Kem Hutan

Assalamualaikum semua. Nama aku Z. Aku pembaca setia fiksyen shasha ni. Tapi kali ini aku teringin hendak kongsikan cerita yang pernah aku alami semasa aku terlibat dalam unit beruniform zaman universiti dulu walaupun tidak seseram mana. Setiap tahun akan ada kem yang akan dianjurkan.

Makhluk Tepi Tandas

Kisah ini terjadi sewaktu aku dan rakan-rakan menghadiri kem hutan di suatu kem yang tidak dapat dinyatakan tempatnya. Kami semua dikehendaki menginap di dalam khemah. Sebelum itu, aku ceritakan serba sedikit kedudukan kem kami. Di depan khemah skuad perempuan merupakan tempat solat perempuan untuk kami dibuat menggunakan plastik putih yang mengelilingi batang pokok berbentuk bulatan dan beratapkan pokok-pokok hutan yang tinggi. Di hadapan tempat solat pula merupakan pondok penyelia dan tempat rehat jurulatih. Manakala tandas perempuan di tepi pondok tersebut dan hutan tebal dibelakang tandas.

Baiklah, cerita ini dimulakan sewaktu aku dan dua lagi rakan sekhemah ( Ain dan Bie ) bertugas sebagai sentri. Giliran kami bermula pukul 2 pagi kalau aku tidak salah pada hari tersebut.

Kami bertiga bertugas macam biasa berkawal keliling khemah rakan-rakan yang lain. Ada masanya kami bergilir duduk dan buat air nescafe bagi menghilangkan mengantuk masing-masing. Sedang aku dan Ain berjalan menghadap tandas, aku perasan ada ‘orang’ sedang berbaring di atas buaian yang biasanya askar guna bila masuk hutan. Buaian itu jurulatih kami yang pasang sebagai tempat rehat. Tapi fizikal ‘orang’ itu aku tidak nampak dengan jelas sebabnya keadaan gelap ketika itu. Hanya disinari sedikit cahaya dari pondok penyelia. Dalam hati aku mungkin jurulatih sedang rehat sambil teman kami bertugas.

Aku cuba cuit Ain untuk bagitau tentang ‘orang’ yang aku nampak tadi, tapi aku perasan yang Ain ni mukanya dah pucat dan dia cepat-cepat berpaling menghadap khemah kami. Aku tanya dia kenapa pucat tapi dia cakap tiada apa-apa. Sejuk katanya. Aku merasa tidak sedap hati dan tengkuk merasa meremang ketika itu.Aku tahu mesti si Ain ini ada nampak sesuatu.

Dalam rasa meremang tadi, aku sempat tengok buaian tadi. ‘Orang’nya dah hilang.Cepat-cepat aku ajak si Ain ke tempat khemah. Bie ketika itu sedang fokus dengan air nescafenya. Aku dan Ain hanya diamkan perkara tadi dari Bie. Bie kami tahu, penakut yang amat orangnya.

Keesokan harinya aku tanya Ain pa yang dia nampak pagi tadi. Dia bagitau yang dia ternampak makhluk yang menyerupai askar zaman dahulu berdasarkan pakaian yang dipakai. Makhluk tersebut berdiri tegak sambil pegang senapang di tepi tandas perempuan. Mukanya biru dan terdapat kesan cakaran dalam di seluruh mukanya. Ain dapat nyatakan semua itu kerana lampu di dalam tandas menyinari sampai luar tandas. Ain cepat-cepat berpaling kerana makhluk tersebut mengerling seolah perasan yang dia ini boleh nampak Aku juga bertanyakan pasal ‘orang’ di buaian tu, Ain bagitahu yang dia tidak ada nampak sesiapa pun di buaian tersebut. Haa sudah, siapa pula yang baring di buaian pagi tadi.

Tragedi Dahan Patah

Kejadian kali ini adalah pada hari ketiga kem(kalau tidak silap sebab kejadian dah lama). Kami skuad perempuan perlu solat di tempat yang telah disediakan. Waktu itu kami terpaksa solat asar lewat disebabkan aktiviti yang padat.

Aku solat dulu kerana kami bergilir-gilir jaga barangan di dalam khemah. Tiba giliran Ain solat, waktu itu angin bertiup agak kuat menandakan hari hendak hujan. Tiba-tiba, dahan pokok sebesar peha dewasa jatuh di tempat solat dan menimpa Ain. Kami semua terkejut dan bergegas mendapatkannya. Ain mengaduh kesakitan dan kami usung dia ke tempat ppenyelia.

Jurulatih berusaha menenangkan Ain yang masih terkejut. Kami risau jika dia mengalami pendarahan yang teruk kerana dahan yang jatuh tadi boleh tahan besar nya. Tapi tidak ada d***h pun di sekitar Ain. Jurulatih kami selak baju Ain dan kami dapati belakang badan sebelah kanannya ada kesan calar yang panjang. Jurulatih kami berpendapat kesan tersebut disebabkan hujung dahan patah yang menimpanhya tadi.

Pada fikiran aku, kalau disebabkan hujung dahan tadi, baju si A mesti ada kesan koyak. Tapi baju yang dipakai si A tidak terkoyak sedikit pun. Kesan calar tersebut seolah olah kesan cakaran kuku tajam.

Ain enggan balik ke rumah walaupun jurulatih bagi kebenaran balik. Katanya sakit tersebut makin berkurang setelah disapu ubat. Tambahnya lagi dia rasa rugi tinggalkan kem yang mengandungi aktiviti yang menarik setiap hari.

Hari terakhir kem, ada salah seorang skuad lelaki menceritakan bahawa dia ada ternampak  pontianak terbang dan bertenggek di dahan pokok sebelum dahan tersebut jatuh dan menimpa Ain. Betul atau tidak ceritanya wallahualam.

Sekian sahaja cerita yang aku ingin kongsikan kali ini.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Z

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.