Kelas Tambahan Malam

Assalamualaikum dan Salam sejahtera untuk semua pembaca setia FS dan penulis-penulis FS yang lain. Ini kali pertama aku nak tulis kisah permulaan aku dapat melihat benda-benda ghaib, sebab aku baca ramai yang berkongsi kisah dorang dekat FS jadi aku pun turut serta haha. Terima kasih kepada FS jika cerita aku ni disiarkan. Aku bersyukur dan mohon maaf jikalau kisah aku ni tidak seram atau sudah biasa berlaku pada orang lain. Maaf untuk pengenalan yang panjang jadi aku akan mulakan cerita aku.

Kejadian ni kira-kira 9 tahun lalu, masa tu aku baru 12 tahun nak duduki UPSR. Aku ni dulu dengan kawan-kawan aku yang lain jenis tak dengar cakap cikgu, tak bagi tumpuan sepenuhnya, suka main-main je kat belakang. Selalu nyanyi, buat hal sendiri sampai la cikgu naik menyampah dengan kami. Aku masa tu sekolah dekat daerah Utara Penang, sekolah aku ni ada kandang haiwan (macam mini zoo) ada burung Merak cantik, arnab, ayam, macam-macam lagi la. Disamping tu, sekolah aku ada juga pondok cantik tepi kantin, sebelah pondok tu ada kolam ikan. Sebelah kolam ikan pula ada toilet, ha sini la kejadian semua berlaku.

Jadi, suatu hari tu Pengetua sekolah aku buat pengumuman untuk para pelajar yang hendak menduduki UPSR. Kami semua akan diberikan kelas tambahan diwaktu malam, jadi dibahagikan ke 2 kumpulan, aku kelas 6 Cemerlang jadi aku dalam kumpulan A dan juga kelas 6A dan 6B. So, bermulanya kisah aku pada malam tu (pada hari Jumaat malam sebab esok tu Sabtu sekolah cuti). Mula-mula semuanya baik saja, malam yang dingin suasana ceria sebab tiga kelas dalam sebaris. Cikgu mula mengajar sekitar jam 8 malam, masa tu aku ingat kami belajar subject Science, dalam kelas aku duduk dibahagian belakang hujung sekali sebelah tingkap depan sikit dari pintu belakang kelas. Aku asyik nampak budak-budak kelas sebelah ulang alik ke tandas, dalam fikiran aku masa tu mesti dorang ni malas nak duduk dalam kelas sebab tu asyik keluar je.

Nak di jadikan cerita, start pukul 9 (lebih kurang) kawan aku si Heliza ajak aku teman dia pegi tandas. Aku pula rasa malas tapi apa kan daya cikgu minta lagi 2 orang pegi ikut teman dia, so aku ajak la kawan baik aku yang sorang lagi tu, si Bedah. Kami bertiga ni memang jenis bising, pantang duduk sekali je mesti ada la nyanyi, buat bising, gelak macam pontianak haha. Jadi masa on the way ke tandas tu kami terserempak dengan budak-budak perempuan kelas sebelah melepak kat tangga, time tu la dorang bagitau yang tandas bahagian atas semua ditutup. Tandas yang dibuka hanyalah tandas bawah sekali tepi kolam ikan.

Masa tu aku dah jadi malas sangat nak turun sebab kelas kami tingkat 3 paling atas dan paling hujung berdepan dengan tapak perhimpunan. Ah sudah, aku rasa macam nak balik ke kelas tiba-tiba si Heliza ni tepuk bahu aku “wey, jom je la pegi tandas aku dah tak tahan sangat ni. Satgi kot aku melabuh dekat tempat hang baru tau.” Aku terus mengeluh dan pandang Bedah, si Bedah ni memang suka nak merayau. Aku pun terpaksalah ikut, sampainya kami kat tandas bawah tu kawasan memang gelap. Yang terang pun cuma post guard je, kantin pun nampak seram padahal siang hari nampak cantik je. Masa kat tandas tu, si Bedah dengan Heliza je masuk dalam. Aku tunggu luar kat depan cermin, sambil tu aku pun betulkanlah tudung yang selekeh.

Tengah aku betulkan tudung, masa tu lah keronsang nak jatuh pun, aku tunduk nak kutip elok aku dah berdiri tegak depan cermin tu aku tersentap dan senyap kejap. Ada bayangan perempuan tak bertudung rambut paras bahu, macam budak umur 8-9 tahun, dia tunduk je. Aku terus pakai keronsang dan masih berdiam diri, aku tak tau nak jerit ke pengsan ke. Tapi yang aku tau, si budak berdua kat dalam tandas tu lama betul, aku dah mula rasa bulu roma aku mencacak. So aku Cuba untuk pandang pada ‘budak’ tu, aku tengok muka dia pucat gila. Jadi aku berpaling ke belakang tapi dia tak ada, bila aku paling depan cermin dia ada. Ah sudah, apa benda pula ni kenapa aku yang kena ganggu ni. Dalam hati aku berdoa dan insaf takkan gelak macam mengilai lagi, asalkan aku terselamat dari gangguan benda-benda ghaib ni.

Ini kali pertama aku nampak benda ghaib, aku dah mula rasa takut jadi aku buat-buat tak tau lepas tu pegi depan pintu tandas Heliza dan ketuk. “err Eja, hang dah sudah ka belum? Lambat lagi ka?” tapi tiada jawapan dari dia, senyap je. Aku tanya Bedah pula “Bedah, cepat la woi. Lama sangat dah hampa ni” si Bedah pun tak jawab. Ya Allah ujian apa ni, apasal dorang tak jawab aku, kurang ajar punya kawan. Jangan-jangan dorang ni yang nak kenakan aku, aku asyik gelabah sebab aku masih nampak benda tu ada depan cermin. Aku pun, apa lagi terajang pintu tandas dorang la sampai dorang keluar. “apasal lambat sangat ha?” aku naik berang. “ish aku berakkan, lagipun ustaz cakap tak elok berbual dan buat bising masa dalam tandas, nanti ada yang tak suka” Heliza mula ingatkan aku dengan pesan ustaz.

Aku baru teringat, masa masuk tandas tadi aku memang ada buat bising, gelak macam mengilai dan paling teruk aku cakap besar. Mungkin sebab tu kot benda ni tunjuk diri dia dekat aku, aku rasa menyesal sebab buat perangai macam tu. “Woi Iz, tercegat apa lagi? Jom masuk kelas, satgi pukul 9:45 dah nak balik.” Bedah menepuk bahu aku dan tepukkan itu membuat aku tersedar. Dorang dua tengok Aku pelik macam aku kena sampuk, padahal aku cuma terkejut dengan kejadian tadi. Aku nak cerita kat dorang ni tapi dorang ni lagi penakut dari aku. Jadi aku hanya berdiamkan diri sampai la kami lalu depan ‘mini zoo’ tiba-tiba si Heliza tersentap dan terdiam. “hang pasaipa? Jalan la cepat, aku qimbok satgi kot” si Bedah mula rasa berang dengan tadi aku tiba-tiba macam tu dan sekarang Heliza pula.

“Tak.. Aku.. Takkan hampa tak nampak.. ” Heliza Cuba tunjuk arah ‘mini zoo’ sambil tangannya bergetar. Aku pelik dan Cuba melihat ke arah jari telunjuknya, alangkah terkejutnya aku dan Bedah bila apa yang kami nampak adalah burung Merak yang cantik tu sedang dimakan sesuatu hitam yang besar, kelihatan seperti gorilla atau beruang. Ah sudah apa pula ni, hati aku mula rasa nak meletup dan masa tu lah si Bedah dengan Heliza terus menjerit dan meracau. Aku gelabah tak tau nak buat apa, aku pandang benda tu matanya merah dan Gigi taringnya panjang hingga ke dada, sangat mengerikan dan aku perasan yang tiada apa berlaku pada Aku. Mungkin sebab aku pakai minyak kasturi hitam yang dibaca ayat suci kot (mak abah aku pesan suruh pakai). Aku tak semena-mena terus tertumbuk muka Heliza sebab dia rentap tudung aku, hidung dia berdarah lepas tu dia gelak dan terus berlari. Si Bedah pula tiba-tiba lompat atas meja batu tepi ‘mini zoo’ dan mengilai. Masa tu turun la budak-budak kelas sebelah yang melepak tadi, dorang tanya aku kenapa Dan aku ok ke tak. Aku bagitau la apa yang berlaku tadi, dorang terus lari naik panggil semua cikgu yang ada.

Budak lelaki dan pak cik guard pula disuruh cari si Heliza yang lari entah ke mana, time tu aku sangat terkejut membuatkan aku terdiam dalam ketakutan. Cikgu terus telefon Ustaz yang rumahnya berdekatan dengan sekolah. Bila ustaz sampai, terus baca-baca ayat suci sampai benda yang ganggu Bedah tu mula bercakap “budak-budak ini mengganggu aku, aku tidak suka akan kebingitan mereka.” benda tu cakap macam bahasa Baku, aku naik bengang sebab dia tuduh kami buat bising padahal time kami lalu situ kami diam je. “penipu! Bila pula aku kacau hang!” aku menjerit menjawab dan dia memandang aku dengan jelingan yang menyeramkan. “budak tidak sadar diri! Dikau telah menyeloroh menunding jari ke arah daku, lagi dikau Cuba berdalih”? Berbuat bingit dikawasan daku, kamu semua manusia bodoh!” benda tu mula marah dan cikgu menarik Aku membawa aku pegi jauh dari situ. Kawan-kawan kelas lain menyuruh aku mengambil wudhu dan Cuba tenangkan diri.

Akhirnya, Heliza pun ditemui di tepi kolam ikan sedang mencangkung dengan tudung entah ke mana, budak-budak lain bagitau aku yang semua dah selesai. Bedah dan Heliza pengsan selepas rawatan, aku diceramahi ustaz dan cikgu agar tidak berbuat perkara sebegitu lagi. Aku berjanji tidak akan menyeloroh dan berperangai kurang ajar atau bising lagi. Jadi semua dah selesai, dan hari sabtu tu kelas tambahan malam terus dibatalkan serta merta. Bermula dari kes tu la, tiada lagi kelas tambah lewat dari pukul 5:30 petang. Rupanya, tapak sekolah aku tu dulu tapak bendang lama atau semacam tu la, yang orang banyak pegi membuang benda-benda ghaib ni.

Jadi semua, ni pengalaman pertama aku diganggu dan dapat melihat benda-benda tu dan sampai sekarang aku masih boleh nampak. Cuma sekarang aku dah terbiasa dan sudah mula berani sedikit berbanding dulu, ada lagi kisah-kisah yang aku nak kongsikan dengan semua. Tapi hanya kalau ramai yang suka dengan kisah aku, aku akan mula menulis lagi perjalanan hidup aku yang di mana aku sering diganggu benda-benda tu, sampai kat tempat kerja pun pernah kena. Maaf la kalau kisah aku tak seram dan panjang lebar sangat. Moral of the story, jangan buat perangai tak senonoh macam aku, jangan cakap besar or mencabar. Hehe.. Sampai sini je dulu ya, sekian Assalamualaikum.

#izzayoi

hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

izzayoi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

5 thoughts on “Kelas Tambahan Malam”

  1. Cerita dh best tp bila bab nk ramai suka baru nak cerita lg dh xbest. No worries, ramai lg yg ada cerita best2 nk dikongsikan.

    Reply
  2. Kesian Heliza, tak pasal-pasal kene tumbuk. Jalan cerita menarik dan mudah faham. Key pointnya, jangan sesekali cakap besar.
    7/10

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.