Kain Hitam di halaman.

Assalamualaikum semua, terima kasih kerana sudi membaca cerita pakcik pada hantaran sebelum ini. Cerita pertama pakcik tu bertajuk “Wangian dari bawah jambatan”, kalau ada yang belum baca tu, sudi-sudikan lah baca ye haha.

Kesempatan kali ini pakcik ingin story-story tentang rumah pertama pakcik di daerah Kapar, Klang. Pada cerita pertama pakcik, pakcik ada bagi tau kan, pakcik berulang-alik ketempat kerja setiap hari, dari Cheras ke Shah Alam yang perjalanannya mengambil masa panjang dan agak jauh pula.

Jadi apabila usia pakcik dah meningkat ni, pakcik pun adalah kesedaran nak beli rumah sendiri yang lebih dekat dengan tempat kerja pakcik, lagi pun duit simpanan pakcik dah ada untuk buat bayaran 20% pendahuluan untuk duit rumah baru nanti. Tapi tak boleh la cari rumah kat Shah Alam tu, kena la cari rumah yang kawasannya masih murah lagi.

Tapi abah pakcik lagi advance, pakcik baru je nak survey-survey rumah kat daerah Kapar tu, tau-tau satu hari tu bila pakcik balik dari tempat kerja, abah pakcik bagi pamphlets projek perumahan baru di daerah Kapar seraya berkata” sediakan duit untuk bayar booking rumah ni” hahaha pakcik pun cakap “OK”. Jadi pakcik pun beli lah rumah tu. Restu orang tua tu penting ye anak-anak. Haha . Rumah ni setingkat sahaja, ada 3 bilik dan 2 bilik air, kedudukan ruang tamu terpisah dari 3 bilik dan dapur, kesemua bilik terletak di ruang dapur, dan untuk kedapur kena melalui lorong yang panjangnya dalam 6 ke 7 langkah mcm tu. Walaupun tak sebesar mana, tapi agak selesa untuk orang yang tak berapa nak kaya macam pakcik ni.

Buat anak-anak muda di luar sana, cepat-cepat la plan untuk beli rumah sendiri di usia muda ni, kalau dah tua baru nak beli rumah, maunya nanti dah pencen pun tak habis bayar pinjaman rumah tu, pinjaman pun dah 30 tahun. Tak payah la nak pakai Honda bagai, simpan dulu duit tu untuk beli rumah. Memang la masa pakai Honda ni awek ramai senyum kat pakcik, jika di bandingkan dengan masa pakcik pakai viva dulu, walaupun hensem pakcik ni sama sahaja masa pakcik pakai viva atau pun pakai Honda, tak kurang pun walau 1% kehenseman pakcik ni haha. Tapi kita kena dahulukan yang perlu didahulukan ok.

Jadi nak di jadikan cerita, rumah pakcik pun siap. Apabila terima kunci, pakcik pun pasang la langsir, cuci rumah dan kemudian pakcik pun buat kenduri kesyukuran kat rumah baru pakcik ni. Tapi pakcik masih tak duduk pun rumah ni lagi. Mula-mula tu pakcik datang ke rumah ni seminggu sekali, lepastu sebulan sekali dan kemudian bila pakcik senang baru pakcik datang rumah baru pakcik ni. Rumah ni pula gelap, sebab pakcik pasang langsir yang gelap tu, bila pakcik datang, baru la pakcik selak kain langsir ni untuk bagi cahaya masuk, bila nak balik pakcik pun tutup balik langsir tu sebab tak nak bagi orang nampak dalam rumah pakcik ni. Dalam 4 tahun juga pakcik biarkan rumah ni kosong.

Kemudian jodoh pakcik sampai, pakcik berkahwin dengan makcik, dan setahun selepas tu pakcik di kurniakan anak Sulong yang comel, sebab mukanya sebiji macam pakcik haha. Pakcik mula berpindah kerumah pakcik ni masa umur anak Sulong pakcik lebih kurang 5 bulan macam tu.

Seminggu tinggal di rumah baru ni semuanya Alhamdulillah semuanya baik, Cuma udara didalam rumah ni agak berbahang, panas sangat, pasang kipas sekeliling pun pakcik masih berpeluh. Lepas seminggu, mula la mereka-mereka ni gatal nak bagi tau pakcik yang mereka-mereka ada dalam rumah pakcik ni.

Salam perkenalan dari mereka bermula masa pakcik bersendirian di dapur, masa tu pakcik tengah basuh botol susu anak pakcik dalam pukul 11 malam macam tu. Pakcik mengadap ke singki, tapi dalam masa yang sama, ekor mata pakcik boleh nampak pintu bilik pakcik di sebelah kanan pakcik. Masa pakcik tengah sibuk membasuh tu salah seekor dari mereka-mereka tu telah menyerupai seorang Wanita berambut panjang dan berbaju putih, saja je nak tunjuk diri dia la tu, dia seolah-oleh bergerak menggunakan papan selaju yang di tarik oleh orang yang tidak kelihatan ke belakang pintu bilik pakcik, maknanye dia tak melangkah la tapi mcm melayang mcm tu, belakang pintu tu dinding, tak ada ruang pun. Pakcik pun apa lagi, cepat-cepat la nak tutup pili air, nak beredar cepat-cepat. Tapi air jadi makin besar pula, misteri sungguh haha. pakcik salah pusing la haha. Intro dia tak best betul, dalam bilik tidur pakcik pula tu haha.

Kemudian pada malam lain pula, masa ni kami semua dah nak tidur, Jadi disebabkan lampu dan kipas diruang tamu tu tak bertutup lagi, pakcik pun pergi la tutup sorang-sorang. Dengan malas-malas pakcik tutup suis tu, mengantuk la katakan, lepas je lampu padam, pakcik pusing nak ke dapur semula, tiba-tiba dia boleh pula bersandar kat belakang pakcik ni, “kurang hajo” pakcik apa lagi terkejut la, pakcik sorang je kat situ, ni sapa pula nak romantic-romantik dgn pakcik ni, hahah. Kemudian pakcik cakap sorang-sorang “nak bergurau pula dia”, lepas je pakcik cakap tu, dia pun hilang. pakcik pun lepas tu pusing la belakang balik, alhamdulillah tak ada apa-apa. Dia dh berani sentuh-sentuh kali ini.

Ada satu hari tu, seperti rutin ketika hari bekerja lain, pakcik akan sampai kerumah dari tempat kerja pakcik, biasanya ketika azan maghrib sedang berkumandang ataupun selepas azan maghrib. Pada hari tersebut kami sampai kerumah dalam 10 minit selepas azan maghrib, sampai sahaja depan rumah, dari dalam kereta lagi pakcik ternampak seperti kain hitam tergantung di tengah-tengah laman rumah pakcik di salah satu kerangka awning rumah pakcik, memang jelas pakcik Nampak masa ni “sapa la tinggal kain buruk kat rumah pakcik ni, hitam pula tu”. Bila pakcik turun kereta nak buka pagar, kain tu dah tak ada dah. Alhamdulillah, kalau tak nak kena buang lagi, lepas tu nak fikir pula sapa yang masuk dalam laman rumah ni, lepas tu nak kena cemas, sebab orang luar dah start masuk dalam laman kita, tak gitu.

Lepas tu pakcik masukkan la kereta pakcik dalam pagar rumah, bawa masuk semua barang anak pakcik dan bag kerja pakcik dan makcik kedalam rumah. Masa ni anak pakcik, pakcik hanta ke taska sahaja, sebab makcik pun kerja. Makcik kerja kat kilang sebelah dengan kilang pakcik, tu yang makcik boleh mengurat pakcik tu hahah. Ok sambung, masa pakcik nak kunci grill pintu depan rumah pakcik tu, pakcik Nampak dengan jelas, kain hitam buruk tadi tu masuk melalui atas pintu rumah pakcik, dia terbang ikut atas muka pintu dan hilang, memang berani dan melampau dah benda ni, depan-depan pakcik dia masuk, memang geram pakcik masa ni. Dan start dari malam tu anak pakcik tepat pukul 10 malam je dia akan nangis tak berhenti sampai dalam 2 ke 3 jam mcm tu. Masa nangis tu anak pakcik akan tengok ke setiap arah, macam benda tu kesana kesini. Memang kurang hajo benda ni. Kesian baby pakcik tu.

Dan bila dah mengganggu anak pakcik, pakcik pun tak ada jalan lain, pakcik dan makcik pun panggil ustaz untuk pagar rumah pakcik, masa proses memagar tu, Ustaz minta pakcik sediakan air mineral, pakcik beli satu kotak besar masa ni, garam kasar dan lada hitam. Ustaz baca ayat ruqyah kot kat air mineral tu, satu baldi berisi air biasa dan campuran garam kasar dan lada hitam . Air mineral untuk di minum, air dalam baldi tu untuk pagar dalam rumah, kita renjis air ruqyah tu di sekeliling dinding di rumah kita dan garam dan lada hitam untuk pagar diluar rumah. Alhamdulillah lepas tu dah berkurangan gangguan walaupun ada sikit-sikit, rumah dah tak berapa berbahang lagi, bunyi bising didapur dan kadang-kadang bunyi ketukan dinding dan mesin basuh dah tak kedengaran lagi. Alhamdulillah. Sebenarnya banyak lagi kejadian yang berlaku, tapi cukup la setakat ini, penat pakcik nak taip ahahha. Dan korang pun nanti marah sebab panjang sangat hahah.

Dan selepas kejadian tu pakcik amalkan baca Al-Fatihah, 5 ayat awal surah Al-Baqaroh, Ayat Kursi, 3 ayat terakhir Surah Al-Baqaroh, dan 3 Qul selepas solat Maghrib dan selepas solat subuh sebagai pendinding diri dan keluarga. Dan Pakcik akan Azan dahulu bila masuk rumah, jika pakcik keluar tinggalkan rumah, bercuti atau kemana sahaja lebih dari 2 hari. Dan jangan lupa untuk perbanyakkan mengaji Al-Quran setiap hari. Kalau didunia ni kita selalu berasa seram dan takut, di alam sana kita bersendirian, lagi takut, hanya Al-Quran yang akan menjadi peneman kita.
Sekian terima Kasih

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Pakcik AA

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 69 Average: 4.4]

1 thought on “Kain Hitam di halaman.”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.