“Kalau nampak benda ganjil, baca je doa mama suruh.”- Rumah Mertuaku

As salam pembaca.

Ni bukan kali pertama aku menulis tapi hampir semua story aku simpan je jadi kan khazanah. My own collection. Kisah kali ini bekisar tentang rumah mertua aku.

Aku tinggal kat kampung bersama mertua aku dah lebih 7 tahun. Dulu aku menetap dibandar tapi sejak aku tak kerja, aku jaga anak anak yg masih kecil. Rumah mertua aku boleh dikirakan sangat besar. Banglow tepi pantai. Walaupun tinggal kat kampung. Kawasan sini semua rumah batu dan takde satu pun kayu. Mungkin kerana, kawasan dekat pantai maka batu lebih reliable.

Kami tinggal serumah tak ramai. Aku sekeluarga 5 orang, pak mertua, mak mertua dan adik ipar bongsu. Rumah ni luas so memang sunyi.

Tahun pertama aku tinggal kat sini aku dah rasa satu perasaan ‘asing’. Asing maksud dia macam ada yang tak kena. Kalau kau tengah masak kat dapur, kau boleh rasa ada orang perhatikan kau dari dining room. Dan kalau kau kat dining room, kau akan rasa orang perhatikan kau dari dapur. Jendela dapur ni agak besar dan takde pasang langsir. Berada depan sink dan setiap kali aku cuci piring cawan apa semua, selalu lah juga ada benda yang buat tawaf. Tak jelas tapi ada. Macam seimbas dan sangat laju. Macam flash tu.

Suatu malam tu. Masih awal dalam pukul 10. Aku tengah kusyuk cuci barang dan terkejut aku bila nampak seseorang kat luar rumah. Seorang remaja dalam umur belasan. Dia terkejut tengok aku. Aku pun terkejut tengok dia. Aku panggil pak mertua aku tolong tengok. Tapi cepat benar dia hilang. Habis satu rumah pak mertua buat round check tapi takde. Nil.

Pak mertua takut lah kalau ada samseng ke apa ke kan tapi hati aku rasa macam bukan manusia yg tadi tu. Mata dia. Mata dia aku ingat…bukan macam mata kita. Pak mertua cakap tak pernah pernah lah ada manusia atau budak-budak kat situ berani nak lalu kat belakang rumah kitaorang. Dahlah gelap dan pak Mertua ni terkenal garang. Takde orang nak beraninya tapi pak mertua kata. Jangan takut. Mungkin penjaga rumah ni.

ya Allah. Tekejut aku. Tak boleh lah macam ni tapi aku protes je dalam hati. Aku sedar aku menumpang.

Kali kedua,terjadi pada satu malam.Masa tu umur anak aku yang tua dah 4 tahun. Dia selalu cakap yang ada orang tunggu kat luar bilik. Masa tu suami aku kerja malam.

Aku cakaplah. Takde orang kat luar. Anak aku berkeras yang ada orang kat luar jendela bilik. Eh jangan jangan pervert ni .Aku suspect orang. Mentang laki aku takde. Nanti kau. Geram aku. Masa tu anak aku yang baby baru je beberapa bulan. So aku tutup lampu bilik. Aku selak langsir. Dalam tangan aku gengam besi. Kalau orang aku hempuk je ni. Aku memang penakut tapi malam tu aku berani sangat. Aku memang benci kalau ada manusia pervert intai-intai orang ni. Dulu masa kecik, kakak-kakak aku selalu kena. Nenek aku hentam pakai kayu. Tau bedesup takut.

Aku intai. Suasana kat luar gelap. Lampu luar tak buka.

Aku tengok lagi manatau dia sembunyi kat semak. Tapi sudah kita buat macamtu of course lah takde la benda or manusia yang muncul.

“Mama…tu ada orang tengok mama….” Berderau d***h aku bila anak aku tunjuk kat jendela. Aku tak nampak pun apa apa kat jendela tu. Terus aku tutup langsir. Buka lampu. Buka surah kat utube dan peluk anak anak aku.

“Bismillahi Ladzi La yadhuru Maaz mihi Syai’un Fil Ardhi wala fissama ie wahuwassami’ul adzim” anak aku tiba tiba baca kuat kuat.

“AudzubikalimatiLLahi Tammati Min Syorri Ma Kholaq” Dia baca lagi dan terus tunjuk kat jendela. Die you syaitan. Dia jerit.

Sumpah meremang. Aku memang ajar anak aku doa doa dan surah semasa dia kecil lagi. Dan aku selalu juga cakap,kalau nampak benda benda ganjil, baca je doa yg mama suruh.

So bila dia baca macam tu, aku jadi semakin seram. Mata budak ni tembus kan. Dia nampak apa yang kita tak nampak. Aku angkat anak aku. Peluk dia dan suruh dia tidur. Aku cakap kat anak aku baca pelan pelan dalam hati je dan lepas tu tidur. Alhamdulillah, anak anak aku semua tidur dengan nyenyak tapi aku masih rasa meremang.

Telinga aku sangat peka masa tu dan apa je bunyi kat luar membuat aku trigger. Tiba tiba aku terdengar bunyi kuku ketuk ketuk kat tingkap. Betul bunyi kuku. Aku tau kerna aku selalu buat masa aku kecik dulu. Jelas dan nyata. Dalam beberapa kali bunyi tu dan lepas tu diam. Dalam seram seram tu aku tertidur juga akhirnya.

Esoknya aku pindah katil aku tak nak dekat dengan jendela. Anak aku yang tua tu walaupun dia baru 4 tahun, dia ingat. Dia kata.Kat luar tu hantu mak bukan orang. Nak pengsan aku bila dia cakap macam tu. Memang anak aku selalu nampak benda sedari kecil tapi tak pernah dia takut macam benda tu dia biasa tengok. Pernah masa kami tinggal kat apartment kita orang dulu. Dia selalu nampak perempuan rambut panjang macam langsir. Kau rasa?

kejadian berikut pula bila kami ada majlis makan makan nak celebrate birthday anak aku. Masa tu aku kat dapur p****g p****g kuih dan aku nampak adik ipar aku tersengih sengih baru balik dari kerja dan terus masuk bilik dia.
Lepas selesai tugas kat dapur aku terus angkat juadah nak hidang kat ruang tamu. Cuma kami kami je yg ada masa tu. Yang lain belum datang lagi. Majlis lepas isya. Masa tu nak masuk waktu maghrib. Aku tolong lah husband aku tiup belon dan tiba-tiba adik ipar aku muncul dari pintu besar luar tamu.
‘”Assalamualaikum”
Aku tergamam. Eh tadi kat bilik kan.
“Kau dari mana?” aku tanya spontan.
“Dari kerja la ni..aku baru balik” Aku tengok dia atas bawah. Betul juga. Tapi sumpah aku tengok dia masuk bilik macam selalu dia buat. Aku tanya dia 2-3 kali nak kepastian. Dia cakap betul dia baru balik.
Entahlah. Aku pun tak nak menyeramkn keadaan. Party-spoiler sungguh. Patut pun aku macam terkunci mulut nak tegur masa aku kat dapur. Tapi aku ingat dia sengih. Baru aku perasaan. Adik ipar aku tak pernah sengih ngeri macam tu.

Kejadian baru-baru ni lagi lah aku rasa seriau. Masa tu aku tertidur lepas isya tapi masih lagi mamai -mamai. Aku sedar bila anak-anak minta izin nak main kat ruang tamu dengan sepupu diorang. Masa tu ada sedara mak mertua yang datang tapi memang dia biasa datang. Aku malas nak keluar kerana badan kurang sihat dan selsema.

Dalam 5 minit anak-anak aku kat luar, aku dengar dengan jelas suara mereka jerit jerit main-main. Tiba-tiba aku rasa ‘something’. Bila aku buka mata, aku nampak anak perempuan aku yang paling kecik, tercegat depan aku kat kaki katil. Aku tengok dia. Memang anak aku tapi dia hanya senyum je pandang aku. Tak bercakap atau panggil. Selalu anak aku dia akan panggil. Tak pernah dia nak senyum -senyum macam tu cuma-cuma. Selalu kalau dia panggil memang ada saja yang dia nak.
Aku picing lagi mata aku. Suasana dalam bilik bukan gelap sangat. Aku buka 2 lampu tidur. Memudahkan anak aku nak ambil barang ke apa ke. Mereka memang suka keluar masuk bilik.

Eh kenapa dia kat bilik? tapi suara dia jelas kedengaran kat luar. Aku kenal betul suara anak aku yang hi-pitch tu tengah ketawa ketawa main dengan abang dan sepupu dia.

Tiba-tiba mata aku macam mengantuk dalam 3 saat macam tu. Aku tutup dan buka semula. Anak aku dah takde. Yang ada kucing aku.
Kucing aku tiba-tiba panjat katil dan duduk depan muka aku. Pandangan dia macam curious.Macam aku bukan tuan dia. Tapi dia tak pandang aku pun. Dia sebenarnya pandang belakang aku. Entah kenapa boleh pulak aku tidur semula. Masa tu aku tak rasa seram cuma rasa hairan.

Aku tanya anak akulepas tu kalau dia ada masuk bilik nak apa ke. Dia cakap takde.

Tulah secebis pengalaman aku tapi mungkin tak seseram mana. Nanti kalau ada rezeki, aku cerita lagi. kalau cerita ni tersiar. Aku nak ucap terima kasih kat admin dan pembaca. sorry kalau ayat skema sikit kerna bukan bahasa utama.

Sulaman

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 112 Average: 4.4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.