Kejadian di Sebuah Sekolah di Kluang

Ceramtot 7 (Cerita Seram Kontot)

SEBELUM INI: BACA SINI

Nama aku Jai. Tq pada FS sebab kongsi ceramtot aku. Tq juga pada semua pembaca yang sudi menelaah ceramtot aku. Peristiwa seram aku kali ini berlaku semasa aku tinggal di asrama sebuah sekolah Kluang Johor.

Tingkatan 6. Aku ditawarkan di SMK XYZ Kluang Johor. Tawaran ini telah menyebabkan aku terpaksa mohon untuk tinggal di asrama dek kerana jarak sekolah dan rumah hampir 22 km bersamaan 1 jam perjalanan (jika naik bas). Ditambah lagi jika aku naik bas ke sekolah, aku terpaksa tukar 2 kali bas. Dari simpang Renggam ke Renggam tukar bas dan kemudian terus ke Kluang.

Hari pendaftaran tingkatan 6 telah tiba. Pertama kali aku berjauhan dengan keluarga. Segala kelengkapan belajar dan persiapan asrama telah disediakan. Tinggal untuk aku dihantar oleh mak abah ke sana.

Hari pertama di asrama. Aku ditempatkan di dorm tingkat 2. Katil double decker, tingkat atas. Aku sorang je yg tingkatan 6 kat bilik dorm tu. Sebenarnya ada 3 org lagi tingkatan 6 baru check in juga hari itu. Tapi warden telah pecahkan kami kedudukan dorm kami. Mungkin warden ada alasan tersendiri.

Panggil saya Jai. Sesi perkenalan antara kami. Kawan² yang senasib dengan aku, Siti, Laila dan Min. Siti dari Renggam, manakala Laila dan Min dari Felda Ulu Belitong. Kami mula berpecah dan kembali ke dorm utk mengemaskan brg peribadi. Jadi kami akan berjumpa semula di bilik study malam nanti.

Malam menjelma. Tak boleh tidur. Aku memaksa mata utk pejam. Sukar betul. Ku pusing kanan, ku pusing kiri. Banyak kali pusing karang, adik junior ni pulak tak boleh tidur. Katil dah la double decker. Asal gerak je, bunyi besi katil “ok ek.. ok ek”. Terkebil² aku. Mana fikiran aku dok fikir “kalau kat umah, syoknya tidur”. Sampai lah aku terdengar bunyi Tahrim kat masjid berdekatan, yang menandakan waktu subuh hampir menjelma. Cepat lah masuk subuh. Nak pegi mandi bersiap terus gi sekolah.

Azan subuh berkumandang, la adik² tak bangun lagi. Jam menunjukkan pukul 5.20 pagi.
“Eh..eh.. nape adik² tak bangun lagi?” Getus aku.
“Urm biarlah, aku tak suka berebut² mandi”. Maka aku pun terus bangun dari tidur ayamku itu. Kemas cadar, selimut dan bantal dahulu. Turun dari katil, aku terus capai tuala dan alatan mandian aku dlm almari.

Kriuk.. bunyi pintu bilik dorm ku buka.
Keluar sahaja kaki melangkah dari bilik dorm.
“wah segarnya!. Seronok dapat hirup udara fresh hari² macam ni”.
Pintu ku tutup semula.
“Aik, takde manusia yg bangun lagi ke?”.
Tanpa berfikir apa² kaki ku terus melangkah ke bilik air di sama aras hujung bangunan. Lampu dibuka. Dan aku mandi sorang².

Selesai sahaja mandi, aku turun tangga ke bawah untuk ambik wuduk pula kat bilik basuh (ground floor). Lampu bilik basuh dibuka. Selesai sahaja aku naik semula ke dorm simpan brg mandian dan amik telekung untuk solat subuh di surau aras 3.

“Eh.. eh.. bebudak ni tak bangun² lagi ke?. dah 5.45 pagi ni”.
“Oo mungkin aku yg terawal, takpe lah belum biasa lagi. Sementara nak mesra alam dulu”. Hahaha. Aku tanya, aku jawab.

Lepas amik telekung, aku terus ke surau kat aras 3 utk solat subuh. “Aik kat surau pun takde sape² lagi”. Aku pun buka lampu dan kipas. Solat subuh la aku sorang² tanpa berjemaah.

Dah selesai aku solat. Aku kembali tutup lampu dan kipas. Kemudian aku kembali semula ke dorm. Tengok jam 6.00 pagi. Hish geleng kepala aku tgk adik² ni. La tak bangun lagi. Pukul berapa nak pegi sekolah?. Aku apa lagi terus naik ke katil dan baring². Sambil² mata memandang sekitar dorm yang dibayangi cahaya lampu dari koridor. Ye lah nak buat apa, tinggal nak pakai baju sekolah je. Aku set otak aku, pukul 6.45 pagi bangun dan pakai baju sekolah. Masih sempat untuk sarapan pagi lagi.

Baring punya baring, terlelap. Tetiba bergegar katil. Lampu bilik dorm dah on. Oo dah mula kedengaran suara riuh adik² ni bangun. Sekali tengok jam di dinding. What? 6.30 pg?. ooo dorang ni bangun 6.30 pg. Baik, maka esok aku akan bangun pukul 6.20 pg. Aku segera bangun pegi ke bilik basuh sebab bilik air penuh. Nasib baik dah mandi. Aku cuci muka dan gosok gigi.

Sehari dah berlalu. Tiba hari kedua.. aku bangun 6.20 pg. Hah amik kau. Tepuk dahi member daa. Bilik air penuh. Siap bercop² sidai tuala kat pintu bilik air. Sesal tak sudah aku. Alternatif lain. Memang mandi kat jamban. Settle bab mandi, masuk dorm tengok jam dah 6.50 pg. Allah. Dah tak pasal² solat subuh lewat. Memang nekad esok aku bangun mcm biasa.

Hari ketiga hingga hari ke 13. Rutin harian aku berlalu seperti biasa. Bangun seawal 5.20 pg, terus capai tuala mandi, ambil wuduk di bilik basuh & solat sorang² kat surau. Dan yg penting sebelum ke sekolah, aku wajib telefon mak aku kat public phone. Peduli apa aku, dapat dengar suara mak pun jadi lah.

Namun suatu kepelikan timbul sepanjang 13 hari aku duduk di asrama ini. Asal masuk waktu prep tak kira, baik petang atau malam ke, kelopak mata aku ni bagai digam². Termasuk la 3 org lagi geng aku. Jadi ptg hari tu kami berborak la utk hilangkan mengantuk. Kalau tak memang aku dah bantai tido, kepala atas meja. Yang penting buku mesti buka. Takut warden ronda. Boleh cepat cover. Maka aku mula buka bicara dengan Min psl aktiviti pembelajaran di sekolah tadi.

Utk pengetahuan korang. Bilik study kitorang diasingkan dari adik² junior. bilik aku cuma ada 4 orang adik Tingkatan 5 dan selebihnya aku & geng² aku..
Tiba² sorang adik junior ni tegur aku. “kak nak kirim apa² tak? saya nak keluar dgn mak ayah saya”.
Aku tanya Min. “Ko lapar x?”
“Lapar gak.”
“Kita share mi sup nak”.
Min mengangguk setuju.
“Ok Jannah akak nak 1 teh ais, 1 mi sup Laila, Siti korang nak tak?”
“Bolehlah sama aku share dengan Siti”
“ok kak teh ais 2, mi sup 2”.

Kami mula sambung perbincangan tadi. Dari yg penting ke merapu. Ee sembang apa tak tengok muka masing-masing. Kurang sopan. Pinggang pun dah mula lenguh² nih. Pasal duduk lama sangat kat kerusi. Mata berakar, bontot pun berakar dah. Mata ku tertumpu kat tengok lantai. Ceh, dah ada yg meniarap rupanya. Nora, junior aku. Mungkin dgn cara ini aku mampu atasi masalah mengantuk aku. Lagipun kat umah, aku memang study sambil meniarap. Aku pun ambil port meniarap kat lantai dengan adik junior sorang ni..

Sambil² buat keje sekolah, adik junior ni ajak aku sembang.
“Kak, susah tak form 6?”.
“Entah lah ek, akak baru seminggu lebih belajo. Tapi setakat ni masuk kelas kimia, satu apa pun tak boleh hadam. Tengok la nanti camne. Minggu depan ke, kalau tak boleh bawa juga aliran sains, akak tukar aliran sastera”.
“Ooo susah la gitu kak?”
Senyum kelat huhuhu.

“Nora dah lama stay kat asrama?”.
“Lama juga, sejak dari form 1”.
“Dah biasa la ek, ee akak ni home sick betul. Asyik ingat rumah. Hari² akak call mak”.
“Ala kak memula memang camtu. Nanti lama² akak dah biasa la dengan suasana kat sini”.

“Nora, cite la skit psl asrama ni. Pengalaman adik stay kat sini”.. celah Laila yang tiba² join meniarap sebelah aku.
“Ada kak, macam²”
“Bla³”..(insyaallah tunggu siri ceramtot lain).

Hari ke 14 (Khamis). Di pagi yg hening. Rutin harian seperti biasa. Dengar je Tahrim, aku terus capai tuala mandi.
Uiii sejuknya. Almaklum malam tadi hujan.
Kaki ini terus melangkah ke bilik basuh bawah.
Ktik. Lampu bilik basuh dihidupkan. Sebelum memutarkan kepala paip, tangan gatal ku ini membuka tingkap naco. Dengan harapan konon²nya nak hirup udara segar. Tingkap telah dibuka.
Perkara yang tak sepatutnya berlaku ketika hamba Allah ini yang hendak mengambil wuduk. Kelihatan sekujur tubuh berbalut putih berbaring atas rumput. Dek kerana cahaya lampu bilik basuh menerangi segenap ruang. Biasan cahaya telah memancar dan menyerlahkan lagi makhluk itu di perbaringan.
Pelik, sangat pelik dengan perasaan aku ketika itu. Aku tidak berasa takut. Malah aku berani bersuara.
“Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku”.
Aku teruskan rutin aku mengambil wuduk. Lampu bilik basuh ku tutup semula dan kembali ke dorm. Aku letak tuala & barang mandian. Guess what?. Aku ambil telekung dan solat kat surau. Sorang². Aku solat sorang². Allah itu maha melindungi. Aku tak fikir langsung tentang perkara tadi.

Selesai solat subuh. Aku balik semula ke dorm. Aku naik atas katil. Dan tatkala saat aku memeluk bantal. Ya Allah apa yg aku nampak kat bawah tadi?. gula²!!. Terus terbayang sekujur tubuh berbalut kain kusam warna putih. Mukanya Nauzubillah hitam. Mengerikan. Nasib baik aku tak fokus betul² raut mukanya sebab aku rabun.
Datang la kengerian, ketakutan, keremangan, kegelisahan, kesejukan, kecelaruan perasaan. Macam² perasaan bercampur baur. Saat itu mulut kumat kamit baca ayat kursi. Takut² makhluk tu dok atas almari ke atau dok baring sebelah ke. Allah.. Cepat lah bebudak ni bangun. Aku dah tak sabar nak call mak. “Nak balik.. nak balik.. nak balik.” Dalam hati, matlamat aku satu. “Nak telefon mak, ambil aku balik. Aku tak nak duduk asrama”.

Bersiap je pakai baju sekolah. Terus kaki melangkah ke public phone. Kali ini bukan lagi sembang tanya khabar & laporkan aktiviti harian aku. Tetapi hanya matlamat aku. Objektif mesti dicapai dan tercapai.

“Assalamualaikum mak?”.
“Mak orang nak balik. Orang tak nak duduk asrama. Orang tak kira. Orang nak balik umah. Orang tak nak duduk asrama. Orang nak balik hari ni jugak”.
“Eheh.. Ni dah kenapa ni?”.
“Orang nak balik jugakkkk. Nanti² orang cerita. Duit nak abis ni”. Sedu² suara aku. Boleh bayangkan.
“Ye lah nanti mak bgtau Abah”.
“Mak arini tau”.
“Ye lah”.

Berlalu seharian di sekolah. Balik dari sekolah terus ke public phone. Capai ganggang telefon awam. Dail telefon umah, la tak berangkat. Dail lagi. Telefon lagi. Tak berangkat. Aku tak putus asa. Aku dail lagi. kring³…
“Assalamualaikum”..
“Waalaikumusalam, Rin mak mana?”.
“Ntah, Rin baru balik sekolah la. Mak abah dah kluar la kot amik kau la kak”.
“Eh apsal kak?. Ko tak nak dok asrama”.
“Ada hantu, ok wei Rin babai duit abis”..

Hati sedikit riang. Alhamdulillah, hari ini last day aku kat asrama. Masa makan kat kantin, aku terus bgtau kat kwn aku Min sebelum dia suap makanan kat mulut.
“Min aku hari ni last day aku kat asrama tau”.
Makluman aku tu menyebabkan Min membantutkan suapan makanan ke mulut.
“Wei apsal, ko dapat tawaran U ke?”.
“Tak lah. Nanti masa prep aku cite. Eh Min sambung makan, jgn malu². Sedap mak Mah masak nih”.
“Kurang asam kau Jai”.

“Kak Jai, ustaz nak jumpa. Mak ayah akak pun ada”.
“Ok tqvm dik”.

“Assalamualaikum”.
“Waalaikumusalam. Meh masuk.”
Alhamdulillah mak abah ada bersama kat rumah warden. Aku masuk dan duduk sebelah mak.
“Ustaz dimaklumkan oleh mak abah awak, yang awak nak keluar dari asrama. Betul ke?”
“Ya ustaz, hari ini juga saya nak keluar ustaz”..
“Boleh ustaz tahu apa masalahnya?. Adik junior buli ke?”
“Eh takde lah ustaz. Adik² semua ok. Cuma saya je yang tak boleh nak sesuaikan diri lagi. Dah nak masuk 2 minggu saya kat sini. Hari² telefon mak. Home sick la Ustaz”.
“Betul ustaz. Hari² dia ni telefon”. Celah mak aku.

“Ok memang awak sukarela nak keluar dari asrama?”.
“Ya ustaz”..
“Ok baik. Tapi ustaz tak izinkan awak keluar hari ini la. Seelok-eloknya hari esok. Petang esok atau Sabtu pagi la awak berkemas keluar. Ustaz tak nak adik² awak nampak dan tertanya-tanya pula, kenapa?”.

Aku pandang muka mak abah..
“Abah amik hang esok petang” kata abah.
“Ok lah, baiklah Ustaz”.
“Nanti isi borang ni dan serah pada ustaz semula”.
“Baik ustaz, terima kasih ustaz”.

Di perkarangan parking kereta.
“Hang pasai apa nak keluaq”. Aju abah pada aku.
“Pagi tadi hantu kacau”.
“Dah esok petang abah amik”. Abah tak tanya banyak. Perbualan aku dihentikan setakat itu sahaja. Mak abah balik. Dalam perjalanan ke dorm. Allah lindungi lah aku. 1 malam je lagi.

Petang masa prep. Anis, junior aku bertanya.
“Akak, akak nak keluar asrama eh?”
“Mana tau?” Cepatnya tersebar.
“Anis bgtau”..
“Haah, Nora. Akak nak keluar asrama. Tapi bukan hari ini. InshaAllah esok”.
“Nape kak? Ada yang buli akak ke? Kalau ada, bgtau kak. Nanti saya maklum pada ustaz”.
Aku senyum melihat semua penghuni bilik study tertanya².
“Haah Jai tadi kata nak cerita”.

“Aku kena kacau hantu gula² subuh pagi tadi”.

Semua makhluk yg ada dlm bilik segera berhentikan aktiviti mereka. Mereka mula beri tumpuan pada aku, datang kat meja aku. Rasa rimas pulak berkerumun ramai². Aku ajak dorang bersila kat lantai dalam bulatan.

Satu persatu aku cerita peristiwa pagi tadi. Tiada siapa berani mencelah.
Min dan Laila melopong khusyuk mendengar. Manakala adik junior² yang lain tenang mendengar.

“Kak, tempat ni memang ada la kak”. Maklum Nora pada aku setelah cerita yang ku sampaikan telah selesai.
“Haritu yang saya cerita kat akak tu, tu yang biasa² kak. Budak lelaki aspura pun ada gak yang pernah kena kacau”.
“Hah! Kena kacau jugak. Camne dorang kena?”.

Dalam hati aku, lega aku dah nak keluar asrama esok. Korang cerita la seram macam mana pun pengalaman kat asrama ni. Yang penting babai semua esok. Huhuhu.

Penanggal, hantu Jepun, hantu bangsawan, hantu biore pore pack, hantu pocong, hantu rabbit, hantu nenek kebayan, hantu basikal. Itu je yang aku ingat..

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Jai Nee

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

5 thoughts on “Kejadian di Sebuah Sekolah di Kluang”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.