Kelibat

Assalamualaikum ahli grup semua.
Pertama sekali terima kasih Admin sebab menyediakan platform penulisan di sini. Aku di sini ialah saya iaitu penulis sendiri. Saya gantikan perkataan saya kepada aku sebab lebih selesa sikit nak bercerita. Maaflah jika gaya penulisan tak berapa menarik sebab tak biasa menulis selalu bercerita mulut sahaja. Ok saya mulakan ya.

Cerita ni dah lama aku simpan, berlaku dalam tahun 2010. Masa tu aku mula-mula dapat posting sebagai seorang guru di sebuah sekolah di salah satu negeri kat Malaysia ni. Aku sengaja tak bagi detail sebab tak nak bagi guru yang duduk situ sekarang takut.

Ok sebagai permulaan cerita, aku ditugaskan di sekolah tu bermula tahun 2009. Lokasi sekolah tu berada di tengah sebuah pulau. Masyarakat situ semuanya baik-baik dan peramah. Jadi sebagai guru baru, aku diberi tinggal di kuarters oleh pentadbir. Kata mereka terdapat enam bangunan kuarters kat sekolah tu. Lima kuarters yang lain tu dihuni oleh guru yang berkeluarga. Ada juga guru-guru yang tinggal di rumah sewa di luar kawasan sekolah. Ok sebelum tu, aku nak jelaskan bahawa kami guru-guru kena duduk di pulau tu dan tidak berulang-alik dari darat. Ini disebabkan jarak perjalanan menggunakan bot dari jeti darat ke pulau tersebut memakan masa sejam lebih. Jadi tak sempat la kami guru nak berulang alik setiap hari. Jadi, seminggu atau dua minggu sekali barulah kami akan keluar ke bandar untuk mencari bekalan makanan dan lauk pauk. Hari minggulah juga peluang kami untuk menelefon ahli keluarga disebabkan hampir tiada liputan telefon di pulau tersebut. Tapi ada lah sesetengah tempat di pulau tersebut yang ada liputan telefon itu pun cuma satu atau dua bar je. Kadang-kadang aku pergi gak ‘cari port’ liputan telefon tapi tidak lah sampai tiap hari.

Kuarters yang aku dapat tu keseluruhannya buatan kayu dan tidaklah besar mana. Aku tak kisah lah sebab masa tu aku masih bujang. Pada mulanya, aku agak sunyi dan rasa semacam sebab baru nak biasa-biasa kan. Nasib baiklah ada dua orang guru senior selalu datang berbual-bual dengan aku. Diorang pun asal dari semenanjung macam aku juga. Dua orang guru ni lah yang tolong aku membersihkan kuarters yang aku duduk ni. Biasalah rumah lama tinggal kan kena lah basuh dan mop. Sawang pun bertempek kat siling nak kena buang. Sebab guru yang sebelumnya dapat pindah jadi lama jugaklah kuarters ni kosong dan banyak habuk dan sawang.

Untuk makluman korang kuarters tu ada tiga bilik dan aku duduk di bilik yang hujung sekali sebelum ke ruang dapur. Tujuan aku pilih bilik tu bukan apa, sonang nak ke tandas lah memalam. Tandas ada kat sebelah dapur tu. Jadi dekat jelah dengan bilik aku haha. Yelah kan, kalau semakin dekat kita dengan destinasi kita tu semakin kuranglah risiko nak jumpa apa-apa kan. Itulah yang bermain dalam kepala otak aku masa tu.

Dua buah bilik yang kosong ‘tak berpenghuni’ tu aku tutup pintunya. Entahlah rasa tak sedap pulak aku kalau biarkan pintu ternganga je. Macam rasa diperhatikan je pulak. Aku buat-buat tak tahu dan malas nak semakkan kepala aku. Bagi aku, aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku hokay. Jadi aku tutup je pintunya.

Ok dipendekkan cerita duduklah aku kat kuarters tu dari hari membawak ke minggu. Minggu membawak ke bulan. Tup tup pejam celik sampailah setahun. Masuk tahun kedua tu sekolah aku menerima kemasukan guru baru. Dua orang beb. Dua-dua lelaki. Masuk selang dua bulan. Aku pun apa lagi suka ya amat lah. Ada geng lah aku lepas ni sebab hanya kuarters aku yang masih ada bilik kosong.

Lepas melaporkan diri di pejabat sekolah, aku bawak kawan yang baru ni masuk kuarters aku. Aku panggil dia M je kat sini. M ni asalnya dari semenanjung juga. Aku cakap kat dia ada dua bilik yang masih kosong. Lepas tengok-tengok, dia pilih nak bilik yang depan sekali. Bilik yang menghadap bangunan sekolah. Bilik dia lah paling dekat dengan pintu depan. Jadi, sekarang yang tinggal kosong cuma bilik yang tengah je lah. Maka duduklah kami dua orang kat kuarters tu.

Nak dijadikan cerita ada satu hujung minggu tu kawan ni, si M nak keluar ke bandar. Katanya untuk urusan penting nak diselesaikan. Maka keluarlah dia dengan dua orang guru lain. Aku pulak rasa malas nak keluar ke bandar masa hujung minggu tu. Jadi aku stay jela kat kuarters tu. Malam lepas solat isyak dan makan sekadarnya aku pun lepaklah main game sementara mengantuk. Dalam tengah layan mata mengantuk depan laptop tu aku dengar bunyi pintu ke ruang dapur tu tertutup. Nak kata angin tolak takde rasa angin, panas je. Aku pun intai lah dari tepi pintu bilik aku. Sedia untuk apa apa kemungkinanlah katakan. Senyap je. Aku pun sambung main game kat laptop. Lepas tu tiba-tiba aku dengar bunyi pintu tu bukak balik. Aku pun apa lagi tak tengok dah terus tutup pintu bilik. Lama jugak lah duk baca apa-apa yang patut baru lah lena. Esoknya kawan aku tu balik, tapi aku tak story la kat dia. Biar lah karang kalau aku citer dia takut pulak nak duk situ.

Selang dua bulan lepas tu masuk sorang lagi guru baru. Dia pun bujang dan duduk sekali lah kat kuarters aku tu. Aku panggil dia F. Jadi si F pun duduk lah kat bilik tengah tu. Bilik tengah tu aku rasa lain macam sikit. Suasana dia gelap walaupun ada tingkap. Mungkin sebab sebelah luar bilik tu ada pokok besar. Jadi aku dengan si M ni tolonglah si F kemaskan bilik tu. Tapi si F ni satu malam je dia tidur kat bilik tengah tu. Lepas tu dia tidur kat ruang tamu je. Entahlah dia kata lebih suka tidur kat ruang tamu. Aku jenis tak kisah dia nak tidur mana pun.

Dipendekkan lagi cerita, akhirnya sampailah hari yang ditunggu-tunggu. Hari jumaat, hari terakhir sebelum cuti akhir tahun. Kitorang apa lagi punyalah teruja nak balik kampung. Lepas balik sekolah hari jumaat tengahari tu siap terus kemas-kemas pakaian. Cuci apa yang patut kat dapur dan sebagainya. Yelah kan sebab esok pagi-pagi lagi nak naik bot ke darat dan ke lapangan terbang. Punyalah happy, start dari lepas asar sampai maghrib kitorang duk layan karaoke lagu-lagu kat laptop. Lepas satu lagu, main lagi lagu lain. Sampailah azan maghrib. Lepas mandi dan solat masing-masing semua duk buat hal sendiri kat bilik. Masa tu lebih kurang pukul 9. Si M duk kat bilik dia depan sekali. Si F keluar gi kedai runcit. Aku pulak tengah kira claim mengajar kelas tambahan. Cari punya cari kalkulator takde pulak. Aku pun nak pegi pinjamlah kalkulator kat si M. Masa tengah lalu depan pintu bilik si F tu dari bahagian tepi mata aku ni macam nampak sesuatu duduk mencangkung dekat sebelah beg pakaian kat bilik si F tu. Aku perasan benda makhluk tu warna hitam je. Serta merta meremang bulu tengkuk aku. Aku buat tak tahu, cepat-cepat aku jalan. Terus je masuk bilik si M. Aku pun mintak nak pinjam kalkulator dia. Dia pun kasi lah. Lepas tu aku cakap kat dia “M, aku ada nak cerita satu benda ni.” Dia cakap, ” Haa, cite la padia.” Aku senyap. Lepas tu aku cakap kat dia takpalah takde apa apa. Aku pun keluar bilik si M macam tu je. Lari laju-laju tak pandang pun bilik tengah tu. Haaa selamat aku kata dalam hati.

Tengah aku duk kira claim, datang lah si M ni kat bilik aku. Aku tengok muka dia lain macam. Ada unsur kecuakan di mukanya. Dia cakap slow je “weh, aku rasa aku tau hang nak cakap apa tadi kat aku.” Terus aku letak jari telunjuk aku kat mulut aku suruh dia senyap. Aku cakap pelan je kat dia ” kau pun perasan ke benda kat bilik tengah tu?” Dia cakap dia perasan masa lalu kat depan bilik tu untuk datang bilik aku. Kata si M dia datang nak tanya aku apa sebenarnya yang aku tak jadi cerita kat dia tadi. Aku pun malas cakap banyak bukak bacaan surah al Baqarah kat laptop. Si M dah tak berani masuk dalam bilik dia.

Masa aku dengan si M masing-masing melayan perasaan takut tu, balik lah si F. Aku dengan si M pun cakap dia mintak suruh dia mengucap dan baca ayat kursi. Alhamdulillah lulus bacaan siap dengan tajwid lagi haha. Kitorang pun cerita lah kat dia apa yang berlaku dari mula sampailah dia balik. Si F pun apa lagi tak berani lah nak masuk bilik dia. Jadi malam tu diorang berdua lepak dan tidur bilik aku jelah.

Pagi tu lepas solat subuh kami pun angkat beg pakaian semua pegilah ke jeti untuk naik bot ke jeti daratan. Bila dah sampai kat jeti daratan tu barulah si F ni bukak cerita. Dia kata ada sebab dia tak tidur kat bilik dia tu selama ni. Sebabnya masa tidur dia rasa macam diperhatikan. Satu lagi sebab masa dia tidur dia rasa sejuk. Tapi masa dia solat dia rasa panas je. Jadi dia memang syak kat bilik dia tu ada sesuatu lah.

Tapi akhirnya kami buat kesimpulan selepas post mortem peristiwa tu. Bahawa puncanya dari kami jugak, melalak berkaraoke tak ingat dunia. Sampai dah masuk waktu maghrib bagai. Itu yang makhluk tu triggered dan menonjolkan diri tu. Kami pun bertekad tak nak buat macam tu lagi lepas ni.

Bukak je sekolah lepas cuti sebulan kitorang pun kembali ke pulau tu. Masuk je kuarters kitorang baca yasin dan buat solat hajat mintak dijauhkan bala dan gangguan makhluk halus. Setiap kali lepas solat lima waktu kami baca quran. Alhamdulillah gangguan semakin berkurangan dan akhirnya takde. Sampailah kitorang seorang demi seorang dapat pindah mangajar di sekolah lain.

Itulah serba sedikit pegalaman aku dan kengkawan berhadapan dengan entiti mistik. Maaflah kalau tak seram bagi korang. Tapi bagi aku hanya yang mengalaminya akan tahu sendiri apa perasaan masa tu.
Sekian.
WMA

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

WM Azli

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

1 thought on “Kelibat”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.