KATIL TEPI PINTU

Assalammualaikum, pembaca FS semua. Ini kali pertama aku nak kongsi cerita. Cerita ni mungkin tak ada siapa pun nak baca dan percaya tapi aku tetap nak cerita.

Aku Mint (bukan nama sebenar). Cerita yang aku nak kongsi ni lama dah jadi, waktu zaman aku sekolah lagi. Sekarang aku dah bekerja dah pun. Tapi dalam banyak pengalaman aku di asrama, ini lah paling lekat dalam otak aku. Sebenarnya, aku ni kira banyak kali jadi mangsa mengarut ni semua. Aku selalu diganggu oleh makhluk-makhluk ni semua. Tapi, kebanyakannya aku tak sedar pun apa jadi kat aku. Ada beberapa je yang aku ingat sebab selalunya lepas aku sedar dari kena ganggu, aku lupa semua benda yang terjadi.
Cuma ada satu ni, aku ingat sampai bila-bila.

Cerita ni terjadi waktu aku Tingkatan 5 bertempat di satu sekolah asrama. Dorm aku adalah dorm pertama dari tepi tangga dan terletak sebelah tandas. Untuk pengetahuan semua, dari Tingkatan 4 aku selalu kena ganggu, tapi Tingkatan 5 makin menjadi pula. Mungkin sebab aku nakal dan jahat, tu yang setan suka. Huhu. Nak mudahkan korang bayangkan, katil aku ni betul-betul sebelah pintu. Sebelah kiri aku, ada dua buah katil bertingkat lagi. Senang kata, satu baris ada tiga katil bertingkat. Total ada 6 orang la yang tidur dekat barisan aku. Ramai je dalam dorm tapi aku cerita baris aku jela supaya tak keliru.

Malam tu macam malam yang biasa. Tak ada pun yang pelik. Bukan malam jumaat atau malam ada orang kena rasuk. Normal dan tenang. Tapi malam tu budak atas katil aku tak tidur atas tu, dia tidur bawah. Ramai budak katil atas macamtu, tak suka tidur atas, lagi suka tidur tarik tilam atas lantai. Budak katil sebelah aku pun tak ada sebab balik kampung. Nasib baik, budak katil hujung ada. Nama dia Aisyah (bukan nama sebenar). Aisyah ni selalu tidur lewat, sebab dia selalu bergayut. Tiap malam mesti oncall dengan boyfriend. Aku pulak, kadang bawa phone kadang tidak. Kali ni aku tak bawa. Jadi menepu lah aku untuk minggu itu huhuhu.

Aku ni jenis yang tidur menghadap tingkap, sebab kalau menghadap pintu dia terang sangat. Lampu koridor tak tutup, jadinya dari atas pintu tu cahaya nya masuk. Lagi satu aku rasa selamat bila pandang katil sebelah yang ada kawan-kawan aku. Macam biasa, nak tidur mestilah ambil mood dulu, berangan, berfikir dan bermonolog sendiri. Sampai dah nak mamai macamtu, aku tenung lah katil hujung tu. Aku nampak Aisyah tengah duduk sandar kat dinding. Macam biasa, dia memang akan duduk kat situ sambil main sms. Aku yang makin mengantuk pun mula pejam mata perlahan-lahan. Dalam beberapa minit aku nak terlelap, tiba-tiba masa tu lah jantung aku tersentak. Waktu tu boleh pula sel-sel otak aku nak berhubung, aduhaiiiiiiii masa exam tak pulak nak berhubung.

Kalau Aisyah duduk main sms, kenapa aku tak nampak muka dia? Kalau lah rambut dia tutup muka, mestilah ada pantulan cahaya dari skrin telefon kat muka dia. Kalau lah dia betul duduk sandar kat dinding tu, kenapa aku nampak macam atas tilam ada orang berselimut tidur atas tu pula. Ah sudah, SHIT! Tak semena-mena aku rasa peluh atas dahi aku makin banyak, dan mata aku yang aku paksa pejam macam nak terbuka semula. Perlahan-lahan aku tarik selimut selubung satu tubuh aku untuk mengelakkan mata aku terbuka dan melihat realiti depan mata aku.

Korang rasa sampai situ je ke seksaan aku? Hahahaha tidak. Disebabkan aku selubung lah aku rasa ‘Aisyah’ tu dah tahu aku sedar kewujudan dia. Dalam samar-samar di sebalik selimut tu, aku buka sikit kelopak mata dan nampak ‘lembaga’ yang duduk tu perlahan-lahan bergerak ke arah aku. Fuh, dia punya debar takpayah cakaplah aku rasa macam nak gugur dah jantung aku. Aku dah takdapat rasa kaki aku, rasa sejuk satu badan. Berbekalkan cahaya terang dari pintu, aku nampak bayang-bayang lembaga tu bergerak menuju katil aku. Aku yakin lembaga tu memang bukan manusia. Walaupun aku bodoh belajar, aku tahu beza manusia berjalan dengan ‘entiti’ lain berjalan. Manusia kalau berjalan ada rentak dia sebab kita semua ada kaki. Meski pun perlahan, kita dapat tahu cara jalan manusia macamana. Tapi, lembaga ni tak berjalan, dia terapung. Ya, terapung macam langsir yang bergerak ke arah kau dengan perlahan. Eeee bodohnya, seram aku.

Sebabkan dia makin mendekat, aku dengan tak berlengah lagi terus pejam mata sekuat hati aku. Dalam hati aku dah berterabur dah bacaan doa dek takut yang amat sangat. Lembaga yang bergerak ke arah aku tu sekarang berhenti betul-betul sebelah katil aku. “Mengucap Mint, mengucap” Hati aku masa tu fikir m**i aje, mana tahu makhluk tu attack aku. Tapi tidak. Dia berdiri tegak je macam nak memastikan aku ni tidur betul atau pura-pura tidur sahaja.

Sial betul aku dah nak terkencing dah fikirkan keadaan aku. Dalam hati aku dah doa, cepatlah weh azan subuh, pergi balik lah setannnnn. Dalam keadaan aku paksa mata terpejam, aku cuma boleh guna deria mendengar sahaja. Masa tulah, aku rasa lembaga tu tiba-tiba ada kat tingkat atas katil aku. “Krekkk. Krekkk” bunyi katil bergoyang kencang ke kanan dan kiri. Keadaan katil tu bergoyang macam ada orang yang tengah duduk sambil kakinya bergayut keluar laju-laju. Aduh masa berjalan tak ada kaki, bila duduk atas bergayut macam ada kaki pula. Katil aku bergoyang entah berapa lama, berterusan sampai bila. Yang aku tahu, aku nak semua tu berhenti dengan secepatnya.

Akhirnya aku tertidur disebabkan takut sangat (atau aku pengsan aku pun taktahu hahaha). Aku tersedar lepas kawan satu dorm kejut untuk mandi. Dorm pun dah terang, masing-masing bersiap nak turun sarapan. Aku dapat rasa badan aku macam hilang tenaga, macam kena sedut aura pun ada.Gila kau, siapa tak hilang tenaga bila kena macamtu. Hantu berapa inci je dari aku. Satu hari tu aku tak bercakap langsung pasal benda tu pada sesiapa. Aku demam seminggu dan takboleh tidur dengan tenang tiap malam. Sejak kejadian tu juga, aku taknak tidur pandang tingkap, aku ambik keputusan tidur hadap pintu dengan berselubung satu badan. Biarlah terang bercahaya dari smaar-samar nampak lembaga. Sampailah ke hari ni, dah habis sekolah, dah terpisah dari kawan-kawan, aku tak pernah cerita lagi hal ni pada sesiapa lebih-lebih lagi pada Aisyah.

Yelah, mana la tahu kalau aku tercerita pada ‘Aisyah’ yang salah? M**i aku.

Mint

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

8 thoughts on “KATIL TEPI PINTU”

  1. cerita ni biasa je, nampak hantu – hantu datang, goyang katil-tertidur. Tapi, disebabkan gaya penceritaan dan olahan yang terperinci menyebabkan cerita ini menjadi luar biasa.Pembaca terasa berada di tempat penulis mengalami rasa seram dan takut. Syabas.

    Reply
      • Cerita ni best. Penceritaan yg sgt menarik. Jgn risau, mulut puaka ada di mana2. Kalau dia sendiri kena, baru dia tahu mcm mana perasaan tu. Btw, syabas atas cerita yg menarik, pandai buat kan pembaca rasa mcm berada dekat tempat penulis. 9/10

        Reply
  2. alah, kau jer penakut cam pondan…

    dah kenapa tak tanya kat aishah tu dia ke tidak…benda kau takut sendiri..lain la aishah tu memang takde kt dorm balik kampung ke apa…

    takut tertanya aishah yg salah, takkan siang2 hari depan kawan2 hantu menyamar lagi..

    senang citer, kau yg penakut pondan..simple

    Reply
    • Sorry. first time tulis kat sini. Tulis pun direct, tak perasan dia suruh copy paste dari word/notes. Tu yang line lari, berterabur. Thank you baca btw. Will improve!

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.