Kasyaf Hati

Kasyaf

Cerita ni tak panjang. Berkisar adik aku yang ada kasyaf. Tak tahu la apa yang adik ada ni dalam kategori kasyaf ke tidak. Harap kalau ada yang pandai bab ni boleh bagi pendapat.

Kenalan aku kata, kasyaf ni ada banyak jenis. Ada yang aku pernah baca cerita yang ditulis oleh Gongpal Topek tentang seorang yang dapat bau kematian.

Ada juga cerita lain yang aku tak ingat penulisnya tentang kasyaf mata yang dia boleh nampak benda halus, ada pula mak cik yang boleh nampak tali jodoh orang. Kesahihannya hanya Allah saja tahu.

Adik aku bernama Azwan, kini berumur 27 tahun. Dia boleh baca hati orang. Tapi bukanlah secara terus macam boleh dengar apa orang tu fikir seolah edward Cullen dalam cerita omputeh tu.

Azwan boleh rasa orang tu ada hati baik ke tak. Dia rasa niat orang tu ada udang sebalik mee atau niatnya baik. Sebab tu diawal perkenalan dengan sesiapa pun adik aku bersikap agak dingin. Banyak mendengar perbualan dari bercakap. Orang diam ni tak boleh diduga.

Azwan juga boleh rasa kalau orang tu ada saka atau pendamping. Entah le macam mana dia detect. Pernah la sorang kawan ayah datang. Dah lama tak jumpa ayah. So hari raya tu dia datang rumah. Lepas tu Azwan bisik dia feel something fishy pasal orang tu. Lepas sembang tu baru la naik bab saka ni. Rupanya kawan ayah tengah cari orang yang boleh berubat gangguan dia.

Pengalaman aku sendiri.
Dulu aku kawan dengan sorang perempuan ni. Aku kenal masa aku kerja kilang. Orang dia ramah dan pandai masak. Aku rasa sesuai la untuk ambil jadi bini memandangkan si Syikin ni pun suka aku.

Enam bulan la aku kawan dengan nak kenal hati masing-masing. Jadi ada sekali tu aku bawak adik-adik aku kenal dengan bakal kakak ipar diaorang. Sekali la ada Azwan.

Macam biasa Azwan bila kenal orang yang tak pernah jumpa dia hanya diam dan memerhati je. Pandangan dia tu aku agak dah, dia tengah baca. Aku lihat Syikin pun dah tak selesa bila dipandang dengan mata helang si Azwan.

Balik tu Syikin ada cakap Azwan tu macam tak suka dia je. Tapi aku cakap Azwan dengan orang dia tak kenal memang macam tu.

Masa aku suarakan rasa hati nak lamar syikin, keluarga aku setuju je. Azwan je diam. Macam ada sesuatu yang dia sorokkan. Sebab aku dah tahu kemampuan dia tu, jadi aku tanya minta dia terus terang.

Azwan cakap dia tak sedap hati. Minta aku tangguhkan dulu hasrat aku nak jumpa keluarga Syikin. Nak aku kenal dulu Syikin tu betul-betul. Bila aku tanya apa dia rasa, apa yang Azwan tahu. Adik aku ni tak nak cakap.

So aku ikut cakap Azwan. Aku letak masa satu tahun kenal Syikin. Lepas tu masuk minang. Tapi tak sampai satu tahun pun aku dah mula nampak perangai syikin yang sebenar.

Satu malam aku kerja syif malam dan begitu jugak Syikin. Ada satu malam tu aku keluar nak pergi tandas. Aku lalu dekat port pekerja laki hisap rokok. Jauh sikit dalam gelap. Masa ni la aku nampak Syikin hisap rokok, berkepul asap. Dia pun terkejut tengok aku.

Lepas kejadian tu aku nasihat dia minta dia tinggal tabiat tu. Memang hodoh la perempuan hisap rokok. Aku sendiri tak hisap rokok. Family aku memang tak hisap benda haram tu.

Aku still kawan dengan Syikin. Aku terima baik buruk dia. Aku akan cuba bimbing dia. Syikin pun kata dia nak berubah jadi lebih baik. Dan aku pun cakap kat dia, aku tak nak pandang kisah silam dia. Aku nak jadi suami dia yang bimbing dia ke jalan baik walaupun aku bukanlah pak ustaz.

Tapi Allah nak tunjuk juga aku. lepas dua bulan dekat nak cukup setahun kami kenal. Aku nekad nak hantar rombongan meminang. Tapi pada pagi tersebut, masa sampai tempat kerja. aku dikejutkan dengan berita Syikin kena tangkap basah. Buat benda laknat tu dalam kawasan kilang. Punah hati aku bila Syikin pun mengaku. So aku putus dengan Syikin. Perangai buruk, tabiat buruk aku masih boleh terima tapi tidak dengan kecurangan.

Lepas tu aku ambil cuti tahun. Memandangkan cuti aku tak pernah guna. Azwan mula sedar perubahan aku yang nampak sedih. Lepas aku cerita semua nya. Azwan cakap dia tahu, masa awal jumpa dia dah rasa syikin dah tak ada dara, dia tahu syikin hisap rokok. Dia boleh rasa semua tu. Tapi dia diam tak beritahu sebab tak nak aib syikin dibuka. Janji syikin ikhlas dengan aku.

Tentang Azwan.

Azwan pun manusia biasa. Dia pernah lalui fasa jahiliah. Tersasar dari landasan. Leka dengan keseronokan dan benda yang Allah larang. Mungkin sebab dia tension dengan apa yang dia ada.

Azwan cakap kebolehan tu adakalanya buat dia pening. Pening nak beza sama ada hasutan syaitan atau yang benar. Sehingga dia putus cinta. Girlfriend dia tak tahan. Lepas pada tu la Azwan sedikit down. Mula tengok benda tak sepatutnya dan aku sebagai abang terus nasihat dia.

Ada orang kata benda ni orang panggil empath. Tak pasti la. Korang tau tak orang empath? Jenis manusia super sensitive sampai dia boleh rasa perasaan orang lain yang ada dekat dia. Tapi aku tak rasa Azwan macam tu.

Akhirnya disebabkan cuti tahun aku banyak tak guna dan Azwan pun cuti semester. Aku ambil cuti dan kami berdua travel bermusafir di terengganu dan kelantan. Masa ni Kami jumpa orang alim di masjid terengganu. Orang tu cakap Azwan ni manusia yang suka baca hati orang. Satu kelebihan yang bukan semua ada. Tapi kena hati-hati seban syaitan akan cari peluang.

Dia pesan nak tajamkan kebolehan Azwan tu, Azwan kena jaga mata dari tengok benda haram macam aurat wanita dan benda kotor. Baca Al quran dan jaga mulut dan hati dari sifat riak dan dengki.

Ni je la kisah aku nak kongsi. Ada tak pembaca yang macam ni?

Selalunya apa yang Azwan cakap pasal orang tu mesti betul. Adakah ini kasyaf?
Sorang penulis muda yang aku dan Azwan kenal juga lebih kurang sama. Boleh rasa hati orang.

Adakah ini kasyaf?

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Helmi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 3]

33 thoughts on “Kasyaf Hati”

  1. Mungkin tu satu kelebihan Allah bg pada adik awak , tak semua orang ada kelebihan ni .. Jaga kelebihan ni sebaik mungkin..semoga boleh membantu orang yang memerlukan.

    Reply
  2. Benda tu real. Saya sendiri pun sama tak tahu lah nak cakap anugerah atau kelebihan ke apa. Saya boleh tahu perjalanan hidup seseorang tu, contohnya apa yang telah dia lalui dengan hanya memandangkan muka mereka je. Tak perlu jumpa depan2, tgk gambar sahaja pun dh boleh.

    Reply
    • Maaf tuan, disebabkan benda ni saya cuba kurang dan mengelakkan utk berjumpa dengan ramai org bagi mengelakkan khilaf dan fitnah..sbb dengan sekali pandang saja pun saya blh dpt tahu apa yg sedang mereka fikirkan, karakter, latar belakang, etc. Benda ni buat saya rasa rimas kadang2 dan kurang selesa..sbb tu saya cuba untuk elakkan berjumpa dengan ramai org..saya cuma pernah ceritakan pada isteri saya sahaja dan secara kebetulan atau takdir saya dipertemukan dengan seseorang yg punyai kelebihan yang sama seperti saya pada minggu lepas..jadinya saya percaya benda ni adalah sesuatu yang benar. Wallahualam.

      Reply
  3. Kasyaf adalah salah satu kelebihan yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya. Kasyaf yang diberikan ni kadang boleh jadi kerana Allah menyukai kita atau juga Allah ingin menguji kita. So sentiasa jaga hati, jangan ada sifat sombong / riak dalam diri kita kerana dikurniakan kelebihan. Dan kasyaf ni pulak ada 3. Kasyaf Haq, bathil & awal bathil. Boleh la rujuk dengan yang lebih ahli tentang kasyaf ni. Gunakanlah kelebihan ni ke arah kebaikan, bantu orang lain. InsyaAllah.

    Reply
  4. Adik awak azwan tu sama sebijik mcm sy. Sy tgk org yg xpnh knl tp skli tgk boleh tahu org tu jns mcner dia talam dua muka ke x. Sy Mmg sama mcm adik awk lh azwan tu. Tu kelebihan tuhan bagi. Klau bgtau kt org ap yg kita tahu blum tntu org akn prcaya. Mcm something fishy. Btw kirim salam dekat adik awk yer. Sy azie dari terengganu

    Reply
  5. Maaf author..sy juga mengalami situasi yg sama mcm adik author 😩adakah kami tak sempurna atau ia merupakan satu kekurangan diri kami yg begini..sy ada hantar kisah sy di sini tp masih belum disiarkan..tak pasti akan disiarkan atau tidak..😌

    Reply
  6. Sama..sy pn boleh nmpk org ada dara ke x..masih teruna ke x..rimas sy kdg risau jtuh fitnah..sbb tu sy pn kurang suka bergaul dgn ramai org..sy penah pegi mall dan mmg nmpk ramainya yg dh hilang dara dan teruna😭😭😭 Masya Allah..sy ada kwn baik yg sama mcm sy..lega sbb dia percaya apa sy ckp..kalau silap share dgn org lain mau org ckp kau giler😝

    Reply
  7. Sama..sy boleh tau org ada dara teruna ke x..takut bla tahu sbb xkenal..kalau kenal pn sy jd xbleh kontrol pandangan..rsa nk pandang smbil ckp kenapa ko jd cmni kenapa ko bla bla bla

    Reply
  8. Jaga2 bg insan yg dianugerahkn kebolehan tertentu ni. Jin syitan sentiasa memerhati. Anda juga mungkin akan diburu, baik dari golongan jin/manusia. Guna kebolehan anda sebaiknya. Boleh refer cerita gongpal, denial, ahmad akhlakeen antaranya. Semoga kalian setiasa dilindungi dan setiasa dlm rahmat Allah.

    Reply
  9. dalam hidup saya saya paling benci menilai orang atau orang menilai saya saya akan suka dengan sesiapa saja tapi kalau orang tu khianati saya atau cuba menilai saya orang itu saya takkan kawan hahaha

    Reply
  10. Saya pulak cuma ada Kelebihan spt ini selepas berubat mengusir 2 jin yg mengekori saya dulu.. Selepas itulah saya boleh tahu karakter seseorang walau sekadar melihat gambar atau berdepan.. Org yg ada saka saya akn lihat wajahnya spt kosong tiada cahaya.. Rasa aura berat bila hampir dgn org yg ada saka.. Tak tahu pula ini yg dikatakan kasyaf.. Org yg berilmu tak kira ilmu yg positif atau negatif saya akan rasa dirinya padat bila dkt dgn saya.. Mungkin ni ujian bg saya.. Tp seorang rakan pernah berkat saya ada potensi menjadi perawat Islam krn menurutnya saya tiada sifat dengki atau riak.. Walahualam…

    Reply
  11. Jika tu betul2 kasyaf tentulah perkara pertama mesti ko buat adalah mengkaji kejadian diri ko tu dulu supaya betul2 dapat mengenali Allah swt.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.