Jin Di Universiti

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bismillah.

Cerita ini adalah dari pengalaman aku sendiri.
Tahun 2000, aku tamat SPM dan dapat tawaran sambung belajar di Yaman. Waktu itu, Yaman masih lagi aman, bukan macam sekarang.

Untuk makluman, pada tahun pertama, pelajar diwajibkan mengikuti kursus Bahasa Arab untuk sambung ke kuliah selepas itu. Jadi, disinilah pengalaman aku bermula.

Aku menuntut di Uni. Al-Iman untuk kursus intensif bahasa.
Dan, aku dapat bilik yang mana kami panggil Imarah, kira macam asrama lah.
Kejadian ini ajaibnya berlaku seminggu sebelum peristiwa New York World Trade Centre “dilanggar kapal terbang”.

Sebelum itu, aku nak maklumkan, tenaga elektrik kawasan kampus ni digerakkan dengan generator sendiri.
Elektrik akan dihidupkan pada jam 4 pagi (15minit sebelum azan Subuh) dan akan dimatikan jam 11.00 malam.

Dalam bilik aku, kami berkongsi 8 orang sebab katil 2 tingkat.
Salah seorang dia nama abang Ramadhan dari Medan. Dia ni kira macam ahli bahagian mistik la.
Dan untuk pengetahuan, aku adalah pelajar termuda dalam imarah aku, kiranya macam adik-adik diorang lah.
Bangunan di Yaman semuanya tiada bumbung atap, ia flat jadi kita boleh berehat di atas.

Baik, disini bermula ceritanya.
Dalam kami sembang kat atas tu, adalah cerita tentang perihal jin Islam.

Yaman ni la tempat kerajaan Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis. Ingatkan, dalam Al-Quran sendiri ada sebut tentang jin yang ada dizaman Nabi Sulaiman.

Jadi kami sembang punya sembang, tiba-tiba abang Ramadhan perasan yang aku ni jadi pucat, dan waktu itu, aku sendiri rasa badan aku tiba-tiba kebas.
Jadi tiba-tiba, Abg Ramadhan ajak kami semua turun ke bilik. Abang- abang yang lain pun terpinga-pinga sebab memang tengah rancak berbual. Alasan dia ajak turun, sebab dah nak pukul 11.00malam dan elektrik akan padam tak lama lagi.

Jadi, semua turun, tapi abang Ramadhan dia urut-urut tengkuk dan bahu aku masa tengah turun tangga ke bawah. Aku dapat rasa dia tahu yang ada aku rasa tak kena kat badan aku.

Bila sampai bawah, kebetulan abg Ramadhan bagitahu, lampu picit dia tertinggal kat atas. Memang selalu bawa sebab kadang-kadang kami rancak berbual, elektrik terpadam, jadi pakai lampu suluh la nak turun ke bawah. Makanya abang yang lain pelik bila abang Ramadhan ajak turun mengejut.

Jadi, dia naik ke atas balik untuk ambil lampu dia. Bila dia turun ke bawah, muka dia jadi lain.
Dia cakap, atas ada orang dan ada bau seperti daun kering terbakar. Kuat baunya. Itu tanda-tanda ada jin katanya. Wallahu’alam.

Jadi, waktu itu aku seorang rasa berdebar teramat sangat.

Apa lagi, terus aku naik katil, aku nak tidur.
Yaman ni sejuk. Bilik semua tiada aircond dan kipas. Memang sejuk. Tak kira musim.
Tapi lepas aku baring dan mula mamai, tak sampai 10 minit badan aku berpeluh yang amat sangat.
Nahhhh.. Elektrik m**i.
Bilik tiba-tiba jadi senyap sunyi.

Aku pun cuba lelapkan mata aku. Bilik jadi gelap samar, cuma nampak cahaya bulan je yang masuk sikit dalam bilik.

Tiba-tiba…

Aku buka mata aku, dalam keadaan gelap, ada 1 lembaga yang lebih gelap dan tinggi muncul depan mata aku.
Orang lain semua diam, mungkin semua dah tidur.

Makin merecik lah peluh aku. Aku selubung selimut biarpun panas, tapi telinga aku jadi berdesing kuat sangat. Macam bunyi ekor loceng.
Aku mampu baca ayat Kursi je, sebab takut sangat. Nak jerit tak dapat, nak bangun kaki macam kena tindih, cuma air mata je meleleh.
Jadi aku cuma boleh takbir dalam hati dan cuba gerakkan mulut.
Akhirnya, terlepas dan boleh bangun.
Terus aku melompat ke katil Abg Ramadhan.
Dia bangun relaks je, urut belakang aku. Orang lain semua dah lelap.
Dia cuma cakap, baca ayat Kursi banyak-banyak.
“Abang pun nampak” dia kata.
Terus aku tidur sebelah dia.
Kami disana memang macam adik beradik.
Sakit demam semua abang-abang yang jagakan.
Jadi terlelaplah aku dalam ketakutan.

Pagi besok, aku bangun.
Semua pelik tengok aku berpeluh teruk sangat, sedangkan demam pun tak.
Abg Ramadhan pun cerita berkias kat abang lain.
Dan abang lain pun tunduk dengar sebab diorang tahu abg Ramadhan ni gifted sikit.

Jadi pada malam kedua, apa yang diorang buat untuk aku?
Semua bentang tilam kat bawah, dan tidur berlima dibawah.
Aku tidur di tengah-tengah.
Hahhhhh.. Jadi bila tidur, semua nyenyak, tapi aku?
Nampak lagi apa yang aku tanmpak malam tadi, dan aku kali ini kena tindih!
Memang lain macam dia ajak bergurau. Aku pula bau macam daun kering dibakar.
Menggelupur aku, sampai abg Shazalie sedar. Dia tepuk dada aku.
Yang lain tak sedar, tapi yang specialnya. Abg Ramadhan kali ini senyum. Dia perasan lagi.
Dia cakap, “benda tu nak berkawan dengan aku”.
Mintak simpang laaaa.. Dah la tak boleh tidur. Besok pagi-pagi dah ada kelas.
Jadi abg Shazalie tolong bacakan aku ayat-ayat dan hembus kat aku.

Okay, tidur semula.
Tengah sedap balik aku tidur, tiba-tiba aku kena tindih lagi.
Kali ni aku mampu bangun.
Apa yang bagusnya..
Kurang 10 saat aku terbangun, lampu imarah hidup semua. Maksudnya, aku macam kena gerak untuk Subuh.
Untuk pengetahuan, kalau terlajak bangun, kira macam malu la dekat orang lain. Aku ada gak terlajak, jadi aku solat dalam bilik je.
Tapi, kali ni memang aku ikut terus solat kat masjid. Penangan kena kejut Subuh dek Jin.

Bila habis solat, malam tadi aku lemah. Jadi, aku balik bilik semula dari masjid, aku sambung tidur sekejap. Kira nak cover la sikit.
Rupa-rupanya, aku terlajak.

Tahu tak apa jadi?
Perghhhhh..
Ini kali, aku dikejutkan dengan penampar!
Orang yang tampar muka aku tu adalah abg Shazalie.
Aku memang tergamam.
Berdesing telinga dan pipi aku.
Yang peliknya, abg Shazalie ni lemah lembut. Jenis sopan.
Aku bingkas bangun. Sedih beb kena tampar.
Mandi terus. Bila masuk bilik lepas mandi (bilik air diluar bilik tidur), aku tengok abg Shazalie tak ada dah. Mungkin dia dah masuk kuliah.
Jadi aku tak kisah, tapi tadi, abg Shazalie tak cakap dengan aku sepatah pun.
Terus aku gi masuk kuliah.

Okay, bila habis kuliah, berkumpul la balik kami, sebab tunggu Zohor dan makan tengahari.
Aku pun jumpa abang semuanya dalam bilik.
Abg Shazalie pun balik.
Dia tanya kat aku, “Hang okay tak? Kelas tadi okay tak?”.. Dia orang Hutan Kampong, Kedah.
Aku cakap okay. Tapi abang gerakkan ana bangun tu kasaq sangat. Berdesing pipi kena tampaq”..

Dia boleh cakap.. “BILA PULAK ABANG TAMPAQ HANG?????, abg dari lepas Subuh terus masuk Qiraat, terus sarapan, terus masuk kuliah, tak balik bilik dah sampai Zohoq…”

Nahhhhhhh… Siapa pulak “Abg Shazalie” tadi tu??
Aku cerita semua kat diorg.
Semua terpinga-pinga.

Abg Ramadhan sorang ja yang senyum.
Dia cakap, lepas ni jangan lambat Subuh, jangan ponteng kelas, sebab mengaji kat sini amanah.

Memang ada yang jaga Jamiah (Universiti) ni.
Makan minum, tempat tinggal, kitab dan kuliah semua percuma. Jadi, kena jaga amanah. Kalau tak jaga, ada “orang lain tegur”.. Itu yang dia cakap.

Start dari hari tu, aku dah tak pernah tinggal solat kat masjid dan kuliah, sehinggalah aku keluar menyewa kat rumah sewa bila dah habis intensif bahasa.
Lepas tu, aku sambung mengaji kat Universiti lain untuk Syariah.
Dan….. kadang-kadang, aku masih lagi merasa ditindih. Tapi lama kelamaan, dah jadi lali.

Moral dia, Jin Islam yang ada disitu mungkin untuk menegur manusia yang lalai sikit macam aku ni.

Tapi tu pengalaman yang aku tak lupa sampai hari ini.
Sekarang umur aku dah 36 tahun. Masa mengaji tu, umur aku baru 19 tahun.

Aku dah pernah merasa kena tampar, korang tak nak rasa ke?

Wassalam.

Hantar Kisah Anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]
Doz Khadri

7 thoughts on “Jin Di Universiti”

  1. saya pula kena lebam kat betis dengan Huruf N yang sangat ketara sebab mengumpat pasal jin. x langgar apa pun. jadi sejak itu saya tidak lagi mengumpat mereka dan lebihkan membaca pasal ulasan Islam tentang jin.

    Reply
    • Uqasha..
      Mmg depa saja nak bagitau yg depa wujud kt sekeliling kita.. 🙂

      Kas..
      Member sy pun ada yg kena tampaq dah.. Merah muka dia sebelah..
      MIRC tu win.. Bnda tu la hadap bila gi CC..

      Seera..
      Sy buat bisnes ja.. Batch sy ramai jd ustaz.. Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang tu Presiden Pelajar Malaysia waktu sy ngaji.. Sy ja yg lari tajuk sikit..

      Reply
  2. pernah.. tapi bukan jin yang mengingatkan benda2 baik (solat, ngaji ect)
    tapi yg berkenan dengan adik aku.. ‘benda’ tu ingat mungkin aku ni gf adik aku sbb aku duk hostel jrg balik rumah (x kenal la tu).. malam tu duduk santai lepak dlm bilik ngan adik (lelaki) sambil tunggu turn naik main MRIC (chat dulu2) .. ntah mcm mana aku tertidur kat katil adik aku ni… sekali ‘benda’ tu libas bahu aku.. lebam ni.. aku terus terbangun dan sound adik aku..’ko kenapa tampar bahu kakak ngekkk’ marah btul aku masa tu…trus pindah bilik sendiri… adik aku blurr kejab.. esok pagi adik aku tanya… ‘semalam kakak kena pukul sebelah mana?’ aku jawap la ‘sebelah kanan’… ok baru perasan jg aku tidur mengiring kanan mmg bahu kanan dekat tilam kan… ok aku pula krik krik… adik aku senyum.. bertuah ‘kawan’ ko tu …jan harap kaka restu dia jadi kawan ko… (kami sdh tau lama pasal adik ni…tp ni first time jin/bunian tu cr pasal ma aku) (-__-)….. sekarang alhamdulillah.. adik aku x layan benda2 ni lagi… ok sekian

    Reply
    • Lepas balik Malaysia..
      Tak jumpa dia dh..
      Sbb dia org Medan..
      Nama penuh dia Ramadhan Hasibuan..
      Sy ulang alik ke Medan buat kerja..
      Tapi tak pernah jumpa dia, tapi ada la sy tanya2 dgn kwn2 Medan.. Semua tak kenal dia..

      Reply
  3. Kejadian ini ajaibnya berlaku seminggu sebelum peristiwa New York World Trade Centre “dilanggar kapal terbang”. Apa yg ajaibnya? belajar syariah tinggi2 pun masih berfikir benda mcm tu ajaib… semua tu kuasa Allah… ustaz tak ajar ker?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.