Kembar Ular

Assalamualaikum. Kisah ini pernah aku coretkan pada fiksyen syasya tak silap aku dalam 4 atau 5 tahun yang lepas. Tapi tahun ini aku coretkan sekali lagi untuk mengisi masa lapang aku. Mungkin pembaca sudah lupa, jadi tidak mengapa, aku coretkan sekali lagi.

Bagi aku ini bukan lah cerita yang seram, tetapi lebih kepada cerita mistik & sedih. Cerita ini agak panjang jadi bacalah waktu pembaca “Free Time” ya. Sebab aku malas nak buat part 2 part 3 bagai.

Cerita ini tiada tolok tambah atau cerita olok-olok. Ini adalah cerita realiti yang diceritakan oleh ibu aku. Dari awal apa yang terjadi sehingga ke pengakhiran adalah benar belaka kerana perkara ini terjadi bkn pada orang lain tetapi pada keluarga ibu aku sendiri. Iaitu nenek aku.

Ibu aku anak kelahiran negeri Perak. Dan kisah ini terjadi di kampung di Perak ini. Pada awalnya, semua berjalan seperti biasa. Nenek aku disahkan mengandung oleh bidan, dan ibu aku & kakak kakak dia tak sabar utk menanti “adik” yang baru. Sehinggalah sampai satu hari ni, nenek aku ni pergi jumpa balik dgn bidan kg sebelah tu sebab nenek aku rasa badan makin lenguh & sengal.

Sebelum tu ibu kata, nenek ada bagitau tokwan aku yang nenek aku mimpi bersalin tapi ada 2 orang. Cuma 1 lagi tu rupa dia hitam & bersisik. Tokwan aku kata mungkin nenek aku penat sangat sampai mimpi bukan2. Yala, pi menoreh, buat kerja itu ini. Tokwan aku ni bawa teksi. Memang jarang sikit ada rumah kecuali cuti. Petang dekat2 senja baru smpai rumah. Jadi nenek aku iyakan jala.

Jadi nenek aku pi la jumpa bidan tu bagitau apa masalah, dan bidan tu pun periksa la nenek aku. Dia sentuh & urut urut pelan2 mula dekat perut, muka dia nmpak runsing kata nenek aku. Dan masa dia tgh urut2 perut tu, bidan tu cakap dkt nenek aku,

“Eh Zah mengandung kembar ni. Tp awal masa periksa perut Zah tu rasanya takda tanda2 nak mengandung kembar. Perut Zah pun kecil ja ni tak nmpak mcm ada kembar. Alhamdulillah la Zah, dapat kembar tu” Kata bidan si kampung sebelah tu. Masa ni nenek aku pun tak rasa apa. Cuma seronok la dapat anak kembar.

Lepas balik dari rumah bidan tu, nenek aku cerita la malam dekat semua yang dia mengandung kembar. Last minit bidan check dan dapat tau ada 2 isi. Teruja sampai takda hari la yang lain tu, tau pulak nak dapat kembar.

Ibu aku kata, dia sampai siap “plan” nak buli adik “kembar” dia tu bila dah besar. Haha. Ibu aku ni anak last, so memang nakal dia lain sikit. Jatuh telaga tu perkara biasa nenek aku kena hadap tiap2 bulan.

Hari berganti hari, sampai lah masa nenek aku melahirkan. Bidan yang sama juga sambut kelahiran “anak kembar” ini. Mulanya, yang pertama nenek aku teran dan selamat keluar seperti biasa. Yang kedua, bidan kata teran lagi dan nenek cuba tetapi tiada apa yang keluar.

Bidan nampak sedikit terkejut, sbb bila dia periksa, perut nenek aku dah kosong. Dah takda apa. Bukan kata nenek, yg menunggu dekat situ termasuk tokwan aku pun semua terkejut. Sebab bidan sendiri kata yang nenek mengandung kembar. Tapi bila hari bersalin, keluar sorang ja.

Masa ni, bidan tenangkan nenek aku termasuk Makcik Yah. Makcik Yah ni kawan baik nenek dan dia siap kata dekat nenek
“Ala bidan salah kot, rasanya seorang ja ada ni. Comel molek tu, Alhamdulillah Allah bagi hang rasa ada anak lagi” punya nak bagi nenek aku tenang.

Knpa tau? Maaf aku p****g sikit ya. Sebab Makcik Yah ni la yang ada dgn nenek aku masa nenek aku keguguran dulu. Masak utk nenek, bawa Al Quran baca kt nenek aku nenek aku dulu asyik menangis duduk kt bawah rumah, siang malam menangis. Tak pi menoreh dkt brp bulan sbb semangat dah hilang. Bukan 1 tapi 3 orang anak keguguran. Anak yg ke tiga tu paling sedih, dah lahir tapi meninggal. Air susu tumpah sedia2.

Jadi Makcik Yah ni la yang tengokkan nenek aku masa anak2 pergi sekolah. Bila jadi mcm ni, Makcik Yah ni memang main peranan sangat. Alhamdulillah nenek aku okey dan semua berjalan dengan lancar & nama diberi kpd adik ibu aku ni “Saleha”

Alhamdulillah Saleha membesar dengan baik. Tiap kali ibu aku balik sekolah, memang Saleha dicarinya dulu dari nasi. Petang bawa Saleha main basikal. Lepas tu buat Saleha menangis smpai kena marah dgn nenek. Begitulah rutin.

Sampai satu hari, nenek aku letak Saleha atas tangga rumah, mcm bangsal la kot. Nenek aku menyapu dekat bawah. Awal tu nenek dah dengar, Saleha mengekek @ gelak sorang2. Jadi nenek biar ja sebab mungkin Saleha diusik ibu aku. Tapi nenek tak dengar suara sapa2. Jadi nenek aku biar kan ja.

Lepas selesai semua, nenek naik nak ambil Saleha bawa masuk rumah, bagaikan nyawa hampir melayang bila ada seekor ular bersaiz sederhana, berwarna hitam, bersisik sedikit emas & biru ada atas riba Saleha! Muka Saleha & muka si ular tu saling menatap. Yang paling gerun, Saleha dah pegang ular tu sambil ketawa riang.

Nenek aku jerit sekuat hati panggil tokwan. Nak jadi cerita pulak, nasib tokwan cuti hari tu. Masa jd, par*ng ada dekat tangan tokwan sbb tokwan aku tengah tebas rumput2. Terus tokwan aku katok guna par*ng tu, sampai ular tu lembik dan di buang dekat sungai belakang rumah.

Masa tokwan aku buat mcm tu, Saleha dah mula menangis tapi tak teruk. Mungkin dia ingat mainan. Bila senja Saleha menangis sampai hilang suara. Dan sampai ke tengah malam pun, Saleha menangis mcm dia kena pukul. Nak kata kena patuk, tokwan dah bawa Saleha pergi klinik kampung petang tu dan memang tak ada kesan2 apa pun.

Benda ni berlarutan sampai beberapa hari. Mula mula semuanya ingat Saleha demam, sbb badan dia memang panas. Agaknya sebab tu dia menangis tak henti. Tapi bukan. Bagi ubat pun tak jalan. Tokwan aku terpaksa juga panggil Ustaz Din. Ustaz Din ni imam dekat kampung sini, pandai juga berubat, Ustaz Din dah cuba baca ayat2 khusus tapi tak jalan juga.

Sampai la Ustaz Din kenalkan tokwan aku dekat kawan dia. Tetapi bukan beragama islam. Orang yang tidak pernah dikenali dalam kampung tu. Dia orang Siam & menetap di Taiping. Berfasih melayu. Jauh tau dari Taiping nak ke kampung aku ni. Sangat jauh. Ustaz Din kata kita cuba ikhtiar cara lain sikit. Tapi bukan la kita nak menduakan Allah yang satu.

Masa Perubat Siam ni sampai kt rumah, ibu aku kata, Perubat Siam ni tak pegang, tak sentuh pun Saleha. Cuma dia tengok Saleha & mulut dia saja terkumat kamit. Saleha ada di tengah2 rumah tu, dan semua orang berada di kelilingi Saleha. Dan yang paling terkejut sekali, Perubat Siam tu cakap dekat tokwan & nenek aku mcm ni ;

“Anak kamu ini ada kembarnya, tetapi bukan lah seorang manusia, ia adalah seekor ular yang menumpang rahim isteri kamu yang dikurniakan oleh Tuhan. Apabila isteri kamu lahir, ular itu keluar secara ghaib yang tidak dapat dilihat dari mata kasar. Namun umurnya sama seperti anak kamu”

Dan nak tau tak apa Perubat Siam tu kata lagi?

“Kembar anak kamu ini sekarang, sedang merana kesakitan menunggu kematian sahaja. Apabila kembar sakit, maka salah seorang kembar lagi turut jua rasakan kesakitan. Dan pastinya kembar anak kamu itu pernah juga beberapa kali datang untuk melihat kembarnya ini”

Masa tu ibu aku kata, satu rumah meremang. Nenek aku dah menangis dari awal lagi. Lagi tak sedar, bila la yang si ular tu datang jenguk kembar dia. Entah2 dah pernah masuk rumah. Cuma masa tu semua orang ja tak sedar.

Perubat Siam tu kata, dia tau yang tokwan pukul si ular tu sampai separa nyawa, tapi dia kata bukan salah tokwan. Sebab tokwan tak tau tu kembar anak dia. Perubat Siam tu kata, tiada lagi perubatan yang mampu mengubat sakit Saleha ni melainkan, temukan balik Saleha & Kembarnya. Perubat Siam kata lg,

“Jaga lah anak kalian ini sementara masih berbaki sedikit peluang lagi kerana dia yakin Saleha juga tidak lama di atas dunia ini. Apapun berserah kpd TuhanMu dan mintalah kesembuhan untuk anak kalian ini”

Masa tu tokwan dah m**i akal. Sebab Perubat Siam tu kata setakat tu ja dia boleh tolong, sebab dari awal dia jejak kaki dekat rumah, dia nampak dari awal A to Z apa yang jadi melalui mata ghaib dia. Cuma dia tak dapat tolong kerana ini melibatkan antara nyawa manusia & binatang yang menumpang rahim seorang ibu.

Perawat Siam tu kata, dia boleh nak hidupkan ular tu balik, tapi dia takkan buat. Sebab dia hormat agama islam. Dia akan buat jika permintaan itu dari orang yang bukan islam shj. Dan dia taknak orang islam minta dia untuk buat benda yang mensyirikkan Tuhan. Dia sendiri cakap mcm tu ya.

Hari bersilih ganti, kulit Saleha makin jadi bersisik mcm seekor ular. Menangis tak henti. Badan Saleha lembik, sebijik sama mcm mana tokwan aku katok ular tu. Demam Saleha juga tak kebah. Bila angkat Saleha tu, dan mcm tkda tulang. Masa tu semua orang sedih tengok keadaan Saleha. Masa tu nenek memang sentiasa ada disisi Saleha.

Dan akhirnya Saleha pergi meninggalkan semua orang dalam keadaan menyayat hati. Ibu kata nenek cakap kt Saleha “Mak redha atas Saleha, Mak minta maaf, Mak halalkan susu mak dunia akhirat dekat Saleha, Saleha nk tinggalkan mak, mak redha. Tarik Mak cari mak dekat syurga nanti”

Tapi yang paling aku respek dalam cerita ni, adalah Makcik Yah & Ustaz Din. 2 orang ni la yang memainkan peranan penting pd nenek & tokwan aku. Makcik Yah berulang kali kata,

“Bukan salah hampa dua, benda ni takdir, terima la dgn hati terbuka, jangan salahkan diri kita” Berulang kali ibu aku kata dia dengar tiap kali Makcik Yah dtg rumah lps kejadian tu. Ustaz Din pulak selalu bg air penawar dekat tokwan & nenek aku semua minum.

Benda ni tak tersebar sampai merata kampung pun sbb Makcik Yah ni bukan kaki gosip atau makcik bawang. Dia sedaya upaya sorok supaya orang kampung lain tak pandang serong dekat nenek aku. Bila orang tanya knpa Saleha meninggal, Makcik Yah kata demam panas.

Ibu kata, sempat setahun lebih ja dia main2 basikal, usik arwah adik dia, dan ibu aku kata dia sangat rindukan Saleha. Cerita ni jugak, ibu aku kata sepupu2 aku pun taktau. Dia terpaksa luah dekat aku pun sebab dia rindu adik dia. Adik beradik aku yang lain pun taktahu pasal ni. Aku simpan rapi cerita ni

Aku harap takda komen yang kata cerita tipu la apa la ya. Kalau tipu takkan aku gigih nak menaip cerita panjang2 mcm ni. Apapun marilah sama sama kita panjatkan Al Fatihah kpd arwah Tokwan, arwah Nenek aku, serta arwah Makcik Yah & Ustaz Din. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah.

Rating Pembaca
[Total: 43 Average: 4.8]
Ana

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.