Kampung mak

Saya peminat FS… Kebetulan tengah bercuti bersalin ni, sambil2 scroll fb saya suka baca FS.
Banyak kisah yg berlaku secara kebetulan atau kerana emosi sendiri kot… Saya kongsi beberapa pengalaman yang berlaku dari kecil lagi ada yang masih segar dalam ingatan dan yang da samar2 ditelan usia…. Nak masuk 40series da…. Hahaha Namaku Yong…

BEREBUT BUAIAN…

Adatla adik beradik kalau tidak berebut sesuatu. Kisah ni terjadi masa balik cuti raya di kampung halaman mak di pantai timur. Masa tu aku dah sekolah rendah, adik dalam umur 4 tahun. Kami baru balik dari shopping keperluan raya di bandar KB. Sampai pun da maghrib, mak dah suruh masuk sebab dah bunyi azan.
Tapi aku dan adik abaikan sebab nak main buaian di pokok jambu. Betul2 depan pintu dapur rumah nenek. Masa tu depan rumah nenek adalah kawasan lapang. Belum lagi makcik buat rumah. Jadi kami boleh nampak jalan utama.

Tepi jalan tu, ada tunggul pokok jering. Hihihi… Masa tengah berebut, aku ternampak gula2 bungkus berdiri kat tunggul tu. Aku pun apa lagi, dengan senang hati menyerahkan buaian kepada adik aku lalu masuk rumah tanpa cakap apa2. Lantak ko la dikk… Nak sangat berebut kan… Lepas tu adik aku pun masuk dengan diam. Sampai sekarang aku takde tanya adik aku, ko nampak juga ke? 😁

#Dengar citer nenek, pokok tu memang keras sikit. Masa dulu lagi la… Siapa lalu kena kencing, sampai ada sorang makcik ni kerana dek geram sangat. Dia tadah air kencing tu dengan kain sarung dia lalu diperah. Apa lagi melolongla yang di atas. Hambik ko…

PANGGILAN TANPA EMPUNYA

Yang ni cerita paling heboh di kampung time tu. Selalu dengar orang panggil nama di pintu tapi bila dibuka pintu. Tiada orang…. Selalu menyamar dengan suara yang dikenali. Nenek selalu pesan jangan buka pintu bila waktu malam.

SUARA MENGAJI

Masih lagi kisah di kampung mak.. 😊
Kami sampai agak lewat malam, oleh kerana pintu pagar rumah makcik belum buka. Jadi kami parking kereta di sebelah rumah nenek.
Masa turun kereta, aku dengar orang mengaji kat bilik tidur sebelah telaga. Masih guna air telaga masa tu. Aku ingat paksu ada di rumah. Sebab dia pelajar pondok, mungkin dia dengan kawan yang mengaji. Jadi berkali2 aku bagi salam tapi masih tidak berjawab. Mak aku terus ajak kami pergi tidur di rumah makcik. Kami berkumpul di sana. Rupanya memang tiada orang di rumah makcik malam tu. Siapa yang mengaji?

#otw dari rumah nenek nak ke rumah makcik tu ada pokok kuinin. Besar rimbun serta seram sebab gelap kalau lalu sana.

BUNGA JANDA KAYA

Masih lagi di kampung mak masa aku kecil. Biasala budak perempuan mesti suka main masak2 dengan kawan2 kampung. Kalau da main masak2, mesti segala mak nenek tumbuhan ko akan petik jadikan bahan masakan. Termasuklah bunga2an… Nak dijadikan cerita kerana terlalu syok bermain, aku pergi kutip bunga janda kaya (mak aku bagitau nama bunga tu tapi da besar ni aku jumpa nama komersilnya batang ali). Ngam2 pula tumbuh kat busut. Apalagi aku pun panjat dan lompat2 atas busut walaupun dah dilarang sampai maghrib. Natijahnya malam tu aku tidur sambil melalak menangis sebab mengigau berebut bunga dengan sapa ntah. Aku  tak ingat tapi dalam mimpi. Mak aku apa lagi membebel di tengah malam.

MELAYANG DI AWAL PAGI

Aku buat hal lagi. Yang kesian nenek aku. Dah la nenek seorang penakut termasuk aku. Ehh.. Betul  la sebenarnya. Aku ada tabiat buruk sikit. Suka pergi sekolah awal2 pagi sebelum terbit matahari. Kali ni aku bersekolah sementara kat kampung sebab abahku berkursus.
Nenek aku pun memang bangun awal sebab dia buat kuih jualan waktu pagi. Jadi dia akan hantar aku pergi sekolah setiap pagi. Perjalanan nak ke sekolah pula perlu melalui rumah kampung, kebun buah, anak sungai dan kebun getah sebelum sampai sekolah. 😁 Best kan? Menghirup udara segar dan nyaman pada waktu pagi. Cerdas mindaku!

Tapi minggu tu heboh di kampung, ada orang meninggal bersalin. Jadi memang akan ada jelmaan kebiasaannya. Syaitan la ni tumpang saham. Aku yang masih kecil manala tahu citer2 ni. Cam biasa aku akan turun ke sekolah seawal mungkin, pagi tu terkejar-kejarla nenek aku dari belakang membontoti aku yang laju melangkah pergi tanpa sempat cakap apa2.

Selesai aku masuk pintu pagar sekolah, nenek aku sambil melambai dia melangkah untuk balik. Tapi dari kejauhan dia ternampak sesuatu sedang melayang menyelusuri anak sungai. Berkibaran kain putih. Asudah…. Nak balik kena juga lalu kawasan tersebut. Terpaksala nenek aku menunggu sesiapa yang boleh berteman untuk balik. Seingat aku, macam nenek aku demam juga la lepas tu… Maafkan ku nek!

Rasanya cukup sampai disini sahaja perkongsian aku kali ini, ada masa aku kongsikan lagi kisah-kisah yang lain… Maaf untuk kisah ini jika tidak menyeramkan dan ada kesalahan dari penyampaian… Terima kasih…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Yongairi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 33 Average: 5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.