Jiran Sebelah Rumah

Assalamualaikum semua.. aku selalu follow kisah-kisah mistik dalam ni.. Kadang-kadang sampai terbawa dalam mimpi. (penakut)..
Aku tak tahulah kisah aku ni akan disiarkan atau tak, takut tak memenuhi syarat-syarat. Aku Cuma nak cerita tentang mak aku yang kena sihir dengan jiran sebelah rumah , mcm mana aku tahu? meh aku ceritakan..

Kejadian ni berlaku lebih kurang 20 tahun dulu, masa tu umur aku dalam 7 – 8 tahun kalau tak silap. Ayah aku ada tanah sawah belakang rumah tak lah besar sangat hanya cukup untuk menyara kami 12 beranak. Ayah aku usahakan sendiri sawah tu dari membajak, menyemai, meracun dll. Kejadian tu mula pada pagi tu, ayah aku meracun dan sebelum tu dia dah bagitahu orang sekeliling  supaya jangan lepaskan ternakan diorang. Ayah aku pun mula lah meracun semua tanaman ayah. Keesokkannya, ayah aku keluar rumah bila terdengar jiran sebelah rumah mula bising, dia kata ayah aku sengaja b***h kambing dia. Mula-mula ayah aku terangkan elok_elok yang ayah dah bagitahu tapi tak terima apa yang ayah cakap. Sekali ayah dah tak tahu nak cakap apa lagi dan akhirnya ayah aku masuk rumah dan biarkan dia meroyan laki bini..

Seminggu selepas kes tu mak aku dah mula nampak macam-macam kelibat dan mak aku jadi panas baran dan tak selesa ada ja yang tak kena . Sebelum ni tidak pernah sekalipun mak marah sangat tapi ada masa tu mak aku kejar kakak dan abang aku dgn parang. Masa tu ayah aku merewang dekat rumah jiran depan rumah. Dengan rasa yang amat takut, aku dengan takut-takut pergi panggil ayah dan masa tu dalam pukul 9mlm. Malam tu yang aku tahu takut ja dan terketar-ketar dalam gelap dan jalan berbelukar, aku redah sambil nangis-nangis.

Sesampai dekat rumah jiran terus aku jerit bagitahu ayah  mak mngamuk. Terus ayah aku tarik aku bawa balik untuk tengok mak . Sekali dah sampai rumah, boleh mak aku duduk dalam rumah mcm tak ada apa yg berlaku dalam rumah.

Kakak dan abang aku pula tak tau lari ke mana malam tu. Ada sekali tu mak aku bagitau panas dan nak buka baju dan nasib baik ayah aku larang dan mak aku nak lari rumah menuju ke arah bukit. Mujur lah selamat, ayah aku sempat  kejar mak kalau tak , tak tahu lah apa yang akan berlaku.

Keesokannya, ayah aku bawa mak berubat ke bomoh, masa tu masih percayakan bomoh berbanding  ustaz. Bomoh tu bagitahu yang mak kena dengan bomoh siam. Dia hantar melalui baju dan masa tu baru teringat dan mak bagitahu yang jiran ada bagi baju-baju yang dia dah tak pakai. Perangai mak aku nie memang suka terima ja pemberian orang lain tanpa banyak fikir. Bomoh suruh buang baju yang dibagi oleh jiran dalam sungai. Apa yang pelik nya masa ayah aku buang baju tu dalam sungai, air sungai berputar macam menelan baju tu.

Balik dari berubat mak aku dah ok sikit. Satu hari tu, aku dan adik main-main dekat belakang rumah secara tak sengaja kami terjumpa  ada satu patung singa warna emas.

Yang menariknya patung tu kena p****g ke semua kakinya dan tanpa berfikir panjang terus aku ambik dan tunjuk dekat adik aku lalu adik aku tunjukkan pula dekat abg aku secara tiba-tiba masa abang aku yang pegang dia terus pengsan. Aku jerit panggil mak aku masa tu mak tengah tidur dan mak terus pnggil ayah. Ayah bawa abang pergi jumpa bomoh.

Abang aku dh sedar selepas dia baca baca oelh bomoh tu tapi malam tu aku dengan adik rasa panas satu badan dan tak boleh tidur. Pada keesokkan pagi, yang peliknya badan aku dengan adik jadi hitam dari paras pusat sampai dada. sampai sekarang kesan tu masih ada. bomoh bagitahu orng yang bomohkan mak masih tak puas hati lagi. bomoh ada tanya kalau nak hantar semula sihir tu kepada orang yang buat tu tapi kami sekeluarga hanya nak buang je jauh-jauh sihir tu..

Ingatkan dah cukup sampai situ je. beberapa minggu kemudian kaki mak aku pula tak boleh gerak. Dia kata kaki dia bengkak dan rasa berat sangat macam ada benda yang tengah duduk kat kaki mak. Tapi bila lihat dgn mata kasar tak de apa-apa pun dengan kaki mak aku.

Dekat sebulan ayah aku uruskan mak aku yg tak boleh berdiri langsung. pada hari seterusnya, ada orang suruh ayah aku jumpa sorang ustaz ni dan tanpa ayah membuang masa ayah terus jumpa ustaz tu minta tolong untuk bantu kami sekeluarga.

Bila  ustaz tu datang rumah, tak sampai 5minit ustaz tu mula membaca ayat-ayat terus jiran aku bising-bising sambil keluar rumah dan ustaz tadi hanya senyum sambil beritahu ayah yg diorang nak pergi jumpa bomoh siam yg selalu diorang jumpa. Masa tengah berubat tiba-tiba cermin almari tempat mak aku letak pinggan mangkuk pecah semua. Dalam masa yangg sama abg aku yang sorang lagi ikut ustaz tu ke rumah atas dan ternampak makluk berlidah panjang menjilat-jilat dinding rumah.

Tiba-tiba masa tu juga rasa rumah macam bergegar dan dah pucat rasa mcm susah bernafas. Tapi ustaz bagitahu aku Cuma terlalu takut.. fuhhh.. nasib.. lepas minum air penawar aku mula rasa selesa balik. Ustaz beritahu yang rumah kami ni dah jadi mcm sarang “mereka”.

Terlalu ramai dan mengambil masa untuk tangkap satu-satu. Dekat seminggu juga ustaz tu membuang semua jin yang ada dalam rumah kami. Ustaz beritahu yg dia dah tangkap semua jin-jin yang bertandang dlm rumah dan yang selebihnya dah kembali pada “ tuan “ mereka.

Dalam seminggu berubat kami ada terdengar isteri jiran kami tu tak berapa nak sihat tapi mak aku ni degil sangat dan pergi melawat. Malam tu juga mak aku jadi mcm mula-mula dulu meracau-racau. Keesokkannya, atok sebelah mak aku datang dan bagi air penawar. Alhamdulillah mak aku beransur sihat.

Malam tu kakak aku pula kena ,dia tidur bilik paling atas dan tiba-tiba dia rasa ada orang cuba kafankan dia. Dia cuba menjerit tapi tak boleh, dalam masa yang sama mak aku dekat bawah tiba-tiba bangun dan menjerit. “jangan kacau keluarga aku” sampai terkejut ayah aku bangun dan buka lampu. Ayah aku tengok mak aku elok je tidur. Masa tu jugalah kakak aku bangun dan lari turun bawah sambill menangis-nangis.

Dia ceritakan dekat ayah aku, masa tu aku tidur mampus agaknya.  Apa pun aku tak tahu. Pagi tu juga heboh bila kak aku buka cerita..

Ada satu mlm tu aku dengan mak lepak depan rumah. Tiba-tiba mak aku kata “hang pi tengok dkt belakang”. aku yang bodoh campur penakut ni katalah. “ buat apa? Tak mahu la takut, gelap.”  Mak aku bangun dan pergi belakang rumah aku pun terus bangun dan ikut mak dari belakang.

Mak aku tiba-tiba menangkap satu objek yang seakan bebola api terbang rendah dekat area sawah ayah dan perlahan-lahan menuju ke arah bukit. terkebil-kebil mata aku tengok objek yang semakin menjauh. Mak aku  ajak masuk. “Dah.. jom masuk”. Apa tadi tu mak? Berlari-lari anak aku mngejar langkah mak yg semakin jauh dari aku. “ tanglong” pendek je mak aku ckp sambil masuk rumah.

Aku pun tak tahu, macam mana mak tahu akan ada benda bebola api melintas kat belakang.

Selepas beberapa tahun, Alhamdulillah,semuanya beransur-ansur pulih.
Sekian sahaja kisah dari aku.Assalamualaikum.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Almie

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.9]

3 thoughts on “Jiran Sebelah Rumah”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.