Kerasukan Jin Cina

assalammualaikum dan salam sejahtera salam satu malaysiaaaa…..

haii uoollsss im back hehe..kali nie nora nak ceritakan tentang kerasukan hantu cina.. so mana yang belum baca tentang Hostel Puchong Prima dah boleh baca yang tu dulu.. ok let get it startt…

kali ni aku nak ceritakan pasal member aku yang bernama Isya. Dia kene rasuk hantu cina dekat hostel yang sama kami duduk. Ok kisahnye bermula mcm nie,
waktu tu dah malam jam menunjukkan 2 pagi. Aku dan rakan aku 2 orang baru balik kerja. Maklum laa kerja hotel balik lewat malam. Dah penat kerja, ditambah pulak penat jalan kaki bila nak balik. Dalam perjalanan pulang, kami borak-borak sambil gelak ketawa. Tiba tiba aku terdengar bunyi orang menjerit… “aaaaaaaaahhhhhhhhhhhh” Kuat giler jeritan tu. Tergamam jiuga seketika. Kami memberanikan diri untuk mencari arah jeritan tuu kat mana. Rupa-rupanya jeritan tersebut dari hostel kami. Pelik juuga aku sebb hostel aku xde org. Member lain semua pergi makan. Sedangkan aku pulak baru balik kerja. Sampai ja rumah, aku terus buka pintu dan sungguh menyejutkan kerana Isya tengah cangkuk dengan rambut panjang ke depan seperti kene kerasukan. Seram sejuk ku rasa. Kami berpandangan sesama kami melihat keadaan Daisy. Apa yang paling mengejut dan menakutkan ialah ketika itu Isya sedang memegang pisau dan menghalakannya ke arah kami.  Sambil pegang pisau tu, keadaan Isya meliat liat  sambil menjerit lagaknya seperti cacing kepanasan.. Suara jeritan isya kedengaran satu flat sehinggakan semua jiran tertangga keluar rumah.

Angah member aku tanpa membuang masa menerpa ke arah Isya dan cuba untuk mendapatkan pisau di tangan Isya dengan menggunakan kain. Cuba korang bayangkan dengan sebilah pisau boleh jadi mcm mcm. Dalam keadaan kelam kabut tersebut, kami mulai risau melihat Angah bergelut untuk mendapatkan pisau di tangan Isya. Setelah berjaya mendapatkan pisau, Isya pula dah start meronta ronta ..Dia mula cederakan diri dia sendiri. Dia  bertindak menghentak kepala dia dekat lantai banyak kali sehinggakan berdarah. semua dah cuak. Ngeri tengok kepala isya dah berdarah. aku pun apa lagi jadi WWE laa ”what the smackkkk the rock is cooking ” …sapppppppp !!!!!!!… Aku tarik dia terus grib kaki dan tangan dia sampai dia tak boleh gerak.. dah rupa mcm main MMA dah sebb aku dah tak tahu nak buat apa. Tak sanggup nak biarkan dia hentak kepala sampai pecah. Isya pun jerit sekuat hati dia.. sekali lagi aku kene hembusan kerbau mcm mana si asha buat kat aku.

Jeritan-jeritan Isya menyebabkan kecoh satu kampung. Ramai yang datang nak tolong. Masing-masing dengan cara tersendiri menolong redakan Isya. Ada yang tolong azan kan, banyak kali azan pun x jalan , isya gelak gelak macam xde pape.. Ada jugak sampai bukak silat. cara tu pun tak jalan. Aku tak tahu laa dorang tu semua pandai berubat ke tak.. Ada sorang pakcik berpakaian RELA datang dan tolong buatkan air dan bawang putih baca doa mengarahkan kiblat dan suruh aku bagi Isya minum. Aku pun paksa la member aku isya tu minum. last last dia sembur air tu kat muka aku.. ”memang nak kene tampar niee” bisik hati aku. cuba bayang kan air dalam mulut member kene sembur kat muka. Air jampi tu pun tak jalan. So pakcik tu pun buat la bawang putih sebagai ubat. Dia pi gosok kat belakang badan Isyaa. Time ni lah isha menjerit dengan kuat. Rupa-rupanya jeritan tu macam aca aca je… Cara ni pun sama je x jalan jugak..

Semua orang dah buntuh tak tau nak buat macm mana. Jam dah menunjukkan 4 pagi. Macam macam kerenah kene, drama pun ada> Dalam kekalutan tersebut, warden datang bersama ustad. Kenapa laaa x bawak dari awal kan boleh selesai awal. Tanpa membuang masa, ustad pun ubat la isya mcm biasa.  korang tahu tak dalam badan isya tu rupanya hantu cina.. sebab si isya nie pandai sangat pergi tegur tokong cina kecik depan rumah jiran, katenya dia marah tokong tu menyemak depan rumah lalu dia marah dengan ayat ayat kasar. rupanye tokong cina tu ada penunggu lalu penunggu tu marah dan merasuki badan isya..Tu la akibatnya mulut celupar sangat.

bak kate pepatah kerana mulut badan binasa, so kawan kawan tak kisah laa kita nampak apa pun jangan tegur benda bukan bukan yang tak patut kita tegur. kita hanya mampu sabar dan hormat dengan benda benda mcm nie..tahu tahu la kan benda apa yang saya maksudkan.. so sebagai kisah ini kita amik teladan buat pedoman hidup. so ini je la kisah kerasukan hantu cina. thanks dekat korang semua sudi baca kisah nora, mohon maaf kalau ada salah ejaan dan juga kisah yang tak berepa best sis cuba mana yang terbaik dan share dekat uolls pengalaman sis.. ok guyss byeee .. assalammualaikum.

Nora

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]

1 thought on “Kerasukan Jin Cina”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.