Jerangkung Rumah Lama Part 3

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum wbt admin dan pembaca FS. Aku Naz, 27.

Tajuk : Jerangkung Rumah Lama (III)
Pencerita : Pakngah Bakri
Tahun : Anggaran Tahun 1990~2000

“Reza, cari maklumat mengenai isteri mangsa, Laila. Dapatkan nombor telefonnya di dalam senarai kenalan telefon milik mangsa. Saya percaya, mesti disitu terdapat nombor telefon Laila dan saya mahukan senarai panggilan keluar dan masuk juga”.

“Maaf Tuan jika saya bertanya, kenapa tidak kita cari waris atau adik beradik mangsa dan juga isterinya, Laila. Mungkin mereka lebih tahu apa yang terjadi. Disebabkan rumah mereka jauh dari orang kampung dan mereka juga tidak peramah, sulit untuk kami mencari dan mendapatkan keterangan saksi.”

“Kedua-dua mangsa dan isterinya, Laila adalah anak tunggal. Ibu bapa mereka pula sudah lama tiada. Kes ini dikira closed case tetapi saya yang mahu siasat apa sebenarnya terjadi. Ada apa-apa lagi soalan?.” Chief Inspektor Huzaini memandang wajah Sarjan Reza.

“Tiada, Tuan!.”

“Oh! Pulangkan semula buku catatan ini pada kotak bukti. Jangan bagi sesiapa pun buka dan baca isi didalamnya.”

“Tetapi kenapa Tuan? Mana tahu mungkin kita akan dapat petunjuk melalui buku catatan ini.” Sarjan Reza bersuara.

“Lakukanlah jika kamu atau sesiapa berani untuk dikacau oleh benda halus. Saya dan keluarga diganggu setiap hari sejak saya bawa pulang buku catatan itu. Kalau kamu mahu tanggung risiko, silakanlah.” Chief Inspektor Huzaini berkata dengan tenang.

Sarjan Reza terdiam. Dia tahu tidak mungkin Chief Inspektor Huzaini bergurau ketika ini. Dia mengambil buku catatan berwarna coklat tua itu dan meminta diri untuk keluar.

**********************************

Ustaz Anuar : Macam mana keadaan kamu sekarang? Masih diganggu?

Huzaini : Alhamdulillah, setakat ini tiada gangguan. Saya tanya pada Ija, dia juga kata sudah tiada gangguan pada malam hari.

Ustaz Anuar mengangguk kecil. Dipandang tepat ke arah wajah Huzaini yang sunggul.

Ustaz Anuar : Habis tu, kenapa muka kamu muram saja? Ada masalah lainkah?

Huzaini hanya membisukan diri. Kepalanya menggeleng beberapa kali. Tidak mungkin dia bicarakan apa yang terbuku dihatinya kepada Ustaz Anuar, boleh jadi dia pula yang akan dimarahi kerana degil.

Semua hasil selidik dan bahan bukti menemui jalan buntu. Salah satu cara adalah dengan membuka dan membaca buku catatan milik Daud tetapi jika disuarakan perkara itu kepada Ustaz Anuar, pasti idea itu ditentang dan sejujurnya dia juga berasa gusar. Gusar gangguan itu akan berulang semula jika dia membuka kembali buku catatan itu. Terkenang dia pada perbualannya dengan Sarjan Reza dibiliknya semalam.

Reza : Tuan! Ini senarai keluar dan masuk panggilan mangsa. Selain Laila, nombor telefon atas nama Mawar juga kerap dihubungi mangsa dalam tempoh tiga bulan sebelum mangsa ditemui m**i.

Huzaini : Mawar? Siapakah Mawar?

Huzaini cuba mengingati jika ada kenalan Daud yang bernama Mawar…. Arghhhh! Kenapa kes ini menjadi semakin rumit? Setiap persoalan tidak menemui sebarang jawapan, kini timbul pula persoalan yang lainnya.

Reza : Kami cuba mencari saksi dalam kalangan penduduk kampung disitu namun tiada yang mengenali mangsa dengan rapat dan mangsa juga dikatakan tidak bergaul dengan penduduk kampung.

Reza : Seminggu di awal perpindahan mangsa ke kampung tersebut, mangsa menghadiri solat berjemaah di masjid setiap hari untuk solat maghrib dan isyak namun selepas seminggu, mangsa tidak kelihatan lagi dimasjid tersebut.

Sarjan Reza meletakkan beberapa sampul surat dan bil dihadapan Chief Inspektor Huzaini.

Reza : Bil api dan air rumah mangsa tertunggak selama tiga bulan dan telah d******g. Surat-surat yang dikirimkan atas nama mangsa, Laila dan Mawar juga dipulangkan semula ke pejabat pos dan tiada tuntutan keatas surat itu diambil oleh mana-mana wakil.

Rumit! Memang rumit. Ia seumpama menyelesaikan kes roh tanpa jasad. Tiada saksi dan bahan bukti yang kukuh. Kehadiran mangsa juga samar-samar, kadang-kala dilihat dan kadang-kala tengelam tanpa berita.

Ustaz Anuar : Jauh kamu termenung. Jarang abang lihat kamu termenung. Jika ada masalah jangan dipendam, cuba bukakan hati untuk berkongsi masalah.

Huzaini : Tiada apalah abang. Biasalah masalah ditempat kerja kadang-kala terbawa juga balik ke rumah.

Huzaini tersenyum tawar. Dia mengalihkan topik dengan berbicara mengenai anak-anak Ustaz Anuar. Mereka berkongsi cerita mengenai keluarga masing-masing. Biarlah! Untuk seketika, dia tidak mahu memikirkan mengenai kes misteri sahabat baiknya itu.

Huzaini meminta diri untuk pulang. Sudah lama mereka berborak sehinggakan jam menunjukkan hampir pukul 6 petang.

Ustaz Anuar : Uz! Ingat pesan abang, jangan kamu ambil kembali apa yang sudah kamu pulangkan. Semua itu bisikan syaitan, gusar nanti jika tiada kekuatan iman kamu akan terpesong.

Tapak kaki Huzaini terhenti dari mengaturkan langkah. Dia tergumam lantas dia menoleh ke arah Ustaz Anuar. Ustaz Anuar mengukir senyuman kecil, segera dia menghampiri Huzaini dan menepuk lembut bahunya.

Ustaz Anuar : Abang tahu apa yang kamu gusarkan walaupun kamu tidak mahu ceritakan pada abang tetapi percayalah itu bukan jalan yang terbaik malah mungkin mengundang kecelakaan dikemudian hari. Kamu kena kuat melawan keinginan kamu. Biarkan yang pergi itu pergi, kita yang masih hidup ini kena teruskan kehidupan.

Huzaini terdiam seribu bahasa. Tiada tutur kata melainkan hanya anggukan sahaja. Dia akui itulah jalan yang terbaik.

*******************************

“shhhhhhhhh…….&*#^/@@^#$%€÷&&##”
“shhhhhhhhhhh…….”

Suara-suara itu rancak berbual. Tidak diketahui butir bicaranya namun cukup binggit. Huzaini terjaga, dilihat isterinya sedang mencangkung dipenjuru bilik.

“shhhhhh….. @$%×*&_£×”
“Hihihihihi………….”

Suara itu berbunyi lagi diikuti dengan hilaian ketawa yang halus. Huzaini mengusap matanya dan memandang ke arah isterinya yang masih mencangkung dihujung penjuru bilik mereka. Dia yakin suara berbual dan ketawa itu datang dari arah isterinya.

“Sayang buat apa disitu?”. Huzaini bertanya seperti orang bodoh lantas dia turun dari katilnya dan berjalan menuju ke arah isterinya itu.

Suara yang rancak berbual itu terhenti. Ija menoleh ke arah Huzaini dengan muka yang bengis seolah-olah geram apabila perbualannya diganggu. Ija merangkak laju menghampiri Huzaini sambil mengekek ketawa.

“Dia dah jadi milik aku. Kau tak akan boleh pisahkan aku dengan dia. DIA MILIK AKU!!!”. Ija menjerit seperti orang gila sambil mencakar badan Huzaini dengan kukunya yang panjang.

Pedih dan bisa menyerang tubuh Huzaini. Dengan hanya satu cakaran namun cukup membolehkan dia meraung kesakitan.

“ALLAHU AKHBAR!”

Huzaini terjaga dari tidurnya. Peluh menitik dari dahinya meskipun biliknya sejuk dengan aircond yang bersuhu 16 darjah celcius. Dipandang Ija yang lena diulit mimpi disebelahnya.

“Astagfirullahal azim…. aku mengigau rupanya.”

Dia memandang ke arah jam didinding yang menunjukkan tepat pukul 11 malam.

******************************

Aira : Ayah, can we talk?

Huzaini mengangguk sambil kakinya melangkah mengikuti Aira, anak sulungnya.

Aira : Hurmmm… Kakak serba salah sebenarnya tapi risau juga jika dibiarkan. Ayah tak rasa pelik ke dengan kelakuan Ibu sejak akhir-akhir ni?

Huzaini : Pelik? Apa yang peliknya pada ibu kamu tu? Ayah tengok elok saja.

Aira : Ayah jangan marah ya. Aira cuma nak beritahu ayah yang sejak kebelakangan ni, Aira selalu tengok dan dengar ibu berbual seorang diri. Mula-mula adik yang perasan jadi adik cerita pada Kakak dan memang bila diperhatikan ibu sering berbual dengan seseorang tetapi tiada sesiapa pun waktu tu selain ibu.

Aira menceritakan pada Huzaini yang Ija sering bersikap baran ketika Huzaini tiada dirumah. Jika dia dan adiknya berbunyi bising sedikit pasti ditempelak dan dimarahi mereka berdua berbeza dengan sifat ibunya itu yang dahulunya seorang lemah lembut.

Aira : Adik beritahu Kakak yang ibu sering menyebut nama Laila dan Mawar. Kadang-kala ibu marah, kadang-kala ibu menangis dan ada masa ibu ketawa mengilai. Sekarang adik jadi fobia mahu dekati ibu, puas kakak pujuk adik dan cuba tenangkan dia namun adik jadi takut sangat bila berhadapan dengan ibu. Adik juga beritahu kakak yang kadang-kala dia lihat seseorang yang bertubuh kurus kering, tulang tanpa isi dan mempunyai rambut yang kusut dan mengerbang mengikuti ibu. Kakak takutlah ayah.

Mata Aira berkaca. Dia kasihankan ibunya namun dalam masa yang sama dia juga mempunyai perasaan takut untuk mendekati ibunya itu. Huzaini memeluk anak sulungnya itu dan diusap kepala Aira perlahan.

“Ayah janji akan siasat dan cari penawar untuk ibu. Ayah nak kakak dan adik dekati ibu macam biasa ya, jangan biarkan ibu keseorangan, boleh kakak?”. Huzaini memandang tepat kearah anak mata Aira.

“Boleh ayah tapi janji ya sembuhkan ibu. Aira nak ibu yang dahulu.”

“Ayah janji.”

**************************************

“20 April…..

Aku suarakan keinginanku untuk pulang ke kampung untuk berjumpa dengan Laila kepada Mawar. Puas juga aku terangkan segalanya kepada Mawar kenapa aku tekad bertindak sedemikian rupa namun Mawar enggan menerima. Katanya ini bukan masanya lagi dan Mawar juga belum bersedia. Aku mahu berikan Mawar masa namun setiap saat yang berdetik menyebabkan aku memikirkan keadaan Laila yang sepi tanpa khabar.”

“23 April…..

Sejak aku suarakan kehendakku untuk pulang menemui Laila, Mawar ku lihat sering termenung, adakala dia menangis. Ya! semua ini terjadi kerana nafsu dan salahku sendiri. Mawar juga mangsa keadaan. Mungkin benar kata Mawar, sekarang bukanlah masa yang sesuai.”

“27 April ……

Mawar tiba-tiba datang memohon maaf kepadaku dan bersetuju untuk pulang kekampung untuk berjumpa dengan Laila. Tidak! aku yang sepatutnya melutut dan meminta maaf kepada dua insan ini, Laila dan Mawar. Aku yang bersalah.”

“30 April…..

Hatiku berdebar-debar menunggu tibanya hari esok. Esok, aku dan Mawar akan berjumpa dengan Laila. Mawar berkata kepadaku bahawa dia rela jika Laila bertindak mengherdik, memaki dan memukulnya. Dia pasrah jika itu yang boleh lembutkan hati Laila dan menerimanya. Salah aku berkahwin tanpa pengetahuan dan persetujuan Laila. Salah aku juga kerana merahsiakan status perkahwinanku kepada Mawar. Kedua-duanya tidak bersalah. Aku yang kejam! Kejam kepada kedua-dua insan yang amat aku cintai. Aku harap semua ini akan berakhir dengan satu kemenangan.”

Huzaini melipat hujung helaian buku catatan itu dimuka surat bernombor 13. Ditatap gambar wanita pada sekeping gambar yang terselit dihelaian buku catatan itu. Dia pasti gambar wanita tersebut adalah gambar Mawar kerana walaupun jarang berjumpa dengan Daud dan Laila setelah masing-masing bertukar tempat bertugas namun dia masih mengingati wajah Laila. Laila dan Mawar sama-sama memiliki kecantikan yang tersendiri, tidak mustahil mengapa Daud boleh jatuh cinta kepada kedua-duanya. Buku catatan itu dimasukkan kedalam beg bimbitnya. Huzaini pasrah jika dia terpaksa melanggar arahan Ustaz Anuar, dia perlu selamatkan keluarganya kerana dia tahu ‘dia’ bukan menganggunya kerana Huzaini mengambil buku catatan milik Daud itu tetapi kerana ‘dia’ ingin memiliki jasad isterinya dan mengawal sepenuhnya isterinya, Ija.

Aku dah tulis penuh perkataan disetiap part cerita tetapi telah di ** oleh admin. Memandai jer mekome mempitenoh teman yang tak berdosa ini. Mungkin procedure admin begitu untuk elakkan cerita ini dari di banned. Kot jelah, aku pakai teka je.hahaha

Happy reading guys.
#tqforfrontlinersMalaysia
#kitajagakita

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Naz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

11 thoughts on “Jerangkung Rumah Lama Part 3”

  1. Admin baru blog ni apasal lembek sangat? Perkataan-perkataan seperti “d***h, p****g, m**i” pun huruf-hurufnya ditukar dengan simbol bintang. Perkataan-perkataan tu tak menyeramkan pun la! Kalau penakut sangat, jangan jadi admin!!

    Reply
    • kena censored, sebab fb yang lembik sangat. FB akan block bila share ke FB yang mengandungi perkataan-perkataan tu.

      Reply
  2. Ooo ni kes fb la rupa2nya? Hmmm… Sori la min, salah sangka. Mark n the geng tu mmg. Tu x blh, ni x blh. Hampeh!!

    Reply
  3. Tuan Arris,

    Baca sahaja dan hadam dengan adab tertib membaca.

    Nampak kamu macam kurang adab bila menulis komen pada cerita ini.

    *Kurangkan mengelabah ya.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.