Hi semua, kisah ni dah lama, lebih kurang 10 tahun lepas masa aku menjalani PLKN di sebuah kem di Perlis. Di Perlis cuma ada 2 kem PLKN, so pandai-pandai la teka mana satu. Sebelum aku start cerita kisah aku ni, aku nak kongsi sedikit facts tentang aku. Aku ni memang jenis senang dengar dan senang nampak kelibat. Maksud aku bila dengar, aku akan dengar suara orang berbisik kat tepi telinga. Kalau nampak pulak, aku akan nampak bayang-bayang hitam bergerak sekali imbas je, tapi nasib baik bukan nampak bentuk benda tu seketul.
Pada tahun 2012, aku kena pergi jalani perkhidmatan PLKN, ada pengalaman pahit dan manis jugak la masa kat sini. Kem yang aku stay selama beberapa bulan ni agak terpencil, kalau parents aku nak datang melawat time weekend, agak jauh nak masuk dari jalan besar tu. Kawasan kem dikelilingi hutan, tak tebal sangat tapi still hutan, so ada vibe seram jugak.
Bulan pertama dan kedua aku kat sana, aku tak pernah nampak atau dengar benda pelik-pelik, kecuali ada dengar cerita dari dorm sebelah, ada orang kena kacau la, kena rasuk la, tapi bukan di dorm aku. Benda yang jadi kat aku ni agak mengejut jugak sebab aku tak jangka langsung aku akan kena teruk macam tu.
Biasanya lepas habis roll call malam, semua orang akan berkawad ikut pasukan masing-masing balik ke dorm untuk tidur. Tapi tak semua akan tidur terus, ada yang tengah lepak main gitar, makan snack tapi wajib tutup lampu, kalau tak nanti cikgu datang dan denda kami semua. Aku rasa malam tu dalam pukul 11 malam macam tu, aku tak tahan nak kencing, aku pergi toilet sorang-sorang. Kebetulan pulak time tu semua toilet full, ada orang tengah guna. Aku dah tak tahan nak kencing, aku pun gamble kencing kat tempat cubicle shower. Biasa la, lelaki, budak lagi, main pancut je kencing kat mana-mana asalkan orang tak nampak.
Mungkin time tu kot silap aku, kencing kat tempat yang tak sepatutnya. Lepas kencing, aku dah cuci semua, basuh muka terus balik dorm nak tidur. Sampai je kat katil aku, aku ambil handphone aku, pasang earphone nak dengar lagu sambil tidur. Oh ya, kebetulan esoknya tu weekend, so semua orang dapat handphone masing-masing. Time aku tidur tu, aku dah mula lelap, tapi aku tiba-tiba terjaga sebab aku dah rasa aku kena tindih, aku ni dah biasa kena tindih, so bila dah biasa, benda yang paling aku selalu buat, aku akan lawan sedaya upaya aku, time tu aku sedar aku dalam keadaan tidur terlentang, so aku lawan dengan cuba untuk mengiring ke kiri aku. Aku lawan dan lawan, akhirnya aku berjaya, okay, dah boleh mengiring, aku pun sambung tidur sambil lagu masih on play kat telinga aku.
Rupanya aku punya rasa lega tu sekejap je, entah macam mana, aku dapat rasa ada benda kat atas siling dan aku tiba-tiba tak boleh gerak, kena tindih lagi kali kedua, aku cuma mampu gerakkan anak mata aku je untuk tengok sekeliling, tengok di hujung-hujung mata aku. Bila aku mengiring ke kiri, mata kanan aku boleh nampak siling dorm kalau aku betul-betul gerakkan anak mata aku ke hujung kanan. Apa yang aku nampak ni, benda yang paling seram pernah jadi kat aku. Ada satu makhluk ni berbaju putih, kotor, ada kesan tanah, berambut panjang, dia macam melekat kat atas siling dorm tu.
Tiba-tiba benda tu perlahan-lahan turun menuju ke arah aku, jantung aku laju sangat masa tu, aku pejam mata sebab ketakutan. Bila aku buka mata untuk check, benda tu makin dekat dan dia dah duduk atas aku. Rambut dia sampai tutup muka aku, dia siap hembus nafas dia kat telinga aku dengan hembusan yang sangat marah, paling best aku siap dapat rasa ye badan dia tu atas aku. Sumpah masa ni aku takut gila, aku cuba mintak tolong kawan aku kat sebelah, tapi suara aku langsung tak keluar.
Bila kena tindih ni, nak bercakap tak boleh, nak bergerak pun tak boleh. Padahal, dah cuba sedaya upaya sampai badan rasa letih. Masa tu aku cuma cakap dalam hati, “tolong la jangan kacau aku, sudah la, jangan kacau aku!”. Aku cuma mampu pejam mata untuk hilangkan rasa takut, tapi benda tu masih hembus nafas dia kat telinga aku dengan lagu yang aku tengah dengar tu pun still on play ye.
Aku sampai maki hamun dalam hati mintak benda tu pergi. Tiba-tiba entah macam mana, aku dah boleh gerakkan kaki aku, gerakkan tangan aku dan aku pun terus bangun. Satu badan aku rasa kebas sangat-sangat. Bila aku duduk atas katil aku tu, aku nampak je kawan-kawan dalam dorm tu tengah berborak. Dalam hati aku, dorang ni tak nampak ke benda tu tadi atau aku sorang je yang nampak.
Itulah pengalaman seram aku masa aku kat PLKN di Perlis tu, sampai hari ni aku tak akan lupa sebab ni pengalaman kena tindih aku yang paling seram. terima kasih Fiksyen Shasha jika sudi kongsikan kisah ini.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI