Kawanku Amelia Dan Kotak Muzik

Ribuan terima kasih ingin diucapkan kepada pihak FS sekiranya cerita ini dipublishkan. Terima kasih juga kepada pembaca tegar FS sebab sudi membaca kisah saya yang tak seberapa ni.

(Dialog aku dengan Amelia sudahpun ditranslate bahasa melayu & sesetangahnya tidak )

Hi. Nama aku Amanda (bukan nama sebenar). Kisah ni terjadi waktu tahun 2000 sewaktu aku masih lagi menetap dia Amerika Syarikat bersama keluarga. Aku ingin kongsikan kisah mendiang kawan aku Amelia. Amelia,sedap nama itu bukan? Diberi nama Amelia,gadis Amerika-Latin itu memanglah sangat cantik dan sopan orangnya. Dia juga kawan paling baik pernah aku ada. Kami berkawan sejak berumur 7 tahun. Kami berada di sekolah dan kelas yang sama sehinggalah umur kami 16 tahun.

Hal seram ini terjadi kepada aku dan Amelia kira-kira 6 bulan sebelum akhir tahun. Aku pergi ke sekolah seperti biasa masa itu,tapi hari itu bukanlah hari biasa sebab aku tak nampak langsung kelibat Amelia sehingga hampir sebulan dia tak sekolah. Semua cikgu-cikgu tanya kemana dia pergi pada aku,sebab yelah,aku ni kawan baik dia. Kami buat everything together. Jadi aku decide nak ke rumah dia yang kira-kira dalam 15 minit menaiki kereta. Balik dari sekolah,aku pergi lah kerumah dia and aku pelik. Pelik sebab rumah dia nampak gelap and suram. Selalunya rumah dia tu macam ceria je bila aku datang but not today. Aku pun masuk dalam pagar,ketuk pintu tapi tak ada yang menjawab. Ketuk punya ketuk, barulah keluar orang, aku tercari-cari tu datang bukak pintu.

”Hi Am!” Kataku dengan ceria. Tapi kecerianan aku luntur bila aku tengok muka kawan aku ni. Bawah mata dia hitam sangat, muka dia pucat and dia makin kurus. Dia terus peluk aku and cakap ‘Oh my god, aku rindu kau Amanda!’ Katanya dengan ceria. ”Amelia, kau pergi mana? Apa dah jadi dengan kau ni?” laju aku menanya sebab aku terlampau risau.

Muka dia berubah bila aku tanya macam tu, and dia terus ajak aku bawak dia ke taman yang berdekatan dengan area rumah dia. Sampai saja disana, dia terus cerita pada aku. ”Amanda? Kau percayakan hantu?” Amelia tanya kepada aku sambil memandang tepat kemata aku. ” Mestilah aku percaya walaupun aku tak pernah jumpa satu hantu pun. Hehe” kataku sambil tertawa kecil. ”Aku rasa rumah aku ada penghuni lain.” Katanya lagi. Aku terdiam. ”Rumah aku berhantu Amanda. Dia kacau aku. Dia buat aku berjaga malam-malam. Dia buat aku takut sangat Amanda. Aku takut”. Katanya lagi, kali ni, air mata mengalir. ”Maksud kau?” Kataku sambil mendepangkan tangan memberi isyarat untuk memeluknya. Sambil memeluk aku, dia kata ”Aku dengan Zander(abang sulung) pergi kat tanah perkuburan ni. Aku tak patut ambil barang dari situ. Aku tak patut. Aku dengan Zander buat little experiments bulan where kami pergi ke tanah perkuburan ni dan cuma stay kat sana sampai pukul 3:00 pagi.

Masa tu, kami berjaya. Kami berjaya stay kat sana walaupun dah dengar macam-macam bunyi pelik. Masa tu, dia dengan aku seperated. Masa aku berjalan nak cari Zander balik, aku tersepak music box. Aku tak tau kenapa aku macam suka tengok benda macam tu and benda tu pulak antik. Aku ambik bawak balik tanpa pengetahuan Zander and now dia nak aku! Dia nak aku Amanda. Please, you have to help me! I don’t wanna die,please help me”  katanya sambil menangis meraung-raung kepada aku. Menurutnya lagi, lepas bawa balik music box tu, dia basuh dan kilatkan untuk dijadikan koleksi. Selepas tu, dia mendapat mimpi-mimpi yang pelik dimana salah satunya menjadi realiti. Dua hari selepas dia ambil music box tu, pukul 3:00 pagi, music box tu akan berbunyi sendiri.

Masa tu, Amelia kata dia buat tak tau je sebab yelah, barang antik maybe dia syot sikit so dia berbunyilah sendiri kan. Tapi tak, hari demi hari music box tu akan berbunyi pada pukul 3 pagi tepat sahaja. Disebabkan tak tahan, Amelia bukak punat pemulas yang kita kena pulas kalau nak music box tu berbunyi tapi tak, dia tetap berbunyi. Malam tu, Amelia berjaga sampai pukul 2, tapi disebabkan penat, dia pun bercadang nak masuk tidur. Sebelum tidur, dia letak music box tu kat dalam almari berkunci dan dia dah kunci dah pun almarinya. Sebelum ni, dia letak music box tu atas meja belajar je tapi kali ni dia letak kat dalam tu.

Macam biasa, pukul 3 tepat, dia berbunyi. Tapi pelik, sebab bunyinya jelas. Sepatutnya bunyi dia tak kuat kalau dah letak dalam almari tu so disebabkan tak tahan dengan bunyi tu, dia pun bangun and terkejut bila almari tu terbuka luas siap ada kuncinya kat tempat kunci almari tu and guess what? Music box tu ada atas meja belajar. Waktu dia nak datang dekat dengan almari tu, tiba-tiba almari tu tertutup and terbuka sendiri banyak kali. Dia terus datang dekat nak kunci terus and bila dia kunci pintu almari tu, dia dapat rasa dengan kuat yang ada orang tarik rambut dia sampaikan dia terjatuh dan masa terjatuh tu lah dia ternampak, perempuan yang lebih kurang umur kami, pakai baju tidur warna putih penuh kesan tanah menjerit kat dia sambil kata ” IT’S MINE! ” lepas tu, benda tu macam berlari kearah dia and dia pun apa lagi terjerit-jerit mintak tolong and tak lama kemudian parents dia datang, gerak dia and kata yang dia mengigau.

Dia bukak mata, dia ada atas katil, dia tengok sekeliling dia and terus peluk parents dia and cerita apa yang jadi. Tapi malangnya, parents dia tak percaya, siap gelakkan dia kata yang ‘You’re 16 Amelia. Takkan lah masih ada nightmare macam tu” Dia pun apa lagi, tak puas hatilah sebab dia yakin itu benar dan bagi nak membuktikan dia tu betul, dia pergi ke almari tu and tengok, music box tu tak ada dalam almari tu and dia cari and dia betul. Kali ni dia ada bukti nak buktikan yang dia bercakap benar. Music box tu memang ada atas meja tu. Dia pun cerita lah, and parents dia still tak percayakan dia and suruh dia tidur balik. Masa diaorang tinggalkan dia dalam bilik tu, dia rasa macam breakdown sangat sebab parents dia tak percayakan dia. Dia tengok music box tu sekali lagi and kali ni, lagilah buat dia takut bila kat music box tu ada kesan lumpur/tanah.

Dia ambik benda tu and dia terus buang dalam tong sampah. Dia ingatkan hal tu berhenti kat situ je tapi tak,banyak lagi benda yang tak diduga datang pada dia. Malah, masa dia cerita tu,dia ada tunjukkan aku kesan lebam macam jari orang kat kaki dia, kat bahu and tengkuk. No wonder dia pakai turtleneck hari tu. ” Amanda please help me. My mom and dad are not home for a week. I don’t feel great Amanda. I’m not safe in that house! She keep coming for me. Please teman aku sampai Zander balik please aku merayu Amanda please!’ Katanya merayu-rayu pada aku. Bila dengar cerita dia, aku tau yang dia memang tengah takut sangat sebab Amelia ni berani gila orangnya. Dia percayakan paranormal/hantu/jin semua tu, dia tau itu wujud tapi dia masih berani. Tapi, tengok keadaan dia macam tu, aku terus cakap yang aku boleh temankan dia sampai abang dia balik walaupun aku menyesal tak sudah pasal ni. Sebab aku tak terpikir time tu yang, daripada tidur rumah dia, baik tidur rumah aku. Tapi apakan daya, aku tak terpikir langsung pasal tu masa tu sebab aku terlampau sedih tengok keadaan dia. Hari pertama aku tidur kat rumah dia, aku tertidur atas sofa and Amelia pulak kat sofa lagi satu. Kami tertidur lepas tengok tv masa tu.

Aku ingatkan tak ada lah apa-apa akan terjadi if aku ada kat situ tapi tak. Masa tu, aku terdengar orang panggil Amelia, rasa macam jelas sangat and aku bukak mata aku nampak dia berdiri dekat Amelia. Aku terkejut lah, depan matakan, so aku jerit sampai Amelia pun terbangun. Masa Amelia bangun pandang aku, dia pulak menjerit sebab nampak dia tu, belakang aku and ssup, terus hilang. Menangis Amelia sebab aku rasa dia stress sangat. Aku pun bangun pergi ke dia and aku perasan ada lebam baru kat tangan dia. Aku tengok jam,pukul 3:01 pagi. Tuhan je tahu perasaan aku time tu. Kami ended up tidur sambil duduk kat ruang tamu tu sampailah pagi. Pagi tu aku paksa Amelia ke sekolah and dia pergi. So far, kat sekolah okay. Nothing happen. Just bunch of question dari cikgu and student yang lain sebab yelah, Amelia dah tak ke sekolah sebulan. In fact, mak ayah dia sendiri pun tak tau Amelia ni tak sekolah sebab busy kerja, pagi buta dah keluar. Sec and third day, aku bersyukur, nothing happen.

Tapi, hari keempat ni, kaw-kaw dia kacau. Masa balik sekolah, kami lepak rumah kawan kami yang lain and kami ceritakan everything kat diaorang, so diaorang pun ikut sekali nak tidur kat rumah Amelia, sampai je rumah, dah senja, masuk je rumah, rumah tu sejuk sangat. Dah pasang heater kat bawah pun still sejuk. Masa kami tengah prepare nak buat makanan, tetiba satu rumah gelap. Lepas tu,terang balik. Time tengah gelap-terang tu, kami perasan yang ada orang berdiri kat pintu depan. So aku explain dulu. Kira macam kau masuk rumah Amelia tu, kau jalan terus kau nampak dapur. Kalau kau turn left ada tangga, kalau turn right kau ke ruang tamu. So masa tu, kami nampak mula-mula dia kat pintu, lepas tu dah terang balik dia hilang. Bila gelap balik dia kat dalam, kami nampak sebab cahaya dari luar menembusi pintu tu. Bila bercahaya balik, dia hilang, bila gelap balik dia dekat. Time tu, kawan kami, dia orang pakistan, nama dia Anwar, dia started praying and benda tu hilang walaupun rumah time tu gelap. Lepas tu, no more lampu bukak tutup.

Malam tu kami makan dengan tenang sikit, walaupun kami dengan dia sekejap menangis, menjerit, berlari kat atas. Habis je dinner, kawan lelaki kami tidur kat ruang tamu kecuali Anwar sebab dia islam, kami tak nak dia dituduh macam-macam pulak nanti. So dia balik. Tapi dia ada cakap, kalau ada apa, call dia. Dia datang. Jadi,time for bed, kami ada berlima kat atas yang perempuannya termasuk aku and Amelia. Kat bawah ada tiga lelaki. Kami tidur okay je time tu sampai lah pukul 3 pagi tepat. Kawan aku Jesse, gerak kami semua sebab dia dengar bunyi music box. Aku dengan Amelia cepat-cepat bangun sebab music box tu kan dah buang. Mula-mula slow je, lama-lama kuat. Lepas tu bunyi tu stop. Lepas bunyi music tu stop, bunyi orang humming pulak. Humming lagu music box tu. Time tu, kami dah pergi bawah nak gerak kawan kami kat bawah tu, tapi baru perasan yang Amelia tak turun sekali. Lepas gerak diaorang, kami naik atas balik and nampak Amelia, macam menari tapi bukan menari gila-gila tu. Menari yang pusing-pusing, gerak kiri kanan macam tu, and dia humming to that music box’s song and dia pegang music box tu kat tangan dia.

Terkejut kami masa tu tapi kawan kami yang lelaki ni, Shane gerak slow-slow ke dia ”Amelia. It’s me, Shane. Let that thing go, and come with me.” Shane cakap seolah-olah berbisik sambil mendekati Amelia. ”No! She’s mine!” Amelia jerit and time tu kami tau dia kena rasuk, sebab suara dia suara perempuan lagi. ‘SHE IS NOT YOURS! YOU HAVE NO RIGHT TO TAKE HER! (dia bukan milik kau,kau tak ada hak nak ambil dia)’ jerit Shane pada Amelia. ” She took what is mine!” Jerit Amelia lagi,lepas tu rebah ke lantai. Shane angkat Amelia ke sofa,diruang tamu bawah,sambil menunggu dia sedar. Kami call Anwar, tapi tak dapat. Masa tu, rumah tu sejuk and busuk sangat. Dengan bunyi music box tu mengelilingi rumah, kami dapat rasa yang bunyi music box tu ada dia setiap penjuru rumah tu. Kami mampu menunggu Anwar untuk jawab phone call kami sebab, tak ada satu dari kami pun yang religious sangat. Ye kami semua kristian, tapi kami mengharapkan bantuan Anwar yang islam sebab kami dah nampak yang benda tu berhenti kacau kami waktu Anwar start his prayers. Cerita ni panjang,aku harap ada yang sudi baca cerita ni sebab aku akan post part 2 jika berkesempatan. Let me know if you want part 2 in the comment

 

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com

Amanda

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

21 thoughts on “Kawanku Amelia Dan Kotak Muzik”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.