Kak Ros

Sekolah menengah aku dulu kira tergolong dalam ranking top 5 kat Malaysia ni. Dah macam tradisi, hampir setiap tahun keputusan selalu cemerlang dalam SRP dan SPM mahupun STP. Dalam bidang sukan plak, memang selalula juara negeri dan kebangsaan dalam rugby dan bolasepak. Sekolah asrama penuh semua jantan. Dan ada juga yang macam separuh jantan dan separuh betina spesisnya. But thats for another day. heh

By the way, aku pakai piawaian standard la ya tak sebut nama sekolah. Takut ada hati yg bakal terguris..

Seperti sekolah-sekolah berirama yg lain, sorry, berasrama (tersasul), sekolah aku juga tidak ketinggalan jauh dalam ranking sekolah-sekolah asrama penuh yang angker tahap dewa. Kena plak lokasi sekolah atas bukit. Kalau menapak dari jalan besar nak kesekolah, memang lengit sikit aa kalau tak biasa. Kira-kira 2 batang rokok jauhnya dari simpang masuk bila ikut kiraaan metrik melayu zaman pertengahan.

Dari sudut gaya penampilan dan rupa paras sekolah plak korang fefaham je la kan. Design lama jenis koridor panjang sepanjang bangunan. Nampak lama dan cam muramm je. Even sesiang hari. Dan keliling sekolah aku ni kampung. Lupa plak apa nama kampungnya. Kampung Sedondon kot. atau Kampung Mak Temah. Whatever. Kampung tu dan sekolah aku dipisahkan dengan pagar dawai besi yg selalu murabbal-murabbal sekolah umpil dan k***t bila nak lari keluar memalam dari kandang pergi beli rokok atau lepak-lepak kat bandar. Sebelah pagar tu terus padang dan pusat sukan sekolah aku. Besau jugak. Bola, rugby, cricket, hoki semua main kat situ.

Sekolah tu memang nampak lama. Umur sekolah pun dah tua lama. Tak salah asal sekitar awal 1920an. Lepas tu pindah ke lokasi ni tak silap dalam tahun ’50an atau mungkin lebih awal. Can’t really remember. So korang boleh bayangkan suasana sekolah tu. Dengan “berek-berek” kami yg nampak kelam dan kelu. Bangunan asrama yg berkeladak dan kusam catnya terutama area-area dekat toilet. Lampu-lampu di koridor dan ditangga-tangganya pun macam tak berapa ikhlas bagi cahaya bila waktu malam. Juga laluan-laluan sunyinya serta taman-taman kecil tanpa berlampu yang menghias sekitar sekolah dan blok-blok asrama…

Dengan lokasi serta set-up sebegitu, taklaa hairan sangat kalau angkernya sekolah aku tu kalau ikut skala Richter, dekat-dekat 8 gitu. Pekat juga angkernya. Serious ni. Dan salah-satu lagenda angker yang masyhur disekolah aku ni ialah lagenda Kak Ros. Aku panggil dia Kak Ros je la ya dalam cerita ni sebab menaip tetengah memalam buta nak ke pagi macam ni aku rasa segan sikit nak sebut nama penuh dia..ahem*

Kak Ros ni jika ikut legendanya, tinggal disebelah blok aku, blok D. Sebelah blok D ni ada satu pokok besar yang dah lama mastautin terpacak kat situ sebelum blok D ni dibina. Pokok tu plak betul-betul sebelah billik aku sebab bilik aku lokasi nya last sekali sebelum bilik air hujung koridor tingkat 2..

Pokok ni mengikut ceritanya pernah beberapa kali pihak sekolah nak tebang tapi tak berjaya. Nak kirakan bukan besar nau pokok tu. Kuranglebih sepemeluk orang dewasa je saiz batangnya. Pokoknya rimbun dengan dahan-dahannya sebesar peha anak gajah. Pokok apanama nya pun aku tak ingat or maybe tak pernah ambik pot. Bila bukak tingkap bilik yang mengadap katil aku, memang nampak la pokok tu rimbun daun-daunnya sangat hampir dengan bilik aku.

Kak Ros ni dulu ikut riwayatnya dari mulut ke mulut, hidup sekitar tahun 40-50an. Ada satu kem askar yang dekat dengan kampung ni dan nak dijadikan cerita, Kak Ros ni ada skandal plak dengan satu abang askar ni. Kem tentera tu pun sampai sekarang masih ada kat situ. Dan Kak Ros ni memang asal dari kampung sebelah sekolah aku. Hasil dari skandal tu, mengandung la plak Kak Ros..Abang askar ni plak kena posting kenegeri lain akhirnya. Terus senyap mamat tu takde khabar berita. Tak sanggup nak hadap keluarga dan orang kampung dengan perut memboyot, Kak Ros b***h diri dengan menggantung dirinya dengan selendang kuningnya kat pokok sebelah bilik aku tuu. Tragik kan? Tapi pendek betul iman Kak Ros ni ya? hmmm. Macam cerita biasa filem hantu ya tak? Tapi ni cerita benar yang didengar.

Selepas tragedi tu, Kak Ros ni macam dah bermukim plak kat pokok tu dan dikebanyakan malam akan merayau-rayau disekitar sekolah aku ikut suka hati dia macam la dia sekolah kat situ. Beberapa kali juga ada yg ternampak dan yang biasa nampak adalah pak guard shift malam. Salah seorang yang pernah terserempak ialah pak guard ni yang baik orang nya. Aku suka dia. Aku namakan dia pakcik Sudin la ya? Orangnya agak rendah dan berkulit gelap, bertubuh dan berwajah kurus tapi nampak fit dengan raut muka ikhlas dan tak banyak cakap. Pakcik Sudin dan beberapa orang lama yang kerja disekolah tu jugak la yang cerita asal-usul Kak Ros ni..

Pakcik Sudin pernah beritahu kitorang yang ada sekali malam tu dalam bulan Ramadhan, dia round sekolah cam biasa dalam pukul 2 pagi gitu dan dia singgah blok aku, blok D. Gelap malam tu memang takde bulan Pakcik Sudin cakap. Cuma cahaya dari torchlight dia je buat peneman. Ketika dia menghampiri blok aku, dia terdengar sayup-sayup suara perempuan menangis mendayu-dayuu macam tengah sedih sangat. Pakcik Sudin cuba pastikan dari mana datangnya suara tangisan tu dan selepas beberapa ketika suara tu terus kedengaran menangis berhiba-hiba, dia pun pasti yang suara tersebut datang dari arah pokok besar dihujung blok D tu..

Pakcik Sudin terus bergegas menuju kearah hujung blok dimana pokok besar tu terpacak. Bila tiba disitu maka terlihatlah akan Pakcik Sudin satu makhluk sedang berdiri membelakangi tembok blok. Berambut panjang hingga melepasi pinggang, berpakaian seperti jubah labuh kusam putih kekuningan hingga tak nampak kaki dengan kepala tertunduk sambil menangis teresak-esak dan mendayu gitu. Macam hiba dan sedih sangat Pakcik Sudin kata..

Dia pun tegur la makhluk tu apa dia buat kat situ dan minta jangan di ganggu budak-budak kat sekolah ni sebab budak-budak ni datang sini nak belajar. Kak Ros ni terus sambung nangis mendayu-dayu. Muka tak nampak pakcik Sudin cakap sebab rambut mengurai menutup wajah. Cuma nampak macam lidah merah pekat kehitaman menjulur keluar dari celah-celah rambut dibahagian muka, terjelir panjang sampai ke bahagian perut. Kak Ros terus berdiri kat tembok tu tak bergerak-gerak dengan kepala tertunduk dan suara menangis berhiba-hiba je yang didengar..

Pakcik Sudin terus angkat kaki jalan. Kering jugak hati dia ni ya?

Kat sekolah aku ni, bila time jejauh malam, bila lampu-lampu bilik semua dah tutup, senior-senior form 5 ramai suka melepak kat tangga koridor sambil hisap rokok dan hisap entah apa-apa lagi, main gitar dan sembang-sembang. Terutamanya Jumaat malam la sebab esoknya hari Sabtu takde kelas. Warden memang tak buat apa-apa la sebab dah jadi tradisi sekolah tu; form 5 was “untouchable”. Hampir bebas sepenuhnya nak buat apa dorang suka selagi tak jahanamkan harta-benda sekolah. Sehinggalah malam tu yang kisahnya dah jadi lagenda disekolah..

Malam tu seperti malam-malam yang lain, beberapa senior form 5 di blok C sedang asyik melepak sambil huha-huha dekat tangga koridor tingkat 3, tingkat atas sekali. Blok C ni terletak mengadap blok D.

Tengah dorang seronok bergelak-ketawa huha-huha sambil ditemani asap yang berkepul-kepul sebab mungkin nak halau nyamuk agaknya, salah-seorang dari mereka tetiba terdiam. Lepas tu sorang demi sorang terdiam dan terkedu. Seulas bunyi pun tak kedengaran kecuali bunyi tangisan sedih mendayu-dayu yang mereka dengar. Kalau ada jarum peniti jatuh kat tepi pun memang akan jelas terdengar sebab semua dah terkujat diam. Suara tangisan tu lama-kelamaan terdengar lebih jelas. Mereka disitu semua dah ternganga terlopong..Mata semua dah terpaku memandang arah yang sama. Kearah bumbung blok D..

Nun diseberang sana, atas bumbung blok D, Kak Ros berdiri terpacak seperti merenung dorang. Besar kelihatan tubuhnya. Rambutnya panjang mengurai melepasi pinggang. Kelihatan panjang lidahnya terjelir keluar dari celah-celah rambut dibahagian mukanya hingga ke paras perut. Sepontan mereka terdengar bunyi hilaian nyaring. Semua masih seakan terpaku memandang makhluk tersebut..

Dan tanpa bagi apa-apa amaran, lembaga Kak Ros tu tetiba terbang menuju kearah Blok C. Tak payah describe lebih-lebih la ya macamana dorang semua bertempiaran lari masuk bilik bila nampak Kak Ros terbang kearah dorang. Dah macam tikus nampak kucing la kot. Atau kambing bila hujan turun. Mencapah dan berterabur dengar khabarnya. Suara mengilai berselang-selikan tangisan mendayu terus mereka dengar diluar bilik hinggalah ia lenyap sendiri selepas beberapa ketika..

Selepas kejadian tu, aktiviti melepak kat tangga dikoridor bila memalam buta sudah banyak berkurang. Semua lepak dalam bilik je bila dah jejauh malam sangat walaupun mata masih segar tak boleh tidur..

Bila ditanya pada Pakcik Sudin samada boleh ke halau Kak Ros dari terus mastautin kat pokok tu, dia cakap yg Kak Ros taknak pergi dari situ sebab dah selesa kat pokok tu. Dan Pakcik Sudin nasihatkan pada kitorang agar jangan hiraukan sangat dengan Kak Ros ni dan bila dah lewat malam seelok-eloknya tak payah la lalu dekat pokok tu sensorang. Aku pun mengambil polisi taknak ambik pot sangat pasal Kak Ros ni yang berjiran dengan aku sebab nak buat camana lagi…takkan aku nak pepandai sendiri pegi tebang pokok tu plak, ya tak?

Tammat.

nota kaki :

kalau korang rasa cerita aku tak seram dan tak panjang lebau dan berselera nak buat kecaman, aku takdehal..silakanlaa

apa-apa pun, ini cerita benar yang disampaikan dari mulut ke mulut. dan aku harap pada sesapa yang baca ni, akan terhibur hendaknya.

Salam and chiao

-ezrin marsh-
written, edited and updated on 14th April 2018.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

ezrin marsh

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

43 thoughts on “Kak Ros”

  1. Pak sudin jumpa kak Ros pd bulan ramadhan..bukan ke masa nie smua syaitan diikat?? Maaf saya hanya bertnya shja

    Reply
      • MCKK, sekolah budak2 pandai termasuk penulis..
        Kg – Bukit Chandan.

        Dulu2 dh ada yg hantar crita pasal perempuan tu. Nickname dia lain. Crita pasal pokok dn dia juga dpt inap blok asrama yg sama. Dia cerita apa yg dialami di era dia. Masa dia tulis dia kata dia di overc. Xigt nama pena dia. 3 crita dia hantar. Lain2 kejadian. Ada kisah pang5 juga. Pasal perempuan tu hampir sama. Tahun lalu xk silap.

        Olahan dr Ezrin Marsh xk pernah xk menarik. Seronok baca

        Reply
        • yup. cerita-cerita tu semua hasil tulisan saya. yang pasal panglima tu, ceritanya bertajuk “jangan sebut namanya diwaktu malam…”

          cerita Kak Ros ni memang pernah disiarkan dulu lebihkurang setahun lalu dibawah title tadi. saya dah umumkan kat page FS cerita ni awal2 dibahagian comment.

          ini versi yang saya dah edited semula, updated dan tambah satu lagi cerita legend Kak Ros dalam cerita ni

          and thank you for liking my stories😊

          Reply
    • di tunggu posting selanjutnya konon puiii baca pon dak,meluat sungguh aq bila tgk kaki spam dok spam….smua nk hasut oqang main judi,nk main main soqang dh laa dok ajak.oqang plak dh la kaki kencing…perghhh saheh haqin kepala kena kencing ngn oqang negara tu,spam sedia dh lmn web tak laku tu buat la caqa tak laku jgn dok pulun sgt puiihhh

      Reply
  2. Aq pn tringt kak ros upin ipin weyh.. hahaha.. pelik dowh time bln ramadhan kak ros dok kt situ.. bkn kena ikat ke? xde yg trkecuali kowd.. mula lh aq rse seram.. hurmmm…

    Reply
  3. ermm..aku je ke tebayang kak ros lain?huhuhu
    xleh imejin masa kak ros terbang ke blok c..seram noks..
    Best..teruskan berkarya..8/10..

    Reply
    • thanks for the kata2 semangat❤️

      and Inshaa Allah i will keep writing and berusaha utk hasilkan karya yg lebih baik

      thanks again😊

      Reply
  4. Yes, seram nauu bahha tapi memang betul kalau b***h diri langit dan bumi x kan terima jasad seseorang tu “langit dan bumi kot” hehew

    Reply
  5. Tok aziz kata,,
    kalau nak negara kita maju 😝
    Undi BN ..
    nnti suruh laa dia psang sportlight kt skolah korng..
    cat bagino cntik” 😂😂

    #Hahaa jangan kecam

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.