#Kasyaf – Misteri Bukit Ampang

Assalamulaikum semua! Terima kasih sangat pada admin yang dah post cerita aku sebelum ni iaitu MATA TANPA HIJAB. Setakat ni rasanya aku seorang je yang ada kelebihan ni dalam fiksyen shasha ni. Maksud aku hijab yang suci, bukan dibuka dengan sendiri, pernah disihir, ataupun akibat kemurungan diri. Tertunggu-tunggu jugak jawapan daripada sesiapa yang senasib dengan aku ni. Sebabnya nak jugak tahu ada tak orang yang matanya macam aku yang memang berasal dari hijab suci. Nampaknya aku seorang jelah yang ada kelebihan ni.

Kali ni aku nak cerita sikit pasal sebuah cerita yang agak misteri masa mula-mula dianugerahkan penglihatan ni.

MISTERI DI BUKIT AMPANG

Yang ni lepas kes travel kat perkampungan hilir di Perak tu. Kalau tak silap aku, masa tu aku on the way nak ke rumah kawan aku kat Hulu Langat. Masa tu aku guna shortcut melalui bukit Ampang. Malam yang gelap kira-kira jam 12.30 malam masa tu. Aku dengan cheapskatenya drive kereta Mini Cooper seorang diri masa tu. Masa tengah mendaki tu, aku nampak banyak kereta tersusun di tepi jalan. Banyak sangat. Sambil drive aku tengok kawasan sekeliling dan aku nampak ada orang jual air asam boi dan jeruk buah kat situ. Aku berhentikan kereta kat situ. Kemudian aku menuju ke arah penjual air asam boi tu. Aku tanya kat dia kenapa banyak sangat kereta kat tepi jalan situ? Kereta-kereta tu semua tersusun. Yang memeranjatkan aku bila aku nampak setiap kereta yang ada kat situ bergoyang sendiri. Bergoyang seperti dihenjut-henjut. Aku tak nampak sesiapa pun yang berada di dalam kereta-kereta di situ. Apek penjual air Asam Boi tu tiba-tiba bertanya.

Apek: You mau air ni saja ka? Ini rojak tak mau ka? Sedap maa. Kasi trylah…

Aku: Saya tak lapar uncle. Dahaga je.

Apek: Kasi trylah. Lu tengok semua customer kat atas sana kasi borong banyak-banyak hari-hari jugak…

Aku: Customer mana?

Apek: Itu customer. Lu kasi angkat kepala tengok atas bukit tu.

Aku pun dongak kepala dan tengok kat atas bukit kat seberang jalan. Aku nampak beberapa orang wanita India tengah melompat-lompat macam menari kat situ. Serius sebijik macam dalam video cerita Tamil dan Hidustan. Siap menyanyi lagu lagi. Entah apa benda Porengge Porengge Ana Chulam. Diorang bersyair benda tu sambil menari-nari.

Kat kawasan situ jugak aku nampak macam sekumpulan orang Cina berpakaian zaman cina kurun ke-19/20 tengah berlakon opera. Muka putih macam disapu cat rumah Jotun tu. Aku tahu masa tu aku dah nampak makhluk-makhluk ghaib ni. Aku terkencing dah masa tu. Badan terketar-ketar. Apek si penjual air asam boi tu tengah duk mencangkung dan mengetuk-ngetuk sesuatu. Aku berjalan dalam keadaan bernajis ringan dan menghala ke arahnya. Rupa-rupanya dia tengah p****g buah kat situ.

Aku: Uncle, you ada nampak tak orang India tu joget-joget kat atas bukit tu?

Apek: Haiya lu ni…

Aku: Kenapa uncle?

Apek: Lu jangan kasi tau sama gua. Wa tarak campur diorang.

Aku: Campur apa uncle?

Apek: Wa tarak joget jugak. Wa dah lama tinggal. Itu olang pun sudah lama m**i.

Aku: M**i? Siapa?

Apek: Dulu masa zaman 90an ada sekumpulan pompuan India yang kerja jual muruku depan itu jalan…

Aku: Rupa diorang macam mana?

Apek: Ada yang tua, yang muda-muda ada jugak. Kulit hitam-hitam rambut lu.

Aku: Kemudian apa yang jadi pada mereka?

Apek: Gua selalu jugak kasi lepak dengan diorang. Pernah couple jugak dengan diorang. Haiya…Zaman muda-muda. Lu apa tau.

Aku: Lagi?

Apek: Gua pun selalu join diorang praktis joget-joget. Itu time filem Dilwale Duhania La Jayengge meletup jugak maa. Malam-malam bila tarak customer kami joget ramai-ramai. Masa tu ada juga panggung opera Cina kasi tayang dekat situ.

Aku: Opera Cina?

Apek: Ya. Itu orang-orang Cina Manchu dari Tong San jugak. Mau kasi show attract orang Cina. Macam charity show jugak.

Aku: Apa kena mengena opera Cina dengan wanita-wanita India tu?

Masa aku tanya soalan tu, apek tu ambil kain lap tangan dan mula lap air matanya yang tiba-tiba sahaja tumpah.

Apek: Ada satu malam tu. Suwey punya malam. Ada satu driver treler mabuk kasi langgar diorang sampai m**i semua. Wa banyak terkejut masa itu. Lu cuba fikir 25 orang m**i dilenyek treler depan lu punya mata. Apa lu rasa?

Aku: Bersabarlah uncle. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian tu.

Apek: Apa hikmah?

Aku: Errr. Ada petunjuk…

Apek: Tarak ada petunjuk. Sejak itu hari, gua jadi sunyi, suram. Hidup tarak happy lagi…

Aku: Uncle saya nampak diorang joget-joget sambil nyanyi lagu Singgam tu. Uncle tak nak join?

Apek: Itu hantu jugak so hai. Lu ni so hai punya budak. Gua mau hidup aman. Lu jangan cerita…

Aku: Habis tu yang uncle cakap masa awal-awal tadi yang ramai customer beli rojak buah ni siapa? Kalau bukan hantu Tamil dan hantu opera Cina tu?

Apek: Ni papa so hai. Itu semua guest yang pergi ke pagoda atas bukit sana. Lu tarak tau ka?

Aku: Sorry uncle. Saya tak biasa kat sini. Saya berhenti pun sebab nak tengok kenapa banyak kereta parking dan kereta bergoyang-goyang kat sini.

Apek: Walao, lu tahu itu semua couple kasi kongkek romen-romen dalam itu kereta. Wa sudah biasa. Janji itu orang tarak kacau sama gua sudah.

Aku: Cis. Diorang projek maksiat rupanya.

Apek: Ya. Orang Melayu panggil itu maksiat. Lu bawak hal lu diorang hal diorang. Sama-sama cari makan maa.

Aku: Entahlah uncle.

Apek: Lu kalau boring wa ada boleh teman lu.

Aku: Teman apa uncle?

Apek: Kasi teman, peluk-peluk you. Belakang sana pun jadi maa…

Aku: Puiiii. Nak muntah I. Uncle bukan taste saya ok.

Aku terus berlalu dari situ dan meninggalkan Bukit Ampang dengan serba gundah gulana. Cukuplah cerita untuk kali ini. Aku akan ceritakan lagi cerita-cerita pelik di lain hari nanti. Itu pun kalau admin approve. Kalau tak mereput jelah post ni. Tak kuasa mak tau.

Ok korang, sekarang ni aku masih lagi dihantui oleh mereka. Even kat butik aku ni pun selalu je diorang menjelma. Tak kira masa. Yang kes makeup artist kena kacau lagilah banyak. Alah setakat rahsia-rahsia artis, makeup artis dalam Malaysia yang guna pendamping, susuk, sihir, penunduk, pengasih tu semua dalam rahsia aku. Ada masa nanti aku akan cerita satu persatu. Jangan kecam kita OK? Sekian, Assalamualaikum.

#kasyaf

Kasyaf

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

32 thoughts on “#Kasyaf – Misteri Bukit Ampang”

  1. Penulis ni kaki kencing je ni… Lain kali #fiksyen kalau awak nak bercerita fantasi awak kat sini…

    Reply
        • Maaf kn saya ada yg terlepas pndang wlupn dah bertahun duduk ampang… Pagoda yg dimaksudkn mungkin adalah menara tinjau di bukit ampang hulu langat mungkin kerana rekabentuk bumbung yg hampir sedikit seperti pagoda, ada sesetengah orng panggil pagoda dn buat orng pertama kali pergi ke situ pun mungkin menganggap menara tinjau sebagai pagoda.

          Reply
  2. Penulis Kasyaf cuba penulis baca kisah ‘makhluk halus benci saya yg penulisnya namanya M’ dia keluarga dia serta sepupu-sepupunya pun mcm penulis Kasyaf juga dn ada juga beberape penulis dlm fs ni yg senasib mcm penulis Kasyaf

    Reply
  3. dia nak gebang ke nak dongeng ke biar lah, dah nama pun FIKSYEN. bukan nama “koleksi kisah benar”
    yang writers legend takyah cakap la, diorang orang yang buat research, penulis ni nak berkongsi cerita dia.

    Reply
  4. ‘Aku berjalan dalam keadaan bernajis ringan dan menghala ke arahnya.’
    mcm mana jalan dalam keadaan bernajis ringan ??? akk tak paham

    Reply
    • Die kurg ilmu sbb tu xdpt beza kelebihan atau ke malang nye die..

      Kalo kelebihan semua org ni.
      Ni hijab terbuka semua org nak ke?
      Xnak kan..so bkn la kelebihan budak kecik pn tau beza..

      Maku la woi..perasan kelebihan kesian betul penulis ni..

      Reply
  5. Setakat ni rasanya aku seorang je yang ada kelebihan ni dalam fiksyen shasha ni. Maksud aku hijab yang suci, bukan dibuka dengan sendiri, pernah disihir, ataupun akibat kemurungan diri. Tertunggu-tunggu jugak jawapan daripada sesiapa yang senasib dengan aku ni. Sebabnya nak jugak tahu ada tak orang yang matanya macam aku yang memang berasal dari hijab suci. Nampaknya aku seorang jelah yang ada kelebihan ni. – PUIIIIIII BERLAGAK NAW NAW

    Reply
  6. Orang yg betul2 ada kelebihan biasanya bukan jenis suka kecoh, kdg2 dia langsung takkan bukak cerita pun yg dia tau pasal alam lain.

    Reply
  7. Dik..bukan hanh sorang ja ada..rmai lagi mata x hijab ni sjak lahir. Cuma ada yg jnis x suka nk hboh, klau hang baca cerita encik M tajuk mkluk halus benci saya, atau en zul dlm buku mata tak berhijab keluaran utusan klau x silap..hang msti tau. Bukan hg sorg ja dik yg kena ujian mcm tu. Guna kelebihan tlg org. Suci ka x suci mata tnpa hijab tu sbnarnya bgantung kat diri sndiri jugak. Yg penting hati tu suci..koh koh koh..

    Reply
  8. Lain kali kasi khatam dulu cerita2 dlm fs ni dik sebelum ko karang cite ko.. ramai lg kot yg hijab terbuka mcm ko tanpa disengajakan.. cth: dedek, si celupar.. rasanya la..setahu aku xde lg yg bukak hijab dgn sengaja dlm cerita2 kat fs ni.. anyway.. cerita ko ada potensi menarik.. teruskan sambungan.. tp kurangkan atau jgn ada lgsung ayat2 riak/bangga diri tu.. kalau kereta ckp kereta kalau henpon ckp henpon.. xyah mini cooper ke iphone ke.. kecuali kalau jenis2 brg tu memainkan peranan yg sgt penting dlm cerita ko yg wajib diberitahu supaya readers paham.. be cool.. simple.. humble.. baru org suka.. muhasabah diri and keep it up.. Assalamualaikum.. gudluck

    Reply
  9. asl laa intro tu riak sgt..kat fs byk dh penulis yg terbuka hijab..
    khatam dulu fs..bca makhluk halus benci saya..#fizi..kucing kelabu
    diorg smua tnpa hijab jugak..xde riak mcm nie..

    Reply
  10. KELEBIHAN ABAH KAU!!
    KELEBIHAN SEMUA ORG NAK..
    MATA HIJAB TERBUKA SEMUA ORG NAK KE???.

    BODOH..BUDAK KECIK PN TAU BEZA..

    PUIII

    Reply
  11. Erm.
    Cerita best, tapi….

    Mungkin penulis ni lupa, bilangan umat manusia dalam Malaysia ni ramai. Setiap orang punya kelebihan tersendiri.

    Mini cooper? Wow. ~ okay I da puji

    Reply
  12. cerita paling mengelirukan pernah aku baca. boleh pulak dia ingat sebijik2 dialog dia tu ke tu dialog rekaan? yang 25 orang kena lenyek treler tu puas aku google takde pun? kalau betul, patutnya jadi hot issue la masuk news bagai ni takde pun. cara penulisan pun membosankan dan maaf, nampak sedikit riak.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.