Jin Menumpang

Hai warga FS, terima kasih banyak sebab sudi publish story aku.
Nama aku, Nana. Ni pengalaman aku masa tahun 2016 iaitu aku berumur 17tahun . Sekarang teka lah sendiri umur aku berapa.

Pengalaman ni jadi masa aku belajar pondok kat pahang penor dulu, rasanya ada yang tahu madrasah ni. Sepanjang sebulan aku belajar kat madrasah ni, lebih kurang 2 minggu pertama tu jugak roomate aku alami gangguan. Tapi yang peliknya ia berlaku pada hari jumaat malam sabtu.

Hari jumaat malam tu adalah malam kebebasan bagi pelajar, nak tidur lewat ke apa ke,terserah. Jadi aku ni jenis belum ngam dengan sesiapa, aku takda teman bergosip jadi aku jenis tido awal. And malam tu, pukul 9 malam aku dah tidur .

Minggu pertama kat madrasah tu aku dapat sesuaikan diri dengan suasana kat situ. Tapi hari jumaat malam sabtu pertama tu aku tidur dapat 2 jam je. Pukul 11 malam aku terbangun sebab aku dengar roomate aku melalak luar biasa. Mula-mula tu aku malas nak layan, mungkin mengigau ke apa ke. Tapi bila makin teruk melalak, dalam hati aku merungut “bisingnya!!”

Jadi aku bertindak untuk bangun dan tengok apa yang berlaku, bila aku alih selimut aku nampak roomate aku bernama Ain (semua nama bukan nama sebenar) tengah baring dikerumuni roomate2 yang lain, 3 orang tahan kaki dan tangan Ain yang tengah meracau teruk. Aku tak rasa itu meracau biasa. Aku cuba baring dan lelap balik tapi tak boleh.

Lepastu aku cuba bangun dan join roomate dan mintak ruang untuk aku masuk celah2 roomate. Masa ni semua roomate tengah baca yassin. Aku terpandang katil lain ada 2 3 student yang lena diulit mimpi tak sedar langsung apa yang tengah berlaku sekarang.

Lebih kurang 15minit kami semua bertarung untuk menenangkan Ain. Aku perasan masa kami cuba menenangkan Ain, raut muka ain agak berbeza dari biasa, dan bukan muka dia yang aku kenal!

Lepas keadaan dah reda aku agak bengang,kenapa diorang tak bertindak panggil ustaz atau warden. Aku tak marah, dan aku pun taknak lah memandai2 sebab aku pelajar baru kat situ. Lepas tu seorang akak ni cakap, “ini perkara biasa, kitorang boleh handle.”

Aku pun cakap “kalau keadaan jadi lebih teruk takkan benda ni nak dianggap biasa?” Ada yang tak puas hati dengan aku mungkin cara aku berlagak dimata mereka semua. Dan aku pun tanya macam mana benda ni berlaku. Kak Wani pun cakap, secara tiba-tiba dia melompat dari katil tingkat atas (double single bed) dan terus meracau tengah2 bilik. Aku tak nampak apa yang berlaku sebab tengah tidur kan.

Selepas malam hari jumaat tu berlaku hari lain masih biasa . Dan minggu kedua selepas malam tu waktu yang sama, jam yang sama iaitu jumaat malam sabtu jam 9 malam aku tidur awal. Dan benda yang sama berlaku, Ain meracau macam minggu lepas dan aku taktahu macam mana dia meracau.

Aku tanpa berlengah terus minta ruang di celah mereka untuk membantu. Habis je bacaan yassin diorang yang pertama aku aku terus minta diorang senyap. Aku cuba nak berkomunikasi dengan ‘siapa’ yang tengah ‘tumpang’ tubuh Ain.

Lalu, perbualan kami bermula. Aku bersedia, aku tancapkan ibu jari aku kat atas dahi Ain.

Aku mengucapkan salam. ‘Assalammualaikum hamba Allah.’ Aku perhatikan mata Ain yang garang. Jegil pandang mata aku. Tiada balasan salam. Tapi hanya mata yang menjegil.

Aku terus mengalunkan ayatul qursi dan ayat 1001 dinar lalu diraupkan ke muka Ain. Dari muka garang terus jadi lemah. Aku mulakan salam semula. Baru aku terima jawapan salam.

Soalan pertama aku tanya, ‘siapa nama kau?’ Dalam keadaan wajah Ain yang berpeluh, aku terima jawapan, ‘Sarah..’ aku bertenang dan yang lain mula panik. Cuba bagitahu yang nama itu ada cerita sesuatu. Tapi aku mintak tangguh. Aku makin tekankan ibu jari ke dahi Ain.

‘Apa yang kau nak dengan dia?’ Suara Ain jadi sebak, ‘aku nak teman…aku sunyi..’ . Aku terus kan pembacaan dan mintak seorang roomate azan 7x, dan mintak kak wani baca surah albaqarah juzu 2 baris pertama 7x. Sebab aku belum hafal sepenuhnya. Aku tiup ke ubun2 kepala Ain sehingga muka Ain nampak seperti dah normal, lepas dari tu aku baca beberapa p****g ayat dari surah As Saffat.

Aku cuba baca ayat penawar yang abang aku ajar pada sebotol air untuk aku renjis pada muka Ain. Abang aku seorang perawat ruqyah, jadi banyak yang aku tahu. Dalam aku tengah baca penawar pada air, Sarah yang tumpang tubuh Ain memanggil aku slowly. ‘Nor..aku perlukan kau, tolong jangan halau aku..’ aku cuba tak pedulikan, aku tahan perasaan takut dan aku fokus pembacaan.

Lepas siap baca semua tu, aku terus duduk depan Ain dan pecahkan botol air tu kepada 3 cawan, aku agihkan pada yang tahan kaki, tangan dan aku sendiri. Lalu aku bacakan semula. Dan tancapkan ibu jari pada dahi Ain.

‘A’uzubillah, kau tak perlukan aku, aku hamba Allah yang tak sempurna begitu juga engkau, tolong tinggalkan hamba ini tanpa melukakannya. Tolong jangan ganggu dia lagi. Pergi tempat yang sepatutnya engkau berada. (Bacaan ayat 1001 dinar dan ayatul qursi, surah saffat ayat 7 sbyk 7x)’ lalu aku renjiskan air penawar pada muka, dan meminta yang tahan kaki untuk sapu kaki dan tarik perlahan2 ibu jari kaki Ain.

Keadaan reda dan aku terlihat sekepul asap keluar dari hujung kaki Ain. Aku terus basahkan rambut Ain dengan saki baki air yang ada kat cawan aku. And aku minta yang sorang pegang cawan tu suruh Ain minum. Aku tanya Ain direct. Ada cari pasal atau cabar makhluk halus ke?

Jawapannya dia tak pasti. Dan dia taktahu. Ain ni pelajar lama madrasah tu, aku perlu ambil tahu dan aku kena jaga Ain sebaik mungkin sebab di tubuhnya banyak rongga2 telah terbuka dan ia memudahkan makhluk halus untuk berdamping. Tapi bila aku tanya tentang pad d***h h**d dia cuci ke tak. Dia macam takut nak jawab. Jadi aku boleh agak puncanya. Aku pun terus pesan, jangan lupa cuci. Itu makanan dia . Tak mustahil sebab benda kecil macam ni mengundang dia untuk berdamping dengan kita, dia boleh buat awak macam tuan . Banyak kena jaga.

Lepas tu Kak Wani pun bukak cerita tentang Sarah. Rupanya Sarah ni adalah bekas pelajar yang pernah belajar kat situ jugak, cuma meninggal kebakaran dalam bilik tu masa tidur. Sarah ni masih budak, umur baru 10 tahun . Awalnya asrama tu dah dikunci tapi terbukak balik pagarnya sebab ramai langgar pantang. Inilah jadinya. Dan apa pun itu bukan roh Sarah. Itu cuma jin/jelmaannya sahaja.

Lepastu keadaan kembali tenang dan aku pun tidur macam biasa.
Tapi pagi sebelum subuh lepas tu dalam pukul 4 pagi aku bangun nak mandi siap2 perhi surau tahajud,aku rasa kat tempat mandi tu macam ada bende yang pandang aku dari atas. Tempat mandi kami ni macam terbuka khas untuk muslimat dan ada pokok kelapa kat luar, takde bumbung dan takda atap tempat mandi kami tapi memang tertutup untuk kawasan kami.
Aku perhatikan makhluk itu merenung tajam ke arah aku sambil memeluk pokok kelapa yang tinggi tu.

Aku hanya terlintas sebut satu perkataan. Sarah. Tiba2 kelibat itu terus hilang.

Tamat..
Tapi selepas berapa minggu aku takda rezeki untuk belajar kat situ lama, aku berhenti. Tapi selepas aku berhenti tu, aku dapat berita yang Ain dah tak diganggu lagi. Lega rasanya. Sekian…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nurdina

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 thoughts on “Jin Menumpang”

  1. Story menarik baca. Takdela bosan. Susunan ayat pun okay jugak senang nk paham tp tula, dah umur sebaya aku, 21 tahun ni, dahtu nama pun sama.. macamna ni? hahahahah, hai twin

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.