Kem

Hi semua readers FS, ni pertama kali aku share cerita aku. Selama ni just baca cerita korang, harap admin sudi lah publish cerita ni. Aku pun taknak intro panjang-panjang, okay siapa tak pernah pergi kem kan? Aku pasti mesti ada kem yang akan mengalami hal-hal mistik yang tidak diingini. Okay ni cerita tentang pengalaman kem sekolah masa aku form 3 empat tahun lepas selama 3 hari 2 malam.

Hari pertama kem kami smooth je, nak dijadikan cerita, hari kedua kami terpaksa dipindahkan ke tempat lain yang punca dia aku sendiri tak tahu. Dah la kena jalan kaki redah sungai dalam hutan sepanjang nak sampai ke tempat tu. Bayangkan sampai je, pacat penuh kaki weh. Aku rasa dalam sejam jugak la nak sampai.

Malam tu sepatutnya kami ada jungle tracking tapi terpaksa cancel sbb hujan. Bila patah balik dekat kem, aku perasan sorang kawan aku tak ada dekat situ. Jadi aku pun tanya Fasi dekat situ dia cakap Nad ( bkn nama sebenar ) ada dalam bilik dia. Aku pun pelik la kan tapi belum sempat nak tanya kami semua dah kena berkumpul ( pasal nad tu nak dekat last aku cerita apa jadi dekat dia )

Time berkumpul tu tak silap aku dalam 5 orang dari peserta kem duduk dekat depan barisan kami ( semua dh duduk ). Masing-masing muka pucat dan aku masih blur tak tahu apa jadi. Lepastu datang sorang lagi dalam keadaan nangis duduk dekat depan tu, orang terakhir tinggalkan tandas tak silap aku. Mulalah para fasi warning kami supaya kuatkan semangat, jangan overreact, jangan nangis dan jangan macam-macam laa. Dari situ aku dapat agak yang dorang ni mungkin kena kacau dengan benda tu. Pastu dalam 5 minit makin ramai nangis mungkin sebab takut dan lemah semangat, tak pasal-psal kena sound dengan fasi sbb yang nangis tu la senang benda tu nak kacau.

Entah kenapa aku yang lemah semangat mcm dorang tu tetiba jadi berani dan gatal mata nak cari benda tu dkt sekeliling. And guess what, aku ditakdirkan nampak benda yang aku cari . Aku rasa kak ponti la kot sebab ada dua ekor baju putih atas pokok sambil rambut tutup muka. Tapi taktau kenapa aku tak rasa takut, aku rasa biasa je . Aku rasa excited do sebab tak pernah nampak hantu walaupun aku ni penakut orangnya.

Okok lepastu dalam setengah jam mcm tu kot kami semua diarah amik apa yg patut dan kami semua disuruh duduk dekat dewan terbuka untuk tidur dekat situ sambil ada orang ikat tali then baca apa tah. Lepastu kami kena paksa tido awal and aktiviti yg dirancang terpaksa cancel since takut apa ii jadi. Malam tu aku mmg susah gila nak tido taktau kenapa, aku rasa nak sangat tengok benda tu dekat ii. Tapi last ii aku tertido jugak.

Nak dijadikan cerita, esoknya aku orang pertama bangun dan guess what benda tu betul-betul ada dekat hujung kaki aku tapi luar tali yang diikat dekat setiap penjuru dewan tu.  Benda tu rupa dia macam aku cakap tadi baju putih rambut kedepan tak nampak muka. Entah kenapa aku masih tak rasa takut walaupun benda tu betul-betul dekat dengan aku. mugkin sebab dia luar pagar tali tu kot, jadi dia takkan boleh sentuh aku.

Pagi tu feeling aku dah macam tak sedap like something gonna happen haritu. Kami balik dalam pukul 3 petang macam tu laa, sebelum balik tu fasi bagi balik fon semua orang sebab kami tak dibenarkan main fon sepanjang kem. Nak dijadikan cerita aku tak bagi fon aku jadi aku rilek la sebab tak payah kalut cari fon aku. Dalam bas pun aku tak main pun fon aku maklumlah syok sembang dengan kawan-kawan kan.

Bila balik tu first thing aku cari ialah fon aku. Tapi tak jumpa, satu beg kot aku cari dan aku rasa mustahil utk hilang sebab aku ikat fon aku dengan charger, so kalau jatuh ke apa mesti charger sekali jatuh, tapi charger ada dalam beg aku jadi masa tu aku dh cuak. Seminggu aku buat selamber tak main fon takut kantoi fon hilang dekat mak aku. Last-last kantoi jugak. Mak aku marah gila sebab aku tak bagi fon dekat fasi. Tapi entah kenapa aku rasa mcm fon aku bukan hilang sbb terjatuh tapi sebab lain.

Sebenarnya aku risau sebab fon aku tu ada macam-macam acc ig aku tak log out, ada wasap la gallery gambar aku selfie freehair la takut la kan kalau-kalau orang jahat yang amik fon aku. Dh dua tahun fon aku hilang aku pun dh reda dan dh beli fon baru.

Lepas sebulan fon aku hilang, kakak aku tanya, bila masa pulak aku on instagram, sebab time ni aku tak beli fon lagi. Aku pun tanya la kenapa pastu dia cakap dkt ig aku last active 5 minutes ago hahahaha aku masatu boleh doa je la mintak sapa yang jumpa fon aku tu tak buat apa-apa. Aku setuju nak tengok sama ada wasap aku active ke tak, punya lah terkejut aku sbb profile picture dah tukar, nak tahu gambar apa? Gambar adik aku time kecik weh, pastu aku tengok about wasap last update tahun 19++ berapa tah aku tak ingat. Time tu kami semua punya lah cuak sebab aku punya dp wasap sebelum fon hilang aku bubuh gambar lain. Kami satu family mmg ingat adik aku yang curi weh, punya lah struggle pasang perangkap dekat adik aku nak tgk betul ke dia yang ambik hahahah aduh kesiannya alahai.

Nak dijadikan cerita seminggu sebelum pkp aku ada balik rumah tok aku. Aku tengok cousin aku yang umur 2 tahun tengah main fon yang nampak macam dh rosak. Bila aku tengokk dekat-dekat YA ALLAH NI FON AKU WEH. Aku pun cepat-cepat bagitau mak ayah aku, tapi diorang cakap mungkin time pergi kem tu aku tak bawak pun fon, tapi tertinggal dekat kampung aku. Memang mustahil la sebab aku tak nyanyuk lagi dan aku mmg sure aq bawak fon tu pergi kem.

Lepastu, aku tanya tok aku dah berapa lama fon ni ada dekat sini, tok aku cakap dah lama dah, tapi taktau fon sapa tengok-tengok ada dalam laci tok aku. Yang tok aku pun boleh pulak dia senyap tak tanya sesapa pasal fon tu hahahah. Seram sejuk weh masa tu, memang takleh pikir apa dh. Aku mmg fikir fon aku hilang ni memang ada kaitan dengan benda tu. Fon tu siap ada simcard lagi tau, mmg nombor aku, elok semua cuma dah tak boleh on. Mmg macam tak logik bila dengar, tapi tulah hakikatnya. Fon aku hilang 2 tahun lepas dekat kem tengok-tengok ada dekat rumah tok aku.

Memang pelik dia tu sampai sekarang aku takleh brain macam mana boleh ada dekat rumah tok aku. Kesimpulannya , aku pun taktau apa kesimpulannya hahaha. Mungkin hantu tu yang amik fon aku sebab aku nak sangat tengok ‘dia’ dan dia rasa tercabar hahaha entahlah aku pun taktau.

Haa pasal nad tadi tu, sebenarnya sebelum jungle tracking tu, dia ada pergi tandas pastu masa dia keluar tandas dia ternampak sekumpulan laki jubah putih tengah rukuk macam solat tu tak jauh dari tandas. Mula-mula dia pelik je kenapa solat dekat situ, tapi bila tiba-tiba dorang lenyap…. tiba-tiba juga benda tadi depan muka dia tu yang dia cuak tu. Fasi jumpa dia tengah nangis dekat situ, katanya tak boleh bergerak sebab rasa ada something pegang kaki dia. Tu yang dia tak join jungle tracking haritu.

Yang ramai-ramai kena kacau haritu tu pulak sebab ada satu geng budak gedik ni entah apa dorang sembang dalam tandas tu sampai kena kunci dari luar takleh keluar, dalam 10 minit jugak la dorang jerit takde sapa dengar, pastu tiba-tiba ada orang ketuk salah satu pintu dalam tandas tu kuat-kuat macam nak pecah, tu yang masing-masing nangis sebab takut. Yang budak last keluar tandas tu dia jenis takde kawan, pergi mana-mana sorang-sorng  tu yang dia sorang-sorang nangis… last keluar dari tandas, dia nangis t…. sebab time dia tengah melabur dia dengar ada orang bagi salam luar pintu tandas dia sambil sebut nama dia. Memang taklah dia nak keluar, tu yang jadi orang last hahhahaha.

Sorry la cerita aku tak seram mana pun, aku tak reti la nak cerita bagi seram mcm mana. Walaupun tajuk cerita ni Kem tapi aku rasa cerita ni bukanlah pasal kem sangat hahaha. Okay, lepas aku jumpa fon aku dekat rumah tok aku tu macam-macam jadi dekat aku, bagi aku fikir dulu mcm mana nk bagi seram hehe. Thanks yg sudi baca cerita ni sampai habis. Ada masa jumpa lagi…Assalamualaikum

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Irdina

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

6 thoughts on “Kem”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.