Kenapa Aku?

KENAPA AKU?

Hi assalamualaikum, aku Ayu, terima kasih jika cerita aku ini disiarkan. Cerita ni tak tau la seram ka tak. Tapi bagi aku dan family yang mengalaminya memang agak seram.

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Handphone aku berdering. Memang jarang aku dapat panggilan handphone sebab aku tak banyak kawan. Tapi kali ni datangnya dari sepupu aku (kakak). Aku jawab panggilan tu terus dia kata “ayu tolong aku, aku kat kilang ni… tapi tiap kali aku kedip mata ada benda mai dok mintak nyawa aku… dia kata aku akan m**i.. aku akan m**i” aku jawab kat dia “hang jangan tunjuk yag hang lemah kak. Kalau dia dok kata lagi macam tu kat hang, hang kata aku tak takut dekat hang aku ada Allah, hang diciptakan oleh Allah aku pun diciptakan oleh Allah, dia yang berkuasa ambil nyawa aku bukan hang” aku cuba bagi semangat dekat dia. Setengah jam lepas tu dia call lagi “Ayu hang sorang ja boleh tolong aku, mai ambil aku.. mai ambil aku”. Aku suruh dia bersabar sampai habis shift kerja mlm dia tu.

Dalam pukul 3 pagi phone aku bunyi lagi, kali ni bukan dari sepupu aku tapi dari line leader dia. Dia suruh aku ambil sepupu aku sebab dia dah pengsan tak sedar diri. Aku call mak dia, aku ajak 2 orang sepupu lelaki ikut dan mak dia sekali. Sebab kalau aku sorang-sorang takut dia meracau dalam kereta memang aku tak dapat handle la, aku pun bukan berani sangat. sebab nak tolong sepupu ja. Jadi aku cakap dekat mak dia, aku ada bawak 2 yassin tapi aku simpan dalam dashboard jangan tunjuk dekat dia. Sebab aku dah rasa lain, macam ada benda nak jadi.

Sesampai kat kilang dia aku pun masuk jumpa guard suruh panggil dia keluar. Masa tu dia dah sedar. Mula-mula dalam kereta okay lagi. Dah 30 minit nak sampai rumah dia dah tanya aku mana aku nak bawak dia pergi. Aku cakap kita nak balik rumah. Dia suruh aku berhenti kebetulan tempat dia suruh berhenti tu dekat parit yang besar. Dia kata gelap tak ada jalan kat depan semua dinding. Aku tak ikut cakap dia, sebab itu bukan dia. Aku kata tak apa aku yang drive aku nampak jalan. Tiba-tiba dia kata perut dia sakit aku cakap nanti aku bawak pergi ke klinik. Dia dok senyum-senyum sambil pejam mata. Aku kata buka mata kakak jangan tutup. Sampai ja ke parit ke 2 dia suruh berhenti lagi.

Masa ni memang aku dah syak memang benda tu dh ada kat dia. Aku teruskan jugak perjalan sampai ke rumah. Sampai ke rumah aku dengar ada suara dalam bilik panggil nama aku. Aku tersentak lalu aku toleh ke bilik aku. Sepupu aku tanya aku sambil senyum dan jari dia start buat macam orang dulu-dulu menari inang tu “hang dengar ka dia panggil hang?” Aku buat bodoh je, nak elakkan benda tu tahu yang aku boleh dengar.
Mama aku suruh dia salin baju kotor yang dia pakai dari kilang tu. Aihhh makin lama makin rancak tangan dia dok menari sambil gentel2 rambut dia. Gelak tawa macam baby hek hek hek. Aku lari pergi kat belakang rumah suruh mama ambil air zamzam 1 gelas air biasa 1 gelas. Sambil aku bawak penyapu lidi. Dia start lagi mata dia pandang aku. Sumpah pandangan tu memang seram. Aku elak dari pandang mata dia Sekali bertentang mata aku dapat rasa yang jantung aku berdetak kuat dan laju.

Untuk hilangkan ketakutan tu, aku pegang ibu jari kaki dia. Aku tiada ilmu apa-apa cuma basics ja yang aku pernah tengok orang atau dalam TV. Fuhhh dia menjerit “sakit laaaahhhhh… jangan laaaaa” aku ambil penyapu lidi tadi aku pukul slow-slow kat kaki dan belakang dia. Aku buat suara tegas sikit “hang keluar!! hang siapa? dok buat apa kacau orang”. Tiba-tiba dia menangis suara budak-budak “aku sayang dia, aku nak jaga dia, aku kesian kat dia, dia selalu sedih” pap pap.. aku pukul perlahan dengan penyapu lidi tadi dekat kaki dia. “Keluar la dia tak mau kawan dengan hang pun. Dia tak suka kat hang”. “tak mau aku nak jaga dia hihi” dia gelak kononya bergurau kot sambil gentel-gentel rambut macam primadona dengan tiba-tiba jari pandai menyusun tari seolah penari diraja dulu kala.

“Nah minum air ni dulu” Aku bagi air biasa. Dia minum elok ja. Aku bagi air zam zam pulak, belum sampai ke mulut dia dah tanya air apa ni. Aku kata air yang sama, tengok cawan pun sama. Masuk ja ke mulut dia menggelupur dia menjerit “puiihhhh panas… panas…. hempa jangan buat aku macam ni. Aku panggil kawan-kawan aku satgi kot. Tu kat luar rumah ada ramai lagi tu”. Allahu… dia angkat geng la pulak. Aku tanya dia “hang tak takut ka dengan Allah hang dok kacau orang macam ni?”. Apa yang dia tau dia nak jaga sepupu aku ja.

Aku baca ayat khursi hembus kat dia lagi la dia marah.
Datang la pakcik aku dengan sepupu aku yang lain yang masih mamai. Sorang pun tak berani nak tenangkan kakak. Dah la aku perempuan. Aku pun takut jugak cuma buat-buat berani ja. Kami bincang apa nak buat dengan dia. Aku sembang dengan pakcik aku pasal dia, pakcik aku nnak ambil video tapi video tak dapat record, macam tak berfungsi. Pelik!. Lepas tu dia tenung aku sambil cakap “hempa sembang pasal aku ka?” walaupun agak jauh kami duduk dia boleh tahu. Lepas tu kami nak bawak dia pergi jumpa orang yang boleh tolong halau benda-benda ni. Dia macam tau pula, menangis-nangis macam bayi tak mau ikut. Aku cuba pujuk lagi, cakap nak bawak pergi jalan-jalan. Lastly dia nak ikut.

Sampainya kat rumah tu dia tak mau turun. Susah betul nak pujuk budak yang ada dalam badan dia ni. Finally kami berjaya bawak dia masuk. “Hempa bawak aku mai sini buat apa? Aku tak suka dia!” Dia tunjuk pakcik tu. Aku serahkan semua kat pakcik tu. Adik beradik yang lain masih kat dalam rumah tu. Aku duduk luar dengan pakcik aku. Sebab aku rasa lemah sangat. Bahu aku sakit sampai membongkok rasanya. Perut aku rasa memulas-mulas macam ombak dan petir. Aku pasang yassin.

Tiba-tiba aku dengar mama aku lari jerit panggil aku “Ayu… masuk… masuk cepat!” Aku dah gelabah takut benda tu dah apa-apakan kakak. Dah la bahu sakit perut memulas pulak tu. “Ha awat mama?” Aku tanya. Mama jawab “hang duduk dalam ja, jangan pi luar” aku pelik kenapa aku tak boleh keluar.

Tiba-tiba pakcik tu kata “dia nak sembang dengan hang”. Maksudnya benda yang dalam badan sepupu aku tu la. “Ha awat. Nak cakap apa?”. Dia start menangis lagi “aku nak pi kat hangggg….hang baik, hang suka tolong orang, ambil berat pasal orang, aku suka kat hang. tapi aku tak boleh… hang kuat.. hang selalu baca macam-macam sebelum makan, sebelum mandi, sebelum buat apa-apa hang baca macam-macam. Aku tak boleh pi kat hang huuu huuu” dia sambung menangis. Aishhh pelik pulak aku, apa ja yang aku baca sampai kuat betul pedinding aku. Yang aku tau aku selalu baca bismillah ja. Atau masa mandi aku selalu kata “Ya Allah kau haramkanlah jin dan syaitan menyentuh tubuhku dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, hapuskan dan alirkan mereka bersama air mandian yang mengalir dari tubuhku ini” itu ja pun, dan sebelum tidur aku akan baca ayat khursi sebagai pelindung, disebabkan aku mudah dengar atau rasa benda yang pelik-pelik ni.

Nak tahu tak sebab apa mama aku lari panggil aku masuk. Sebab sepupu aku bagi tau ada perempuan yang hanya berkepala mahukan aku. Sebab tu la kot bahu aku rasa berat dan perut memulas. Mama pula terus terkejut bila kakak mentioned pasal perempuan rambut kembang dan hanya berkepala. Terus mengingatkan mama waktu dia mengandungkan aku. Ya.. perempuan berambut kembang dan hanya berkepala merayu berulang kali supaya mama serahkan aku kat dia. Tapi bertubi-tubi mama menolak. Kata mama benda tu datang diantara alam nyata dan khayalan. Mama melahirkan aku selepas subuh sesudah mandi sebelum pergi kerja. Aku selamat dilahirkan dirumah. Tapi mama terlekat uri. Mama terpaksa dikejarkan ke hospital. Chance untuk hidup 50/50 sebab tenaga dah tak ada. Waktu arwah abah tunggu mama kat hospital. Datang seorang lelaki berjubah mintak aku dari arwah abah. Alhamdulillah abah tak bagi. Dan Alhamdulillah mama selamat keluarkan uri.

Berbalik pada kakak bila benda tu kata nak kan aku, aku dah naik angin aku dah marah-marah benda tu sambil menolak yang aku tak mahu dia “awat hang nak mai kat aku?. Tak dak orang lain lagi ka hang nak kacau?” aku menjerit sambil bergetar suaraku ketakutan bercampur marah. Dia diam sambil menangis teresak-esak. Dalam masa yang sama aku tengok muka mama jadi pucat, benda tu cuba nak masuk dalam badan mama. Mama terbaring atas lantai, sebab mama memang seorang yang lemah. Aku lari dapatkan mama, aku mintak izin isteri pakcik yang berubat tu bawakkan aku air paip 1 gelas. Aku selawat ke atas nabi dan aku baca ayat khursi. Aku tiup kat air tu. Bagi mama minum “ma jangan lemah… ingat Allah.. ma kena lawan” mama minum alhamdulillah mama okay lepas tu. Pakcik tu datang dekat aku dia kata “hang ni boleh berubat orang ni. Hang belajar ka?” Sumpah aku tak tahu apa-apa. Apa yang aku tau baca ayat khursi dengan selawat nabi ja. Sebab arwah tok pernah kata, kalau baca ayat khursi malaikat akan melindungi kita. Tu ja yang aku amalkan.

Jin kanak-kanak dalam badan sepupu aku ni tak ganas, tak serang orang cuma banyak main, biasa la budak kecik. Dia acah-acah nak keluar lepas tu berlakon macam dah keluar tapi sekali dia cakap “hehehe aku tipu ja aku tak keluar pun, aku nak jaga dia”. Benda tu berterusan sampai hampir seminggu atau lebih. Berubat merata akhirnya keluar jugak. Tapi masih aku tertanya-tanya kenapa benda tu nak datang dekat aku. Aku bersyukur berkat ayatul Khursi yang tok, mama, cikgu , ustaz dan ustazah suruh hafal masa kat sekolah dulu sangat-sangat berguna. Terima kasih kepada semua yang mengajar aku menghafal ayatul Khursi dan ayat2 suci yang lain.
Terima kasih jugak semua sebab sudi baca. Ayat aku tak tersusun sebab aku bukan seorang penulis. Menulis pun melalui memori. Ada banyak lagi kisah yang pernah aku alami. Kalau penulisan aku diterima insyallah yang lain akan menyusul. Sekian Assalamualaikum.
HM

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

HM

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4]

2 thoughts on “Kenapa Aku?”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.