Kematian

Assalamualaikum warga FS.. Aku Yaya nak berkongsikan lagi cerita aku dekat sini .. Actually aku ada kongikan pengalaman seram aku (gelang loceng) haritu tapi tak dipublishkan lagi.. Aku sebenarnya gatal tangan nak kongsikan lagi kisah aku dekat sini . So tanpa membuang masa aku nak mulakan cerita aku..

Kisah dia bermula waktu aku dalam peringkat diploma tahun lepas and waktu tu waktu cuti sem. Aku cuti sem selama sebulan. Sebenarnya ini bukan lah kisah seram .. cuma aku rasa nak berkongsikan apa aku rasa masa dulu. Aku ni sebenarnya tak ada lah baik mana . Solat tu aku jarang buat .. kalau nak buat , aku buat lah . kalau aku malas, memang tak buat. ikut mood macam tu.. Aku dah terbiasa macam ni dari kecil sampai lah sekarang.. Aku suka je dengar ceramah , dengar surah2 yang orang selalu taranum tu , macam macam lah. Tapi aku insaf tu cuma sekejap je. Aku cuba untuk solat tapi pada mulanya sahaja.. kemudian aku malas balik nak solat.

Satu harini, aku tidur lewat dalam pukul 1, 2 macam tu. Lepastu aku main lah fb sambil-sambil tunggu mata ni ngantuk and aku scroll punya scroll, aku nampak satu artikel ni tajuk dia “TANDA TANDA KEMATIAN YANG ORANG TAK TAHU”. Aku tak tahulah kenapa tangan aku ni gatal sangat nak bukak artikel tu and then lepastu aku baca dari atas sampai bawah. Aku taktahu lah korang ada baca ke tak artikel tu kalau tengah main fb .. Aku rasa mesti ada kan korang terbaca ke apa ke kan ? Masa aku baca tu aku dah start rasa badan aku lain macam. Macam terasa je tanda-tanda kematian tu dekat aku. Dekat pusat lah, dekat kepala lah, semua tempat lah aku rasa . Lepastu aku dah tak boleh tidur. Aku asyik terfikir je apa aku baca tadi tu. Lepastu aku fikir ada tak aku rasa benda-benda tu sebelum ni? Kiranya aku jadi takut m**i lah. Aku jadi macam takut semacam je lepas baca artikel tu..

Keesokan harinya, benda yang aku rasa sejak malam tadi tu still ada. Aku jadi susah hati, semua benda aku buat, semua tak jadi sebab aku asyik fikir pasal tanda-tanda kematian tu je . Bila kepala aku tiba-tiba sakit, aku mula lah fikir “eh aku ni nak m**i ke “. Dalam keadaan macam tu pun aku still tak buat apa apa untuk melegakan hati aku. Aku pendam je rasa ni sebab aku tak tahu lah kenapa aku nak pendam. Malam tu aku cuba lah nak share cerita ni dekat tunang aku. Akucerita lah yang aku tidur lambat then baca cerita tu apa semua. Lepastu tunang aku bagi lah advice yang benda ni semua orang rasa.. dia suruh aku jangan fikirkan sangat apa semua.. Tapi nasihat dia langsung tak berguna bagi aku . Aku cuba untuk hadam and take it positif kan yang Allah tu nak jentik hati aku ni.. Tapi rasa tu makin lama makin kuat . Makin lama aku jadi takut . Yang aku fikir , AKU TAKNAK M**I LAGI.

Aku jadi takut tidur, takut duduk sorang-sorang.. Bila aku sorang-sorang, rasa tu makin lama makin menjadi-jadi sampaikan satu badan aku ni rasa bergerak-gerak. Setiap hari sama je aku rasa. Setiap masa setiap jam setiap minit setiap ssat rasa takut tu tetap ada. Rasa macam dah sebati dalam diri aku. Aku rasa aku tak bersedia lagi nak hadapi m**i.

Satu malam ni, mak aku ada meeting dengan kawan2 dia. Ayah aku pula lepak dengan kawan2 dia . Kakak aku kerja balik lambat.. So tinggal aku sorang-sorang dekat rumah. Waktu tu aku rasa nak ikut mak aku je tapi dalam masa yang sama aku malas. So bila aku duduk sorang2 tu, satu badan aku rasa berdenyut-denyut. Kat tangan lah, kat kaki kat perut kat kepala semua lah . Lepastu aku jadi hilang kawalan . Aku menangis meraung mintak ampun kat Allah “Ya Allah aku taknak m**i lagi, jangan la siksa aku macam ni,, aku banyak dosa ya allah!” Aku nangis menjerit2 sebab masa aku nangis tu lagi kuat denyutan tu . Aku jadi takut sangat . Terketar-ketar tangan aku . Dalam tak sedar 1 jam aku berkelakuan macam tu. Tiba-tiba mak aku balik, dia ketuk pintu rumah . Aku cepat2 lap air mata aku then aku buka pintu . Mak aku masuk rumah dia nampak muka aku merah. Mak aku tanya “kau selsema ke ngah?”. Aku cakap tak . Tapi waktu tu aku bebetul tak boleh nak pendam lagi . Aku tengok muka mak aku , terus rasa sebak. Aku menangis juga depan mak aku . Teresak-esak. Mak aku pelik. “kau kenapa angah ?kenapa nangis ? ” .. “Ibu.. angah takut” aku terus menangis tanpa henti . Lepastu mak aku sedapkan hati aku, dia urut badan aku yang aku kata berdenyut tu ,, lepastu dia baca kan al-fatihah kat aku banyak kali , siap buatkan air yassin kat aku. Waktu tu aku rasa betul-betul terganggu . Aku betul2 tak boleh lari dari perasaan takut tu.

Perkara ni berterusan sampai 2 bulan .Ketakutan aku makin lama makin kuat . Aku tension. Setiap masa aku rasa tension rasa nak menangis .. Setiap weekend aku akan balik rumah sewa aku sebab aku kerja part time . So bila aku balik rumah sewa, aku jadi berjauhan dengan ibu. Sebelum ni ibu lah yang selalu tenangkan hati aku bila aku rasa takut. (nampak tak aku tak cari jalan lain?) .Bila aku tengah kerja, aku cuba untuk mensibukkan diri. Benda tu langsung takmahu bla dari kepala otak aku. Aku fikir pasal kematian tu sampai aku fikir benda yang tak patut aku fikir. Aku fikir, sebelum orang yang dah meninggal tu meninggal, apa yang dia rasa? Dia rasa tak apa aku rasa? lepastu aku fikir orang lain fikir tak apa aku rasa sekarang ni? Bila aku kerja, aku tengok guest aku ni yang perempuan ke yang lelaki ke mesti aku fikir diorang ni semua akan m**i kan ? Ha aku fikir macam tu. Lepastu aku tanya kawan-aku, aku cerita kat kawan aku apa yang dorang rasa kalau dorang baca artikel yang abactu semua . Semua kata takut . Semua takut m**i . Tapi yang aku tak puas hati , kenapa dorang tak takut macam mana takut aku sekarang ni ? aku fikir macam tu . Aku selalu fikir bila umur aku yang aku akan m**i . Padahal tu semua rahsia Allahkan ? Aku rasa aku fikir betul-betul dah melampaui batas . Kadang-kadang aku rasa aku dah gila . Aku terlalu fikir takut m**i tu sampai aku demam panas. Aku terlalu tension weh.

Mak , kawan2 dan tunang aku tak putus2 bagi aku sokongan . Aku rasa aku tak patut pun jadi macam ni hanya disebabkan artikel tu. Orang lain pun ada baca juga benda tu tapi takdelah sampai tension macam aku ni . Lepastu aku cuba solat, aku istiqamah, aku doa banyak2 semoga Allah bagi peluang untuk aku bertaubat.. Aku solat , aku mengaji dan aku baca doa2 yang khusus untuk merawat hati . Mak aku sampai tanya ustaz apa yang dah jadi dekat aku . Ustaz tu kata , aku jadi macam ni sebab aku terlalu takut dan terlalu banyak berfikir . Syaitan tu suka ganggu hati yang dalam ketakutan. Lepastu aku bersihkan diri aku, aku positif yang Allah nak bagi aku sedar yang m**i tu bila-bila masa je tak kira tua ke muda. Aku sedar selama ni aku lalai.

Sekarang, rasa tu masih ada . Tapi aku dah boleh kawal dengan keadaan yang lebih baik . Aku dah tak setakut dulu . Cuma sekarang aku tak boleh dengar apa apa cerita tentang kematian. Aku takut . Rupanya aku sedar yang penyakit takut m**i cintakan dunia ni penyakit wahan. Orang yang beriman kejarkan akhirat, tak akan sesekali menghidap penyakit wahan ni . Aku cuba beristiqamah , dekat kan diri kepada Allah supaya aku dapat hidayah yang lebih lagi untuk jadi seorang wanita solehah yang berjaya didunia dan diakhirat. Insya Allah, amin.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Yaya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

29 thoughts on “Kematian”

  1. thx for advice..unsur seram yg ad dlm ni is waktu ajal kita yg mnjadi rshsia Allah…berdakwah smbil berkarya…keep it up..nice cerita

    Reply
  2. Sama kes nga aku, firts kena kul 5 pgi.. idup merana setaun, dlm setaun tu mcm2 jumpa ustaz.. smpai takut nk kuar umah.. alhamdulillah skrg dh jdi org islam seperti mne yg dituntut.. sekian

    Reply
  3. dah apahal.
    cerita no pendek ja; satu hari aku baca artikel pasal m**i,pastu aku cuak,jadi insaf.

    psal tu ja boleh drag jadi karangan.pfft.

    penah tengok cita LUCY?
    cita dua jam, senang dia isap dadah jadi pendrive.

    snang ja,tpi buang masa nk crita pnjg2.

    Reply
  4. aku prnah rasa mcm ni,,,3 blan jgk la rasa smpai nk tidor pn takut,,tapi lpas brubat alhamdulillah lega dah cma skrg kdg2 rasa skit,, klau dlam sains pnyakit ni dpggil anxiety disoder,,apa2 pun anggp ja la ujian untk kita spaya mnjdi hmba yg lbih baik

    Reply
  5. Hmm.. cerita kaulah yang lain daripada cerita lain ..cerita lain cerita pasal hantu tapi kau cerita pasal m**i fuhhhh..berpeluh aku baca cerita kau ni ..Keep it up and solat always

    Ok,bye
    solatlah everytime

    Reply
  6. Lain kali jangan sebarang baca kalau semangat tak kuat…. Dah tahu ada masalah, mentally, pergi cari bantuan psychologist atau psychiatrist… Takda halangan nya pun….

    Reply
  7. Bagus ingat m**i…ingat m**i tanda2 org y bijak…itu juga tanda kita beriman dn bertaqwa kpd Allah..secara xlgsung amal pun trjaga..

    Reply
  8. Ad seorang tok guru beliau pernah ckp buat ape takut m**i? Lps m**i tu kita patut takut sbb kita ad dua pilihan neraka atau syurga. Jdi kita x spatutnye takut m**i dn lebihkan beramal atas dunia ni.

    Reply
  9. Allah nak sampaikan hidayah tu macam2 cara. Ini boleh kita jadikan tauladan sama.. Moga kita diakhiri dgn pengakhiran yg baik2..

    Reply
  10. Salam dik. Sebenarnya apa yang awak alami ni saya lalui sejak tahun 1997. Waktu tu saya baru kena histeria yang saya ingatkan kena sekali je rupanya berlarutan sehingga saya bernikah pada 2014. Saya sentiasa berada dalam ketakutan sehingga mendatangkan insomnia. Bila salah seorang adik saya cuba merawat gangguan pada saya, dia pun diganggu sekali dengan bisikan “kau dah nak m**i, kau dah nak m**i” sehingga dia berada dalam keadaan paranoid. Waktu tu baru saya sedar itu adalah gangguan sesuatu yang sengaja membuatkan hati saya kacau bilau.

    Alhamdulillah awak diberi teguran oleh Allah melalui gangguan itu. Saya seorang yang Alhamdulillah tidak tinggal solat, tapi ada je banyak benda lain yang mendatangkan dosa pada saya. Jadi mungkin itu cara Allah menegur. Move on with your life. Ajal maut, jodoh pertemuan itu Allah telah tentukan. Kita perbaiki diri, di samping meneruskan kehidupan kita. Insya Allah, semoga Allah permudahkan urusan awak.

    Reply
  11. Kira untung juga la ko Allah bagi hidayah, walaupun ko tension. Sengsara dunia tak seberat sengsara akhirat. Tu semua mungkin kifarah. Memang lagi beruntung la ko sbab kifarah tu menghapus dosa. Dosa2 ko yg lepas habis macm tu je. Moga terus jadi insan solehah.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.