Kawasan Perumahan

Salam warga FS! Kali ini aku nak menceritakan kisah kedua aku dalam FS ni. Aku ni seorang perempuan dan sangat suka lepak malam-malam. Pengalaman ni pun dah banyak kali aku kena, tapi aku just tak ambil endah sangat. Cerita ni pun pendek jer. Maklumlah, saja nak sampaikan kisah seram aku sendiri.

***

Part 1 – Dapur.

Ini kisah dari ayahku sendiri. Katanya, dia bangun awal pagi dalam pukul empat untuk menanak nasi kerana berniaga lalu dia membasuh beras sambil membuka pintu dapur sedikit bagi angin masuk. Sedang elok menghidupkan api dapur, ayahku terdengar sesuatu berjalan di luar rumah. Sambil ayahku menjenguk ke depan pintu dapur, ayah ternampak satu susuk yang sangat besar dan tinggi berlalu di hadapan rumahku. Lantas ayahku menutup pintu dan masuk ke bilik.

***

Part 2 – Bilik.

Ini kisah aku dan kakak. Suatu hari kami sedang rancak berborak dek kerana belum mengantuk sambil gelak ketawa. Tiba-tiba kami senyap tidak berkata dan suasana jadi dingin semacam, lalu penampakkan berlaku di tingkap bilik kami. Hanya ada bayang tanpa bunyi tapak kaki berjalan. Kami diam tak mampu berkata apa-apa. Lalu bayang itu muncul kembali (berpatah balik) dan kami cepat-cepat membaca ayatul Qursi lalu tidur.

***

Part 3 – Padang Sekolah.

Ini kisah aku dan adik. Ada satu hari tu, aku keluar makan dengan adikku. Lepas makan, kami pun lepak di padang sekolah pada pukul 11:50, sambil masing-masing main game di telefon bimbit masing-masing. Tengah rancak aku ‘berperang’ dalam game tu, adik aku ajak balik rumah.

“Sekejaplah! Tunggu habis perang ni!” betah aku. Lalu adikku mengiyakan saja. Sedang ralit aku main game tu, aku terdengar satu bunyi dari arah sekolah yang berhampiran dengan padang yang aku lepak tu. Satu bunyi yang kau sendiri boleh fikir; adakah logik di malam hari, pada pukul 12:00 tepat tu, bunyi orang tengh sapu daun kering. Bukan pakai penyapu ya! Pakai pencakar.

Aku dengan tidak berlengah lagi berkata, “dik, jom balik!”

Perjalanan kami agak lengang, sunyi. Masing-masing senyap tidak kata apa-apa. Esok paginya, adik aku beritahu yang masa dia ajak balik sebelum tu, sebenarnya dia ada ternampak seekor kucing hitam lalu pantas seperti kilat depan dia. Itulah sebab adikku mengajak balik rupanya. Yalah, aku pun degil. Dah kena herdik baru nak balik (haha).

***

Part 4 – Taman Luas.

Satu hari tu, aku and kawan aku lepak kat taman dalam pukul 11:00 malam. Kitorang ni memang suka habiskan masa dekat taman ni setiap malam untuk story apa yang terbuku dalam hati. Kami lepak dekat bahagian orang main bola baling. Kan dekat tepi-tepi tu ada tempat duduk bertingkat yang diperbuat dari simen tu? Ha, kami lepak dekat tempat duduk itulah. Lalu sambil berborak rancak sampai tak ingat masa, aku ternampak macam sehelai kain berkibar-kibar atas pokok. Aku berpaling (buat-buat tak nampak). Yang lain masih rancak berborak dek kerana suka membawang. Ada seorang kawan aku ni memang ade sixth sense. Dia kata dia dah mula rasa tak sedap hati. Dia nak balik. Tapi aku degil (perangai yang aku memang tak boleh pupus). Aku berdegil dan berkata, “kejap lagilah!”

Serentak tu jugak kitorang dengar bunyi mengilai dari pokok yang ada kain berkibar-kibar tadi tu. Barulah aku perasan yang kain tu sebenarnya bukan ‘kain’. Kitorang? Tak cukup tanahlah cabut (haha).

***

Part 5 – Taman Sama Seperti di Atas.

Tapi kali ni kisah kawan aku dengan adik angkat dia. Diorang ni pun suka jugak lepak malam-malam dekat taman tu. Memang dah habbit kitorang macam tu.

Waktu tu jam dah pukul 12:30 tengah malam macam tu. Kawan aku kata time tu dia dah mula dengar macam ada orang dok berjalan-jalan dekat bahagian playground taman yang ada gelongsor, buaian semua tu. Tapi dia biarkan jer lah. Dia ingatkan budak-budak taman or Mat Fit ke apa. Malas nak kacau.

Sambung borak-borak, sampaikan diorang tak perasan jam dah pukul 3:00 pagi. Dekat situ angin pun sepoi-sepoi bahasalah. Dingin gitu, macam nak suruh balik cepat. Tapi diorang tak endahkan. Tiba-tiba dari dalam gelongsor dekat bahagian playground tu diorang terdengar macam bunyi “soksek… soksek…”. Macam ada orang dok nak turun gelongsor tu. Mula-mula ingatkan kucing menggelongsor turun. Tapi bila dah masuk beberapa kali bunyi menggelongsor tu diorang dengar, tapi tak ada apa yang keluar, apa lagi?! Kelam-kabut masing-masing start motor, jalaaan!

Itulah kisah-kisahnya. Akhir kata, terima kasih kerana membaca.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

DaraSepi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

84 thoughts on “Kawasan Perumahan”

  1. Tahap seram 5/10..

    Akak cuma nk pesan sikit. Kurgkan kluar malam. X manis d pandang org..jumpa hantu lgi..nnti hantu tu tersuka,nk jadi kawan? Hantu ok lg..kalau org bertopeng hantu?

    Reply
  2. Tempat duduk simen bertingkat tu bukan nama dia astaka ke? Memang padanlah hantu nak kawan dengan korang. Hantu lepak masing-masing ._.

    Reply
  3. anak dara kuo memalam.. mak ayah adik tak marah ke.. apo dibuek lepak taman golap2 tu.. jangan marah kak mami tanya je

    Reply
  4. Hahaha…
    Semua terbaik..
    Buat tak nmpk je attention seeker tu…
    👍

    Utk writer, melepak mmg best tp berpd-pd ok..
    #nohatejustlove

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.