Jengka Angker

Hai kepada semua pembaca tegar Fiksyen Shasha. Nama aku Amy. Hari ini aku nak cerita tentang pengalaman-pengalaman seram yang aku alami semasa aku duduk di kolej sebuah IPT di negeri Pahang, iaitu Jengka. Kisah seram aku terlalu banyak, tapi aku hanya akan ceritakan dua kisah untuk entry kali ni.

Untuk gambaran korang, kolej aku ada 10 tingkat. Satu tingkat ada 10 buah rumah. Satu rumah ada empat bilik dan didiami lapan orang.

Cerita ni bermula semasa aku dalam semester dua. Siapa yang biasa duduk asrama atau kolej, korang fahamlah yang dobi selalunya penuh. Kadang-kadang tu beratur di dobi pun tinggalkan bakul je untuk queue. Aku pula sejenis yang malas nak beratur kalau pergi dobi, jadi aku hanya akan pergi dobi pada jam satu atau dua pagi.

Ada satu hari tu aku terpaksa pergi ke dobi lewat malam, dalam pukul 2:15 pagi macam tu, sebab meeting aku habis lewat masa tu. Baju pun dah terlalu banyak, musim hujan ampaian pun penuh. Aku pun turun ke bawah (ground floor) di mana dobi kami terletak. Kolej aku berada di tingkat tujuh. Masa aku turun tu, alhamdulillah suasana masih okay dan masih ada beberapa orang student yang sedang berjalan balik dari dobi, jadi tak adalah rasa seram sangat. Aku pun macam biasa, masukkan baju, sabun dan start kan mode mesin basuh tu. 45 minit masa menunggu.

“Hmm, lama juga ni. Takkan nak tungguh dekat bawah? Dahlah tak ada orang,” bisik hati aku.

Aku pun ambil keputusan untuk tunggu dekat bilik sambil set timer. Sesampainya aku di rumah, aku dapati housemate aku ramai yang belum tidur lagi. Lega hati aku. Tak adalah rasa sunyi. Aku pun duduk dalam bilik sambil scroll Instagram dan Facebook.

Masa berlalu dan rumah aku pun semakin sunyi. Housemate aku semua dah tidur. Jam menunjukkan pukul 2:55 pagi. Aku pun call roommate aku untuk tanya dia dekat mana.

Roommate aku pergi ke rumah kawan dekat tingkat lain untuk study dan bila aku call, dia cakap malam ni dia tidur di bilik kawan dia. Sebabkan tu aku terpaksa turun ambil baju seorang diri. Yalah, kesian pula nak kejutkan housemate lain yang tengah tidur.

Suasana malam tu sejuk sangat. Angin bertiup sayup-sayup dengan ditemani bunyi cengkerik. Aku pun turun lif. Sesampainya aku di bawah, aku rasa lain sangat. Suasana malamtu dengan hujan gerimis, sunyi yang teramat sangat. Aku mula rasa tak sedap hati. Dobi dekat hujung koridor, aku pula dekat tengah-tengah koridor. Dengan berat langkah aku pun pergi juga ke hujung koridor untuk ke dobi untuk ambil baju-baju aku.

Dobi macam biasalah, tak ada orang. Tengah aku keluarkan pakaian aku dari mesin, aku perasan kelibat orang berjalan depan pintu dobi. Lega hati aku. Ada juga orang malam-malam buta macam ni. Aku pun sambung masukkan baju yang dah bersih ke dalam beg untuk dibawa ke bilik. Tiba-tiba kelibat tu terlihat lagi dari sisi mata aku. Aku nampak kelibat tu ulang-alik depan pintu dobi tu dengan sangat laju. Pintu dobi dekat situ cuma sebesar satu pintu rumah biasa. Aku tengok jam dah pukul 3:00 pagi. Orang yang lalu tu nak pergi mana? Aku mula rasa tak sedap hati. Yalah, takkanlah waktu macam ni ada meeting pula, kan? Tapi aku cuba buat tak tahu dan abaikan apa yang aku nampak tu.

Lepas dah settle angkat semua baju, aku decide nak video call ayah aku yang berada di KL. Sebab ayah aku yang ajar aku supaya jadi berani. Jadi, kalau aku takut, ayahlah orang yang aku mengadu dan minta teman. Aku pun call ayah. Alhamdulillah ayah angkat dan aku pun minta ayah temankan aku naik bilik. Ayah setuju. Tiba-tiba video call tu reconnecting dan sejurus tu aku nampak sepasang mata merah pekat sedang menjenguk aku dari sisi pintu dobi tadi. Badannya besar dan tinggi, berwarna hitam gelap. Aku terkejut sampaikan handphone yang aku pegang terhempas ke lantai.

 

“YA ALLAH! ALLAHUAKBAR!” Aku bersuara. Menggigil aku rasa, satu badan terasa sejuk.

“Kenapa? Adik okay ke tu?” kedengaran suara ayah aku memanggil dari video call tadi. Aku terduduk sebab terkejut dengan apa yang aku nampak. Terus aku capai handphone dan berlari menuju ke arah lif. Aku tinggalkan pakaian aku sebab aku terlalu takut aku dapat rasa benda tu masih ada di belakang aku. Dalam lif aku cuba bersembang dengan ayah, tapi mulut aku umpama terkunci. Ayah seolah-olah faham apa yang sedang aku lalui, ayah suruh aku istighfar dan tarik nafas dalam-dalam. Aku dengar dan ikut suruhan ayah. Dalam hati macam-macam bacaan aku cuba baca, tapi apakan daya, yang boleh aku ingat adalah Allah semata-mata. Tak ada surah yang aku dapat ingat masa tu.

“Ting!”

Lif sampai di tingkat tujug. Aku pun keluar. Aku matikan video call aku dengan ayah kerana aku dah nak sampai rumah, jadi aku minta ayah teman sampau situ sahaja. By the way, Rumah aku berada di hujung koridor, jadi aku perlu jalan ke hujung untuk sampai ke rumah. Sambil handphone letak di poket, aku pegang kunci rumah untuk buka pintu. Masa aku nak buka pintu, aku nampak lagi kelibat yang sama dekat sebelah tangga di tepi rumah aku. Kali ni makin dekat dan aku dapat rasakan macam ada haba di belakang badan. Aku pun cepat-cepat buka pintu.

“Asalamualaikum!” Ucap aku.

Dengan cepat aku tutup pintu. Rasa lega dalam dada aku sebab aku selamat sampai ke rumah. Aku menjenguk ke tingkap untuk melihat apakah masih ada kelibat itu di luar rumah dan ya! Makhluk hitam tu masih dekat luar dan tak dapat masuk ke dalam. Mungkin sebab aku bagi salam, jadi dia hanya boleh duduk dekat luar. Aku masuk toilet, basuh kaki dan muka, masuk ke bilik dan terus tidur dalam keadaan bilik aku terang benderang. Hanya Allah yang tahu perasaan aku masa tu. Takut dan terkejut dengan apa yang jadi. Keesokkan paginya, roommate aku balik dan kejutkan aku untuk solat subuh. Aku demam selama tiga hari kerana terlalu terkejut dengan apa yang aku nampak. Sungguh, itulah pengalaman pertama aku nampak lembaga sebesar itu yang selama ni hanya aku dengar daripada mulut-mulut orang.

Selepas semuanya reda, barulah aku cerita apa yang terjadi pada ayah. Ayah pun ada pesan supaya jangan lagi keluar malam-malam buta untuk pergi ke mana-mana. Kalau nak ke dobi pun, ayah suruh ajak kawan-kawan untuk teman dan kalau boleh elakkan pergi terlalu lewat malam. Sejak dari kejadian tu, aku hanya akan pergi ke dobi selepas subuh time aku tak ada kelas, sebab pagi selalunya tak terlalu ramai student yang mendobi pakaian sebab mereka ada kuliah. Sebelum ni, pagi kalau tak ada kelas, aku akan tidur je. Oh, ya. Roommate aku yang tolong ambilkan baju yang aku tinggalkan dekat koridor dobi tu, sebab aku demam.

Cerita kedua ni pula dialami oleh aku dan kawan aku. Kawan aku ni dia ada kelebihan sixth sense sejak kecil lagi dan dia sendiri mengaku yang dia ada “penjaga”. Tapi yang bagusnya, penjaga dia tu tak ganggu orang. Kalau tak, dah lama aku lari daripada jadi kawan dia.

Cerita bermula pada suatu malam…

Aku lepak dekat bilik kawan aku, Lala, yang sixth sense tu, bersama seorang lagi kawan kami, Bibi. So, tiga orang dalam satu bilik. Bilik kawan aku ni ada dua katil. Katil dia menghadap pintu dan sebelahnya ada tingkap besar. Selalunya kami memang akan tutup tingkap kalau waktu dah maghrib. Walaupun tingkap tu hanya menghala ke arah koridor depan rumah pun kami tetap tutup.

Kami bertiga sebenarnya lepak untuk selesaikan assignment sama-sama. Masa tu dah maghrib, jadi si Lala pun tutuplah tingkap bilik. Tapi langsir dia tak tutup. Maknanya kami masih boleh nampak luar walaupun tingkap tu dah tertutup. Masa tu pula Lala seorang yany je boleh solat, jadi aku dan Bibi pun tunggu dalam bilik masa Lala pergi solat dengan housemate yang lain dekat depan. Lepas tu si Bibi ni tiba-tiba tanya aku, “betul ke lagu Cindai berhantu, eh?”

Aku pun macam pelik tiba-tiba je ditanya macam tu. Aku pun jawablah, “entahlah, Bi. Tapi aku pun ada dengar juga yang orang kata cindai tu maksudnya pontianak.”

Lepas tu si Bibi ni pun tiba-tiba je pasang lagu Cindai tu dalam bilik. Aku pun dengar jer lah sekali, sebab aku pun tak percaya tentang kisah mistik lagu Cindai tu. Kononnya aku pun nak tengoklah kesahihan cerita-cerita orang dalam internet tu. Tapi bila Bibi pasang lagu tu sampai habis, okay je. Tak ada apa pun terjadi. Tak lama lepas tu, Lala masuk bilik lepas dah selesai solat dan tanya, “korang buat apa tadi?”

Aku dengan Bibi jawablah, “tunggu kaulah.”

Then Lala terus buat muka tak ada reaksi. Lepas tu dia pergi dekat tingkap, dia tutup langsir. Aku pelik juga. Aku pandang Bibi, tapi Bibi buat tak tahu je, so aku pun tak adalah tanya apa-apa dekat Lala. Mungkin dia buat macam tu sebab nak privacy kot. Supaya orang luar tak nampak kami dalam bilik ni. Lepas tu kami sambung buat assignment sama-sama sambil pasang bermacam jenis lagu untuk bagi meriah sikit. Aku perasan semenjak Lala tegur kitorang tadi, dia jadi makin senyap dari kebiasaanya. Dia banyak tunduk kepala dan hanya bercakap bila kitorang tanya sesuatu je. Tapi aku anggap dia penat sebab siang tadi dia ada meeting persatuan. Aku tak naklah tegur dia, takut nanti dia rasa tak selesa pula.

Beberapa jam kemudian, jam dah menunjukkan pukul 12:01 tengah malam. Aku dengan Bibi decide nak balik bilik kitorang masing-masing. Mula-mula tu Lalatahan kitorang tak bagi balik. Dia suruh tidur dekat bilik dia. Tapi aku dengan Bibi kan tengah “bulan merah”, jadi kitorang tolaklah, sebab tak selesa, takut bocor ke apa nanti susah pula. Lagipun roommate si Lala tu ada, kitorang tak naklah ganggu ketenteraman dia. Awal-awalnya Lala memang seboleh-bolehnya tak nak bagi kitorang balik.

Dia kata, “tunggulah subuh esok, tak payahlah balik dulu.” Tapi sebab kitorang berkeras tak nak, dia pun bagi kitorang balik.

Lala hantar kitorang sampai pintu and dia pesan, “balik nanti jangan lupa bersihkan apa patut. Basuh kaki, basuh muka semua.”

Aku dengan Bibi pandang each other dengan muka pelik. Yalah, tiba-tiba je Lala pesan macamtu. Tapi kitorang balas okay je dekat Lala.

Masa dekat lif aku dengan Bibi berpisah sebab rumah Bibi dekat tingkat bawah je. Rumah aku pula kena naik lif. Jadinya, Bibi turun tangga, aku pula tunggu lif.

Masa Bibi turun tangga tu, aku pun “hantar” dia dengan pandangan mata sampailah aku tak nampak dia dah. Sambil tunggu lif tu aku mainlah handphone sekejap. Entah kenapa lif malam tu lambat pula, padahal tingkat empat je. Sambil aku tunggu, tiba-tiba aku terdengar suara orang menyanyi berbisik dekat telinga aku, “cindailah mana, tidak berhias.”

Suaranya sayup dan terdengar jauh. Dalam hati aku tak rasa apa-apa dan aku memang agak si Bibi yang nyanyi lagu tu. Sebab yalah rumah dia dekat bawah je. Suara dia confirm boleh dengar kalau dia bercakap atau menyanyi. Tambahan pula waktu malam tu sunyi, memang suara tu jelas kedengaran dekat telinga aku.

Lif sampai, aku masuk dan naik ke tingkat tujuh. Aku keluar lif dan sekali lagi aku terdengar sesuatu, cuma kali ni versi ada yang humming lagu cindai part “cindailah mana, tidak berhias” tu juga dan bunyi dia sama juga, sayup. Aku dah rasa pelik sebab takkanlah suara Bibi yang dekat tingkat tiga boleh dengar sampai atas? Memang tak logik dah ni. Aku terus cepat-cepat pergi ke rumah aku, masuk, bagi salam dan kunci pintu. Kalau diikutkan terus nak masuk tidur, tapi aku teringat Lala pesan suruh bersihkan apa yang patut. Yalah, aku pun tengah kotor masa tu.

Aku pun selesaikan apa yang patut dan terus masuk ke bilik untuk tidur. Rumah aku meriah sebab housemate aku semua belum tidur lagi, tengok movie dekat ruang tamu. Jadi aku pun ambil kesempatan untuk tidur time tengah meriah tu. Nanti kalau dah sunyi susah pula aku nak tidur.

Esok petangnya, aku, Lala, Bibi dan beberapa orany group mate lain berjumpa lagi untuk assignment. Tapi kali ni kitaorang jumpa dekat medan selera. Kami pun discuss macam biasa, sampailah diorang decide nak break sekejap dalam 10 minit. Bibi bisik dekat aku, dia tanya, “malam semalam kau ada kena benda pelik-pelak tak?”

Aku jawablah, “takde. Kenapa?”

Awalnya aku tak bak cerita sebab aku tak nak buat suasana jadi seram. Tiba-tiba Bibi buka cerita. Rupanya semalam masa kitorang terpisah masa nak balik dari bilik Lala, lepas je turun tangga tu, dia dengar aku panggil dia, “Bibi! Bibi!”

Lepas tu dia menyahut panggilan tu. Dia jawab, “apa?”

Lepas tu suara tu senyap sekejap, then lagi sekali dia dengar suara tu memanggil nama dia. Kali ni dia naik balik ke atas sebab dia ingatkan aku panggil. Alanglah terkejutnya dia, bila dia naik, aku tak ada dekat situ dah (aku dah lama masuk lif masa tu) dan dia terdengar suara yang sama memanggil dia tu mengilai, “hihihihi!”

Teruslah si Bibi ni balik ke bilik dalam keadaan hati berdebar.

Lala yang terdengar Bibi bercerita pun bukalah cerita versi dia. Dia kata masa dia tegur kitorang buat apa tu, sebenarnya dia dah nampak ada benda berupa cik ponti yang berambut panjang kusut, berbaju lusuh warna putih kemerahan sedang bertenggek dekat balkoni depan tingkap bilik yang kitorang lepak malam semalam tu. Sebab itulah Lala terus tutup langsir dan tunduk sepanjang malam, tak berani angkat muka, sebab dia kata bayangan benda tu ada dalam bilik dia dan sebab tu juga dia tak bagi kitorang balik sebab dia risau kitorang kena ganggu. Tapi dia tak naklah bagitahu kitorang masa tu, sebab tak nak kitorang takut bila tahu yang benda tu memang ada dekat depan bilik tu.

Bila diorang cerita part diorang, aku pun share cerita apa yang aku alami malam semalam. Lala pun cakaplah dekat aku, “kau tahu tak, orang kata kalau suara benda tu jauh, maksudnya dia dekat dengan kita.”

Meremang aku jadinya lepas Lala cakap macam tu. Mana taknya, dua kali kot aku dengar suara tu. Dari tingkat bawah ke tingkat atas, maksudnya benda tu ikut akulah, kan? Hmm.

Tapi Alhamdulillah tak ada apa yang lebih teruk berlaku dan kitorang tak adalah berani nak test-test akan kesahihan sesuatu cerita mistik di tempat angker dah. Tak tahulah benda ni jadi secara kebetulan ataupun memang lagu cindai tu yang mistik. Tambahan lagi ada ura-ura mengatakan tapak kolej kami tinggal ni dulu hutan dan sebelum dijadikan kolej, tempat ni pernah dijadikan tempat ustaz buang “benda” ghaib ni. Ada aku dengar ustaz tu lepaskan dua bas penuh “benda” tu dekat sini. Sebab itulah tempat ni angker. Tapi cerita sebenar Wallahualam. Allah sahaja yang tahu.

Yang benar, Amy.

Rating Pembaca
[Total: 86 Average: 4.7]
AmyAzhar

6 thoughts on “Jengka Angker”

  1. Arwah pakcik aku mmg asal jengka, anak peneroka terawal n dia pernah cerita n tunjuk pada aku tempat2 n kawasan yg keras di sekitar jengka termasukla uitm jengka.
    Arwah x sempat cerita banyak sebab kami jarang berjumpa

    Reply
  2. Cindai tu bukanlah pontianak melainkan ianya nama sejenis kain Cindai ,digunakan zaman abad 15 sebagai kain kalis peluru ,kalis tajam ,sakti ,selalu dijadikan sampin atau pelapik badan waktu perang ,kaum hawa memilikinya kerna cindai tu cantik..tapi kain cindai itu selain material berkualiti tinggi ,yg menjadikan ia kalis peluru ,kalis api ,sebabkan ada khadam tersendiri..khadam itu yg adik gelarkan as a kak ponti.. sayang ko adik ,haha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.