Kebaya Nyonya Lana

Kisah Lana
Beberapa tempoh aku menghadapi masalah writer block. Masalah biasa yang di hadapi oleh penulis-penulis. Terlalu lama tidak menulis, seakan apa-apa yang ada di otak menjadi karat. Aku menongkat dagu, memejam mata seketika mencantum cerita-cerita lepas yang tertanam tujuh atau lapan tahun sebelumnya. Menyandar di kerusi kerja sambil memandang jendela besar menghadap sunyi malam. Laptop aku matikan. Terasa kering idea. Mengorek cerita gelap, bermakna kau menghampiri sisi mistik sedikit demi sedikit. Terima kasih pada watak-watak yang aku pinjam. Kalau ada dikalangan anda membaca membaca kisah-kisah sebelumnya, Tentu berkata “Eh aku ada dalam cerita pada ketika itu.” Hahaha. Aku cuba mengingat cerita antara Lana dan Sera. Mengingat lebih dalam. Dahulunya…

Lana dan Sera merupakan pelajar Inter Excel Tourism Academy Cabin Crew cawangan utara. Persahabatan mereka erat, kedua-duanya memiliki tubuh langsing tinggi lampai , rambut panjang curl semula jadi, kulit cerah seperti gadis-gadis Sabah yang lain. Beberapa kisah antara Lana dan Sera.

Kebaya Nyonya Lana.
Mama dan abah telah membuat kenduri kesyukuran untuk cucunya yang baru saja lahir. Lana dan Sera yang dianggap seperti anak sendiri dijemput ke rumah mereka. Ramai sungguh tetamu. Lana dan Sera sibuk membantu memandangkan mama tiada anak gadis kecuali menantu perempuannya Kak Caca. Antara tetamu yang hadir, Lana tertarik dengan seorang wanita anggun berkebaya nyonya berwarna merah. Bibirnya merah bak delima. Tingkah lakunya sangat menarik minat.. Lana terpegun lama memerhati. Tiba-tiba bahunya di tepuk.
“Lana tolong abah boleh.” Abah dengan baju melayu berdiri sebelah sambil menghulur pinggan kosong.
“Lana tolong abah hantar pinggan kosong ke dapur. Hari nak senja .Eloklah kita siapkan kerja mengemas kan.”
“Ya abah.” Sahut Lana sambil memerhati kembali tetamu yang ada. Tiada. Wanita berkebaya itu sudah tiada. Tiba-tiba dia ternampak kelibat wanita itu di bahagian simpang masuk rumah abah. Menoleh ke arahnya sambil tersenyum meleret. Pandangan mata Lana ralat melihat.
“Lana..” panggil abah memutuskan perhatian Lana .Apabila Lana melihat kembali, kelibat wanita itu sudah menghilang.

Semua anak cucu abah dan mama termasuk Lana dan Sera berehat di anjung rumah menikmati kopi panas selepas selesai mengemas apa yang patut. Seraya Lana duduk sebelah abah dan mama. Dia meminta secawan kopi panas.
“Lana nak kopi.” pinta Lana dengan manja. Tingkah lakunya berubah menggoda. Bibirnya mencicip sedikit kopi panas. Habis segelas minta lagi, dua gelas, tiga gelas..hampir sejag habis.
“Nak lagi..” sambil lap air kopi di jubir bibir.
“Ushh..ada jin ka ko Lana..habis satu jag kopi.” usik Amirul si kembar mama. Lana memandang tajam. Mata sepetnya dibulatkan.
“Aku nak kopi.. Aku nak kopiiii..” teriaknya garau sambil menghentak lantai. Mukanya mula memerah menahan marah. Mereka yang lain terdiam. Amir dan Amirul si kembar mula meremang. Abah mengisyaratkan agar memberi segelas lagi kopi kepada Lana. Sera ingin menghampiri tetapi dihalang oleh abah. Abah mencapai satu gelas air kosong sambil membaca sesuatu dan di hembus ke air.
Lana mula bersenandung. Rambut ikalnya dilurut, dipintal kemudian di sanggul. Perlahan abah meraup air tawar ke muka Lana. Lana memberontak menepis sambil menyeringai. Matanya tajam melihat abah. Abah masih kumat kamit.
“Kembali dari mana kau datang .” seru abah. Lana mengekek ketawa sambil meludah-ludah. Abah meniup kembali sambil bibirnya tak henti-henti membaca sesuatu. Tak semena-mena, Lana terkulai layu. Lima minit, sepuluh minit Lana mula sedar dan dia kebingungan.

“Kenapa Lana abah?”..
“Ada yang suka hampir dengan Lana. Ada yang Lana lihat pelik ka tadi”?
“Takda, cuma ralit melihat ada seorang tetamu berkebaya.. cantik. Keluarga ka abah?” luah Lana, dia hanya mampu mengingat pada waktu wanita misteri itu tersenyum meleret ke arahnya. Peristiwa dia minum kopi dia tak ingat langsung. Abah menggeleng. Mereka yang lain terpinga. Memikir siapa wanita berkebaya.
“Tadi masa minum kopi, Lana hentak lantai abah dah nampak bukan Lana, seorang wanita berkebaya dan bersanggul.” Semua melonggo. Seram sejuk rasanya.

Hampir larut, abah menyuruh Boy anak bongsu mama menghantar Lana dan Sera balik ke rumah sewa. Lana duduk di bahagian belakang cuma diam membisu. Badannya masih terasa letih. Sepanjang perjalanan dan sampai ke rumah Lana hanya membisu tanpa bicara.
Habis mandi Lana menyikat rambut sambil bersenandung kecil .Memandang cermin sambil tersenyum meleret. Seketika biasan cermin solek memaparkan wajahnya yang tersenyum. Perlahan Lana menyarung kebaya nyonyanya sambil menyanyi kecil. Lembut halus gemersik. Gincu merah dicalit tebal. Cucuk sanggul terletak elok di atas kepala. Lana membelek wajah berulang kali sambil ketawa.

Sera membuka pintu bilik. Dia di bilik sebelah dapat mendengar gelak Lana yang agak garau.
“Lana…?” panggil Lana perlahan.
“Hmmm..” Lana melirik Sera.
“Lana nak keluar ke?” Sera membelek tubuh Lana yang disaluti kebaya nyonya biru dengan mekap tebal. Lana yang dia kenali jarang bermekap tebal.
“Tak, hanya ingin bergaya di depan cermin. Cantik tak?” Lana berpusing-pusing di hadapan Sera. Langkahnya ayu anggun. Tepat pandangan matanya memandang Sera. Anggun tapi menyeramkan.
“Kau bukan Lana kan?” kata Sera perlahan. Lana terkekek ketawa..Seketika mengilai.
“Aku suka dia..dia wangi. Tubuhnya serasi dengan aku. Aku ingin duduk sini dengan dia..?” Sah bukan Lana yang berada di hadapannya. Seriau Sera. Dia menghubungi abah dengan segera..

Tidak lama kemudian abah datang dengan anak-anak yang lain. Malam itu abah ruqyah Lana. Seperti apa makhluk itu,d ua hari hingga tiga hari Lana tak sedarkan diri. Sepanjang berubat, habis koyak langsir tempatnya berpaut. Lana tidak mengingat apa-apa. Cuma yang singgah di ingatannya hanya ketika dia memakai baju kebaya, selebihnya diceritakan oleh Sera.

Sera Mengilai.
Apabila tamat belajar, Sera dan Lana dapat kerja flight attendant secara sambilan. Masa ni masa untuk berjumpa pun kurang. Kadang-kadang dalam seminggu Sera dan Lana tak berjumpa. Schedule flight mereka berbeza.
Satu hari Lana dapat flight siang. Dia balik dengan longlai kerana kepenatan menuju ke dapur. Rumah itu ada wet kicthen dan dry kitchen. Membuka peti sejuk dan mengambil segelas jus oren sejuk, mencapai sekeping roti bakar dan duduk di meja makan. Sera sedang memasak di wet kitchen. Asyik memasak tanpa peduli Lana yang menikmati sekeping roti.

“Sera…takda flight ka hari ini.” Lana menjeling ke arah Sera. Rambut panjangnya mengurai. Cuma memakai baju tidur satin.

Sera hanya berdehem.
Mungkin Sera penat, getus hati Lana. Sera makin ligat memasak. Bunyi periuk berlaga makin kuat. Ushh.. macam marah jak Sera ni. Gaduh dengan boyfriend agaknya. Lana tak mempedulikan gelagat Sera.
Tiba-tiba lonceng berbunyi. Siapa la pulak agaknya. Sera di dapur memandang Lana tanpa perasaan.
“Takpa aku buka.” Lana bergegas ke pintu depan. Lonceng bertalu-talu berbunyi.
“Ya, sekejap.” laung Lana. Lock di buka. Terjengul muka Sera sambil membebel. Dia menjinjing beg masuk ke dalam. Tubuhnya masih tersarung uniform kerja. Lana melopong. Sera..yang di dapur?

“Oii..ko kenapa? Kenapa Lambat buka. Boleh pulak aku tertinggal kunci rumah Lana.” Bebelnya. Lana diam. Seketika Lana diam. Sera pun ikut diam. Dia mula perasan sesuatu.
“Adakah.?” tanyanya minta kepastian.
“Ko dekat dapur tadi tengah masak.” Lana berbisik.
“Aku kerja la siot..” balas Sera jugak berbisik. Sera duduk hampir dengan Lana. Perlahan-lahan bergerak ke bilik.
“Dah tahu ke..” Laung “Sera” yang di dapur sambil ketawa mengilai. Terkekek-kekek ketawa. Bertempiaran lari Lana dan Sera ke bilik. Keadaan di luar bilik berlarutan. Dinding-dinding bilik dipalu. Bunyi hentakan kaki berlegar di lorong menghala ke bilik. Ketawa mengilai, kemudian terlolong., seketika menangis. Terasa perabot di ruang tamu disorong ditarik. Malam itu Sera tidur sebilik dengan Lana. Berselubung selimut tebal sambil menggigil. Mengucap kalimah-kalimah yang ditahu. Lana dan Sera tidur dalam ketakutan.

Aku meletakkan cermin mata ke atas meja. Telah sepertiga malam berlalu. Aku masih memandang tingkap sambil memandang laptop. Bibir merasa sedikit air kopi yang mula suam. Kisah ini yang perlahan singgah apabila mengingat tujuh lapan tahun yang silam. Kisah belum matang Sera dan Lana diganggu entiti halus. Aku berdiri di tepi tingkap yang terkuak luas. Memandang kepekatan malam, terlihat sosok tubuh seakan memandang aku dari kejauhan. Berderau d***h. Lekas-lekas aku menutup daun tingkap. Perlahan-lahan entiti-entiti yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, mula memunculkan diri.
Allahummasalli ala muhammad.Hanya Allah sebagai pelindung.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Cinta

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.5]

3 thoughts on “Kebaya Nyonya Lana”

  1. lana berubat dan terus berubat,Bila dah berubat,ok sekejap,hijab dia akan terbuka balik.Yang ganggu pakai kebaya tu,orang bunian saja..yang ganggu di rumah tu cikk ponti.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.