncul bile sy dlm ksshn je..tp mmg btul..sesape yg mnyakitkn hati aku, ada yg gila, ada yg failed exam time degree di u walaupun dia pljr paling bijak dlm kuliah aku, ada yg m**i, dan mcm2..sbb tu aku elakkan sakit hati pd org..sbg muslim, aku yakin tu smua ujian Allah utk mereka..nk citer smua, mmg pnjg lah..hihi sekian

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.