Kawan Aku Ada Saka

Assalamualikum terima kasih kepada admin Fiksyen Shasha sudi siarkan cerita aku ni. Ni kali kedua aku cuba siarkan yang mula-mula haritu ditolak sebab cerita pendek huhu. Aku ni bukan jenis pandai mengarang sangat hehe. Kali ni aku cuba siarkan sekali lagi. Harap korang enjoy laa walaupun cerita aku ni tak laa seram mana pun.

Kawan aku ada saka
Kisah ni berlaku 5 tahun lepas semasa aku mula-mula masuk belajar di sebuah universiti di pantai timur. Asrama di universiti yg aku tinggal ni banyak blok. Setiap blok mempunyai 8 rumah. Dalam sebuah rumah itu ada 5 bilik. 1 bilik 4 orang pelajar. Maklum lah baru masuk, masing-masing baru nak berkenalan. 3 orang roommate aku ni yang 2 orang tinggal berdekatam dengan universiti. Yang sorang lagi ni nama dia Ika (bukan nama sebenar) jauh dlm 5 jam perjalanan dari rumah. Jadi yang 2 orang kawan aku ni tiap minggu dia balik. Kadang-kadang masa tak ada kelas pun hari-hari dia balik.

Jadi kebanyakkannya aku tinggal berdua sahaja dengan roommate aku yang sorang lagi ni. Kawan aku ni anak sulung keluarga orang susah. Dia belajar sambil bekerja. Lepas habis kelas dia pergi kerja. Tinggallah aku sorang-sorang kat bilik. Kawan aku ni biasanya malam baru dia balik. Dia balik biasanya dia akan terus tidur maklum lah penat. Kisahnya bermula disini.

Aku tengah baring atas katil. Setiap bilik ada 4 biji katil. Aku rapatkan sebab aku ni jenis penakut. Nak tidur mesti nak sebelah kawan takut punya pasal. Macam biasa dia balik, mandi terus baring nak tidur. Aku ni kat sebelah dia tengah main phone. Aku ni memang jenis susah dan tak boleh nak tidur awal. Malam tuu dalam pukul 12 lebih. Sedang aku asyik scroll facebook, tiba-tiba aku dengar suara merdu sangat suara perempuan menyanyi. Aku cari laa kat mana suara tuu.Takkan bilik sebelah tingkap pintu semua tutup takkan dengar jugak.

Aku tengok phone kawan aku gelap tengah cas. Aku rasa tak sedap hati dah. ‘suara siapa pulak menyanyi malam-malam ni’ bisik hati aku. Aku malas nak layan aku buat tak tahu jer. Lepas tuu tak perasan bila suara tuu senyap.

Ok masa tuu macam dah lega sekejap. Aku tengok kawan aku sebelah lena tidur penat sangat kerja. Kawan aku ni kerja kedai makan. Ok aku sambung. lepas dalam 10 minit macam tuu, aku rasa ada tangan belai rambut aku. Masa ni jangan cakap laa semua dah berpeluh-peluh. Jantung berdebar macam apa dh. Dlm hati ‘cukup laa tuu berhenti lah’. Tp tangan tuu masih lagi membelai rambut aku. Macam kita belai rambut anak kita tengah tidur. Haa macam tuu laa. Dalam bilik tuu aku berdua jer. Kawan aku dah tidur. Habis tuuu tangan siapa pulak ni ??

Aku beranikan diri dongak kepala keatas pandang belakang. Alangkah terkejutnya aku bila aku tengok tuu rupanya tangan kawan aku yang tengah tidur. Perlahan-lahan aku alihkan tangannya. Aku baring semula. Sebenarnya masa kawan aku balik tadi aku dah rasa kawan aku ni lain. Aku mengiring mengadap dinding sebelah kanan dengan harapan tak ada benda yang mengganggu dah. Tapi harapan aku meleset. Dah lenguh mengiring ke kanan aku mengiring ke kiri pula. Masa ni rasa nak tercabut jantung aku bila aku tengok muka kawan aku ni berubah menjadi nenek tua. Aku mengucap panjang. Rambutnya berubah putih beruban panjang sampai ke kaki. Aku tak boleh nak buat apa-apa. Macam kaku sebab ni pertama kali aku kena macam ni. Aku selimut tutup muka ketakutan. Sedar- sedar aku tertidur.

Bangun pagi esoknya, aku diam tak bercerita kat dia pun. Aku tak nak dia fikir bukan-bukan. Tapi pagi tuu dia mengadu dia sakit pinggang sampai ke bahu. Kepala terasa berat sekali. Aku suruh dia berehat. Dia tak join kelas haritu. Lepas pada haritu. Banyak kali aku diganggu. Kalau kawan aku tuu tak balik asrama tidur rumah tuan kedai dia, aku tumpang tidur bilik kawan lain. sampai aku rasa tak tahan dah kena ganggu aku cerita laa kat kawan-kawan aku yg lain.

Suatu hari tuu, kami tengah makan ramai-ramai sekali dengan Ika. Tiba-tiba Ika menangis. Bila Tanya dia kata pinggang dia sakit sangat. Kebetulan masa tuu ada sorang makcik kantin ni dia pandai berubat dan tahu serba sikit tentang benda macam ni. Makcik ni bila dia tengok jer Ika ni dia kata “makcik tengok kamu ni lain macam jer, ada sesuatu tak kena dengan kamu ni dik”. Masa tuu semua macam terkejut jugak laa.

Makcik kantin tolonglaa urutkan kawan aku ni. Korang tahu tak tiba-tiba makcik tuu rebah. Kitaorang tolong angkat makcik tuu. Makcik tuu kata “kuat sangat benda kamu ni dik tak terlawan makcik”. Makcik tuu suruh kawan aku pergi berubat. Kawan aku sejak pada hari tuu tiap-tiap malam dia menangis. Bilik aku kawan-kawan yang lain aku ajak tidur sekali sebab aku takut apa-apa jadi kan mana kita tahu. Kawan aku nama dia Ain (bukan nama sebenar”. Ain ni mak ayah dia pandai berubat orang. Malam tuu Ika nangis tak berhenti.

Ain call mak dia mintak tolong apa-apa ayat ke nak tenangkan Ika ni. Mak Ain nak bercakap dengan Ika. Tiba-tiba panggilan putus rupanya mak Ain pengsan. Bila Ain call balik mak Ain cakap saka Ika ni kuat sangat. Mak Ain ajar aku dan Ain ayat-ayat nak pagar bilik aku tuu. Masa kami baca Ika dah macam orang tak betol meraung menangis. Aku pegang Ika aku baca ayat kursi dekat telinga dia. Ain pulak buat apa yang mak dia suruh. Dia ambil 2 batang penyapu pergi dekat pintu baca ayat apa entah aku tak dengar tengah cuba tenangkan Ika. Lepas baca Ain ikat penyapu pada setiap penjuru pintu dengan bentuk “X”. Lepas tuu kami baca surah yassin. Dan tertidur.

Esoknya Ika balik kampung dia. Lepas seminggu dia datang semula. Masa tuu nampak dia dah ok sikit dari sebelum ni. Dia cerita dia balik kampung bagitahu mak dia. Mak dia bawa berubat. Rupa-rupanya Ika ni dapat saka daripada arwah nenek dia. Benda tuu macam cari tuan baru. Ika ni anak sulung mungkin dia turun kat Ika. Ika pergi berubat dia bagitahu ustaz dia tak nak benda tuu sekarang dia dah buang saka tuu.
Setakat ini sajalah cerita pengalaman aku kali ini. Terima kasih sudi membaca.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Sal

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

2 thoughts on “Kawan Aku Ada Saka”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.