Jin Asyik

JIN ASYIK

Hai nama aku senah, bukan nama sebenar . Aku kerja sebagai babysitter jaga anak buah aku 3 orang dekat rumah sewa kakak ku (kak mimi) di KL. Aku memang minat sangat kisah alam mistik, bab ilmu silat batin semua aku minat kalau dalam sehari tak baca cerita hantu memang tak sah. Aku tak pernah nampak hantu yang aku selalu nampak sekali pandang macam nampak sesuatu kelibat ha macam tu la aku pun tak pandai sangat nak cakap. Tapi aku tetap seorang yang penakut.

Aku kerap mimpi berzina, mimpi ular, mimipi berada di tempat yang kotor, mimpi jumpa orang yang dah m**i. Pinggang dan belakang aku memang selalu rasa sakit lepas aku mengalami mimpi sebegitu, tapi tidak la teruk sangat sehingga la pada satu malam ni aku bermimpi ” berada di hutan yang ada sungai aku jatuh ke dalam sungai sebab ada orang tolak dari belakang, dan tiba tiba aku terdengar orang jerit cakap ada ular dalam sungai tu, tiba tiba ular tu belit aku dan masuk dalam badan aku melalui pinggang aku belah kanan, dia punya sakit tu ya allah sakit yang tersangat sakit.

walaupun hanya dalam mimpi tapi aku rasa macam benda tu nyata dan aku dapat rasa macam ada benda bergerak dalam badan aku. Dan aku pun tersedar dari tido” dengan badan berpeluh macam lepas berlari. Dan sejak dari tu aku jadi seorang yang cepat marah sakit kepala lepas asar dan selalu mimpi berzina di tempat yang kotor.

Dan kisah ni bermula pada satu malam tu aku bermimpi berjumpa dengan arwah paksu aku dia bertanya pasal anak dia saja aku tersedar dan aku tido balik. Dan aku sekali lagi bermimpi, aku berada dekat dalam tandas yang banyak sampah kotor sangat tempat tu, masa tu aku rasa macam tengah ketagih nak berzina, lepas tu aku macam tengah buat maksiat dengan apa benda tah aku tak ingat. Dan bila aku bangun pagi pinggang aku sakit sangat nak baring nak duduk pun seksa tau, sampai la pada satu masa tu mak bapak aku datang melawat anak cucu dia dekat rumah kak anis

Selama 2 minggu. Oh sebelum tu aku nak cakap yang bapak aku ni boleh mengubat orang. Sampai la masa bila mak ayah aku sampai rumah kak Anis keadaan macam biasa je, mak ayah aku masuk rumah makan rehat semua masa tu tak ada apa apa gangguan lagi, sehingga la Abi (aku panggil ayah aku Abi ) aku perasaan yang aku tak solat pun masa dia ada kat rumah kak Anis, bila ajak baca quran pulak aku menyorok dalam bilik dalam gelap Abi aku nak tegur tapi sebab kan dia dapat rasa ada benda yang tak diundang dalam rumah ni maka dia biarkan dulu (ni ibu aku cerita la)
.

Tapi betul la aku jadi takut bila dengar orang baca quran tapi aku masih boleh kawal, sehingga la Abi aku ajak duduk dekat ruang tamu

Masa tu hanya aku Abi, ibu dan ada la 3 orang pakai kupiah yang aku tak kenal dan tok iman mana pun tak tahu la Abi jumpa kat mana . Sebelum aku keluar jumpa Abi kat ruang tamu ibu dah suruh aku siap pakai tudung dah aku masa tu pun tak fikir apa apa yang pelik pun.. dan kembali pada cerita tadi masa aku keluar bilik.. aku nampak orang yang ada kat ruang tamu jantung aku secara tiba tiba mendegup kencang dup dap dup dap macam baru lepas lari, masa tu aku cuak dah aku dapat rasa something yang aku tak suka tapi ibu cuba tenang kan aku. Sampai masa aku duduk depan Abi dan depan abi ada sejadah aku duduk atas sejadah tu. (masa tu aku tak dapat fikir apa dah kakak aku dengan laki dan anak anak dia masa tu takda dan aku pun tak tanya apa dah).

Bila abi suruh aku luruskan kaki bila duduk atas sejadah tu aku rasa dah nak nangis dah badan aku pun menggigil sambil peluk badan. Sambil aku membelakangkan abi dan 5 orang yang lain. Ibu ada dekat sebelah aku.

(abi panggil adik sebb aku anak bongsu) “adik tutup mata lurus kan tangan dan kaki zikir sebut nama allah dalam hati ye, kalau rasa nak menangis ke nak bersilat nak menari lepas kan jangan ditahan” kata abi. Aku pun buat la apa yang disuruh tu.

Bila aku dengar abi dan yang lain baca bismilah dan al fatihah aku rasa macam nak nangis dah tapi aku tahan jugak (ahahah anak bongsu memang degil kan) dan pada masa abi letak tangan di ubun ubun aku dan baca ayat ruqyah depan mata aku semua nya menjadi kabur dan terus tak sedar kan diri.

Dan ni pulak cerita dari ibu sebab masa tu aku dah macam kena rasuk dah.
………………………………
Okay ni cerita dari ibu
“masa abi baca ruqyah tu adik terus pengsan tak sedarkan diri habis je abi baca ruqyah adik bangun dan menari sambil nyanyi lagu ulek mayang dalam 30min mungkin la adik menari dan akhirnya adik duduk bersila menghadap abi”
……………………………….
ni percakapan benda yang dalam badan aku dengan abi yang dicerita kan balik oleh ibu.
Abi: siapa kamu kenapa kamu kacau anak aku apa yang kamu mahukan dari dia” kata abi dengan lembut nya

Setan: He He He He! Kau siapa nak tanya macam tu suka hati aku la nak buat apa dengan budak ni

Abi: aku cakap elok elok ni kenapa kamu kacau anak aku. Ke kau nak aku guna kekerasan lada kamu (dengan suara yang sedikit marah)

Setan: aku sudah lama bersarang dalam badan budak ni. Aku suka dia, aku mahu dia Kau tak boleh pisah kan aku dengan dia ( suara garau dengan muka yang bengis)

Abi: kau bangsa jin tidak boleh bersama dengan manusia! alam kamu dengan alam dia tidak sama lepas kan saja dia

Setan: He He He He! Aku tak kan tinggal kan budak ni aku tinggal dalam badan dia sudah cukup lama, aku sayang kan dia aku tak kan lepas kan dia kalau kau berani cuba la pisah kan aku dengan dia (sambil buat muka bengis)
………………………..
Aku dalam ni adalah setan tu
Lalu aku pun bangun memasang kekuda bersedia untuk bersilat abi masih tenang dengan kedudukkan dia tadi. Lalu 5 orang tadi mengelilingi aku menjadi bulantan dan aku merada di tengah. Abi dan yang lain membaca ayat al quran, belum sempat aku bertindak badan aku tiba tiba menjadi kaku bila abi letak tangan di ubun ubun aku. Lalu badan aku rebah ke lantai pada masa yang sama badan aku menggigil dengan kuat seperti cacing kepanasan sambil menangis “aku tak nak tinggal kan tubuh dia aku suka dia” kata setan tu

“kau degil! Aku tak kan berlembut lagi dengan kau aku akan gunakan kekerasan pada kau” kata abi dengan tangan yang masih melekat di ubun ubun aku. Mana kala yang lain masih dengan bacaan al quran.

Abi sudah penat lalu iman pula mengambil alih. Keadaan aku masih sama seperti tadi seperti cacing kepanasan. Lalu iman pergi ke arah kaki aku dengan menekan ibu jari kaki aku dengan lada hitam

Iman: sekali lagi aku tanya! Kau nak keluar ke tak nak (dengan suara yang tinggi garang betul iman ibu aku kata kah)

Iman menekan lagi ibu jari kaki aku. Aku menjerit dan menangis

Setan:”baik la baik la aku akan keluar dari badan dia” sambil dia merayu

Iman : aku arah kan kau keluar dari badan dia melalui mulut!!

Maka aku pun bangun dan muntah ke dalam baldi yang disediakan dari awal tadi. Dan keadaan pun kembali reda. Iman pesan jangan bersendirian sentiasa solat di awal waktu setan ni kita tak boleh percaya sangat dia mungkin akan kembali lagi. Jangan putus brzikir pada allah.

Iman cakap yang aku alami ni ialah gangguan jin asyik.. Dan gangguan ni juga boleh jadi sebab lambat dapat jodoh dan Bila seseorg itu mengalami jin asyik ini ,maka lama kelamaan jin asyik akan buat seseorg tu mempunyai gngguan 3 eleman, iaitu Emosi, Body dan Spritual. Dan bila kita dapat mimpi benda yang menakutkan mimpi ular ke mimpi binatang buas ke kemudian kita bercerita pada orang sekeliling.. kalau boleh elakkan kita bercerita pada orang Sebab kalau kita cerita macam tu seolah-olah jin macam suka bila kita asyik sebut pasal dia. Itu membuat kan jin makin suka pada kita. Paling penting Jangan tinggal solat WALLAHU A’LAM. Itu saja yang dapat aku kongsi kan. Maaf jika ada silap kata atau bahasa.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.