Jesica penghuni hostel

Assalamualaikum, Hai semua. Nama saya Dila. Saya berasal dari Sarawak. Sekarang saya menetap di Kuching. Pada petang ini, saya ingin berkongsi kisah seram yang pernah saya lalui semasa sambung belajar. Kisah ini ketika saya belajar di sebuah kolej swasta yang berdekatan dengan pasaraya. Kisah ini mengisahkan ketika saya menetap di sebuah hostel. Semua pelajar-pelajar kolej tersebut pun menetap di hostel tersebut.

Dipendekkan cerita, cerita ini bermula pada awal bulan 11 2021 ketika saya baru sahaja mendaftarkan diri sebagai pelajar kolej disitu. Dipendekkan cerita lagi, selesai sahaja mendaftarkan diri ke kolej, saya telahpun dibenarkan masuk ke hostel. Dalam perjalanan saya menuju ke hostel bersama ibu, abah dan adik-adik saya, saya merasakan tak sedap hati dan berasa takut tak tentu arah. Tapi saya cuba untuk tidak melayani perasaan itu.

Setelah sampai dihostel, ibu, abah dan adik-adik saya menolong saya untuk membawa barang-barang saya ke bilik saya menggunakan lift. Bilik saya masa tu tingkat 16. Dalam beberapa minit kemudian, saya sampai di tingkat 16, tiba-tiba perasaan saya semakin tidak sedap. Hati saya berdebar-debar dan saya bulu tengkuk saya mula naik secara tiba-tiba, dan saya berkata didalam hati ” Ahhh ini mungkin perasaan aku saja “. Dan saya pun terus abaikan perasaan itu. Pada masa itu, saya sangat gembira kerana dapat bertemu dengan kawan-kawan saya. Sebelum ini kami hanya berkomunikasi dan belajar secara online sahaja.

Setelah beberapa hari selepas itu, salah satu daripada kawan saya meminta saya untuk masak mee goreng. Kamipun pergi ke Pasaraya untuk membeli bahan-bahan untuk membuat mee goreng tersebut dengan menggunakan grab. Pada petang itu, saya pun masak mee goreng didapur. Manakala kawan-kawan saya diruang tamu sambil bermain telefon diruang tamu. Sewaktu saya berseorangan masak didapur, saya berasa diperhatikan oleh seseorang. Saya betul-betul merasakan sedang diperhatikan. Ketika saya melihat disekeliling tiada sesiapa pun yang memerhati saya. Saya mengabaikan perasaan tersebut kerana tidak mahu perasaan takut itu timbul.

Setelah selesai saya memasak, kami pun makan diruang tamu sambil berbual-bual. Setelah selesai makan , kamipun masuk ke bilik untuk rehat dan membuat kerja masing-masing. Pada pukul 9:34 malam, saya baring dikatil saya. Katil saya masa tu ditingkat atas dan di bawah katil saya adalah kawan saya. Tengah-tengah baring, saya pun videocall dengan tunang saya. Tengah-tengah videocall, saya terdengar bunyi budak berlari dekat tingkat atas. Masa tu saya tergamam dan cuak. Tunang saya hairan kenapa saya terdiam. Tunang saya tanya ” Kenapa sayang diam ??? “. Lepastu saya suruh tunang saya dengar betul-betul apa yang saya dengar. Ya tunang saya juga dengar apa yang saya dengar. Saya teringat balik apa yang kawan saya sama kampung cakap, dia pernah cakap dengan saya bahawa tingkat 17, 18 dan 19 adalah kawasan larangan dan takda saya pun duduk dekat tingkat tersebut.

Saya pun harian lah kenapa ada bunyi budak-budak berlari dekat tingkat atas. Lepastu tunang saya suruh saya tidur dan baca ayat kursi. Keesokan paginya, saya tertanya-tanya tentang apa yang saya dengar semalam. Saya dah rasa tak sedap hati langsung. Beberapa hari kemudian, pada pukul 8 pagi, saya tiba-tiba sakit perut. Saya mengadu dekat tunang saya dan mak saya. Mereka suruh saya makan ubat. Tengahari tu, saya memaksa diri untuk tidur supaya sakit perut saya berkurang. Pada pukul 6:15 petang, saya bangun dari tidur, saya ingatkan sakit perut saya sudah hilang tapi semakin sakit. Sakit perut saya tu lain, dia macam ada benda nak keluar dari perut saya.

Ok, yang ini kawan saya cerita balik dekat saya apa yang berlaku pada saya. Kawan saya cakap saya pengsan dan histeria. Kawan saya kecoh melihat keadaan saya waktu itu. Kawan saya cakap sewaktu saya histeria, saya memegang dan mengusap rambut dan perut sambil mengeluarkan d***h dari mulut. Kawan saya cakap juga yang saya duduk dalam keadaan mengangkang diatas katil sambil mengusap rambut dan perut. Malah mereka juga cakap, saya ketawa mengilai.

Pada malam itu, bapa saudara saya dan isterinya bergegas melihat keadaan saya. Rakan-rakan saya dibilik lain kecoh melihat keadaan saya semakin teruk. Mereka mencuba memanggil senior dan ustaz untuk menyelesaikan keadaan saya. Setelah saya sudah sedar, saya melihat semua orang mengelilingi saya dan saya merasa diri saya kehairanan kenapa semua orang dan rakan-rakan saya mengelilingi saya.

Itulah pengalaman saya ketika berada dihostel itu. Sangat seram dan misteri. Selepas kejadian itu saya terus keluar dan berpindah dari hostel tersebut kerana hostel tersebut tidak selamat untuk diri saya. Ada orang cerita dekat saya, nama benda yang merasuk dalam badan saya adalah, Jesica. Dia non muslim dan dia adalah penghuni hostel tersebut. Hostel tersebut juga mempunyai kisah misteri bahawa pernah seorang pelajar perempuan m******h diri ketika mengandung anak luar nikah. Pelajar tersebut membuang diri dari tingkat 18. Dan dia lah penghuni hostel tersebut. Sekian itu sahaja perkongsian cerita dan pengalaman seram daripada saya.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 85 Average: 3.1]
Dila

1 thought on “Jesica penghuni hostel”

  1. Selalunya yg dikatakan hantu tu adalah jelmaan jin qorin, yg mana kematiannya dia sendiri tidak redho, spt b***h diri atau d*****h Apa lg jika ketika hidup dulu jasad tu mengamalkan ilmu hitam, maka lebih kuatlah ilmu jin tersebut. Krn itu kita dikehendaki sentiasa redho dgn setiap dugaan yg menimpa diri kita dgn mengamalkan amalan baik2 dan tidak melakukan perkara mungkar juga yg khurafat agar Allah SWT juga redho keatas kita. InsyaAllah dunia akhirat kita akan selamat.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.