Kawan Tegur, Aku Yang Kena

Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin fiksyen shasha sekiranya saudara sudi untuk menyiarkan kisah aku. Tersebut merupakan sebuah kisah ringkas yang pernah aku alami pada tahun awal tahun 2012 ketika aku masih bergelar pelajar menengah rendah. Kisah yang ingin aku kongsikan ini sudah berlalu 7 tahun lalu di mana aku pun sudah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang juga cukup terkenal dengan pelbagai kisah angker di Utara tanah air. Kisah yang ingin aku dikongsikan ini berlaku di sebuah sekolah asrama penuh yang yang aku pasti sudah pun melahirkan ribuan graduan di mana ianya terletak di sebuah pekan di Serting, Negeri Sembilan. Mungkin ada di antara para pembaca yang mungkin kenal dengan sekolah ini.

Aku minta maaf kepada sebilangan para pembaca sekiranya ayat yang aku gunakan bercampur aduk dengan penulisan formal. Saja nak bagi berbunga bunga sikit ayat, Melayu la katakan.

Aku mulakan kisah ni dengan pengenalan antara rakan rakanku yang turut mengalami kejadian mistik ini iaitu Aku, Salman dan juga Raziq. Btw nama yang aku gunakan ni adalah nama samaran. So geng kalau korang terbaca kisah ni aku aku harap korang berada dalam keadaan sihat walafiat. Aku, Salman dan Raziq merupkan teman sebilik di sebuah kediaman asrama putera yang mempunyai bentuk seperti huruf U. Bilik yang kami huni ni sebenarnya merupakan sebuah dorm yang panjang dimana ianya telah dipecahkan kepada kubikel. Kira bilik la sebab pihak sekolah bahagikan dengan meletakkan dinding (divider) yang kalau korang nak main panjat2 nak meloncat pergi bilik sebelah pun xde masalah. Ok, jadi asrama aku ni kat bahagian belakang tu ada mcam mini hutan yang depenuhi dengan pokok kelapa sawit dimana bahagian belakangnya juga terletak sebuah kampung yang dihuni masyarakt Felda. Apa masalah tanam kelapa sawit pun aku x tau la tanam la durian ke function la jgak malam minggu boleh tunggu buah durian jatuh ke apa en. Nak2 kalau waktu musim durian.

Macam biasa la kalau sebut je psal asrama tambah2 pulak dengan adanya pokok sawit ha memang korang faham2 jela mesti ada kisah tersendiri kan. Sebelah asrama ni pulak ada blok akademik yang menampung pelajar tingkatan 1 dan 2 yang kalau korang nak tau memang keras la sampaikan pak guard yang otai pun akan berteman nak buat rondaan malam. Asrama kitorang ni tengah2 dia ada mcam padang perhimunan kecik untuk tujuan roll call pagi dan aku ngan rakan sebilik aku ni akan cross ke seberang kalau nak basuh baju. Mesin basuh baju ni pulak terletak merintangi blok akademik legend tu yang hanya dipisahkan dengan sebuah pagar yang memang akan dikunci. Kiranya boleh nampak la blok tu malam2 waktu basuh baju.

Malam sebelum kejadian ni bermula, Aku dengan rakan sebilik aku, kitorang ni memang agak rapat nak pergi mana2 pun pakat gi sekali. Malam tu lepas kitorang habis menunaikan solat Isya berjemaah di surau, semasa dalam perjalan kami ke kelas prep malam, Salman ngan Raziq mengajak aku pergi beli air tin di mesin gedegang kat rumah warden.

Kat rumah warden ni sebelah dia ada bilik sakit putera yang memang dah lama tak pakai. Oh ye lupa, kerap kali juga pada waktu malam memang warden tu selalu jugak kena kacau dengan entiti yang selalu ketuk tingkap rumah dia. Mungkin entiti tu berhasrat nak berkawan dengan anak warden tersebut yang masih bayi.

Tapi warden kami jenis yang rilek malam2 dia memang akan selalu baca surah yaasin kat tepi tingkap tu dengan tujuan nak mengurangkan gangguan. Masa kat mesin air tu, si Raziq ni jenis memang jenis mulut puaka sikit katanya hujung minggu ni dia nak lepak kat blok akademik nak acah2 ghost hunt la konon nak tangkap hantu. Katanya waktu tu lepas dah tangkap dia nak tibai hantu tu dengan nada yang agak berlagak.

Mungkin niat dia nak bergurau saja. Nampak tak betapa bingainya mamat sekor ni. Lepas je dia cakap mcamtu secara tak langsung ada angin sejuk menerpa ke arah kami dari arah bilik sakit putera tu. Apa lagi member tak member aku dengan si Salman chaw dulu tinggal Raziq yang ketika itu sedang berlari ayam mengejar kami. Yela Raziq ni badan boleh tahan gempal mcam gorilla. Lepas dah jauh lari sikit kami pergi la prep mcam biasa tapi sebelum tu aku dengan Salman memang maki la bahlol sekor ni dia boleh pulak gelak. Harey perangai. Then, prep malam pun tamat mcam biasa lalu kami bertiga pulang ke kamar tidur masing2 ready untuk sekolah esok hari. Malangnya, kami bertiga ni memang jenis susah nak tidur alang2 tu masing2 pakat acah nak study padahal masing2 pemalas dan bodoh piang. HAHAHAH. DIsebabkan tiada benda yang kitorang nak buat so kitorang decide nak basuh baju lewat malam dlam pukul 1 lebih. Asrama ni memang kebiasaan pelajar lelaki akan kumpulkan baju kotor so bolehla basuh tu sekali harung. Tunggu punya tunggu baju pun siap basuh so kitorang pun cross la nak pergi tempat mesin basuh tu. Waktu si Salman ni tengah ralit nak masukkan baju yang baru lepas kami basuh ke dalam bakul, aku dengan Raziq yang waktu tengah leka borak kosong sambil menghadap ke arah blok akdemik yang aku cerita awal tadi. Supppp. Ada benda hitam tinggi aras pinggang si Salman (orangnya agak tinggi lampai) ni berlari betul2 sebelah pagar tu.

Kiranya waktu tu aku ngan Raziq nampak full benda tu lari la sbab kitorang menghadap en manakala Salman plak nampak melalui mata ekor. Mcam biasa Raziq dengan mulut puaka dia boleh rilek tegur “bdak mana plak ni lari tengah malam gi blakang blok” yang pada waktu benda tu seakan akan menuju ke arah belakang kawasan kelapa sawit tu.

Aku terpaku sebentar sambil sambil cuba memproses maklumat yang sedang berlegar di benak fikiran aku pada waktu tersebut. Blok semua dah kunci ditambah pulak pada pukul 1 lebih mcamni takkan la junior nak berlegar2 kan. Budak mana wei yang berani keluar merayau tengah malam camni gi kawasan belakang tu. Creepy siot. Aku waktu tu dah tegak woi bulu roma. Diorang nampak je acah2 cool padahal waktu tu masing2 muka aku tengok dah pucat dah. First time kan hadap situasi camtu. Suasana pun senyap buat sementara waktu sebab kitorang tak fikir sangat pun pasal benda tu.

Usai urusan angkut baju kitorang pun macam biasa jalan nak balik ke bilik tahu2 Raziq yang waktu tu dari arah belakang kami marathon 100×100 ke bilik. Aku ku pun apa lagi angkat kaki ala2 Usain bolt meninggalkan Salman yang pada waktu tu tengah pegang bakul berisi baju kami bertiga. Huhu sorry do Salman sebab tinggalkan kau kat belakang waktu tu. Then masuk bilik semua decide nak tidur terus manakala baju pula terpaksa kami sidai esok pagi je sbab dah takut sangat.

Ingatkan sampai situ je kejadian tu, rupanya benda tu nak intro dulu. Waktu nak tidur tu memang bilik sunyi sepi la bunyi cengkerik pun takdak. Tambah pulak batch kami memang jenis tidur awal. Tengah nak lelapkan mata ni Salman panggil nama aku. Aku yang waktu tu tengah selubung dengan kain selimut tanya la pahal. Katanya nak tidur sebelah aku. Aku waktu tu ngan selamba badak cakap kat dia “tidur jela katil kau dah besar pun nak share katil payah ah”. Siapa je sudi badan dah la besar tinggi plak memang tak selesa la aku nak tido kalau kepeng mcam aku ni takpela.

Lagipun laki woi seriau mat nanti tak pasal2 warden yang kejut pagi untuk subuh tuduh kami ni gay. Parah jawabnya. Dalam tempoh kira2 setengah jam lepas tu waktu aku dah mula nak lelapkan mata aku di kejutkan dengan henjutan di atas katil ku. Jelas terasa seperti sebuah ada tubuh yang tiba2 baring di sebelah aku. Haih ni kalau tak bukan mesti Salman ni buat hal la dah besar panjang pun nak share katil. Dasar penakut.

Owh ye lupa lepas kejadian mesin basuh tu memang kami tak bercakap pun psal apa yang berlaku Aku pun buat bodo lantak kau la yang penting aku dapat tidur dengan nyenyak dah la ngantuk ni. Then, aku dapat dengar bunyi dengkuran rakan sebilikku. Bila aku amati dengan lebih jelas memang sah bunyi dengkuran tersebut datang dari arah Salman dan Raziq yang sedang ralit dibuai mimpi indah di atas tilam masing2. Btw katil lagi satu di bilik kami ni memang kosong tak berpenghuni. Ikutkan logik bunyi dengkuran diorang jelas memang menandakan mereka berada di atas katil masing2. “Salman” yang tadi sedang baring di sebelah aku ni diam je dari tadi. Aku pun mula la syak yang bukan2. Kalau korang dok asrama memang korang akan kenal punya la bunyi dengkur rakan sebilik korang.

Dah kalau jenama boxer masing2 pun boleh kenal ni kan suara member. Tipu la kalau tak kenal. Haaa Sudah siapa pulak baring sebelah aku ni. Aku cuba la nak lelapkan mata acah2 tak kisah supaya aku tidak diganggu oleh “Salman” yang sedang baring di sebelah aku waktu tu. Namun sangkaan aku meleset. Tidak semena-mena aku dapat rasakan waktu tu macam benda yang menyerupai “Salman” tu tengah tarik selimut aku perlahan2 daripada aku. Wtf masa tu aku play cool je tarik balik acah2 tenang. Padahal dalam selimut tu kalau boleh jantung aku ni mcam nak tercabut keluar, dahi dah peluh mcam kolam renang olimpik. Lpas adegan tarik menarik dalam beberapa minit aku dpat rasa bahagian selimut yang menutupi bahagian wajah aku slow2 turun. Cibai natang ni berjaya gak dia tarik selimut tu tapi papehal aku dah memang pejam mata awal2. Scary siot waktu tu bkan biasa2 cara dia kacau.

Lepas je selimut aku ditarik tu aku dpat bau seperti tanah basah menerjah ke dalam lubang hidung aku. Yes bau tanah tu seperti tanah kubur betul2 kat sebelah aku. Tuhan je yang tahu perasaan aku waktu tu. Dalam kegelapan malam tu aku cuba jgak buka mata sikit2 nak usha pebenda natang tu. Aku pun tak tau kenapa ak bodoh sangat nak usha benda tu. Perlahan-lahan aku buka mata aku. Buka mata rupanya takde benda pun.

Fuh aku menarik nafas lega kejap sbab benda tu dah hilang dah. Sangkaan aku meleset. Entah mcam mana mata aku terpandang sebuah susuk badan bewarna putih. Elok je cik cong tercegat duk atas divider bilik kami. Allah. Sampai ke hari ni masih segar dalam ingatan aku mengenai gambaran sosok gula2 tu. Kainnya kafan yang membalutnya dipenuhi lumpur seperti dalam cerita munafik pertama tu. Hodoh dia jangan cerita la mata dia bertentangan ngan aku. Dengan muka hitam berkudis mengalahkan lelaki afrika tatkala mata merah menyala seperti biji saga yang dijegilkan terhadap aku mcam baru lepas stoned.

Nak baca ayat pedinding semua memang kelaut habis. Beberapa saat yang dirasakan aku pada ketika terasa seperti lama sangat. Tau2 aku dah terpekik meracau mcam orang hilang anak pada waktu tersebut. Tak pasal-pasal habis satu dorm aku tu dikejutkan oleh lolongan aku yang memecah sunyi keheningan malam itu.

Waktu tu boleh dikatakan ramai jgak batch aku bangun datang semata-mata untuk bertanya mengenai apa yang terjadi kat pada diri aku. Selang beberapa saat bak kata Salman dan Raziq aku telah pengsan di tempat kejadian.

Pada keesokan harinya aku bangun dan mendapati yang aku telah pun dibawa ke bilik sakit sambil dekelilingi ibu dan bapaku yang bercadang hendak mambawa aku untuk tujuan berubat dan pulihkan semangat.

Selepas kejadian, keadaan pun mula reda manakala aku pula pulang ke asrama sepertia biasa. Namun perasaan ingin tahu aku membuatkan aku bertanya soalan kepada teman sebilikku mengenai perkara yang terjadi pada malam itu yang aku pun ingat2 lupa.

Kata mereka lepas sahaja aku terpekik Salman dengan Raziq terbangun dari tidur dan mereka nampak aku meracau sambil menudingkan jari telunjuk aku ke arah sesuatu di divider bilik kami. Mereka berdua memandang ke arah tersebut namun mendapati tiada apa2 yang dapat dilihat oleh mata kasar mereka. Pelajar bilik sebelah tolong panggilkan warden. Lepas je warden tu datang dia bertindak menenangkan keadaan dengan membacakan sedikit potongan surah Al-Quran.

Kata warden aku benda yang dok menyakat kami pada malam tu merupakan benda yang menghuni kawasan belakang kelapa sawit tu katanya sebab kawan aku pi tegur anak beranaknya dekat mesin gedegang tu so dia pun ikut la kami sebab ingatkan kami nak berkawan dengan mereka. Pandai pulak korang buat port family korang bertandang kat tempat tu. Mcamna warden aku tau sbab dia ada jgak ada sikit2 ilmu berkaitan benda ni dan dia judak pernah bekerja di tempat ruqyah sebelum di jadi warden di asrama kami.

Puas aku korek rupanya baru aku tau dulu sebelum sekolah ni ditubuhkan kawasan sekolah ni dulu merupakan bekas hutan. Dan sudah tentu la kepercayaan masyarakat dulu mereka suka membuang benda terlarang berkaitan unsur mistik. Patula keras. Sudah bertahun lamanya benda tersebut dah menghuni kawasantu. Ketua warden aku yang datang melawat aku juga menceritakan pada aku nak taknak sekolah terpaksa dibangunkan jugak sbab projek melibatkan jutaan ringgit kan so terpaksa la menggunakan khidmat ustaz.

Ustaz tersebut telah membuat perjanjian dengan para penghuni tempat tu yang mereka boleh terus menetap di tempat tersebut dengan syarat jangan diganggu manusia yang akan berada kelak untuk menuntut ilmu di sekolah tersebut. Kedengaran seperti adengan filem seram bukan. Namun itulah realiti sejarah bagaiman penghuni asal ni wujud dalam kalangan kami di sekolah ni.

Percaya atau tidak terpulang la kepada para pembaca kerana bagi kami itu sahaja penjelasan yang telah pun disampaikan dari generasi ke generasi seterusnya dalam kalangan para pelajar di sekolah ini. Malam tu benda terakhir yang dapat aku ingat sebelum aku pengsan aku tengah tunjuk benda tu lepastu tau2 ada atas katil bilik sakit paginya tu. Yang aku bengang sampai ke harini apahal aku yang kena ganggu dan bukan si Raziq. Wei kalau kau tengah baca cerita ni kau memang suwei. Engkau yang tegur aku yang terpaksa tanggung.

Sekali lagi aku mintak maaf kepada para pembaca yang mungkin beranggapan bahawa kisah yang telah aku kongsikan sebentar saja tadi tidaklah seram sebagaimana digambarkan dalam imaginasi para pembaca.

Tapi bagi aku benda ni merupakan benda paling menakutkan sepanjang aku menuntut ilmu di sana, mungkin sbab itulah kali pertama aku berhadapan dengan benda tersebut. Sebenarnya ada lagi 2 kisah yang aku sampaikan berkaitan asrama tersebut namun apakan daya hanya sampai sini sahaja coretan buat kali ni. Sekian sahaja dari saya.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Babadook

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 4.8]

9 thoughts on “Kawan Tegur, Aku Yang Kena”

  1. Skejap je bce tp ad part ni “Apa masalah tanam kelapa sawit pun aku x tau la tanam la durian ke function la jgak malam minggu boleh tunggu buah durian jatuh ke apa en. Nak2 kalau waktu musim durian” sorry bro felda ad wt tanaman durian ke??setau getah n swit je…stop trus bce

    Reply
    • Maaf saudara. Part yang saya maksudkan tu hanyalah sekadar gurauan je. Tanaman sawit yang saya maksudkan tu berada di blkang blok asrama yang dipisahkan oleh pagar sekolah. Kat belakang asrama saya tu ada perkampungan masyarakat felda.

      Reply
  2. Siapa kata x seram? seram tau x 😰😅 part si gula² yg b’tenggek atas divider tu btul² buat aku dpt imagine rupa die cmne..seramm..Apepn,terusknlh lagi crta kisah benar seterusnye ye.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.