Kampung Angker II -mata tanpa hijab-

Assalamualaikum Terima kasih admin Fiksyen Shasha kerana publishkan cerita aku sebelum ni. Terima kasih juga pada pembaca setia Fiksyen Shasha yang suke benor baca cerita seram. Maaf kerana tak dapat nak beritahu nama kampung aku. Kalau aku beritahu, risau pulak aku semua orang kampung nak pindah keluar. Habis tu kalau semua pindah, Sape nak temankan mak aku kat rumah tu? Tekaan kalian tentang dimana kedudukan kampung ini, biarlah menjadi teka-teki….

Dikatakan, tepi laluan rumah aku ni adalah laluan bunian. Aku tak tahulah kenapa tiap kali cerita seram, rumah yang diduduki merupakan laluan makhluk itu. Kadang aku terfikir, makhluk tu boleh terbang. Kenapa nak jalan pulak. Ye kan? Tapi itulah. Keterbatasan aku untuk melihat makhluk begitu menyebabkan aku tak dapat menjawab persoalan tersebut. Aku hanya dapat merasakan kehadirannya sahaja. Bagaimana kami dapat tahu tentang kesahihan cerita itu? sebentar lagi akan aku ceritakan.

Kejadian seterusnya berlaku selepas angah aku berkahwin. Rumah yang kami tinggal bertahun-tahun akhirnya ditambah baik. Beranda dan tepi bilik yang dulunya tempat mainan anjing dan b**i hutan telah ditambah menjadi bilik dan ruang tamu. Di beranda itu lah menjadi saksi aku ditegur dek abg ‘poco-poco’. Di situ jugalah kami menemui butiran kacang hijau yang bertaburan. Di halaman depan itu jugalah kami terjumpa tahi manusia ditinggalkan. Seperti sengaja diberakkan di situ. Entah apa motif mereka. Bukan sekali. Tetapi dua kali kejadian seperti itu berlaku. Kalau sakit perut, berak lah di rumah sendiri. Jangan merata berak di laman rumah orang lain. Huh!

Apabila angah berkahwin, kami adakan majlis makan-makan dirumah sahaja. 5 khemah dipasang di laman rumah. Pelamin diletakkan di ruang tamu baru (dulunya beranda). Meriah sungguh suasana pada hari itu. Apabila majlis selesai, seperti biasa pengantin perlu menyental periuk belanga hasil masakan lazat saudara mara yang lain. Di sebelah dapur, terdapat perigi yang ayah gali ketika baru sahaja nak membina rumah ini. Perigi itu menjadi sumber air utama yang digunakan untuk membancuh simen dan untuk pekerja mandi. Masih ada perigi itu sehingga sekarang. Ah, banyak betul kenangan di perigi tersebut.

Petang itu dalam sekitar jam 6, abang ipar aku dah duduk baik punye sebelah perigi tu. Nak menyental periuk belanga katenye. Sebelum berkahwin, kami tak tau pun yang abang ipar boleh melihat makhluk di dimensi sana. Mari kita namakan beliau dengan nama Poeh. Beliaulah yang beritahu, sebelah rumah kami ini adalah laluan jin. Sebab itu selalu diganggu. Kadang yang datang tu hanya menyinggah.

Ini menjawab persoalan tentang kejadian yang sering berlaku dirumah kami. Pintu rumah kami diketuk orang dari luar. Selalunya berlaku pada waktu maghrib. Tingkap rumah pun banyak kali di baling batu kecil. Tingkat tepi bilik pula seolah-olah digosok dengan kertas pasir. Dan pernah juga grill rumah kami digoncang. Tapi bila dijengah keluar, tak ada orang. Dulu terasa seramnya. Tapi bile dah tau tentang laluan jin itu, rasa seram bertukar jadi marah. Ye lah kan, Kalau nak lalu tu, lalu je lah. Jangan dok kacau rumah orang. Perangai tau jin ni.

Jadi, kite sambung semula dengan kisah Poeh. Ketika Poeh sedang ralit mencuci periuk belanga, dia ternampak dari ekor matanya ada lelaki berjubah putih dan berkopiah sedang lalu dibelakang rumah mak aku. Ketika itu, belakang rumah mak aku hanya ada sebuah rumah sewa. Dipagar dengan pagar dawai berwarna hijau. Poeh memberi salam,

“Assalamualaikum.”
Lelaki itu menoleh dan menjawab,
“Waalaikumsalam. Meriah rumah ni. Ada terima orang baru ke?” tanya lelaki berjubah putih itu.
“Ye. Ada. Saya lah orang baru tu.” Jawab Poeh.
“Duduk sini ke pakcik?” Sengaja Poeh bertanya.
“Iye.. kampung belakang tu. Ade la dalam 5-6 buah rumah je tinggal sekarang ni. Ramai yang dah pindah. Kat sini makin bising. Ramai orang”.
Sahut lelaki itu.

Kemudian, lelaki berjubah putih itu tersenyum dan berlalu pergi. Menurut cerita Poeh, dia melihat hujung telinga lelaki itu runcing. Ternyata lelaki itu bukanlah orang kampung kami. Tetapi mungkin bunian yang tinggal sebelum kami. Lagi pula, belakang rumah kami adalah hutan belantara yang agak tebal. Mana mungkin ada rumah disana. Rajin pule Poeh menyapa kan. Untung takde ape-ape kejadian aneh.

Apabila malam menerpa, Poeh bercerita bahawa ketika majlis petang tadi, dia melihat banyak sangat tetamu yang berada di dalam rumah. Semuanya kelihatan berwarna putih. Tidak jelas. Hanya kelihatan seperti bayang-bayang kain yang agak transparent. Nampak macam seolah-olah sibuk ke sana kemari. Macam dia pulak yang kenduri. Makanan dan minuman tidak ditutup menjadi jamahan. Sebab tu kawan-kawan, tak boleh dedahkan makanan dan minuman. Kena tutup dengan tudung saji atau ape sahaje. Bagi mereka yang tiada hijab ini, boleh lihat bagaimana diperlakukan makanan dan minuman yang tidak ditutup. Ada yang diminum, ada yang diludah, dikencingkan. Yang paling tak best, di berakkan makanan itu.

Oleh kerana matanya boleh melihat makhluk di dimensi sana, Poeh juga boleh nampak kedudukan makhluk yang menumpang di dalam rumah mak aku. Rupanya di satu penjuru, terdapat jin yang menjelma seperti kepala lelaki tua. Patutlah kucing kami selalu memandang ke atas dan duduk di bawah penjuru itu. Tapi makhluk itu tak mengganggu. Kadang kala saja dia panjangkan lehernya dan bila kami bercerita tentang dia, excited terlebih. Makhluk itu kelihatan turun naik dari sudut syiling ke bawah macam yoyo kata Poeh. Ada juga abg poco-poco di hujung penjuru yang lain pule. Ini menjawab persoalan mengapa kami selalu rasa seram setiap kali melalui penjuru ruang tamu itu. Pernah sekali ayah tertidur di ruang tamu hadapan. Ketika dalam fasa mamai, ayah Nampak abg ‘poco-poco’ berdiri di tepi penjuru menyorok di belakang pasu mak aku. Walaupun dah nampak sekali, ayah tak takut dan masih tidur disitu. Sehinggalah abg ‘poco-poco’tidak lagi kelihatan. Privasinya di cerobohi mungkin.

Terdapat satu cermin yang ayah aku ambil dari tempat kerjanya dan diletakkan di ruang tamu kami. Cermin itu nampak antik dan masih cantik. Cermin kayu itu digantungkan dan diletakkan di antara ruang tamu keluarga dan ruang tamu hadapan. Didalam cermin itu ada jin yang mendudukinya kata Poeh lagi. Jadi tuan-tuan, bila beli barangan antik pastikan barang itu dibeli bukan lah ‘buy 1, free jin toncet’. Pastikan ori baru beli.

2 tahun selepas tinggal dirumah mama, Poeh dan Angah berpindah ke rumah sewa. Masih berada dalam kampung yang sama. Rumah sewa itu merupakan rumah papan yang berkembar dengan rumah jiran sebelah. Kedudukan rumah itu betul-betul berada di tepi sungai. ( sungai kampung kami dipagar dan kedudukan sungai itu lebih rendah berbanding kedudukan rumah). Sewa rumah tersebut memang lah murah dan berbaloi. Tetapi bagi orang yang boleh melihat makhluk itu, rumah tersebut sangat tidak selesa untuk diduduki.

Kebetulan, jiran sebelah rumah adalah bomoh. Dihadapan rumah bomoh itu diletakkan burung didalam sangkar. Setiap kali tuannya pulang, burung itu akan berbunyi bising. Satu hari, ketika Poeh dan angah pulang dari kerja, Poeh nampak terdapat sangat banyak abg ‘poco-poco’dirumahnya. Ada yang tergolek di lantai, ada yang menyorok di belakang peti ais, dan ada jugak yang jingkrak-jingkrak(melompat-lompat) di ruang tamu. Ponti pon ade yang menumpang.

“Ini orang sebelah punye lah ni. Overflow sampai ke rumah kite.” Kata Poeh pada angah.

Tak jadi masuk rumah mereka, Poeh dan angah bergerak menuju ke rumah mak aku. Sepanjang mereka tinggal dirumah itu, mereka hanya sekadar mandi dan tidur sahaja disitu. Sekali-sekala sahaja tidur dirumah tersebut. Ye lah, sering diganggu dengan jelmaan-jelmaan jin kan. Mana boleh tahan. Tak lama kemudian, mereka dapat berpindah ke rumah sewa yang lain. Walaupun harganya lebih mahal, tetapi aman tanpa gangguan makhluk tersebut.

Gangguan yang dialami oleh mereka tanpa hijab lebih dahsyat. Kerana makhluk itu tahu jika kita dapat melihat mereka. Makin banyak kaum mereka melekat dan mendekati. Kami sekeluarga pernah berubat ke Pusat Perubatan Islam di Kuang kerana kami teruk diserang. Mungkin lain kali lah aku ceritakan.
Sampai sekarang, gangguan masih lagi ada tetapi dah suam-suam kuku. Formulanya mudah sahaja. Solat, baca Al-Quran dan berselawat jangan tinggal. Jin kafir akan kepanasan dan akhirnya akan meninggalkan rumah itu jika selalu dibacakan Al-Quran. Tanah lot berdekatan rumah kami pun telah banyak dibersihkan. Belakang rumah kami sudah ada rumah yang dibina. Setiap lot sudah bertuan. Tidak lagi sunyi seperti selalu. Walaupun begitu, gangguan masih ada walaupun tidak sehebat dahulu.
Oh ya, kisah tentang ayah aku pun nantilah aku ceritakan. Kalian hanya perlu ‘seat back and relax’ saje bak kate omputih.
Ini hanya kisah yang aku kongsikan dengan kalian. Ingatlah kawan-kawan. Usah takut sangat dengan makhluk yang kite tak nampak. Memang kerja mereka menakutkan kite manusia. Makin takut kite, makin kuatlah mereka. Cuma jangan terlalu berani dan jangan pula terlalu takut. Kita tak kacau mereka, takde lah mereka mengacau kite.
Tapi bagi jin yang mengacau juge walau kite tak ganggu mereka, satu je yang boleh aku katakan.
“ Hawau”.

Sekian saje kisah aku untuk entri kali ini. Terima kasih kerana sanggup membaca kisah ini sehingga titisan huruf yang terakhir. InsyaAllah jika berkelapangan, akan aku sambung pula kisah ayah dan kami sekeluarga berubat.
Izinkan aku mengundurkan diri.

-Sri Kandi Akasya-

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 5]
Sri Kandi Akasya

4 thoughts on “Kampung Angker II -mata tanpa hijab-”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.