KELAS MALAM

Assalamualaikum wbt kepada smua pmbaca fs.. actually ni ialah second story dri aku…yang baca MISTERI DUSUN DURIAN tu mesti dah tau yang aku ni dulu boleh nmpak alam lain dlm kate lain six sense lh..kali ni aku nak cerita mase aku sekolah rendah dulu…

Sebenarnya sekolah aku ni agak pendalaman lah jugak sebab kalau yang  tak pernah pergi memang  takkn tau sekolah aku ni..yang aku dengar dulu-dulu tapak sekolah aku ni hutan pastu masa nak bina sekolah aku ni banyak lh jugak dugaannya, dan pernah terbengkalai 6 bulan..lepastu masa tahun 1963 brulah siap..

Masa aku sekolah kat situ tak payah cakap apa benda aku tak nmpak; semua benda aku nampak masa dalam kelas lah kat tandas kat kantin lah…cerita yang aku nak cerita ni berlaku masa aku darjah 6. Biasanya kalau tahun periksa mesti cikgu buat kelas tambahan kan..haa tak cukup kelas tambahan jumaat, sabtu buat pulak kelas malam…Kelas malam masatu tak diwajibkn pun hanya untuk yang nak join jer .. Aku ni dulu kira top student lah jugk…Eh angkat bakul sendiri plak …HAHAHAHA lek lek…

First aku mintak dengan ayah aku aku nak join kelas malam ayah aku memang tak bagi..yelah pegi sekolah siang-siang pon dah nampak macam-macam..malam apetah lagi kan,,So dah nampak aku ni try hard sangat nak join kelas malam tu dia pon izinkan lah tapi pegi duk belajar dalam kelas jer..tempat lain tak boleh jejak..Nak tak nk aku pon pasrah lah walaupun aku ni kaki tandas..

First week ni okey lagi…second week tu cikgu sains kitorang rancang nak buat eksperimen…kalau nak buat eksperimen memang sah sah kena buat dekat makmal…Makmal tu terletak dekat banggunan yang baru siap …kira baru lagi lah ..sebab masa tahun tu sekolah aku ni tengah modified…Tepi banggunan tu semak samun dan makmal sains terletak dekat tingkat 3, banggunan tu ada 4 tingkat semua nya cuma dekat tingkat 4 tu tak decide nak buat apa lagi cuma ada bilik muzik, 3kelas, satu tandas…ketiga tiga kelas tu memang tak guna lagi sebab mastu kerusi dengan meja belum sampai lagi jadi kosong lah..

Masa aku naik tangga tu kawan aku Su ni memang pimpin aku rapat-rapat sebab takut aku ternampak benda tu..Nak dijadikan cerita masa tu kitorang nak buat eksperimen pasal pertumbuhan biji kacang hijau..disebabkan tu banggunan baru sumber air masih tak disediakan lagi jadi kitorang kena basahkan kapas dekat toilet banggunan sebelah lah..dalam kumpulan aku ade 4 orang dah semua penakut akulah nak kena pegi amik air tu..Su ni terpaksa lah ikot sbb acah nak jaga aku lah kononnya..Acah caring hahaha..kumpulan ada 6 so wakil 2orang satu kumpulan jadi 12 orang semua turun pegi amik air…cikgu suruh kitorang pegi ramai-ramai sebab takut jadi apa-apa senang..

Masa turun tu ada classmate lelaki aku Aizal ni yang mulut takde insuran boleh pulak cakap kat aku ‘ira kalau kau nampak bende tu tegur lah mana tahu kot-kotdye nak kawan dengan kau ke’ aku pon ape lagi terus marah kat dia smbil ketuk-ketuk kepala dia…masa aku duk ketuk kepala dia tu aku dah pelik asal rambut dia lurus semacam je…setahu aku rambut dia tepacak…aku pon macam..ah sudahh…aku cakap dekat Su …dia pon kate buat tak tau je…

Su ni kira Islamic lah sikit sebabtu dia boleh lagi stay kawan dengan aku kalau yang lain memang takk lahh…sesampai dekat tingkat bawah sekali tu kitorang kene kira biar cukup 12orang kot-kot ada cicir ke…masa aku duk kire tu aku nampak ada orang belakang blakang si Aizal tu …pengiraan aku berhenti sekejap…aku bukan apa cuma nak pastikan tu orang ke tak..aku duk tengok dari sisi lain tetap tak nmpak muka dia …aku pon buat speculation sendiri sah benda tu bukan orang…

Tandas sekolah aku ni dia depan belakang…kat depan tandas perempuan kat belakang tandas lelaki..Masa masuk tandas tu satu pintu tertutup kitorang tak syak apa-apa pon mungkin tertutup dengan baldi kot..masa tu aku duk cari jugak takut-takut benda tu ada lagi…aku tengok dalam cermin depan sink takde, atas syiling po takde, dalam kubikel pon takde, aku pon dah sedap hati lah masa tu..lepas siap ambik air semua kumpul depan tandas perempuan…aku pon perasan yang si Aizal ni takde ..aku pon tanya lah bff dia ‘weh syapik aizal mane? Syapik pon kata dia cakap dengan aku dia nak naik dulu sebab malas nak tunggu… kitorang sebelas orng ni naik lah pi makmal ..masa naik tangga tu aku fikir satu jer..senakal nakal aizal tu dia tak prnah tinggal si syafik ni..aku pon positif je lh…

Sampai kat makmal tu cikgu pon suruh kitorang start buat eksperimen tu…tiba tiba bunyi cam kerusi meja jatuh kat tingkat atas…kitorang memang pelik dah masatu semua duk kalut nak keluar…tengah duk kalut-kalut tu Syapik pon datang kat aku tanya ada nampak tak Aizal.. Aku pon tanya dia balik bukan kau kata dia naik dulu erh?Masatu cikgu sains aku ni tiba-tiba marah kat seseorang…’Eh Aizal masuk lah kau buat ape kat luar tu’ aku pon automatic tengok dekat pintu tapi aku nampak tu bukan aizal…pakaian serba putih, rambut panjang kusut masai…tengah aku terpaku kat situ cikgu aku sekali lagi cakap ‘masuklah cepat orang dah start dah ni’..aku pon ah sudah cikgu tak sebut nama sapa-sapa benda tu mesti ingat cikgu ajak dia…Aku terus lari dekat pintu depan aku tutup kunci atas bawah, Syapik tutup pintu belakang…masa tu lampu dalam makmal dah berkerkelip-keli.. Cikgu aku pon macam dah tau tu bukan Aizal dia terus suruh kitorang kemas barang -barang…tapi persoalannya kitorang nak keluar ikot mana? benda tu ada kat luar…Aku suruh cikgu tu call pakguard kat luar suruh tolong kitorang..masa call tu boleh plak bunyi cd rosak…haih…

Kitorang duduk rapat-rapat..masetu jam dah pukul 10 malam sepatutnya kitorang balik dah…aku fikir punya fikir takkan nak tidur kat sini kot…lepas tu aku cakap dekat cikgu biar aku pegi check line…sebab aku dah biase dengan bende ni dan aku ni takde lah lemah semangat…cikgu mula-mula tak kasi jugak..aku pon kata kat cikgu aku takpe mungkin ayah aku dah sampai …kalau jadi apa-apa pon dekat aku ayah aku ada…ayah aku ni dia tahu bab-bab alam lain ni…dia boleh berubat orang sikit-sikit..

Aku bukak pintu suppp angin kuat menerpa muka aku…aku pon cakap elok-elok aku kata ‘aku datang sini nak belajar takde niat lansung nak kacau kau, kau tak kacau aku aku pon takkan kacau kau, aku boleh hidup kat darat je tapi kau boleh hidup merata rata, kalau kau tak nak aku terkacau kau, kau pegi lah jauh’ Bende tu pon terus berpaling dekat aku dia menyeringai…muka dia memang buruk isi terkopek dengan baju penuh d***h…lepastu tu terus hilang…Aku cakap kat cikgu tunggu dalam tu dulu biar aku panggil ayah aku…jangan bagi sorang pon keluar..

Aku terus lari keluar pagar cari ayah aku…aku cakap kawan aku hilang…ayah aku terus ikot aku…sampai kat situ ayah aku arah semua keluar duduk luar sekolah termasuk aku.. Aku risau nak tinggal ayah aku sorang cari Aizal tapi dia kate takpe dia boleh uruskan..

Dalam sejam lepastu ayah aku pon keluar sekali dengan aizal…Ayah aku cakap Aizal tersesat dekat tingkat4 dalam bilik muzik…Bilik muzik tu memang selalu kitorang kene kacau even siang … pernah ade kelas yang terkurung kat dalam tu
sampai kene panggil ustaz uruskan…kadang-kadang tengah belajar bunyi alat muzik dari situ…kalau kira memang tak logik kot boleh dengar sampai bawah..guna mic lh kot hahaha…

Lepastu cikgu memang tak masuk dah dalam makmal masa kelas malam..sminggu aizal tal datang sekolah…aku pegi rumah dia baru lah tau sebenarnya dia bukan naik sorang-sorang tapi sekali dengan classmate lain …dia ikot dorang sampai tingkat4 lepas tu dia tanya ‘classmate’ tu nak pegi mana makmal kan kat bawah..tapi takde yang menjawab..mase tu dia dah tau tu bukan
kitorang…dia cari tangga nak turun tapi tak jumpa…sebabtulah dia hilang…

Tamat-

Sebenarnya kalau nak cerita pengalaman aku masa kat sekolah rendah dengan sekolah menengah memang tak terkira ..InsyaAllah kalau ade masa nanti aku share lagi…

-SEKIAN-

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Ira

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 5]

6 thoughts on “KELAS MALAM”

  1. “bukak pintu suppp angin kuat menerpa muka aku…aku pon cakap elok-elok aku kata ‘aku datang sini nak belajar takde niat lansung nak kacau kau, kau tak kacau aku aku pon takkan kacau kau, aku boleh hidup kat darat je tapi kau boleh hidup merata rata, kalau kau tak nak aku terkacau kau, kau pegi lah jauh’ Bende tu pon terus berpaling dekat aku dia menyeringai…muka dia memang buruk isi terkopek dengan baju penuh d***h…”

    -Harap adik perbaiki cara penulisan ayat ni membuatkan pakcik keliru membacanya. Dan lagi satu ada rasa angin je menerpa, tiba2 ada pula hantu menyeringai

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.