Kerja di Hotel

Assalammualaikum kepada semua pembaca
fiksyen shasha dan juga admin…  Nama aku
Poi ( bukan nama sebenar ). Aku ingin berkongsi pengalaman seram, ketika bekerja di salah sebuah hotel yang berada di kota kinabalu sabah. Aku bekerja di bahagian dapur…. dan nama hotel terpaksa aku rahsiakan demi menjaga nama baik hotel tersebut. Hotel tersebut betul-betul terletak di tengah tengah bandar kota kinabalu, dan ia merupakan antara hotel yang terawal dibina di bandar tersebut. Kisah yang aku nak kongsikan ini, adalah merupakan pengalaman dan peristiwa yang benar-benar menyeramkan bagi aku. Harap-harap para pembaca dapat terima kisah yang aku nak sampaikan ini dengan seadanya, dan maafkan aku jika ada bahasa dan tulisan yang tidak dapat difahami.

…………………………………………………………..

Aku mula bekerja di hotel tersebut dalam pertengahan tahun 2010…. dan aku bekerja di sana lebih kurang 3 tahun lebih. Peristiwa yang ingin aku kongsikan ini adalah ketika aku dah bekerja di sana selama setahun setengah. Aku pun tak tahu… mengapa dah setahun setengah kerja di sana, baru ‘benda2’ tu nak muncul dan menganggu aku. Jadi.. aku pendekkan cerita dan kita terus ke peristiwa yang pertama.

KISAH 1:

Kejadian pertama berlaku ketika aku bekerja overnight shift. Shift aku bermula jam 11 malam sehingga 7 pagi. Aku bertugas di bahagian cold kitchen ( dapur ini menyediakan makanan-makanan seperti salad, sandwich dan makanan-makanan yang sejuk.). Seperti biasa, jika kerja overnight shift ni…. memang seorang seorang je lah… tak berteman pun.

Kejadian bermula semasa aku menyediakan makanan untuk sarapan pagi, perut tiba tiba memulas dan seperti nak ‘membuang’, tapi aku tahankan jugak.. sebab perut waktu tu tak berapa nak sakit sangat. Tetapi… tahan punya tahan, 15 minit kemudian, perut semakin sakit dan aku memang dah tak boleh tahan…  akhirnya aku  nekad jugak untuk ke tandas. Lokasi tandas pulak adalah di bilik loker di tingkat bawah. Semua kerja terpaksa aku tinggalkan dan tanpa berteman… aku seorang diri menuju ke tandas.

Semasa sampai ke bilik loker… keadaan sangat sunyi, dan tiada orang pun kat bilik tu. Memang seram jugaklah. Lalu aku pun meneruskan langkah menuju ke tandas ( tandas terletak paling hujung di bilik tersebut ). Semasa hampir sampai ke tandas… langkah aku terhenti serta merta. Di hujung dinding tandas tersebut, kira-kira lima meter dari aku berdiri, ada sekujur tubuh kaku berdiri  menghadap ke dinding. Masa tu perasaan aku betul-betul bercampur campur… hairan, takut, terkejut.. semua ada. Apa yang aku lihat di depan mata aku waktu tu adalah susuk tubuh seorang perempuan… memakai baju staff department HR. Masa tu dalam fikiranaku, tak kan aku salah masuk bilik loker. Aku sangat yakin pada waktu tu yang aku masuk bilik loker lelaki. Dan bila masa pulak staff HR ada kerja overnight shift, paling lewat pun jam 6 petang dah balik dah.

Belum pun melangkah masuk ke tandas.. tiba tiba ‘perempuan’ tu bersiul. Selepas dia bersiul… dia ketawa.. lepas  tu dia diam. Pada waktu tu memang aku betul-betul takut dan seram, segala bulu roma semuanya naik. Perasaan aku pula pada masa tu masih bingung dan takut.  Di dalam fikiran aku, adakah ‘perempuan’ tu hantu ataupun sememangnya manusia. Beberapa saat selepas dia diam… dia mula menghentak kepalanya ke dinding berulang kali… sambil ketawa ( hehehehehhhehe…….. ).

Keadaan aku masa itu.. memang betul-betul terpaku, terdiam, keras seperti patung… tak boleh bergerak, kaki tak dapat melangkah… aku betul-betul seperti orang yang dipukau. Sedangkan pada masa tu… aku betul-betul sangat takut smpai nak menangis.. kerana itulah pertama kali aku melalui pengalaman sebegitu rupa. Dan aku tak baca apa pun ayat-ayat suci dan surah-surah alquran… Fikiran aku masa tu betul-betul kosong. Mata aku hanya terus memerhatikan ‘perempuan’ tersebut. Selepas menghentak kepalanya di dinding… dia mengeluarkan suara pulak. Tolong….tolong…..tolong…….tolong. Suaranya sangat mendayu2 dan menyeramkan. Masa itu, saya betul2 hendak teriak sekuat hati.. namun, saya tak dapat mengeluarkan suara.

Selepas meminta tolong… ‘perempuan’ tersebut mendiamkan diri. Dan selang  beberapa saat pulak, dia merayu rayu dengan berkata tunggu….tunggu…..tunggu…. sini… sini…..  tengok…..tengok….tengok….tengok saya. Dengan suara yang menyeramkan sambil menangis. Dikala itu jugaklah… ‘perempuan’ tersebut perlahan lahan memusingkan kepalanya kebelakang… menghala tepat kearah aku. Alangkah terkejutnya aku pada waktu itu, dengan mata tak boleh nak di tutup… mata aku betul-betul tepat melihat ke arah wajah ‘ perempuan’ tersebut. Dengan keadaan kepalanya yang pecah, kedua dua biji matanya yang merah tersembul keluar, mulut ternganga dengan luas …  ketawa pulak mengilai ngilai sambil badannya mengundur kebelakang untuk mendekati aku. Dengan izin Allah, aku akhirnya dapat mengeluarkan suara. Akuberteriak dengan menyebut Allahhuakbar!! sekuat kuat hati. Di saat itu, ‘Perempuan’ tersebut semakin menghampiri aku sambil ketawa dan mengilai.  Dengan kudrat yang ada… akhirnya aku dapat mnggerakkan badan dan jugak kaki aku.

Tanpa membuang masa, dengan sepantas yang boleh aku berlari keluar dari bilik loker tersebut. Aku berlari seperti orang gila sambil berteriak Allahhuakbar!! berkali kali sehingga sampai ke dapur aku. Setibanya aku di dapur, aku melihat dua tiga orang rakan sekerja yang bertugas di bahagian dapur lain meluru masuk ke tempat aku. Pada waktu itu, badan aku menggigil dengan kuat sekali.. dan muk aku berpeluh dan pucat. Mereka sangat terkejut melihat keadaan aku pada waktu itu. Mereka berkata yang mereka mendengar suara akuberteriak dari tingkat bawah.. Sebab itu apabila mereka melihat aku berlari masuk ke dapur, mereka pun meluru masuk ke tempat aku.

Dengan suara yang tersekat sekat, seperti orang yang baru belajar bercakap… aku menceritakan kepada mereka benda yang baru sahaja aku lalui di tandas bilik loker. Mereka berasa terkejut mendengar cerita aku.. Dan mereka berkata kepada aku, mengapa pergi ke tandas seorang diri… kerana mereka selalunya jika ingin ke tandas akan pergi berdua. Dan tak pernah ada orang yang ke tandas tersebut seorang diri. Selalunya akan berteman.( Aku tak tahu pulak kalau nak ke tandas perlu berteman, sebab hari itu baru masuk hari kedua yang aku bekerja overnight shift ).  Melihatkan keadaan aku pada waktu itu, mereka tak benarkan aku menyambung kerjaaku. Azmi yang kerja di bahagian dapur pastry mengajak aku untuk berehat di tempatnya… kerana mereka agak risau melihat keadaan aku pada waktu itu.

Dipendekkan cerita, selepas kejadian tersebut…. aku telah demam selama empat hari dan terpaksa berubat menggunakan  rawatan perubatan islam untuk memulihkan semangat aku.

KISAH KE 2:

Kejadian ke 2 berlaku semasa shift overnight jugak. Namun kejadian ini berlaku beberapa bulan dari kejadian yang pertama. Kali ini kejadian seram ini berlaku melibatkan aku dan seorang rakan sekerja yang berada di bahagian room service. Shariff ketika itu mendapat order dari pelanggan yang menginap di bilik hotel tersebut. Memandangkan dia merupakan staff baru, dan pertama kali bekerja overnight shift… jadi, aku menjadi mangsa beliau untuk menemankannya menghantar order tersebut. Kalau tak silap aku… kami menghantar order tersebut di tingkat 9, dan nombor bilik aku dah tak ingat dah.

Kejadian seram bermula di lif hotel tersebut. Untuk pengetahuan pembaca, lif di hotel ada dua bahagian. Satu untuk kegunaan staff. Dan bahagian satu lagi pulak hanya untuk tetamu. Semasa kami di dalam lif, shariff terhidu sesuatu yang busuk seperti bau bangkai. Namun aku langsung tak terhidu bau tersebut. Sesampai je lif ke tingkat 7…. Lif tiba tiba terhenti, dan pintu lif terbuka. Kami memandang sesama sendiri. Shariff berkata kepada aku ” aku tekan no 9… kenapa berhenti di tingkat 7 “. Aku pun berasa hairan… sebab takde orang pun di luar tingkat 7 tu. Shariff tekan semula butang tutup. Pintu Lif tertutup semula, namun lif tak bergerak gerak-gerak. Muka Shariff dah nampak pucat, dia  mula mengundur ke belakang. Aku cakap kepada dia… mungkin lif rosak.

Namun kejadian yang tak diduga telah berlaku, lif mula bergerak semula. Tapi, yang menakutkan lif bukannya naik ke atas… tapi turun kebawah… ke tingkat 6. Lepas berhenti di tingkat 6. Pintu lif tak buka-buka pun. Shariff dah mula ketakutan, mukanya dah berpeluh peluh. Aku cakap dengan dia…jangan takut, lif ni rosak ni… jangan fikir yang bukan-bukan. Semasa tu… aku memang takut jugak, tapi oleh kerana kami berdua,  takut tu kurang sikitlah.  Shariff mula membaca ayat kursi secara perlahan lahan dan badannya dah mula menggigil. Selepas berhenti di tingkat 6… lif bergerak semula, dan seperti biasa…. lif bergerak turun ke bawah. Kali ini berhenti di tingkat 5. Kejadian kali ini betul-betul menyeramkan… setelah berhenti di tingkat 5, pintu tetap tak terbukak.

Namun, apa yang menakutkan adalah apabila kami mendengar  suara seorang perempuan menyanyi di luar lif. Suara perempuan tu mendayu dayu. Apa bahasa yang digunakan.. aku pun tak tahu. Shariff dah mula berdiri di belakang aku, aku pun waktu tu memang dah takut sangat jugak. Aku meminta shariff terus membaca ayat kursi kuat kuat. Suara perempuan tu masih jelas kedengaran di luar lif. Aku berdoa kepada Allah, janganlah pintu lif tu terbukak… kalau terbuka jugak, memang pengsan lah kami berdua di lif tu. Dengan sikit keberanian yang ada.. aku tekan butang tutup berulang ulang kali. Namun, lain pulak yang terjadi.. selepas berhenti menyanyi, keluar pulak suara yang garau.. bukak…. bukak……bukaaaak. Masa tu, shariff dah berteriak tak tentu arah… dah tak baca ayat kursi dah. Aku pulak.. terus menekan butang berulang ulang kali sambil menutup mata.

Dengan tiba tiba, lif akhirnya bergerak lagi… dan kali ini, betul betul bergerak semula naik ke atas. Aku pada waktu itu semakin panik dan takut… kerana kami tak tahu lif tu nak menuju ke mana dan akan berhenti di tingkat mana. Shariff dah tak berteriak dan mula membaca ayat kursi semula. Namun wajahnya masih tetap pucat dan berpeluh peluh. Akhirnya lif tersebut berhenti jugak di tingkat 9, dan pintu lif terbukak seperti biasa. Mulanya kami takut nak keluar, tapi aku tetap memaksa shariff untuk keluar jugak dari lif tersebut.

Dengan keberanian yang ada… kami keluar dengan cepat-cepat tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Namun, benda pelik pulak yang terjadi…  semasa kami menghantar pesanan itu ke bilik tetamu tersebut. Tetamu (seorang perempuan ) itu berkata kepada kami mengapa pesanannya lambat dihantar sehingga 40 minit.( seingat kami… tak sampai 15 minit pun kami di dalam lif). Kami kebingungan sebentar dan memandang sesama sendiri. Aku memberitahu kepada tetamu tersebut bahawa lif yang kami gunakan rosak. Tetapi, apa yang keluar dari mulut perempuan tersebut selepas mengambil makanannya…. membuatkan kami betul-betul terkejut dan tersentak. Dia berkata kepada kami, ada dengar perempuan menyanyi ke?? sambil tersenyum… lalu menutup pintu. Jantung aku masa tu seperti nak tercabut…  wajah shariff pulak dah seperti mayat hidup yang tak ada d***h langsung.

Semasa dia menutup pintu… baru kami terperasan di pintunya ada tanda pangkah berwarna merah. ( tanda tersebut bermaksud, bilik itu tak boleh digunakan kerana masih dalam penyelenggaraan ). Dengan masing-masig tak berkata apa-apa seperti orang bisu.. kami cepat-cepat berlari meninggalkan tempat tersebut. Semasa kami hampir sampai ke pintu lif. Shariff berkata kepada aku dia tak nak menggunakan lif tersebut. Dia berkata kepada aku untuk menggunakan lif tetamu. ( lif tetamu akan terus turun ke lobi hotel ). Aku pun waktu itu dah tak kisah dah. Kalau kami dimarahi kerana menggunakan lif tersebut, kami akan ceritakan perkara yang sebenar.
Akhirnya kami sampai jugak ke tingkat bawah… dan terus berjalan melalui lobi hotel untuk masuk ke tempat kami masing2. Perkara tersebut hanya kami ceritakan kepada rakan2 yang lain semasa kami hampir selesai menghabiskan shift kami.

* Selepas kejadian tersebut…Shariff demam selama dua hari. Tak teruk sangat.

* Pada malam tersebut… hanya itu saja pesanan yang diterima oleh Shariff.
* ‘perempuan’ di dalam bilik hotel tersebut tak mempunyai wajah yang menakutkan kerana dia menutup kepalanya dengan tuala. Sebab tu kami tak takut dan tak mengesyaki sesuatu.

* Makanan yang kami hantar… telah diambil semula oleh staff lain pada waktu pagi. Dan makanan tersebut berada di luar bilik perempuan itu. Dan makanan itu pulak masih dalam bentuk asalnya tanpa terusik sedikit pun.

Itu sajalah pengalaman aku yang betul-betul menyeramkan bagi aku.. ketika bekerja di Hotel tersebut
SEKIAN, TERIMA KASIH….

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

No name88

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

9 thoughts on “Kerja di Hotel”

  1. Kuang hajo punya hantu, check in suke hati je siap order makan lagi. Nyusahkan orang je. Btw, best penceritaan memang dapat feel.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.