Jelmaan wanita mendodoikan anak

Jelmaan perempuan bersama bayi.

Angin sepoi sepoi bahasa menyapa rambutku. Aku sedang berdiri di jendela bilik hostel mengadap tasik seluas padang bola. Pemandangannya kelihatan cantik walaupun pada waktu malam keran disinari cahaya bulan.
“Eh sapa pulak yang berdiri di tepi tasik malam-malam ni”. Bisik hatiku sambil memusing badanku melihat jam di dinding yang memperlihatkan waktu sudah menginjak jam 11.15 malam. Kehadiran wanita tersebut menjadi tanda tanya pada diriku. Tidak menyangka masih ada wanita yang berada di tasik pada waktu tengah malam.

Kemudian terdengar sayup-sayup suara nyanyian seperti suara nyanyian seorang ibu yang sedang mendodoikan anaknya. Aku mulai rasa seram tapi aku buat tidak tahu saja. Lantas ku panggil Midah.

” Midah..sini jap..kau dengar tak apa yang aku dengar ni?” Tanyaku pada rakan sebilikku. Midah yang sedang leka mengadap laptop bangun merapati ku. “Mana ada aku dengar apa pun, kau ngigau ke apa Nailah.” kata Midah.  “Tu cuba kau tengok sana, kan ada sorang perempuan kat sana tu, buat apa dia tengah-tengah malam duk tepi tasik tu. ” kataku. Midah mengecilkan matanya sambil dahinya dikedutkan melihat jauh ke arah tasik. “Eh takde apapun. ko ni kacau laa, aku tengah nak siapkan assignment ni.”  Midah kembali ke katil mengadap semula laptopnya. Sedikitpun tidak nampak riak wajahnya seram atau takut.  “Aik..boleh pulak minah ni tak nampak..confirm kes tak pakai cermin mata ni”..haha aku tergelak sendiri. Lalu aku menutup jendela bilik dengan penuh persoalan lalu kembali ke meja studi ku.

Sedang aku nyenyak dibuai mimpi indah, aku terjaga pada pukul 2.30 a.m. Aku tersedar bila mendengar sayup-sayup suara perempuan mendayu-dayu menyanyi ibarat seorang ibu yang sedang mendodoikan anaknya. Sepertinya aku disuruh ke jendela untuk menjenguk. Lantas aku menyelak langsir dan melihat jauh ke depan. Nampak perempuan tadi masih di situ. Baju putihnya mengerbang ditiup angin. Makin lama aku tengok,  perempuan itu semakin dekat. Cara jalannya pula seolah-olah berjalan tanpa kaki. memang menyeramkan. Senang kata seolah terbang macam kain ditiup angin. Pada jarak lebih kurang dalam 20 langkah dari bangunan hostelku, perempuan itu berhenti. Dengan jarak dekat itu aku dapat melihat dengan jelas dia sedang mendodoi seorang bayi dalam dukungannya sambil merenung ke arahku. Aku terpaku terdiam dan terkaku di situ seolah kaki dipaku. Mulutku mula kumat kamit membaca surah-surah lazim dan berdoa agar aku tidak diapa-apakan. Bulu-bulu romaku meremang dibuatnya. Rasa seram dan takut menguasai diriku ketika itu. Sekilas kemudian aku nampak lembaga itu terbang naik ke belakang hostel dan hilang dari pandangan ku. Aku cepat-cepat beristifar dan menutup langsir bilik dan terus melompat naik ke katil. Malam tu aku tidur dalam keadaan ketakutan. Agak lama juga aku memaksa diriku untuk lelap.

Pagi keesokan harinya aku demam. Demam mungkin kerana rasa takut dengan apa yang aku nampak semalam. Menurut senior ku, sumber dari cerita pakcik guard, pada masa dahulu berhampiran dengan kawasan tasik tu ada sebuah rumah banglo yang besar. Rumah orang kaya. Dalam rumah tu tinggal la sepasang suami dan isteri bersama seorang anak gadisnya yang cantik. Pada suatu malam sekumpulan perompak telah memecah masuk rumah banglo tersebut dan telah merogol anak gadis mereka. Ibu dan bapanya telah d*****h. Selepas kejadian tersebut, gadis itut telah tinggal seorang diri di rumah tersebut dan oleh kerana tekanan perasaan dia akhirnya menjadi gila. Gadis tersebut juga hamil akibat dirogol secara bergilir-gilir oleh perompak  dan akhirnya meninggal dunia semasa melahirkan anak. Khabarnya selepas kejadian tersebut roh gadis tersebut sering kelihatan seolah-olah sedang menidurkan anaknya di sekitar tasik tersebut.  Wallahualam.

NazilaIla

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

1 thought on “Jelmaan wanita mendodoikan anak”

  1. tu bukan roh perempuan tu, tu syaitan nak memesongkan manusia. dongeng/sesat je tu yang kata roh tak tenang so roh tu berlegar legar. mungkin jin qarin yang saja nak menakutkan manusia

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.