Kelibat

assalammualaikum warga fiksyen shasha. Aku penulis sebuah kisah yang diberi nama Mendengar Cerita Hantu.  Alhamdulillah spm dah tamat. Tapi tak ada sebarang aktiviti membaling telur tepung dan menconteng baju berlaku pada aku.

Kali ini,  aku sertakan sekali gambarnya. Aku akan hantar di ruangan komen jika cerita ini dipublish oleh fiksyen shasha sebagai bukti kejadian yang berlaku.

Ceritanya macam ni,
Pada suatu malam waktu ni bulan 11. Aku tengah busy dengan spm aku. Pada malam tu, ibu mengarahkan aku untuk ke gerai makan bagi membeli  tomyam campur dek kerana ibu tak sempat nak masak. Selesai pakai tudung dan sarungkan cardigan bagi menutup lengan dan kepala, aku terus turun ke bawah. Alang-alang dah nak jalan, aku pun angkat sekali plastik sampah yang dah penuh tu untuk dibuang ke tong sampah.

Di bahagian belakang bangunan rumah aku ni ada sebuah kedai makan kecil. Dekat situ waktu malam memang ramai. Sebelum ke kedai makan, aku pergi buang sampah terlebih dahulu. Sampai di kedai makan tu aku pesan tomyam campur bungkus lalu aku minta diri untuk ke kedai hadapan membeli reload. Sewaktu aku berjalan ke kedai tu memang aku dapat rasa sedikit seram sejuk. apa tidaknya, belakang rumah yang ada hanya hutan. Aku endahkan sebab waktu tu memang tengah berangin pun. Lagi pula waktu malam ditambah lagi jalan ke kedai memang gelap. Bahaya untuk perempuan macam aku. Tapi sebab aku memang dah biasa berjalan berseorangan, maka aku redah saja. Nak kata tak takut, sememangnya aku takut. Setelah selesai hajat aku untuk beli reload tadi, aku pun balik semula ke gerai makan.  Dalam perjalanan pulang tu, aku dah raa agak seram dan bulu roma aku meremang. Aku mulai melangkah laju dan mata mula melilau sana sini. Di satu sudut yang agak suram, mata aku terperasan yang ada satu sosok perempuan berbadan agak tinggi dan bewarna hitam di dalam kepekatan malam yang hanya disinari cahaya dari lampu jalan yang hidup segan m**i tak mahu itu. Aku mulai rasa seram tapi aku kuatkan hati. Dalam hati tetap berharap agar apa yang aku nampak tu tidak datang menghampiriku.

Aku menoleh, curiga dan ingin tahu dengan apa yang aku nampak tadi.

“Hilang” bisik hatiku….

Tak ada apa-apa. aku cuba pujuk hatiku. Aku ambil bungkusan tomyam campurku dan balik semula ke rumah ikut tangga yang lain sebab aku dah mula rasa lain macam. Rasa takut yang melampau.

Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah aku baca ayat kursi lalu semasa makan aku membuka mulut menceritakan apa yang aku nampak pada ibu. Ibu hanya diam. Tapi aku tahu ibu percaya.  Lagi-lagi bab seperti ini dimana aku pernah terkena pada awal tahun. Ibu suruh aku terus makan dan mandi. Ibu sempat nasihatkan aku baca ayar kursi sebanyak yang boleh dan sebut nama Allah sampai aku terlena.

Pada petang keesokan harinya. Ibu aku balik dari pada majlis ahli mesyuarat tingkap aka perhimpunan makcik-makcik menceritakan hal ehwal politik dan isu semasa. Ibu beritahu pada aku yang ibu ada ceritakan apa yang aku nampak pada makcik-makcik disana. Lalu salah seorang makcik tu beritahu yang pada malam yang sama juga ada seorang lelaki iaitu jiran aku yang tinggal ditangkat atas nampak benda yang sama. Lelaki tu sempat mengambil gambar. Dan bila aku tengok… benda tu memang benda yang sama dengan apa yang aku lihat. Aku masih simpan gambar tu. Aku akan tunjukkan sebaik sahaja cerita ini dipublish.

Sekian dan terimah kasih.

Ryka

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “Kelibat”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.