Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada admin dan pembaca tegar halaman fiksyen shasha, di penulisan dahulu saya menerima pelbagai komen membina dari kenalan saya agar penulisan saya dapat lebih ditambah baik dari segi jalan cerita dan unsur keseraman, jadi saya akan lebih berusaha gigih untuk memenuhi citarasa pembaca dan pada masa yang sama dapat memperbaiki mutu penulisan saya. Cerita dibawah juga masih berkisar tentang pengalaman saya di hulu Langat pada masa dahulu.
Aku duduk mencangkung berseorangan dan mengasingkan diri dari rakan rakan lain yang sibuk mengelilingi hamzah, seorang pelajar baru dari selatan Filipina yang menceritakan pengalaman beliau dikerah menjadi pejuang islam bangsamoro. Dalam usia baru mencecah 22 tahun pada masa itu, aku dapat bayangkan bagaimana dia terpaksa melihat negerinya di kancah konflik yang menelan korban ribuan nyawa dari kedua belah pihak. Tetapi sebagai rakyat Malaysia yang dari kecil berada dalam keadaan yang aman, walau sengeri dan gah pengalaman yang diceritakan hamzah, rakan aku tetap akan bertanya ‘abang hamzah pernah pegang mesingan tak?’ atau “pernah bunuh orang”? Jadi baik aku layankan perasaan aku seorang, untuk menghabiskan masa lapang sebelum menunggu giliran kami, hujung tongkat yang panjangnya separas aku, aku gunakan untuk mencucuk daun kering di sekeliling, idea yang bernas untuk mengisi masa lapang.
Kumpulan seterusnya tiba di kaki lima musolla, menandakan tibanya giliran kami pula untuk berkawal, kumpulan yang terdiri dari 10 orang itu mengambil alih tempat kami, ada yang pergi berwudhuk untuk melaksanakan amalan sunat di waktu pagi, ada yang menghamparkan alas tidur untuk melayan mata yang semakin berat. Aku pula menyumpah dalam hati, mengenangkan insiden yang baru berlaku minggu lepas, bermula dengan seorang pelajar banat (wanita) di hujung madrasah kami, dipisahkan dengan pagar zink berwarna biru, melihat dengan mata kepalanya sendiri di mana ketika pelajar tersebut dalam perjalanan ke tandas, satu lembaga hitam bertelanjang bulat keluar dari salah satu baldi tempat mereka merendam pakaian untuk membasuh baju, disusuli dengan kemunculan lembaga tersebut yang semakin kerap muncul di kawasan banat.
Hingga akhirnya jawatankuasa madrasah memutuskan pelajar lelaki berumur 17 tahun ke atas perlu menjaga kawasan banat secara bergilir gilir. Sejujurnya jauh di lubuk hati aku, tiada seorang pun muhrim di kawasan banat tersebut yang perlu aku risaukan kalau terjadi apa apa, dan amaun rotan aku terima jikalau gagal dalam pelajaran sabki, amukhta dan para esok juga tetap sama seperti hari yang lain, hmmm. Kumpulan kami sampai di kawasan tempat kami perlu berkawal, aku diletakkan di sebelah kanan bahagian banat, betul betul berhadapan dengan pagar zink yang memisahkan antara kawasan banat serta rumah kakitangan.
Untuk pengetahuan pembaca semua, kawasan banat adalah yang terhujung di madrasah serta dikelilingi tanah tinggi serta hutan dan kalau dilihat dari pandangan atas, ia seolah bangunan di dalam gaung. Aku menggagahkan mata bertahan dari terus mengantuk, dapat aku lihat pelajar banat dalam 4 orang bersama ke tandas lengkap berpurdah, mungkin arahan dari mudir disebabkan kami perlu berkawal di awal pagi di situ. Aku geli hati seketika melihat salah seorang dari pelajar banat yang ingin ke tandas mengheret sebatang kayu yang aku kira sangat berat, dan apabila aku melihat ke arah satu ampaian kayu yang runtuh dan tiangnya lebih kurang besar apa yang pelajar itu pegang, aku sudah boleh agak dari mana asal usul kayu itu, bermonolog aku sekejap, “nak pegang pun terseret lagi nak hempuk hantu dengan natang tu, ada ada jelaa pompuan ni”.
Lama juga aku mengelamun, tapi akhirnya aku dikejutkan dengan teriakan takbir dari kawan aku yang memang bertentangan aku, dia berteriak dengan kuat sambil memanggil hamzah, sambil menunjuk ke arah belakang aku!!! Aku tahu syaitan itu dah memang belakang aku, tak perlu toleh nak tambahkan trauma lagi, tanpa hiraukan apa kecederaan yang aku akan rasa, aku berlari dari atas tebing curam ke bawah, mujur hamzah sempat menyambut tubuh aku di bawah, kalau tidak mungkin aku akan melanggar pagar zink biru kawasan banat.
Aku ingatkan benda itu dah puas kacau aku seorang, disaksikan semua yang berjaga pada malam tersebut, benda itu berlari laksana atlet sukan parkour melompat dari satu rumah ke rumah lain, huzaifah rakan satu kawalan aku setelah bergegas ke arah aku, dan mendapati kaki aku cuma tercalar sedikit selepas seliparku putus dalam usaha menuruni bukit, berkata padaku, “ko beruntung yad, sikit lagi die nak peluk ko, memang timing ko terjun ke bawah tu tepat, kalau tidak….” Dia terdiam, aku pun minta dijauhkan jadi mangsa dia, kenapa dalam ramai pelajar masa itu dia memilih aku, aku bukan comel pon, cuma kacak sedikit.
Akhirnya kami berkumpul di musolla, pelajar yang berjaga tidak kira berehat atau beribadah sunat dipanggil berkumpul, satu hal lagi terjadi, miqdam dan miqdad, dua kembar nakal dilihat oleh rakan mereka mengejar benda tersebut bersenjatakan batu hingga ke dalam kebun tanaman tebu madrasah. “Budak berdua tuu kalau tak buat hal tak sah, esok halaqah pagi siap laa diorang, sorang sebat bontot 10 kali”!!! pekik mudir yang marah bercampur risau, kelihatan hamzah diberikan sebilah parang oleh tukang masak, “benda tu orang jugak, beza amal ilmu salah je, ko jumpe tetak baca bismillah dengan takbir dulu kalau terdesak” ucap tukang masak, pakcik awa sambil memanggil seorang lagi ustaz bersama untuk menjejak kembar nakal tersebut.
Jelas ternampak riak risau di wajah aku, umar rakan hamzah yang juga dari selatan Filipina berkata padaku dengan sedikit pelat “di moro dia sudah rasa macam macam, insya Allah teda papa”. Kami menunggu agak lama dan akhirnya lafaz tahmid beramai ramai diucapkan oleh penghuni madrasah apabila usaha menyelamat Berjaya, cuma kembar tersebut memang meraung ketakutan seolah histeria sehinggalah ditampar bertubi tubi oleh mudir. Pihak madrasah tidak menunggu lama selepas kejadian tersebut, ustaz dari cawangan lain dijemput untuk memagari kawasan tersebut, bagi kami usaha tersebut rasanya membuahkan hasil, sebab ramai dalam kalangan pelajar kami terlihat benda tersebut meraung di atas pokok seolah olah menunjukkan kekecewaannya tidak dapat memasuki kawasan itu lagi.
Hujung minggu waktu riadah kami dihabiskan dengan menemubual pasangan kembar tersebut yang mendakwa dapat melihat dengan jelas sosok tubuh benda itu, katanya mirip lelaki dewasa cuma badannya hitam legam dan bahagian sulitnya dalam keadaan ereksi, suasana sunyi seketika apabila seorang rakan aku mengajukan pertanyaan “orang minyak tuu selesa ke berlari sana sini dengan anu tegang tu”? sebelum pipinya dicubit beramai ramai dengan gelak ketawa dari kami.
Dah pagar madrasah ni, selamat la rasanya kan kawasan ni dari diceroboh? Kalau yang di luar tak boleh masuk, macam mana pulak yang di dalam, duduk jela dalam ni kan? Itu terpulang pada pembaca, ingin juga saya tahu jawapan dari anda. Teringat kata ustaz yang jadi warden, buatlah pagar sampai 7 lapis pun, kalau kita sendiri yang cari pasal pergi panggil dia, Allah bagilah dia masuk. Kembar nakal yang sama buat perangai balik, dan kali ini yang jadi mangsa adalah penghuni satu asrama dengan mereka dan di antaranya saya, insya Allah saya akan kongsi bersama anda pada lain waktu, semoga berjumpa lagi, assalamualaikum…
Semuanya bermula dari sebatang lilin
#lelakiini
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Boleh tahan tpi bnyk perlu diperbaiki mcm penggunaan bahasa bnyk yg salah. Jln citer ade yg xpaham ckit tpi citer psl org filipina tu xciter pon. Ingtkn kisah die. Apapon syabas lelakiini ??????.
Dik…
Ko punye emergency brake bikin kepala akk jendul benjol terhantuk kt dashboard…
Tgh syoookkk tetbe jer abis…
Next story peliiisss…
Wa’alaikumussalam. Teman jawab salam akhir tu. Btw maaf naaa… Org slalu keliru muhrim dan mahram. Muhrim tu org ihram mahram tu baru yg diharamkan kawin. Maaf lah tegur direct sini sbb x leh nk pm kan. Lagi pun slalu tngk drama ka film ka guna perkataan muhrin jg yg sebenarnya nk mengambarkan mahram so Boleh lah ni utk pengetahuan readers lain. Maaf skali lagi. Terima kasih
Mmg btul pun…org slalu trsilap. Utk pengetahuan semua jg…trima kasih