Jin Paling Pemalas

Assalamualaikum wbt semua. Terima kasih admin sudi publish cerita Bunian… (Akhir) tu. Maaf kalau cerita tu aku seolah ulang frasa yang sama..Aku xsempat nak semak banyak kali, nak menulis ni pun curi-curi masa sebab kerja hakiki memang sampai paras hidung. Cuti pun macam tak cuti..

Selepas daripada peristiwa bunian tu hijab aku berjaya ditutup oleh mak ayah angkat aku. Aku dah jarang nampak benda-benda alah tu. Aman juga rasa dalam 2-3 bulan tanpa sakit.

Cuma baru-baru ni langsir hijab aku ni macam nampak sikit-sikit tapi tak semua macam dulu. Orang kampung belakang ni, Raden nama dia selalu datang ke depan nak kawan dengan aku. Raden ni macam hulu balang atau kalau kita sebut macam anggota pertahankan negara macamtula. Tapi dia kata, Ustaz tu banyak kli warning jangan jumpa aku, jangan usik aku.

Aku cakap melalui hati, aku dah tak nak kait apa-apa dah dengan dunia dia. Tolongla balik. Nanti aku jadi sakit balik. Apa-apa aku gantung semua kat Allah ja sekarang.

Aku ulang banyak kali, aku tak nak dah. Titik. Raden berundur. Ok aku xnak cerita pasal orang-orang kampung belakang ni. Nanti korang pun jemu.

Ikutkan banyak lagi ceritanya tapi aku nak cerita benda yang jadi kat aku selepas cuti persekolahan seminggu yang lepas.

Aku ni masa cuti kepala tak rehat pun. Sibuk tanda kertas murid. Jadi naik sekolah tu kepala masih full dengan paper work dan sebagainya. Kerja banyak, tapi aku macam jadi malas. Mula aku ingat aku ni dah jemu nak hadap semua ni. Lemau sampai masa rehat pun tak cukup. Aku anggap biasa je.

Pagi tu aku datang sekolah macam biasa. Kerja banyak ni, tapi aku duduk je kat meja, tak buat apa. Selalu kalau jadual aku kurang kelas aku g solat Dhuha kat bilik khas yang aku dah kemas. Sebab aku tak pergi ke kantin. Jadi masa tu aku guna buat Dhuha sementara tunggu kelas seterusnya. Aku jadi sayang nak tinggal Dhuha ni asbab izin Allah Dhuha ni yang bantu aku pulih dan sembuh.
Dan setiap hari aku curi masa free buat walau pun hanya dapat 2 rakaat.

Ok berbalik pada cerita aku tadi, dia punya rasa malas ni sampai tahap mata tu mengantuk tak boleh bawak bincang. Aku masuk kelas, melangkah ja pintu kelas tu terkuap-kuap dia tak boleh kontrol.

Budak-budak ni tengok aku menguap diorang lagi la seronok join menguap. Yang lentok kepala kat meja pun ada.

Aku duduk kat meja, MasyaAllah mata ni macam di gam-gam. Nak terpejam. Sambil bercakap aku suruh buka buku latihan nak bagi bincang soalan. Sambil bercakap sambil terkuap-kuap. Hairan aku.

Korang bayangkan aku menulis kat board tu tersengguk-sengguk tahan mengantuk pejam mata. Masa tu jam baru 10 pagi kot. Nak kata aku tak cukup tidur rasanya malam tadi ok je tidur.

Jem betul rasa. Jadi tak ada mood. Sedangkan akulah yang paling bersemangat kalau nak masuk kelas. Sebab silibus banyak tak habis lagi.

“Apsal saya masuk kelas awak ni saya jadi mengantuk ni? Terkuap-kuap saya tau tak?”

“Mana kami tahu cikgu!” Gelak budak-budak bila aku komplen.

Aku teruskan walau mata rasa berat macam batu dok atas kelopak mata.

Balik bilik guru aku duduk kat meja. Macam aku cakap kerja bertimbun ni. Dengan sistem online lagi, surat amaran lagi, kertas kerja, nota minta tak setel lagi. Tapi bersyukurnya tak ada rasa stress walau kerja banyak. Mungkin berkat aku solat Dhuha,memang nampak apa yang di buat semua jadi mudah. Cuma aku jadi malas. Malas semalas-malasnya. Tapi solat aku walau rasa malas aku boleh buat lagi termasuk yang sunat. Allah bantu aku.

Balik tu aku cakap kat mak aku, aku memang malas betul ni. Rasa nak golek atas katil, nak tidur. Mak aku tak kata apa.

Aku tidur sampai asar. Kira lepas zuhur tu aku tidur sampai Asar kira dalam 2 jam macamtu lepas hantar anak-anak aku ke sekolah Kafa.

Tapi macam seolah aku ni tak cukup tidur. Nak masuk Maghrib sampai jam 10 malam mengantuk dia macam siang tadi. Masalahnya aku ni tak boleh tidur selagi tak settlekan kelengkapan sekolah anak-anak aku untuk hari sekolah esoknya..Dah siap semua baru aku tenang nak rehat.

Jadi dah siap semua, kerja sekolah anak-anak aku dah tengok walaupun mata mengantuk ya amat, dapat juga siapkan.

Aku rebahkan badan sebelah anak-anak nak tidur. Ha tak boleh tidur pulak. Eh geram betul tadi kau yang nak tidur sangat mata. Ni aku dah tarik selimut, dah berwuduk nak pejam mata kemain segar mata. Aku jadi geram. Golek-golek sampai jam 2-3 pagi tak boleh tidur walau aku baca terjemahan surah-surah dari YouTube. Dekat jam 4 baru tidur. Nasib anak- anak dah lama tidur.

Jadi korang bayangkan pagi tu aku macam mana. Dah macam panda kena tumbuk kat mata, lesu, lemau, malass.

“Tak boleh jadi ni, lain macam malas dia kali ni.Aku banyak kerja ni. Dah layan malas macamni celah mana kerja aku nak siapnya??”

Aku call mak ayah angkat aku. Bagi tahu. Sebab mulanya aku mesej diorang tak balas, sebab banyak rawatan kat sana. Mak cakap dia memang tak sempat balas. Sempat baca ja.

Mak cakap kena berdepan juga nak rawat. Ok aku beritahu mak abah aku esoknya mak ayah nak datang. Mak aku macam terkejut.

“Siapa yang sakit?”

Aku diam ja..malas nak cakap. Macam aku cakap bnda ni buatkan aku jadi malas semua benda. Kecuali solat, makan, mandi ja.

Aku tak nak cerita kat mak aku yang sampai anak aku nampak aku tengah solat sedangkan aku tengah mandikan adiknya kat dapur masa tu. Nanti mak aku jadi takut pulak. Sebab dah menyerupai pulak, aku yakin mesti ada benda ganggu lagi ni.

Esoknya mak ayah aku sampai. Malam tu mulakan sesi rawat aku.
Lepas aku berwuduk, aku duduk berlunjur depan mak ayah. Mak hulurkan secawan air putih bagi minum.

Ayah bagi salam. Tanya siapa dalam badan aku. Mula aku tak bagi sebarang respon. Berkali-kali mak tanya, aku tak semena-mena menguap berkali-kali.

“Huarrrghh….hmmm…”
Tu je aku jawab.

“Siapa ko ni? Cuba cakap. Tak habis-habis menguap!” Mak angkat aku marah.

” Huarrggh.. huarrggh…Hmmm…Aku ni mengantuk. Bagi aku tidur jap boleh tak. Huarrrghh..”

Aku terus menyandar kat sofa, letak tangan atas kepala macam orang tidur tu. Walau bertalu-talu diorang soal aku buat pekak. Memang masa tu aku bayangkan aku tengah landing atas katil, tido dengan aman.

Macam mana aku boleh tahu? Sebab aku sedar, tapi tak boleh kontrol. Badan rasa berat, aku rasa aku nak tidur sangat.

Diorang tergelak2 sebenarnya masa soal aku tu. Sebab semua soalan aku jawab dengan menguap.

“Ehh ko! Aku tanya ni ko ni siapa? Apasal duduk dalam badan budak nih?”
Ayah angkat aku masih layan lagi tengok kelakuan aku. Masa tu aku dah baring dah kat situ.Mata terpejam rapat.

“Aku malas la nak fikir..aku ngantuk ni.. huarrrghh.. Aku nak tidur…dah jangan la kacau…”

“Oii, ko nih Jin pemalas eh? Ha?”
Mak aku cakap camtu berderai ketawa ahli keluarga dengan semua yang ada kat situ.

“Suka hatila nak cakap apa..aku malas dah nak mikir..aku ngantuk ni.. huarrrghh..dah aku nak tidur..sibuk btul.”

“Eh ko sini, nape usik budak ni, cuba cakap, ko jangan nak tidur lagi. Aku tengah nk bincang ni”. Ayah aku halang dari benda ni tidur.

“…………. huarrggh….hmm.”

“Tuan ko hantar nak bagi dia tak buat kerja ke apa?”
Mak aku soal lagi.

“……………….”

“Eh bangunlaa…nanti dah habis jawab ko tidurla balik, tak ada sape nak kacau dah ko nak tidur lepasni!”
Mak aku masih try pujuk lagi benda tu.

“Korang nak apa ni…aku mengantuk tau dak….hmm… huarrggh…”

“Aku tanya, ko ni dari mana. Apasal kacau budak ni?”

“Kan aku cakap…Aku malas la nak cakap..malas fikir tau..Malass. Aku nak tido je sekarang ni.. huarrrghh..aku tidur dulu…nanti kul 3,4 pagi aku bangun aku cakapla..bagi aku tidur dlu..”

Patutla aku mengantuk sungguh jam-jam tu..ohh time orang tidur time tu pulak dia bangun. Tak guna betul.

Disebabkan puas pujuk, aku masih pejam mata, tak nak bekerjasama mak ayah angkat aku ugut nk p****g je benda tu. Ayah buat isyarat pisau kat leher aku. Mak aku tekan jari dia kat leher aku juga, baru benda tu terkial-kial nak bangun, nak duduk, nak mengaku.

“Baik ko cakap sekarang, ko jawab apa aku tanya sebelum aku sembelih ko ni!”

Sesi memujuk dah habis, sebab lagi dipujuk lagi mengada-ngada Jin sekor ni. Masa tu baru dia nak cerita, terus hilang mengantuk dia walaupun masa tu masih terkuap-kuap depan semua orang.

“Tuan aku hantar aku la…dia tak bagi budak ni buat kerja. Tak payahla rajin sangat, tuan aku tak suka dia…”
Jin pemalas ni dia tak agresif. Sebab dia pemalas kan. Korang bayangkan la orang yang pemalas tu cemana. Nak bercakap pun malas!

“Laaa…dah dia cari rezeki, itu kerja dia, tak payahla sakit hati. Dia buat kerja dia, tuan ko buat je la kerja tuan ko tu. Kenapa nak ganggu orang!”
Bentak mak aku.

“Manala aku tau…dah tuan aku suruh aku ikut je la…dahla..aku ngntuk tau..bagi aku tidur sekejap jadila.. huarghh…”

Tak habis-habis menguap dia. Dasar pemalas!

Orang yang hantar tu rakan sekerja aku. Dia Guru Kanan Bahasa kat sekolah aku. Sebab dia dengki, aku ni macam aktif sikit tambah-tambah pertandingan anak-anak murid aku masuk semua menang, ada yang juara. Bilik khas aku guna pun aku hias cantik-cantik, pasang langsir, buat bilik solat..Bukan nak menunjuk. Aku buat untuk anak-anak murid aku selesa. Aku cuma buat kerja aku, bukan kacau periuk nasi dia. Jawatan dia lagi tinggi kot dari aku.

Jangan ingat belajar tinggi ni tak amal bomoh-bomoh ni, tapi ramai juga yang guna ilmu macamni nak tumbangkan rakan sekerja. Nak buat bagi m**i pun ramai. Tak semestinya kolot tu orang-orang hulu ja.

Dipendekkan cerita Jin tu mak ayah angkat aku dah pindahkan ke tempat lain dengan persetujuan Jin tu sendiri. Suatu tempat yang menurut mak aku dia kerja nak makan tidur makan tidur ikut diala…
Tak b***h sebab dia tak agresif. Dia cuma banyak menguap, tidur. Menguap, tidur.

Jangan ingat manusia ja ada sikap malas macamni yea..Jin pun sama.

Esoknya aku ke sekolah macam biasa lepas mak ayah pulihkan semangat aku balik.

Aku buat kerja kena cepat, 3-4 kerja aku usaha siapkan dalam satu masa sebab aku tak suka tangguh. Sebab yang akan datang nanti bertimbun juga. Jadi bila ada Jin pemalas tu ganggu, memang satu kerja apa pun aku malas nak usik. Malas nak fikir, malas nak buat. Semua malas.

Jadi, begitulah. Ada rawatan untuk anak aku juga waktu tu..lebih seram. TAPI aku tak sempat nak taip lagi sebab masa cemburu kat aku… Ada masa lagi aku kembali lagi dengan cerita itu ok. Terima kasih semua..

Jaga solat.
Jaga zikir.
Jaga selawat.
Hanya Allah di hati❤️🤲

Assalamualaikum 😊

-DELIMA MERAH-

Rating Pembaca
[Total: 17 Average: 4.4]
Delima Merah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.