Kerja Hotel Part 2

Hai semua, Lala lagi ni. Terima kasih sebab sudi membaca cerita aku yang lepas. Sebelum aku mulakan cerita, aku nak jawab soalan dari 1 komen abang ni: dia tanya” Benda bernyawa, maksud?kalau manusia terpakai juga la kan? Kira benda bernyawa”. Aku tak tahu nak jelaskan macam mana, maksud aku untuk benda bernyawa disini ialah apa-apa yang bernyawa yang boleh ‘ditumpang’, manusia pun termasuk sekali lah, senang cerita sesuatu yang punyai jasad yang boleh ditumpangi makhluk yang kita tak nampak. Siapa yang punyai ‘saka’ memang menghadap lah kalian dengan ‘Penghuni Tetap Hotel’.

Cerita pasal saka ni aku akan ceritakan dibawah nanti. Kesemuanya adalah hasil dari penceritaan manager aku. Yang komen tanya pantang larang bawa kura-kura tu, pantangnya sebelum kau langkah masuk kawasan ‘Dia’, kau minta izin dulu. Contoh, “tok, aku minta izin bawa kura-kura ini masuk ya”. Ha gittew. Bukan aku yang ngajar ye, manager aku yang pesan. Lagi satu, jangan lah ada pertumpahan d***h di kawasan ‘Dia’, maksudnya tak ada aktiviti sembelihan ayam ke, kambing ke, lembu ke, biawak ke kan. Sebab ada seorang staff manager aku ni, dari sarawak kalau tak silap aku, dia pergi tangkap biawak, sembelih dan panggang belakang blok hotel. Nak tahu apa jadi kat dia? Next time lah aku cerita.

Kali ni, aku lanjutkan cerita aku ni dengan sejarah pembukaan hotel tempat aku kerja ni dahulu, untuk bagi kalian faham kenapa adanya gangguan-gangguan ni. Melalui apa yang aku dengar dari cerita manager aku, dia adalah staff yang terawal yang bertanggungjawab untuk pembukaan hotel tersebut, dari kolam renang yang asal hitam berlumut, sampailah hotel tu sesuai didiami oleh manusia. Di awal pembukaan memang banyak gangguan, dan staff-staff terawal juga kebanyakkannya adalah orang kampung terdekat.

Minggu pertama operasi pembersihan, tiada gangguan berlaku. Gangguan bermula pada minggu kedua waktu kerja-kerja pembersihan bilik aras atas sekali (aras 5). Seorang staff housekeeping yang juga orang kampung, waktu tu sedang mop lantai di bilik hujung, untuk pengetahuan yang tak tahu, mopping adalah proses terakhir cleaning, housekeeping biasanya akan reverse mop sampai ke pintu masuk sebelum keluar dan kunci pintu bilik. Then,dalam dia tengah reverse mop tu, dia nampak titik-titik d***h fresh menitik dari pintu balkoni bergerak kearah dia. Dia yang kalut terus berlari ke reception sambil teriak panggil nama manager aku. Dia ceritakan apa yang dia alami, dan selepas kejadian tu, orang-orang kampung tak berani naik/jejak kaki ke hotel (hotel kami kerja ni terletak atas bukit).

Sebelum pemilik nak buka hotel ni pun,orang kampung ada mengingatkan yang tapak hotel tu keras. Tapak hotel ni awalnya tanah kosong, hanya ada tokong kecil sahaja disitu yang di salah gunakan oleh orang kampung untuk mengangkung minta nombor. Disebabkan perbuatan mengangkung nilah yang buatkan ‘Penghuni Tetap Hotel’ marah, sebab aktiviti pemujaan tu memanggil benda/makhluk luar masuk ke kawasan diaorang. Jadi kalian faham dah kan kenapa diaorang tak boleh terima benda luar masuk kawasan diaorang.

Disebabkan orang kampung tak mahu bekerja di hotel lagi, management hotel minta manager aku cari bantuan pakar yang boleh menjinakkan ‘Penghuni Tetap Hotel’. Hasil dari recommendation kawan manager aku, manager aku ni pun pergi menghadap seorang pakcik ni, aku namakan pakcik ni ‘Pak Tuah’. Manager aku bertanyakan apa jenis makhluk yang ada di ketiga-tiga bangunan hotel. Pak Tuah terkejut dengan soalan manager aku, seolah-olah manager aku boleh nampak ketiga-tiga makhluk tersebut. Kalian pun mesti terkejut jugak kan? Sebab ada yang komen kata manager aku ni semacam je. haa.. actually manager aku ni tak boleh nampak dengan jelas, dia cuma boleh nampak bayangan atau lintasan, kecuali kalau makhluk-makhluk tu dengan rela hatinya menjelma depan dia, baru lah dia nampak jelas.

Selepas penjelasan, Pak Tuah pun menjawab, makhluk-makhluk tersebut adalah Jin, kawasan hotel tersebut adalah tempat tinggal diaorang, dan tak akan mungkin diaorang mahu berpindah ke tempat lain. Disebabkan itu, Pak Tuah hanya boleh bantu memagar kawasan hotel sahaja. Tokong kecil tu pulak, Pak Tuah sarankan manager aku minta bantuan sami untuk pindahkannya. Pak Tuah memagar kawasan hotel dengan air bacaan yasin. Selepas dari memagar, gangguan pun berkurang. Waktu aku start bekerja di hotel ni, Pak Tuah sudah pun meninggal. Aku tak ingat bila, tapi lebih kurang 3-4 tahun sebelum aku masuk kerja. Selepas arwah takde, gangguan-gangguan tu jadi kembali. Tidaklah kerap, kebiasaannya gangguan tersebut adalah untuk ‘menegur’ sahaja.

Mesti kalian tertanya-tanya pasal 3 jin ni kan?. Hotel tempat kami bekerja ni ada 3 bangunan (blok A,B,C). Setiap blok ada 5 aras,dan setiap aras ada 10 bilik. Blok A Penghuni tetapnya adalah jelmaan wanita yang kadang menampakkan diri dalam kebaya merah, atau bebaju putih dengan rambut panjang menutup sebelah wajahnya. Macam mana aku boleh gambarkan? Alhamdulillah, selama aku bekerja tak pernah pun dia menjelmakan diri depan aku. Manager aku yang gambarkan untuk aku. Ceritanya bila manager aku minta bantuan ‘Dia’ untuk menghalau penginap yang selalu datang bawa ‘Ayam Shantik’ untuk dijual di kawasan hotel. Manager aku yang tahu kedudukan bilik mana yang menjadi kebiasaannya orang nampak dia menjelma, terus ke bilik tersebut, tapi dia tak masuk pun bilik tu, cuma ketuk pintu tersebut 3 kali dan nyatakan niat, manager aku minta ‘ Dia’ menghalau ‘ Bapak Ayam Shantik’ tu keluar dari hotel.

Hari yang sama, pukul 12 tengah hari, ‘Dia’ menjelma di tengah-tengah ruang tamu waktu pak dan anak-anak ayam tengah menonton TV. Makanya berlarianlah keluarga ayam tersebut ke reception mahu check out. Ditanyakan kenapa, mereka menceritakan apa yang mereka nampak. Orang kampung gelarkan jelmaan wanita ni sebagai ‘Siti’. Ada orang kampung yang nampak jelmaan Siti berkebaya merah, tapi manager aku hanya pernah nampak si Siti berbaju putih sahaja, berdiri diam di kawasannya.

Blok B pula didiami jelmaan budak, lingkungan umur 5-6 tahun, dan hostel kami terletak di blok B. Untuk blok C pula didiami jelmaan nenek. Jadi setiap bangunan punyai ‘pemilik’ sendiri, merekalah ‘Penghuni Tetap Hotel’ kami. Ingat lagi cerita aku diganggu waktu buka lagu di Mp3? Waktu tu aku di blok C, jadi aku faham lah kenapa nenek tu tak suka lagu bieber. Staff baru yang diganggu kat bilik special tu pulak di blok A kawasan si Siti. Cerita pasal kura-kura di blok B, kawasan budak Juon. Selesai sudah cerita sejarah Hotel ni.

Aku sambung semula cerita aku berkenaan ‘saka’. Macam yang aku jelaskan dekat atas, ‘Penghuni Tetap Hotel’ kami ni tak suka benda luar masuk ke kawasan diaorang, sama la juga macam cerita ‘saka’ ni, Manager aku ada ceritakan pada aku, dia pernah terima seorang staff housekeeping, dan setiap kali waktu kerja, dia ni kerap pengsan. Sikit-sikit pengsan, tak pun sakit sana sini. Satu hari tu, dia tengah berus gigi dihostel, waktu dia mengangkat kepala selepas berkumuh, dia nampak ‘Siti’ di belakangnya dari cermin. Berlarilah dia ke reception panggil manager aku, selepas ceritakan semua yang dia alami, manager aku tanya soalan cepu emas ‘kau ada saka ke?’. Staff ni terkebil-kebil mengaku dia punyai saka. Jadi sampai kat situ jela career dia sebagai housekeeping.

Cerita lain, Manager aku ada penginap, datang dengan 1 family.Malam pertama menginap, diaorang dah kena ganggu dengan si ‘Siti’. Siti menjelma sekejap-sekejap di penjuru ruang tamu sambil menangis menghadap dinding.diaorang mengadukan hal tu pada seorang staff housekeeping. dan staff housekeeping nipun meminta bantuan manager aku. Waktu manager aku sampai di bilik tersebut, ‘Siti’ masih disana menangis. Manager aku pun buka semua lampu dalam bilik tersebut, serentak dengan itu,si ‘Siti’ pun menghilang. Disebabkan waktu tu semua bilik fully booked, family tersebut tak dapat pindah ke bilik lain, nak tak nak diaorang terpaksa juga bermalam di bilik tersebut,manager aku cuma minta diaorang buka semua lampu sampai ke pagi. ‘Siti’ pun tak muncul lagi selepas dari itu. Manager aku andaikan salah seorang dari ahli keluarga tersebut kemungkinan mempunyai ‘saka’. Sebab ‘Siti’ tak akan menjelma sesuka hati dia. Semestinya ada punca yang menyebabkan dia muncul dan menangis.

Selama aku bekerja di hotel ni, tak pernah pun diaorang menjelma, kebanyakkannya gangguan diaorang seperti teguran buat aku. Ada satu malam tu, aku bawa balik Bible ke hostel (tolong jangan kecam aku ya) itulah kali pertama aku nampak, pegang dan baca bible, itu pun sebab rasa ingin tahu aku. Bible tu ditinggalkan di rak bacaan reception kaunter. Aku ingin tahu apa isi dalam bible yang dikatakan hampir sama macam dalam Al-Quran. Aku minta izin manager aku untuk bawa balik bible tersebut. Manager aku angguk sahaja tanda ‘boleh’. Malam tu, aku letak bible tu atas meja sebelah katil aku, selepas mandi solat semua, aku ambil bible tu nak baca isi dalam, tak semena-mena bilik hostel kami blackout.

Selepas maintainance On kan balik power, semua nya okay. Sampailah aku ke ruang tamu nak buka TV, serentak itu jugak lah lampu ruang tamu terpadam, dan lebih gelap pekat lagi bila lorong nak ke bilik tidur aku tu pun tidak berlampu. Memang meremang, aku tak pandang kiri kanan atas belakang dah, aku pandang straight terus ke bilik tidur aku, kat dalam bilik tu, staff aku dah pandang muka aku yang dah pucat macam ketakutan, bila ditanya,aku tak menjawab, esoknya baru aku bagitahu dia, dan bible tersebut aku pulang balik kat rak semula.

Rasa ingin tahu aku ni kadang-kadang tak dapat aku control, tak tahulah kenapa, bukanlah lagak berani, tapi memang itulah yang aku rasa, ada satu hari tu, waktu aku cleaning sendirian, aku melalui koridor yang bilik-biliknya tak ada penginap, dan semuanya milik persendirian. Dah menjadi kebiasaan aku, tiap kali melalui koridor, tangan aku akan cuba-cuba memulas tombol pintu bilik-bilik tersebut, mana lah tahu kalau ada yang tak berkunci, aku biasakan tabiat macam ni sebab aku tak nak manager aku check kemudian, ada bilik yang terlupa dikunci, tapi semua bilik-bilik tersebut berkunci, dan of course lah aku tak ada kunci untuk bilik-bilik tersebut, sebab semua milik persendirian yang entah siapa pemiliknya.

Sampailah di bilik hujung, kaki aku terhenti, tak mahu kesana, sebaliknya aku mahu ke aras atas. Sewaktu aku melangkah naik tangga, aku dengar ada benda ja tuh dari dalam bilik hujung tu, rasa ingin tahu aku melonjak nak jadi ala-ala detektif. Aku patah balik, perlahan-lahan melangkah ke pintu bilik tersebut. Aku dekatkan telinga aku pada pintu, memang jelas aku dengar ada sesuatu yang bergerak kesana sini dari dalam. Aku beranikan diri memulas tombol pintu, yup, tak berkunci. Seperti sengaja menduga aku. Aku buka pintu perlahan-lahan, memang cantik biliknya, terutamanya bahagian balkoni yang besar seakan ruangan cafe, lantai biliknya dipenuhi daun-daun kering yang masuk melalui pintu balkoni tak bertutup.

Tiba-tiba aku terdengar daun kering seakan dipijak dari arah pintu masuk, aku toleh kebelakang memang tiada sesiapa. Terasa seperti macam diperhati, aku segera keluar dari bilik tersebut, waktu rehat tengah hari tu, aku ceritakan kepada staff aku, dan mengajaknya kesana lagi, habis sahaja makan, kami terus ke bilik tersebut,tapi kali ini, bilik tersebut sudah pun berkunci. Confirmed,memang sengaja menduga aku.

okaylah, itu sahaja cerita aku untuk kali ni, akan aku bercerita lagi di lain hari. Itupun bergantung pada permintaan kalian. Sekian Assalamualaikum.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Lala

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

9 thoughts on “Kerja Hotel Part 2”

  1. Hi writer, maaf pasal pantang yg manager awak ajar tu saya kurang setuju. As a muslim, we shouldn’t apply that in our life..everything we do kena berlandaskan Al-Quran & Sunnah. Saya faham budaya, adat resam, pantang-larang nenek moyang sesuatu bangsa tapi tak semua yg kita boleh ambil & amalkan..sebelum buat sesuatu yg mungkin diragui kesahihannya, adalah lebih elok dirujuk kpd yg lebih berilmu sebab kalau kita terus buat/amalkan, boleh jatuh syirik (wallahualam bissawab). Saya rasa lebih elok kalau kita perbanyakkan amal/pendiding diri & untuk masuk ke satu tempat yg baru boleh baca “Assalamu’alaina wa’ala ‘ibadillah al-Solihin (salam sejahtera keatas kami dan keatas hamba-hamba yg soleh)” seterusnya baca ayat Qursi. Banyakkan berdoa agar Allah sentiasa pelihara kita walau dimana atau apa jua keadaan dan selebihnya hanya Dia yg Maha Mengetahui. Saya harap teguran ini tak menyinggung perasaan awak, saya cuma share apa yg saya tau & jika saya salah, maafkan sy ye..

    Reply
  2. Baca pasal pantang larang tu nak minta izin semua sy xberapa setuju.. entah kenapa masyarakat kita taksub sgt pasal kaedah setan yg suka bermuslihat..maafkan sy..sy terus stop baca.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.