Kenduri Pakngah Kg Baru.

Kenduri Pakngah Kg Baru.

Assalamualaikum semua, terima kasih admin kerana menyiarkan cerita aku. Aku doakan korang semua sentiasa di bawah lindungan Allah. Cerita aku kalini santai je, sebab tengah belek2 album lama teringat kisah aku adik beradik masa kecik. Kalau ada antara korang yang sebaya aku mesti korang dapat bayangkan suasana orang kawen dulu dulu….

Korang pernah perasan tak satu padang bola kat kg baru? Tapi sekarang dah meriah and ada org berlatih silat kalau tak silap kat area situ. Terang bederang dgn kedai makan. Ni cerita masa aku kecik2 dulu, masa hingus meleleh2 and lap pakai hujung baju. Masa adik nenek aku punye anak nak kawen kitorang panggil dia pakngah. Masa dulu masih rewang lg,takde catering. Macam korang tau adik beradik nenek aku ramai jadi yang membantu pon ramai la juga. Ada yang tido bergolek je kat lantai garaj kereta. Mmg sibuk masa tu. Meriah sgt kami anak2 memang main je la keje kami nak membantu apa pon tak boleh buat meyemak je kata orang tua. Masing2 ada kerja masing2, yang makcik2 bawang, yang pasang khemah, yang cuci pinggan yang di sewa dekat surau, yang siapkan pelamin, yang pasang meja kerusi, yang remaja2 lak siap kan bilik pengantin dan yang2 yang lain lah.

Depan selekoh umah nenek sedara aku ada surau, kami main kat area situ dari lepas maghrib sampai la ke malam, takde sapa nak halang, takde sapa nak marah. Kitorang dalam dunia sendiri main nyorok2 la main kejar2 baling selipar bola cop semua la kat situ yang girl2 pulak main patung kertas, main andam2, orang lain kawen kitorang pon sibuk juga nak main kawen2 tapi laki kitorang asyik kene cerai je sebab mak dia panggil makan pastu tukar laki lain lak hahahahaha yela sebab jalan tu dah ditutup bagi memudah kan proses kenduri jadi kami bebas berlari sana sini. Berhenti untuk makan je, pastu sambung balik. Dah macam monyet pon ada terjerit terlolong. Sambil2 kami main sambil tu juga kami dipantau oleh orang dewasa yang berborak. Sekali sekala nama kitorang di jerit ‘jgn lari jauh2 nanti atok tak nampak’!. Seronok kalau ada kenduri kawen sebab boleh main dengan sepupu2 sampai letih takde sapa nak ingat kan kami esok sekolah. Main sampai la malam lewat malam. Masa ni kitorang semua main polis entri (police and thieve) aku bongsu kan time tu of course la talipawau kau cop la banyak kali pon aku hidup memanjang sebab imuniti tu la takde sape nak kejar aku hareey betul.

Tengah aku dan abg2 main kejar2 tibe2 abg aku berhenti die terpaku kt satu rumah flat. Rumah tu hanya tingkat 2 je berpenghuni tingkat 3 takde penghuni. Aku cuit abg aku yg no 3 tu, ‘nape balang? (abg lang) sambil tengok mata abg aku terpacak je kt rumah flat tu. Lama aku tenung ‘ abg aku muncungkan mulut ‘tu apa tu? Kata dia sambil menghala ke rumah flat tu. Aku dan abg2 lain pon tenung la flat tu. Rupenye ada kain putih dekat atas bumbung flat tu. Berkibai2 lembut tapi empunya kain tak bergerak2. Kami semua bertukar menjadi baik secara automatic senyap sunyi macam orang kancing gigi. Abg aku yg sulong (along) ajak adik2 dan sepupu aku balik, kami jalan rapat2 macam tengah solat. Sebab terasa jauh je jalan nak menuju ke rumah nenek sedara aku ni. Padahal dekat je jarak dalam 150 meter. Sepupu aku mmg tak guna dia berlari tinggalkan kitorang. Padahal tadi bukan main jadi pendekar la, wrestling WWF la. Kitorang adik beradik tak lari sebab kalau lari nanti tak boleh sambung main, kene duduk diam2 dalam rumah.

Tengah kami jalan, tibe2 dengar bunyik berdentum atas sebuah kereta, kami semua menoleh. Kami nampak satu benda mencangkung kain nye lusuh bertanah2 rambut panjang berjurai menutupi muka. Kaki aku dah menggeletar. Korang pernah dengar tak bunyik anjing kalau penat yang keluarkan lidah tu. Mcm tu la bunyi dia. Along pon tarik kami perlahan mintak kami teruskan jalan. Tapi aku dah kaku kejung kat situ, seluar mula basah. Balang dgn bangteh tarik aku lg kuat2 sampai aku mula menapak satu2. Kakak aku je bersuara ‘janganlahh kacau kitorang, kitorang nak main je’ eh eh kakak aku ni dia ingat menatang tu kawan dia ke nak ckp manja2 mcm tu. Berbulu lak aku dengar. Macam korang tau kakak aku ni berani dr kecik. Kami cuba menapak satu2 sampai kene jerit dgn atok sedara aku. ‘BUDAK2 BALIK DAH PUKUL 1PG TAK BALIK LG!!’ jerit dia dari dalam umah. Terus kami semua berlari tak ckup tanah, dan masa tu la kami dgr suara mengilai mengekek2. Nyaring tp halus bunyi dia.

Papa aku pon dengar dia terus berlari arah kitorang, dia ckp kenapa?? Die tgok seluar aku dah basah. Dia tanya lagi jumpa apa? Kakak aku selamber je jawab ‘tadi jumpa hantu kat sana tu atas kereta maklong’. Papa aku pon dukung aku yang dah lencun dek terkencing. Masa tu tgn aku menggigil, aku nampak riak muka papa risau. Sebab aku antara terpaling penakut. Sebelum masuk rumah kami cuci kaki kat depan umah. Papa bilas badan kami semua takut nanti tak selesa tidur dan bg minum air yang dia dah bacakan ayat2 al quran bg kami semua tak hilang semangat. Masa tu aku bongsu la kan jadi manja lebih sikit. Papa aku pg dpt kan ibu dan cerita apa yang jadi. Muka ibu pon pucat lesi takut la anak2 dia jadi pape. Tp kitorang rilex je la masa tu. Sebab tidur ramai2 kan apa ada hal. Cewah berlagak. Ibu aku pon siap2kan tempat tidur untuk kami semua di ruang tamu dekat dengan dapur. Lepas je siap, kami semua berebut tempat tidur, aku mcm biasa rapat kt dinding sebelah aku kakak aku pastu selang dua bantal abg2 aku. Dua bantal tu utk ibu dgn papa nanti tidur.

Aku sekejapan dah lelap, tapi terjaga pukuL 3.30pg macamtu telinga aku ni tak leh dgr bunyik mesti bgn. Aku dgr bunyi org kuis2 kuku dekat tingkap. Aku terjaga tgok ibu dgn papa dah tido. Along aku je tak tdo lg, rupenye nak terkencing. Die mintak aku teman pg tandas. Masa ni masih lagi ada orang tua2 masak tapi belah hujung rumah jauh sikit dari rumah mungkin taknak ganggu orang rehat. Jadi aku berani la teman dia sebab masih dengar orang berborak2. Aku cakap jom la aku teman. Mmg terus dia Tarik tgn aku heret sampai toilet. Hujung toilet tu jalan ke luar untuk ke laman hujung tepat org2 tua memasak tp dah bertutup sebab sunyi, mungkin nanti diorang nak masuk ikut pintu depan. Lepas die lepaskan hajat kami nak masuk bilik, aku dgr pintu belakang di ketuk. Slow je, macam daya tak daya je nak mengetuk. Aku pon pandang abg aku, aku ckp ntah2 ada org nak masuk. Abg aku tgok jam pukul 4 pg. mane ada orang nak masuk kalau nak masuk mesti ikut pintu depan ni. Aku pon blur. Die ketuk lg. aku terpaku nak bukak ke taknak. Abg aku ckp jangan bukak. Aku ni cepat kesian takut org nak masuk. Aku nk bukak selak abg aku paut tgn aku masuk dalam bilik. Dia ckp jgn bukak nanti pandai la diorang ikut pintu depan.

Aku tengok ibu aku tidur lena, aku pon nak peluk la ibu nak sambung tidur. Aku terdengar suara halus je ‘eiiieiiiieiii’ macam gelak pon ada nangis pon ada mcm break kereta pon ada. Aku bgn balik aku tgok abg aku dah mengintai di tingkap. Mata dia dah bulat pandang ke luar tingkap. Aku pg kt dia sebok nak mengendap. Rupenye si polan tadi ada dekat buaian sebelah tingkap tpi megadap sebelah sana bukan mengadap bilik kami. Senang hati dia main buaian eh. Aku pon ckp ‘kenapa dia ikut kita long’ jawapan along aku memamg sampai skang aku ingat. Along aku ckp ‘hantu ikut kita sebab balang dgn bangteh tak sunat lg’ kata dia dgn nada serious. Dalam hati aku pon membuak marah, sebab diorang tak sunat hantu ikut kitorang. Pastu along aku ckp jom lah tidur biar la dia. Along aku pimpin aku sebab aku dah mamai masa tu, lepas letak aku kt sebelah ibu aku terus lena.

Esok je sedar2 abg aku no 2 demam tp kami semua okey je tak demam, aku siap2 pakai baju apa semua aku pergi cari abg aku (balang dgn bangteh) dengan muka yang marah (nampak dendam tu nampak) abg aku yang tengah main guli pandang aku. Apsal dik? Tanya abg aku. Aku pon cakap korang ni nape tak sunat lg! nanti susah nak main sampai malam sebab hantu kacau! Eishh tak best lahhh! Aku mengomel. Tersembur agar2 sirap makcik aku kat sebelah dengar aku marah abang2 aku. Mengekek ketawa. Aku pon hentak2 kaki cari kakak aku. Marah punya pasal. Tapi marah tu sekejap je, bila kami sambung main ala budak2 mane la ingat nak marah lama2 lagi2 dengan adik beradik sendiri. Bila isyak semua dah berkemas bersih2. Periuk belanga dah di cuci, aku tengok pakngah aku yang pengantin pon bantu turun kan khemah dan pulang kan pinggan kaca dekat surau. Kitorang adik beradik ibu dan papa dan pesan harini kene balik rumah kami pon sama2 pergi kutip baju kotor letak dalam plastic. Abang2 aku pula lipat toto ikat dengan tali raffia masukkan dalam plastic dan letak dalam almari, adab bertamu rumah orang dah tidur kene kemas bersih2.

Bila semua dah selesai kami pon dah mandi sebab senang kalau dah mandi kot tertidur dalam kereta takde la belengis dengan peluh. Ibu menyuruh kami salam semua kaum keluarga. Letih aku bersalam sebab ramai sangat. Tapi seronok sebab ada yang bagi duit. Ada yang bg gula2. Buat buah tangan dan ambil berkat. Masuk dalam kereta orang pertama yang tidur ialah aku. Bila ingat balik seronok zamam kecik2 kami, takde gadget main apa yang ada, takde rasa takut sangat macam sekarang, tak reti penat takde fikir masalah yang ada hanya dunia kami, zaman kanak2 membesar dgn adik beradik. Nak kata kami kaya tak tapi sederhana cukup makan dan pakai itu dah bersyukur. Sampai sini cerita aku maaf la andai tak seram sangat. Cuma teringat zaman kanak2 kami. Yang paling penting jangan lupa sunat nanti hantu ikut. Assalamualaikum semua.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

cemphaka

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 4.4]

3 thoughts on “Kenduri Pakngah Kg Baru.”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.