Kehadiran Dia

Assalamualaikum . Harap admin FS terima la aku punya story ni . Terdetik nak kongsikan kisah aku dekat sini . Actually aku ni silent reader je . Tapi aku nak jugak kongsikan apa yang aku pernah lalui sepanjang hidup aku . Dan apa yang berlaku pada awal tahun 2019 ni . Maaflah kalau story yang aku nak kongsikan ni tak menyeramkan bagi korang .. Okay sebelum tu aku nak kenalkan diri aku dulu . Nama aku Aini .

Sebenarnya aku dah kena gangguan makhlus halus ni since aku tingkatan 3 lagi . Tapi tak lah seteruk gangguan yang baru – baru ni . Menangis weyhh .
Nak dijadikan cerita , ada lah satu malam tu mata aku tak dapat nak lelap . Mak , abah dan adik-adik yang lain semua dah lena dibuai mimpi indah . Tinggal aku je yang still termenung sorang-sorang (kononnya flashback la zaman sekolah dulu) .

Jam berdetik dari minit ke minit , ditemani hujan gerimis yang turun tidak lebatnya . Tapi tetap kedengaran sebab rumah aku bahagian dapur atap zink . So , kalau hujan dengar jelas . Jam dah nak masuk pukul 3 pagi aku still tak dapat tidur so aku decide untuk pergi dapur and bancuh la milo suam .
Tengah asyik membancuh minuman tu , aku pergi la sinki nak basuh tangan ,, tau apa yang aku nampak dekat tingkap dapur ?? Aku nampak satu kelibat agak besar la tapi taklah sebesar bigboss tuu . Aku cepat – cepat lah habiskan minuman aku . Terus masuk bilik untuk lelapkan mata .


Lepas 10 minit macam tu aku dah rasa mengantuk , okay ngam lah aku dah boleh tidur . Baru je nak lena , haaa aku dengar bunyi pintu dapur aku kena ketuk kuat -kuat . Sumpah kuat , aku terkejut lah dari tidur aku . Bukan sekali bunyi ketukan tu . Korang tau tak bunyi orang hempaskan kepala kuat -kuat dekat pintu kayu yang tebal tu ?

Time tu aku tak fikir apa dah . Aku baca ayat Kursi , Al Fatihah dan segala ayat – ayat suci yang aku tau . Aku tutup muka aku dengan bantal . Usaha jugak nak tidur . Lepas je aku baca ayat – ayat suci tu keadaan pulih macam sediakala .. Esoknya , aku tersedar sebab emak kejutkan aku . Aku pun tak tau entah bila aku tertidur . Tertidur dalam ketakutan kauuu . Aku ada bertanya pada mak , abah dan adik-adik tentang kejadian malam tu . Tapi mereka semua kata tak dengar apa – apa dan tak ada siapa pun diantara mereka yang bangun pergi ke tandas pada jam antara 12 malam – 4 pagi .

Aku hanya duduk terdiam sahaja .

Kisah aku tak berakhir macam tu saja , selepas beberapa hari berlalu daripada kejadian tu ,, pada waktu malam , time untuk aku masuk tidur jam 1 pagi “dia” mai . Nahh “dia” tunjuk rupa dia pada aku . Cik Cong belakang pintu . Allahuakhbar . Jantung aku berdegup kencang . Badan sejuk berpeluh – peluh . Berdiri tegak memerhatikan aku dari sudut tempat dia berdiri . Aku tak mampu bacakan satu pun ayat Al Quran . Lidahku kaku . Hanya kalimah ALLAH yang mampu aku sebut pada masa tu . Aku sebut sebanyak mungkin . Alhamdulillah “dia” hilang dari pandangan aku .

Hari demi hari , minggu demi minggu . Alhamdulillah keadaan pulih seperti sediakala . Aku bersyukur sangat kerana kejadian seperti itu kembali pulih seperti sediakala .. Since daripada kejadian tu . Aku rajinkan diri untuk mengambil whuduk sebelum tidur , mengibas tempat tidur , dan yang paling penting , TIDUR AWAL . Heheehee ..

Mungkin ada hikmah disebalik apa yang jadi pada diri aku .. Okaylah .. Sekian sahaja kisah aku yang tak seseram yang korang sangka . Yang buruk datangnya dari kita , yang baik datangnya dari Allah .. Sekian sahaja untuk first story aku untuk korang . Haaaa !! Jangan lupa baca doa sebelum tidur okay !! Jumpa lagi di kisah – kisah lain yang akan aku kongsi. Assalamuaikum .

Hantar kisah anda : fiksyenshsha.com/submit

Aini Kerepek Pisang

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

1 thought on “Kehadiran Dia”

  1. hantu tu kat belakang pintu di dalam rumah atau di luar rumah
    dengar nama panggilan cik cong terus rasa lucu, kurang seram sikit.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.