KACAU 2.
Langit mula gelap. Duruh berdentum kuat. Kilat sabung menyabung. Kadang-kadang ia seakan mericik dan memantul pada tingkap-tingkap kaca kelas prasekolah. Aku dan dua orang lagi rakanku ketakutan dan bersembunyi di bawah meja. Luar biasa benar kilat pada petang ni. Sesekali menjenguk di luar tingkap, percikan kilat pada wayar-wayar elektrik sungguh menakutkan. Terkumat kamit mulut kami bertasbih dan bertahmid. Sejam berlalu, cuaca kembali normal, Cuma hujan yang renyai-renyai sahaja membasahi bumi.
Hilang ketakutan dek kilat yang luar biasa itu. Aku, Kak Nor dan Kak Atul memulai rutin harian seperti biasa. Mandi dan memasak untuk makan malam. Kami bertiga menumpang di prasekolah kerana bilik kecil di sisi asrama tiada dapur. Lagipun, kami bertiga single lagi. Belum berkeluarga, jadi tak kisahlah untuk tinggal di mana pun di stesen pertama kami bertugas ini iaitu di sekolah rendah di kawasan pedalaman. Asalkan ada tempat berteduh. Sebab sekolah kekurangan kuartes. Lagi-lagi bandar jauh sangat dari sekolah ini. Sekolah yang sekelilingnya dipenuhi hutan. Majority pelajar adalah tinggal di asrama.
“… Hihihihihi …” aku mengliai di sebalik pintu dapur. Kak Nor sedang memasak sendirian. Aku memasang niat jahat untuk menakutkan Kak Nor. Kak Nor buat acuh tidak acuh sahaja. Masih memasak dengan damainya. Aku mengilai lagi. Kali ini dengan suara yang lebih seram.
“Kau jangan main-main Ja. Nanti kau kena kacau benda tak bagus nanti baru tahu. Sekarang dah maghrib” kata Kak Nor. Aku yang bersembunyi di belakang pintu mulai ketakutan. Orang yang ditakutkan tak rasa takut, sebaliknya orang yang ingin menakutkan pula rasa ketakutan. Haha!.
Aku berlari mendapatkan Kak Nor. Tiba-tiba hati ini rasa lain macam bila aku menoleh ke belakang. Malam itu, usai makan malam aku teruk ke sinki. Biasanya aku lah yang paling slow makan. Sikit ke banyak ke nasi, memang aku paling slow angkat. Berlainan pula dengan malam ni.
Aku meletakkan pinggan ke dalam sinki. Aku memandang disebalik tingkap kaca yang telah ditutup rapat. Ada satu bayangan putih sedang berdiri berhadapan dengan ku. Aku anggap saja itu bayangan ku sendiri. Kerana aku sekarang pun memakai baju tidur warna putih berbunga ungu kecil. Aku tak menghiraukannya. Aku mengalih badan. Tapi bayangan putih itu tetap terpaku di situ. Kalau bayangan ku sendiri sudah tentu ia ikut bergerak sekali. Hati mula fikir yang bukan-bukan. Namun, digagahi untuk membuka pili paip. Dari ekor mata tundukku, aku melihat sesuatu sedang bergerak. Aku mengangkat muka. Terbeliak mataku apabila melihat tangan pucat dan berurat-urat dengan kuku yang hitam dan panjang hendak menerkam aku. Aku menjerit dan berlari masuk ke ruangan hadapan lalu tersungkur tidak sedarkan diri.
“Kami panic. Ja berlari ke ruangan hadapan dengan penuh ketakutan. Aku cuba untuk memberanikan diri untuk memeriksa dapur. Kosong dan tiada apa-apa yang mencurigakan. Cuma pili air masih terbuka. Aku berlari mendapatkan Ja. Dia menangis teresak-esak dengan duduk memeluk lutut. Berdebar-debar hati ku. Rasa tak sedap hati. Aku menghubungi rakan sekerja yang bertugas sebagai warden untuk menjenguk kami. Mana tahu ada orang yang cuba menakut-nakutkan Ja sampaikan Ja jadi sebegini.
Atul masih memeluk Ja. Ja diam. Tak lama selepas itu dia mengangkat muka. Dengan wajah yang suram. Tidak menangis lagi. Dia melontar senyuman yang hambar kepada kami. Ja bangkit tiba-tiba. Bergetar lututku apabila melihat Ja berjalan lurus ke dapur semula. Kami berdua tidak berani mengekori dia. Tidak lama selepas itu dia kembali semula ke ruangan. Dengan wajah yang suram dan hambar. Matanya sayu dan tidak berkelip. Aku memberi isyarat kepada Atul supaya bersedia. Aku tahu, itu bukan Ja. Itu bukan Ja! Ketakutan kami pada masa itu berada di level 5. Allah sahaja yang Maha Mengetahui bahawa kami langsung tiada pengalaman dan ilmu untuk menguruskan hal sebegini.
Ja tiba-tiba mencapai cermin muka dan sikat rambut. Rambut Ja memang panjang. Paras pinggang. Dia berdiri kaku sambil menyikat rambutnya pada cermin. Demi Allah, kami takut memandang wajah suram dan menyeramkan Ja. Ada senyuman sinis dibibirnya. Lama Ja dalam keadaan sebegitu. Melihatkan dia tidak memberi mudarat kepada kami, aku cuba menegur Ja.
“Ja pergilah tidur. Rambut kau tu dah cantik. Tak payah sikat lagi” Ja menurut. Sambil menapak perlahan ke tempat tidur. Tidak lama selepas itu, warden datang dengan beberapa orang pelajar tahun 6. Mereka memeriksa persekitaran kelas. Namun, tiada apa yang dijumpai. Warden tidak mampu berbuat apa-apa. Lagipun dia non-muslim. Atul sudah bersedia dengan wudhuk. Lalu membentang sejadah. Dia membaca surah yasin. Aku menjaga Ja yang masih terbaring. Syukurlah Ja tidak agresif dan menyerang kami. Sesekali Ja bangun dan duduk. Seperti tadi, mata sayu itu langsung tidak berkelip. Lama Ja dalam kedaan begitu, akhirnya dia memalingkan wajahnya pada Atul yang masih khusyuk membaca yasin. Matanya berkedip. Kemudian memandang kearahku. Aku lihat pandangannya itu penuh kehairanan.
“Kenapa kak?” tanya Ja hairan. Aku dan Atul saling berpandangan. “Kenapa Kak Atul baca yasin?” tanya Ja lagi. Aku menghela nafas lega. Ja sudah kembali. “Tak ada apa. Atul Cuma baca saja” jawabku. “Ja minum air ni. Nanti aku urut perut kau.” Ja akur dan masih dalam keadaan kehairanan. Siang tadi Ja mengadu sakit perut sebab senguggut. Mungkin Ja berada dalam keadaan kotor, benda tu mudah nak kacau Ja. Aku urut perut Ja dengan minyak masak campur bawang merah.
Malam kian larut. Aku lihat Atul, Ja dan berberapa orang lagi pelajar perempuan yang diarahkan oleh warden untuk tidur bersama kami sedang tidur lena. Tidak semena-mena, tercium akan bau masakan yang datang dari dapur. Kebetulan aku tidak menghadap pintu. Menyirap darahku apabila melihat Ja sedang berdiri di dapur. Dengan rambut panjangnya itu. Sedangkan, Ja yang sebenar sedang tidur di sebelahku.
Hanya Allah yang tahu akan ketakutanaku pada masa itu. Lebih-lebih lagi bau masakan itu semakin menusuk rongga hidungku. Mujurlah minyak bawang yang aku gunakan untuk mengurut Ja berada dekat dengan ku. Aku melumur bawang itu ke hidung agar tidak menghidu bau itu lagi. Mulutku terkumat kumit membaca surah Qursi. Entah berapa lama aku dalam keadaan seperti itu aku pun tak pasti kerana aku tertidur dengan sendirinya” Kak Nor menghabiskan ceritanya.
Terkebil-kebil aku mendengar cerita daripada Kak Nor perihal keanehan ku semalam. Rasa tidak pecaya pun ada. Takut dan rasa nak nangis. Aku tak sangka benda sebegitu terjadi padaku. Tapi, semenjak hal itu berlku aku rasakan ada sesuatu dalam ku. Sesuatu yang sukar untuk ku katakan. Sesuatu yang bagaikan vitus kecil. Menyelinap dan merayap melalui relung-relung urat nadi yang terkadang membawa ketakutan pada ku.
Lama aku merenung Quran di hadapan ku. Itu kisah beberapa tahun yang lepas. Rasanya, itulah kali pertama aku kena kacau dan ianya seakan bermukim dalam diri yang kadang-kadang menganggu ketenteraman ku. Aku mengusap perutku yang memboyot. Pengalaman aku kene kacau lagi malam semalam memang membuatkan hatiku kecut semula.
“Ya Allah, lindungilah aku daripada gangguan, hasutan dan bisikan jin, iblis dan syaitan. Tiada siapa yang berhak keatas diriku, melainkan-Mu. Hidup dan matiku hanya untuk-Mu, dan tiada sekain-Mu. Jauhkanlah aku daripada sebarang kejahatan makhluk yang nyata mahupun yang ghaib. Sesungguhnya, Kau Maha Kuasa, makhluk langsung tiada kuasa!”
Hantar kisah anda di sini : fiksyenshasha.com/submit
siapa JA.. siapa AKU ?? ada confius kat cerita nie..