KABUS HIGHWAY SEBELUM R&R GAMBANG

Sudah menjadi kebiasaan untuk aku, suami dan anak-anak pulang ke kampung belah mertua di daerah BESUT pada lewat tengah malam..
Selesai kerja di office menyusun jadual baru kami sekeluarga akan bertolak..oleh kerana kami mempunyai syarikat construction sendiri jadi kami tidak perlu terburu-buru mengejar masa..

Kisah ini terjadi ketika aku baru habis pantang anak perempuan sulung kami..
Sewaktu itu anak aku baru berusia 2bulan 3minggu.. Disebabkan aku berpantang sendiri dan dijaga suami..mak mertua minta aku pulang untuk mengurut dengan bidan kampung..dikawasan perumahan aku tidak mempunyai tukang urut selepas bersalin…

Waktu menunjukkan detik 9.30 malam.. Kami bertolak dari SERI KEMBANGAN menunjuk ke PLAZA TOL GOMBAK.. Sebelum melepasi tol, kami singgah di SHELL berhampiran untuk mengisi minyak dan membeli sedikit kudap-kudap peneman mengantuk…
Suami ku memang mempunyai satu tabiat..selepas pukul 11 malam dia mudah untuk mengantuk dan sering kali microsleep…
Dia memberitahu untuk memandu dahulu kerana masih belum mengantuk..jadi kami pon bertolak melepasi PLAZA TOL GOMBAK..

Aku menanyakan suami,”AWAK, KITA IKUT JALAN KAMPUNG KARAK KE HIGHWAY LPT?”
Suami ku menjawab,”KALI NI KITA NAIK HIGHWAY LAH, NANTI DAH SEPARUH JALAN KITA MASUK JALAN KAMPUNG SEBAB BANYAK SIKIT KEDAI MAKAN BOLEH TENGOK DAN SINGGAH”
Aku pon mengangguk tanda setuju..

Ketika menghampiri R&R TEMERLOH suami ku memberitahu untuk bergilir dengan ku..
Kami pun bertukar giliran dan aku membiarkan suami ku lena disebelah..aku memandu sambil anak ku tidur dengan nyenyak di car seat belakang..

Suasana malam itu agak sunyi kerana mungkin waktu yang agak lewat..jam menunjukkan detik hampir 12 malam..aku memandu tanpa menghiraukan kesunyian malam itu..
Mata ku memandang cermin sisi kiri dan kanan..dan sesekali menoleh ke belakang melihat keadaan anak ku..

Disebabkan sunyi aku pon melayan siaran radio di sinar FM..dan pada malam itu KHAMIS malam JUMAAT, suria fm ada SEGMEN JANGAN TUTUP LAMPU di kendalikan oleh BOB RINGGO..
Aku memang peminat setia segmen tersebut…ketika rancangan itu start waktu hampir pukul pagi bermakna dah nak bermula rancangan tersebut..background lagu permulaan tak silap lagu LINGSIR WENGI bahasa jawa..

Ketika lagu itu dipasang aku memandu dikawasan berkabus berhampiran sebuah jambatan yg menunjukkan 5km untuk ke R&R GAMBANG..
Sambil memperlahan kan volume radio aku menutup tingkap kereta kerana suami ku suka mengambil angin malam..dan tiba-tiba…GEDEGANGGGGGG!!!!
Aku terkejut kerana sepertinya telah melanggar sesuatu…aku berhenti di tepi memasang double signal dan mengejut suami..suami terpinga-pinga sambil berkata”AWAK KENAPA BERHENTI?”
Aku yang dalam keadaan terkejut mula mengigil dan masih mengenggam stereng kereta..aku diam tanpa menjawab soalan suami..
“AWAK KENAPA NI, OK TAK..?”
“SAYA RASA SAYA LANGGAR BENDA, TAPI SAYA TAK TAHU APA, SEBAB KABUS TEBAL SANGAT..”

Suami melihat sekeliling kami dan mengatakan kalau awak langgar orang mesti ada kereta atau motor berhampiran kita..nak keluar bahaya dengan keadaan gelap gelita dan anak kecil dibelakang..suami menasihatkan aku untuk memandu dulu sampai ke R&R berdekatan…aku memandu dengan keadaan yang masih terkejut dan perlahan..suami memegang tangan ku dah menenangkan aku sambil berkata,”AWAK JANGAN RISAU, TAK ADA APA TU..NANTI KITA TENGOK KALAU BETUL KERETA KITA ADA KESAN D***H ATAU KESAN KITA LANGGAR SESUATU KITA BERITAHU PERONDA..”
Aku hanya diam tanpa menjawab sepatah pun..

500 meter untuk sampai ke R&R..
Suami terus membuka pintu setelah aku memarking disudut tengah parking yang disediakan..
Mengambil lampu suluh di bonet kereta dan menyuluh dibawah..aku juga turut melihat..ternyata tiada apa-apa yang membuktikan aku telah melanggar seseorang atau benda termasuk haiwan..
Ada seorang hamba ALLAH yang kebetulan melintas di hadapan kereta kami menanyakan kenapa kereta rosak ke..
Suami menceritakan apa yang terjadi..dan dia mengatakan dikawasan kabus itu memang agak keras sikit..inshaALLAH,tak ada apa-apa..

Setelah membasuh muka suami pun mula memandu..dan aku duduk diseat belakang meneman anak sambil menyusu kan dia..setelah selesai menyusu aku tidur sambil memangku anak aku..tiba-tiba aku rasa kan ada sesuatu yang memegang kaki aku..aku melihat dalam keadaan gelap..dan nampk susuk tubuh wanita tua yang berambut putih kusut masai..wajah nya aku tidak nampak sebab agak gelap..ketika itu aku cuba bangun…tetapi terasa berat sangat..aku lihat mimik muka anak aku terjebik jebik tapi tidak bersuara..
Aku memejam kan mata dan cuba melihat dibawah antara kaki aku..aku lihat susuk tubuh itu tiada..dan aku cuba bangun dan meletakkan anak aku di car seat..apabila selesai memakaikan tali pinggang seat anak aku..aku merasa kan disebelah aku seat memandu di belakang ada seseorang..aku tak berani menoleh..dan aku dengar suara yang membisik ambil berkata…
“KAU DAH LANGGAR AKU, AKU SAKIT, SAKIT SANGAT, SEBAGAI GANTI AKU NAK ANAK KAU..HAHHHAHAHAHHAHAH, dia ketawa…
Aku pon menjawab..
“JANGAN GANGGU ANAK AKU ,KALAU BETUL AKU SALAH AKU MINTA MAAF, AKU TAK TAHU KAU MELINTAS SEBAB KABUS TERLALU TEBAL..MAAFKAN AKU TAPI JANGAN GANGGU ANAK AKU..”kata aku sambil menangis merayu…

Aku lihat dia menundukkan wajahnya sambil tangan nya yang bertongkat cuba memegang kaki anak aku..aku pon menjerit cuba menepis tangan makhluk yg menyerupai seorang nenek itu..
Dalam sayup-sayup aku mendengar suara suami ku yang cuba mengejutkan aku..terdengar suara azan disebelah telinga kanan aku..dan aku pun terjaga dengan keadaan menangis teresak esak..bila aku sedar aku lihat anak aku dipangku seseorang anak aku mengigil melihat aku..diam jebik tanpa suara..aku lihat ada dalam 3 atau 4 orang disisi suami ku..
Terdengar salah seorang pakcik yang ada disitu..aku pun tak pasti dimana sebab nampak seperti di tepi plaza tol..memberitahu suami aku dia dan peronda akan ikut aku ke tempat yang aku kata aku melanggar sesuatu..kerana dia menumpang di bonet depan..jadi mereka ingin pulangkan di mana asalnya..

Aku dan suami u turn semula di plaza tol itu dan kembali ke kawasan itu..setelah sampai..pakcik itu seperti bercakap sesuatu didepan bonet..aku memeluk erat anak ku..sambil melihat pakcik dan peronda lebuh raya itu serta suami pon seperti berbincang..dan akhirnya aku lihat mereka berjabat tangan…setelah selesai kami meneruskan perjalanan dan berhenti semula di R&R GAMBANG..sebelum itu aku sempat melihat tepi jambatan itu dan nampak satu bukit..disitu aku nampak susuk tubuh nenek tua itu perlahan-lahan menghilang..

Kami makan dan minum..pakcik itu menceritakan..dikawasan itu memang kerap berlaku kemalangan..ada yang terbabas sehingga menyebabkan kehilangan nyawa..syukur lah tidak ada perkara yang buruk terjadi..alhamdulillah semua nya telah selesai dan kami meneruskan perjalanan sehingga lah selamat sampai di BESUT..

Semoga kisah saya ini memberi sedikit peringatan..berhati-hatilah melalui kawasan berkabus kerana mungkin kita tak sedar kita dengan tak sengaja terlanggar hamba ALLAH atau makhluk dari dunia lain…sekian..terima kasih admin kerana sudi siarkan cerita saya…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]
Haura Maira

5 thoughts on “KABUS HIGHWAY SEBELUM R&R GAMBANG”

  1. Satu hal plk kan nak htr dia blk ke tmpt dia, bkn dekat tu nak u turn lg dah lah tumpang tk minta izin. Huhui seramm!! blh plk pegang kaki.
    Nice sharing

    Reply
  2. serius lah dalam pantang drive kereta????????? kenapa x bwk siang je kalau dh suami mengantuk if drive malam?

    sori off topic tapi rasa sgt x sesuaiiiiii badan x kuat lagi duk bawak kereta dlm pantang, anak kecik drive malam2 jauh gtu even alasan nk berurut berpantang sekalipun sb skg zmn moden boleh cari online lh semua tu. kisah ni btl2 perjudikan diri nih..

    Reply
  3. 27/6/2020 sy memandu sorangĀ² dgn keta kancil dr semenyih nk blk dungun..masa smpai dkat r&r gambar dh pkul 12mlm..alhamdulilah xde ala berpaku

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.