Kelibat-Jalan Karak Lama

KELIBAT
#aiNaj
.
.
Jalan Karak lama, siapa sahaja yang tidak tahu kisah mistik dijalan itu. Jalan yang agak gelap dan sunyi menyebabkan tidak ramai orang yang berani lalu. Keadaan jalan Karak yang dipenuhi hutan kiri dan kanan dikatakan keras dan ramai yang menjadi mangsa ketika melalui kawasan itu.

Sesiapa sahaja yang melalui jalan itu pasti akan diganggu oleh kemunculan lembaga-lembaga aneh. Itulah yang terjadi kepada dua beradik ini yang ingin pulang ke kampung menjenguk kedua orang tuanya.

Waktu itu Isma dan Irna bercadang untuk pulang ke kampung kerana telah mendapat cuti yang panjang. Mereka bertolak dari rumah lebih kurang pukul 10 malam. Bergerak diwaktu malam agak sedikit tenang kerana tidak banyak kereta waktu itu….

Mereka memilih untuk melalui jalan karak lama tersebut. Irna adik Isma sudah melarang jangan ikut laluan itu kerana banyak cerita seram yang dia sudah dengar dari rakan-rakannya. Tetapi Isma berdegil, hendak juga guna jalan itu.

“Kau biar betul kak nak lalu jalan tu…dah la kita berdua aje ni…perempuan pulak tu.” kata Irna sedikit seram.

“Alah kau ni..penakut sangat…InshaAllah takde apelah…kalau kau takut sangat nanti kita pasang la cd surah Yassin.” balas Isma menenangkan adiknya.

“Kau ni terlebih berani lah pulak…aku betul-betul seram ni kak…ikut highway aje lah kak.” kata Irna lagi sambil menggosok-gosok lehernya.

“Aduh kau ni…sikit-sikit nak seram…chill lah…kalau ikut jalan lama ni dekat dah dengan rumah mak kita…jalan dekat ada buat apa nak ikut jalan jauh.” marah Isma apabila melihat adiknya yang penakut itu.

Pada mulanya perjalanan mereka sangat lancar, terdengar Isma menyanyi-nyanyi kecil sambil memandu. Namun, sampai sahaja diselekoh kedua Karak lama itu tiba-tiba radio yang didengar Isma dan Irna tertutup dengan sendiri.

Irna sudah menoleh kearah Isma dengan muka yang gelabah. Matanya memandang kiri dan kanan jalan. Berdebar pula hatinya melihat suasana yang gelap dan sunyi diluar. Hanya kereta mereka sahaja yang terlihat melalui kawasan tersebut.

“Ala radio ni…time ni la nak takde siarannya.” omel Isma sambil jarinya menukar-nukar siaran radio.

“Buka cd Yassin aje lah kak…sunyi la jalan ni…takut aku.” kata Irna pula. Isma memandang Irna dengan muka geram, pantas tangannya memasang cd Yassin.

“Penakut !” marah Isma kepada Irna.

Irna tidak mengendahkan kata-kata Isma, baginya lebih baik berjaga-jaga sebelum apa-apa terjadi. Irna cuba melelapkan matanya, tidak mahu dia melihat ke arah luar kerana tidak mahu ternampak apa-apa yang muncul nanti. Sedang Irna cuba untuk tidur tiba-tiba telinganya mendengar seperti orang berbisik.

“Tolonggg…tooolonggg saya.”

Tidak diendahkan Irna suara bisikan itu. Dia berfikir mungkin itu suara dari kakaknya yang ingin menyakat dirinya. Tetapi sekali lagi dia mendengar suara itu. Dia menggosok-gosok telinganya berkali-kali. Baru hendak terlelap matanya dia terdengar lagi suara halus itu.

“Tolonggg…tooolonggg saya.”

“Kau jangan main-main boleh tak kak ? Tengah-tengah hutan macam ni nak main bisik-bisik minta tolong pulak !” marah Irna kepada Isma sambil menampar lengan Isma.

“Apehal kau ni ? Bila masa pulak aku bisik minta tolong ? Tak dengar aku tengah baca surah Yassin ni !” tempik Isma pula, terkejut dia tiba-tiba sahaja Irna menampar lengannya.

Irna sudah menelan air liurnya. ‘Kalau bukan kak Isma yang bisik, suara siapa pula yang aku dengar’ katanya didalam hati. Sedang memikirkan hal itu tiba-tiba pula cd yang mengalunkan ayat-ayat suci terhenti. Isma dan Irna perpandangan sesama sendiri, Irna sudah merasa tidak sedap hati.

Mereka meneruskan juga perjalanan mereka dengan keadaan yang sunyi dan sepi didalam kereta. Isma memandu dengan tenang ketika itu, 20 minit kemudian Isma merasakan keretanya menjadi berat seperti mendaki bukit sahaja. Perlahan saja keretanya meluncur walaupun minyak sudah ditekan sehingga habis.

“Dah kenapa pulak kereta ni berat semacam…habis dah ni minyak akak tekan.” rungut Isma.

Irna yang mendiamkan diri sedari tadi sudah berpeluh-peluh menahan takut. Terkumat kamit mulutnya membaca surah yang diingatinya. Matanya masih liar memandang ke arah luar. Harapannya semoga ada kereta lain yang lalu ketika itu. Sedang leka memandang kiri dan kanan tiba-tiba mereka terdengar suara ketawa dan mengilai pula dari arah luar.

Isma dan Irna sudah menggigil ketakutan, kereta mereka masih bergerak perlahan. Mereka membaca ayatul Qursi sekuat hati didalam kereta dan serta merta suara hilaian tadi hilang. Hilang saja suara mengilai tadi, tanpa diduga enjin kereta mereka tiba-tiba seperti meragam. Sempat Isma membelok ke bahu jalan sebelum kereta mereka termati enjinnya.

Isma mengajak Irna keluar dari kereta untuk memeriksa enjin. Irna terpaksa akur mengikut arahan Isma walaupun dia berasa amat takut ketika itu. Bimbang pula dia jika apa-apa terjadi kepada kakaknya itu. Mereka kearah bonet kereta dan membukanya, enjin dilihat elok sahaja seperti tiada kerosakkan apa-apa.

Isma menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Kenapa enjin termati sedangkan tiada kerosakkan pada keretanya. Isma yang tidak puas hati dengan keadaan itu segera menyuruh adiknya mengambil lampu suluh didalam kereta, dia ingin memeriksa lagi sekali. Irna akur dan pergi mencari lampu suluh didalam kereta.

Sedang dia hendak mendapatkan Isma di depan kereta tiba-tiba dia ternampak satu kelibat seorang perempuan berdiri agak jauh dari kereta mereka. Terkaku dan tergamam Irna dibuatnya, lampu suluh terjatuh dari pegangannya. Terketar-ketar dia memanggil Isma untuk memberitahu apa yang telah dilihatnya.

“Kaakkk…kakkk Ismaaa.” panggilnya. Isma yang mendengar suara aneh adiknya segera mendapatkan Irna.

“Kau kenapa ni berdiri tegak macam ni…heii…heii Irna !” tanya Isma sambil menggoncang bahu Irna.

Irna tidak membalas, hanya jarinya sahaja diangkat dan menunujuk ke arah kelibat itu. Perlahan Isma menolehkan kepalanya, terlopong mulutnya melihat apa yang ditunjuk oleh Irna. Seorang wanita berdiri tegak memandang ke arah mereka berdua. Ditangannya terlihat sedang memegang seorang budak kecil yang berlumuran d***h. Mukanya hancur dan sebelah tangan budak itu sudah tiada.

Wajah wanita itu pula sudah rentung seperti terbakar, sebelah biji matanya sudah terjojol keluar dan mukanya dipenuhi d***h. Kulit dimuka, badan serta tangan menggelupas dan kemerahan seperti baru lepas terbakar. Isma dan Irna nampak jelas keadaan mereka kerana disuluh oleh lampu kereta yang masih menyala.

“Toolonggg…toolongggg saya.” wanita itu berkata dan melangkah setapak demi setapak sambil menyeret budak kecil yang ada ditangannya.

Isma dan Irna yang terkaku ketika itu terus tersedar apabila melihat wanita itu ingin menghampiri mereka. Cepat-cepat Isma menutup bonet depan kereta dan mengajak Irna masuk ke dalam kereta. Wanita yang terbakar itu semakin menghampiri mereka. Berulang kali enjin kereta cuba di hidupkan namun tetap juga tidak boleh.

“Cepat kak…cepattt !” arah Irna ketakutan. Dia sudah mengalirkan air matanya.

“Sabar lah…akak tengah cuba la ni…Ya Allah tolong lah hambamu ini.” balas Isma pula.

“Kak…dia nak dekat dah tu, Allah…cepat kak..cepat.” semakin kuat tangisan Irna saat wanita itu semakin hampir.

“Baca surah dik…kereta ni tak mahu hidup…cepat dik baca.” kata Isma, mereka berdua tidak mampu berbuat apa hanya menutup mata dan membaca surah yang diingati.

Lima minit mereka menutup mata, dengan sedikit keberanian Isma membuka matanya perlahan-lahan untuk melihat wanita terbakar tadi. Lega ! Wanita itu sudah tiada di depan keretanya. Dia mengurut-urut dadanya dan memanggil Irna yang masih menangis ketakutan ketika itu.

“Irna…dah…dah…benda tu takde dah.” pujuk Isma.

“Allah…benda apa tadi tu kak ?” soal Irna sambil mengelap air matanya.

“Entah lah akak pun tak pasti…mungkin dia m**i kemalangan kat kawasan sini tak…roh tak tenteram agaknya.” terang Isma.

Sedang mereka berbual dan cuba untuk menghidupkan enjin keretanya semula, tiba-tiba BUM ! budak kecil yang diseret wanita terbakar tadi jatuh betul-betul di depan cermin kereta mereka. Terkejut mereka berdua dibuatnya, dalam masa yang sama di cermin sebelah Isma duduk terlihat wanita terbakar tadi sedang mencakar-cakar cermin kereta mereka.

Kedua beradik itu sudah berpelukan dan menangis, mereka berharap akan ada kereta yang lalu dan membantu mereka. Mulut tidak henti-henti membaca surah dan berdoa pada Allah minta diberi bantuan. 15 saat mereka berpelukan, kelihatan cahaya lampu kereta dari arah bertentangan menghampiri mereka.

Sepasang suami isteri keluar dari kereta dan menghampiri Isma dan Irna. Setelah pasti yang pasangan itu adalah manusia, Isma dan Irna segera keluar dari kereta dan menceritakan apa yang terjadi. Apabila mendengar sahaja cerita mereka, si suami telah membantu mereka untuk menghidupkan enjin kereta.

Akhirnya kereta berjaya dihidupkan, Isma dan Irna mengucapkan terima kasih diatas bantuan yang pasangan itu berikan. Mereka berdua bersyukur sangat kerana Allah menghantar pertolongan buat mereka. Pasangan itu juga ingin meneruskan perjalanan mereka dan sempat berpesan kepada Isma dan Irna.

“Lain kali jangan lalu jalan ni waktu malam-malam begini…jalan ni memang keras…nak-nak pula kamu berdua perempuan…bahaya ikut jalan ni…banyak dah terjadi kemalangan disebabkan ternampak kelibat yang macam ni…kadang tu benda tu main melintas aje depan kereta kita.”

Isma dan Irna hanya mengangguk tanda faham. Hendak berpatah balik, mereka sudah jauh ke depan. Mahu atau tidak mereka harus meneruskan juga perjalanan mereka melalui jalan itu. Pemanduan di teruskan seperti biasa, tetapi Isma masih lagi merasakan yang keretanya masih berat. Seperti membawa muatan yang sangat berat.

Namun diteruskan juga perjalanannya, didalam hati dia berdoa supaya jangan lah keretanya berhenti lagi seperti tadi. Irna disebelah hanya mendiamkan diri dan cuba untuk melelapkan matanya. Makhluk tadi masih terbayang-bayang diruangan matanya.

Isma dan Irna berasa sedikit lega kerana sepanjang perjalanan mereka, ada beberapa buah biji kereta juga melalui kawasan itu. Tapi Isma berasa hairan mengapa setiap kali kereta yang lalu mereka akan memberi lampu besar kepada mereka. Bila berselisih pula mereka akan menunjukkan ke arah kerusi bahagian belakang. Rupa-rupanya tanpa mereka sedar ketika mereka masuk ke dalam kereta sebentar tadi ada makhluk lain yang mengekori mereka.

Isma cuba menoleh untuk melihat kerusi belakang ternyata tiada sesiapa di situ. Pelik Isma dibuatnya ketika itu dan tak semena-mena terbit satu bau yang sangat meloyakan tekak. Hampir termuntah Irna dibuatnya, berkali-kali dia cuba menahan dari termuntah. Dia memandang Isma yang ketika itu sudah menutup hidungnya dengan tudung.

“Apa yang busuk sangat ni kak ? Sakit kepala aku bau.” soal Irna.

“Entah lah…bau dari luar kot…dah la jangan cakap lagi…takut benda lain pulak muncul.” balas Isma.

Jam 4 pagi akhirnya mereka sampai di rumah orang tua mereka dengan bauan yang sangat busuk itu. Agak lewat mereka sampai akibat kereta yang dipandu Isma bergerak lambat. Disebabkan terlalu takut, turun saja dari kereta Isma dan Irna terus masuk ke dalam rumah tanpa memberi salam. Tergopoh-gopoh dua beradik itu berlari masuk membuatkan ibu dan ayah mereka merasa pelik.

Mereka berdua terus masuk ke dalam bilik tanpa mereka tahu, makhluk yang berada didalam kereta tadi telah mengekori mereka ke dalam bilik. Tidak sampai 3 minit berada didalam bilik terdengar Isma dan Irna menjerit-jerit sambil berlari keluar. Pucat muka dua beradik itu. Mereka memanggil ayah mereka, Haji Kadir untuk melihat didalam bilik.

“Ayahhh…ada nenek tua dalam bilik kakak.” jerit Isma. Dengan tenang Haji Kadir melangkah kearah bilik Isma dan Irna.

“Itulah lain kali sebelum masuk ke rumah beri salam dulu lepas tu cuci kaki dulu…bukan main terjah aje masuk.” marah Haji Kadir kepada dua orang anaknya itu.

“Masa kamu masuk tadi ayah dah perasan yang ada benda mengikut kamu balik…tu yang dekat dalam bilik kamu tu lah bendanya.” sambung Haji Kadir lagi.

Menggigil tubuh dua beradik itu mendapatkan ibu mereka. Haji Kadir masuk ke dalam bilik dan melihat ada seorang nenek tua yang berkedut seribu wajahnya serta bertongkat, bajunya kelihatan sangat lusuh dan busuk sedang berdiri dihujung sudut bilik. Rambutnya mengerbang seperti seorang nenek kebayan sahaja gayanya.

Dengan sedikit ilmu yang ada, Haji Kadir membaca beberapa surah dan merenjis-renjis air ke arah nenek tua tersebut supaya pergi dari rumahnya dan jangan menganggu mereka sekeluarga. Akhirnya nenek tua itu menghilang dari pandangan Haji Kadir melalui celahan dinding bilik anaknya.

Isma dan Irna terus bercerita tentang kejadian yang menimpa mereka sewaktu melalui jalan Karak lama tadi kepada ibu dan ayahnya. Haji Kadir berpesan kepada Isma dan Irna supaya jangan ikut jalan itu lagi jika mahu pulang ke kampung pada waktu malam.

“Makhluk-makhluk halus ini memang wujud dan suka mengganggu jika dia tahu yang kita ini lemah.” Pesan Haji Kadir.

Isma dan Irna mengangguk faham. Sejak dari kejadian itu mereka tidak lagi berani menggunakan jalan Karak lama atau pun pulang ke kampung pada waktu malam. Jika hendak pulang ke kampung mereka akan memilih waktu siang, serik dua beradik itu dengan kejadian yang menimpa mereka.

TAMAT…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Ain Najwa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 17 Average: 4.7]

4 thoughts on “Kelibat-Jalan Karak Lama”

  1. selalu lalu jalan tu, takde apa pun.

    “Sesiapa sahaja yang melalui jalan itu pasti akan diganggu oleh kemunculan lembaga-lembaga aneh. ” (kononnya)

    Reply
  2. “Sesiapa saja yg melalui jalan itu pasti akan diganggu…”
    Ayat tu mksud nye setiap org yg lalu akan diganggu
    Kalo betul la cmtu dh berduyun ghost hunter berkampung kt situ haha..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.