Assalamualaikum aku Yush berasal dari Sabah. Disini aku ingin bercerita kisah tentang kakak aku yang kerasukan.
Cerita bermula ketika kakak aku hendak pergi ke bilik air, oh ya! Masa itu rumah kami hanyalah rumah kampung jadi kalau hendak ke bilik air kena turun bawah .
Pada suatu petang selepas maghrib kakak aku hendak ke bilik air . Namun, mak aku berasa pelik sebab kakak aku terlalu lama dibilik air dan tak naik-naik ke rumah. Mak aku pun mengambil keputusan untuk memanggil kakak aku, sesampainya dibawah rumah alangkah terkejutnya mak aku melihat kakak aku menari seperti tarian dulu-dulu diiringi dengan suara yang kadang mengilai kadang seperti menangis teresak-esak.
Aku, abang dan ayah bergegas turun untuk melihat apa yang berlaku begitu juga jiran-jiran aku. Ayah aku mencuba mengangkat kakak aku untuk naik kerumah namun gagal menurut ayah aku berat kakak aku lebih kurang 10 orang manusia sedangkan kakak aku hanyalah seorang wanita yang berbadan kecil. Lalu, dengan bantuan beberapa orang jiran (wanita) kakak aku berjaya diangkat untuk dibawah naik kerumah tetapi ketika sampai ditangga rumah jiran-jiran yang membantu mengangkat kakak aku tiba-tiba mengalami histeria dan ada yang muntah sehingga pengsan.
dipendekkan cerita, semasa kakak aku telah berjaya diangkat ke dalam rumah, ayah aku mencuba berkomunikasi dengan kakak aku yang telah dirasuki makhluk tak kesat mata itu, mendengar perbicaraan ayah aku dengan kakak aku , makhluk itu mengaku yang sebenarnya dia dihantar untuk menyakiti kakak aku dan makhluk itu diseru dari laut. Ayah aku yang buntu tidak mampu berbuat banyak terpaksa menunggu kedatangan ustaz.
Setibanya ustaz dirumah kami, kakak aku yang masih dirasuki makhluk itu terus tertawa seperti mengejek kedatangan ustaz itu. Kemudian, tanpa berfikir panjang ustaz itu mula membaca ayat-ayat suci Al-quran tapi seperti tiada kesan terhadap makhluk dalam badan kakak aku malahan, kakak aku siap berkata “AYUHH BACA LAGI!” Ustaz itupun terdiam sejenak merenung kakak aku dengan tajam. Kemudian ustaz itu berkata makhluk dalam badan kakak aku sangat kuat sehingga dia memerlukan bantuan daripada peruqyah yang lain , abang aku terus menelefon peruqyah untuk datang ke rumah.
Setibanya peruqyah itu dirumah kami, makhluk dalam badan kakak aku terlihat seperti ketakutan, peruqyah itupun membaca ayat-ayat ruqyah lalu mengusir makhluk itu dari badan kakak aku, kakak akupun lemah kemudian pengsan.
Menurut peruqyah itu, makhluk yang masuk ke dalam badan kakak akuĀ merupakan penunggu di kawasan perumahan kami. “dia” menganggu kerana ada beberapa penghuni di kawasan itu membuang tuala wanita, lampin bayi dalam keadaan kotor dan tidak dicuci.
bukan seperti apa yang makhluk itu beritahu ayah ku yang “dia” dihantar untuk menyakiti kakak aku.
Sekian sahaja cerita aku kali ini. Maaf andai penggunaan bahasa aku tidak seperti penulis yang lain dan maaf kerana aku menggunakan perkataan “AKU” untuk menggantikan kata ganti nama diri. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk datangnya dari diriku sendiri. ASSALAMUALAIKUM.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Sudah diingatkan oleh rasulullah saw dulu bahawa bangsa jin memang tidak boleh dipercayai, apatah lg jika dia itu kafir dan bersekutu dgn iblis. Lainlah dgn jin yg benar2 mencintai Allah swt, rasulnya dan islam. Jin islam sebegitu tidak mungkin mengganggu makhluk lain.