Kerja Hotel (Part Last)

Hai semua, Lala lagi ni, dan ini penulisan akhir dari aku.aku berfikir-fikir lama juga untuk menulis atau membiarkan sahaja. Disebabkan teringat cerita aku yang lepas,aku ada janji nak cerita pasal staff yang panggang biawak tu, makanya aku pun menulis lah lagi.

Buat pengetahuan kalian, manager aku ni punyai pengalaman kerja hotel hampir 29 tahun, jadi macam-macam lah cerita yang diceritakan pada aku. Bukan 1-2 hotel je, entah berapa hotel dia dah pernah kerja,aku pun tak ingat. Macam yang aku janjikan yang lepas, Manager aku pernah bercerita kat aku, dia ada staff dari sarawak, badan agak besar, mungkin waktu dia tangkap biawak tu dia dah lapar sangat agaknye, so lepas dipanggang biawak tersebut, staff ni jadi tak tenteram, mana je dia pergi, dia jadi gelisah tak tentu hala. Sikit-sikit toleh ke belakang, ke kiri,ke kanan. Apapun yang dia buat serba tak kena, seolah-olah diperhatikan dan di ekori. jadi, dia pun pergi lah jumpa manager aku ni, bagitahu apa yang dia rasa. Manager aku pun macam biasalah, tanya itu ini, apa yang staff ni buat sebelum dia alami semua tu.

Lepas dibagitahu pasal panggang biawak tu, manager aku geleng kepala, jadi nak ubati dia ni, manager aku mandikan staff ni dengan air bacaan. Air bacaan apa? Tak payah lah tanya, karang ada lagi yang kata aku khurafat amalkan syirik. Padahal terang-terang aku dah highlight “bukan aku yang ngajor, tapi manager aku yang pesan”. Dan aku pun sudah jelaskan yang manager aku ni bukan muslim,so kita yang dengar cerita dia ni tak kan lah nak cakap “eh bos, tak betul ni,khurafat syirik, besar dosanya bos”. Aduhai,Aku ni bercerita dan menyampaikan kat kalian je. Sedih tiber aku ni di cop amal syirik khurafat. Dan ada yang tanya aku apa yang aku amalkan sampai berani macam tu. Hujung cerita nanti baru aku bagitahu hokeh.

Jadi, sekarang aku lanjutkan lagi cerita aku, iaitu pengalaman aku kerja hotel, tak nak dah aku ceritakan pengalaman-pengalaman manager aku, walaupun sebenarnya dia lagi banyak pengalamannya dari aku. Actually, Pengalaman aku kerja hotel bukan di Pulau tersebut sahaja, waktu dan saat ini pun aku dah bertukar kerja, upgrade sikit jadi eksekutif operasi hotel. Hotel yang aku manage ni area bandar. Bandar mana? Itu dirahsiakanlah,Aku rahsiakan sebab aku tak nak lah kalian terus cop semua hotel berpenunggu,Just please enjoy yourself, tapi enjoy pun jaga lah adab. Sebab dekat dunia ni bukan ada kita sahaja, Allah jadikan makhluk-makhluk lain juga yang jauh lagi ramai bilangannya dari kita. 1:10 tu bhai,diaorang 10, kita pulak yang 1 tu, nisbah diaorang dengan malaikat pulak 1:10, yang sepuluh tu malaikat,yang 1 tu diaorang. Mana aku dapat maklumat ni? Ha.. rajin-rajinlah kalian membaca hakikat manusia dan jin, buka balik Surah Al-Jinn.

Ehemm.. Jadi, Lepas bertukar kerja di bandar, aku memang rasa lega, dan ingatkan tak ada dah cerita-cerita atau gangguan lagi, tapi aku silap besar. Aku lupa, makhluk ni ada sahaja dimana-mana. Sebelum aku teruskan,aku nak kalian faham yang company aku join ni sebenarnya manage homestay, so aku kena manage beberapa bangunan apartment milik persendirian atau sewaan dari developer untuk dijadikan homestay apartment. Daripada pengalaman housekeeping terus kepada management, of course la aku akan blur selama 2-3 bulan dan selama bekerja dengan company baru ni, aku bergerak sendiri, orang atasan akan bagi task sahaja, aku kena sempurnakan sendiri. Berbeza dengan hotel, homestay ni aku kena serah sendiri kunci rumah kepada penginap, dengar dan solve masalah penginap.

Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu, aku terima booking last minit, yang akan check in tengah malam. Hostel aku ke apartment tersebut ambil masa 15 minit driving je. Aku stay sendiri di hostel ya, 1 apartment ada 2 bilik company bagi kat aku untuk stay, kalian bayangkanlah betapa sunyi nya kalian sendirian dalam rumah tu. Sampainya aku kat apartment, aku jumpa penginap tersebut, ambil deposit, serah kunci dan terus bawa dia ke rumah yang dia booked. Habis je semua ni, aku pandang jam, masa tu dah hampir 1am, waktu aku dalam lif untuk turun ke parking lobby, aku leka menaip WhatsApp house rules, wifi password dan proses check out kepada penginap yang aku baru sahaja serahkan kuncinya tadi.

Bila sahaja pintu lif terbuka, aku masih fokus menaip tapi kaki dah melangkah nak keluar, angkat sahaja kepala di luar lif, d***h aku berderau. Gelap gelita, tiada lampu langsung, hanya lampu dari dalam lif sahaja yang ada, aku mengundur semula, aku lihat di screen lif, rupanya aku berada di level 33 iaitu level atas sekali, level ni tiada penghuni, hanya hall, event room sahaja. Berderau tetapi spontan juga aku terlepas perkataan mencarut. Aku terus tekan level 1, debaran masa menunggu pintu lif tertutup waktu tu hanya Tuhan sahaja yang tahu, kepala aku melayang fikir kalau tiber ada yang menjelma depan pintu lif sebelum sempat ia tertutup.hahaha.. Tapi tiada pun, Alhamdulillah.. Aku renung ke screen lif dengan harapan tidak berhenti di mana-mana level lagi.

Sesampai sahaja aku di lobby, aku terus ke pondok security, nampak je security guard, baru lah aku boleh tarik nafas lega. Aku bertanya kepada security, lif tersebut ada masalah access kah? Atau system access tak diaktifkan? Diaorang menggelengkan kepala ,katanya access masih aktif. Bermaksud, mana level pun kalian tekan perlukan access kad termasuk lah level 33, dan aku tiada kad access ke level 33, jadi apa pun makhluk yang bawa aku ke level tersebut memang ‘biadap’. Hahaha..

Lepas sahaja aku dapat tenangkan diri dan tak menggigil lagi, aku ke kereta,drive seperti biasa, Then berhenti di kedai mamak, aku pekena teh tarik, minum seorang relax-relax barulah aku balik ke hostel. Sebab mak aku pernah pesan, kalau kena gangguan, jangan terus balik rumah, takut ada yang mengikut. Malam tu tidur aku tak lena, setiap kali ada bunyi je aku akan sedar,dan tertidur semula. Takut? Betul, aku takut, tapi jangan layankan perasaan tu. Kalau layankan memang tak akan tidur aku ke pagi. Siangnya aku ceritakan pada manager baru aku, balasan yang aku terima hanya gelak dari dia sambil melawak, katanya makhluk tu pun tahu penat, jadi dia guna lah lif juga, tak nak guna tangga.hampeh punya bos.

Hari lain, aku terima booking dari sekumpulan staff dari company landscape. 8 kumpulan kesemuanya, bersamaan 8 buah rumah yang diaorang menginap. Mereka stay dalam 2-3 hari macam tu, tapi kumpulan ni check out awal, iaitu malam sebelum hari check out. Waktu check out kami ialah 11pagi, disebabkan urusan kerja diaorang siap awal, makanya diaorang pun check out dan bergerak awal balik ke negeri asal diaorang. Waktu check out diaorang ni tak menentu, ada kumpulan yang dah check out 8 malam, ada yang lewat sampai tengah malam. Jadi dah jadi tanggungjawab aku selepas diaorang pulang kunci, aku kena spotcheck kerosakan, tutup suis elektrik, Then baru lah aku akan report bahagian reservation untuk pulangkan deposit. Aku start spotcheck dari rumah ke rumah dalam pukul 12 lebih macam tu, rumah yang mereka inap ni berlainan level dan blok, jadi memang akan ambil masa, ada tu yang siap tak berkunci pintu, dibiarkan pintu rumah terbuka,aku lega kerana spotcheck malam tu juga. Walaupun hati aku kuat mengatakan esok pagi sahajalah checkingnya. Kalau tidak, mungkin akulah yang menanggung jika ada kehilangan apa-apa keesokannya.

Awalnya tiada apa pun, semuanya normal, sampailah rumah yang ke dua terakhir aku perlu check, Aku beri salam seperti biasa, buka pintu seluas-luasnya, aku masuk terus ke bilik untuk checking, lepastu tutup semua suis dan keluar semula ke ruang tamu, waktu aku tutup semua suis ruang tamu, aku bergelap tiada lampu, sebabkan itulah aku buka pintu rumah tersebut luas-luas di awalnya, Then, dalam aku berjalan ke arah pintu keluar, tiba-tiba je pintu yang aku buka tersebut dihempas tutup. Berderau lagi d***h aku, tapi kali ni aku menjerit marah, aku katakan “jangan ganggu kerja akulah, aku tak kacau kau pun” sambil berjalan laju ke pintu, aku keluar dan kunci pintu tersebut. Sudah tentu aku berdebar dan menggigil, aku teruskan langkah aku ke lif dan turun ke lobby, lepastu duduk sebentar untuk ambil nafas. Hati aku pujuk aku supaya balik terus ke hostel, dan check rumah terakhir tu esok sahaja, tapi kepala aku pula fikirkan aircond dan suis yang mungkin tak di Off,atau pintu rumah yang mungkin tak dikunci. Nak tak nak, aku kena kuatkan semangat aku untuk habiskan kerja aku malam tu jugak. Dapat sahaja semangat aku balik,aku terus ke rumah terakhir, masuk dan Offkan semua suisnya, keluar dan terus balik ke hostel. Alhamdulillah tiada gangguan di rumah last tersebut, debarannya sampai tahap aku dengar degupan jantung aku sendiri.

Gangguan lain, biasanya macam aku dengar orang sibuk memasak kat hostel, tapi tiada orang pun,. sebab aku tinggal sendirian kan. Kadang air sinki terbuka sendiri. Pengalaman nampak titisan d***h fresh yang bergerak keluar pintu pun aku pernah hadapi disini. Okaylah, Sampai sini jelah aku bercerita, sebab ni last penulisan aku, harap kalian enjoy lah dengan apa yang aku tuliskan. Macam yang kalian baca, aku ni takdelah berani pun, berdebar, menggigil, dan carutan serta marah tu sebenarnya spontan sebab otak kita yang respon.

Apa yang buat aku kuat semangat ialah niat. Semua benda yang kita buat ada niat. Niat aku nak cari rezeki, dan aku sedar serta faham yang kita berkongsi ruang dengan makhluk Allah yang lainnya. Kepada yang kecam aku, aku nak kalian fahamkan dulu penulisan aku dan untuk pengetahuan kalian manager aku tu pun dah peluk islam 2 tahun lepas, tahun 2018. Jadi, apa yang manager aku pesan sebelum dia muslim, aku tak amalkan pun, tapi aku hormat pandangan dia waktu itu, dan aku rasa ada betul juga pandangan dia tu, contoh kenapa dia guna panggilan ‘Atok’.

Seperti yang kalian tahu, Jin ni diberikan keistimewaan oleh Allah dengan mempunyai umur yang panjang, beribu bhai umur diaorang boleh cecah sehinggalah ajal, diorang pun akan m**i juga nantinya. So, mungkin pada manager aku, panggilan Atok tu cara dia untuk tunjuk adab masuk kawasan ‘Dia’. Kita positif jela kan. Yang penting apa ‘Niat’ dia menggunakan panggilan tersebut. Jin ni pun berakal, 90 percent tabiat dia pun macam manusia. Beragama, ada yang atheist, ada juga yang muslim(tapi yang muslimnya tu minoriti sahaja di dunia diaorang), ada yang pandai murtad, ada yang fasikh. Then, mereka ni pun berpuak-puak, berkaum, mempunyai sistem beraja, mempunyai berbilang bahasa dan loghat. Macam kitalah kan, panggil orang yang jauh lebih tua, atok ke, nenek ke, pakcik ke kan, bayangkan aku cincai panggil nenek aku ‘hei Salmah, kau ape kabo?’ marah ke tidak orang tua tu?. Kalau aku masuk rumah kalian tak bagi salam, buat bising sana sini, terpekik sana sini,tak marah ke kalian sebagai Tuan rumah?. Marah kan?. Macam tu jugak lah kaum-kaum jin ni.

Pernah jugak penginap kami di pulau, kumpulan remaja bercampur Lelaki Perempuan. Diaorang booked 2 bilik,Then waktu malam-malam bising,ketawa tak cover,mekik sana sini, tiba-tiba “baaammmm” bunyi pintu dihempas kuat, diam sepi terus seluruh penghuni yang ada di hotel. Jin pun tahu marah juga ya, tak terlindung pun diaorang dari sifat mazmumah macam kita. Jadi jawapan untuk soalan yang tanya aku, apa yang aku amalkan sampai semangat aku kuat macam ni ialah, tiap kali aku buat sesuatu,aku baca Auzubillah(baca habis) atau Bismillah(baca habis), kalian fahamkan maksudnya, itu pun dah buat aku yakin yang aku hanya mengharap Allah sahaja pelindung aku.

Pastu tiap kali aku nak masuk rumah apa pun aku bagi salam. Tapi, yang penting ‘Niat’ aku apa waktu tu. Kita ni solat, kita berwuduk, mandi hadas semua ada lafaz ‘Niat’. Jadi nampak tak pentingnya kita berniat, apa niat yang kita tetapkan dalam hati? dan aku ni bukan jenis menghafal sangat surah. Pernah sekali waktu di universiti, aku rasa badan berat macam kena tindih, tak boleh bergerak, tapi nampak jelas roomate aku kat sebelah tengah main phone, cuba jerit minta tolong macam tak didengari, kalut sangat sampai aku terbaca doa lepas makan, then barulah aku boleh bergerak. Benda spontan kan, aku pun tak tahu kenapalah banyak-banyak surah, aku boleh ingat doa lepas makan je waktu tu. Okaylah, dah jauh benar aku melalut, harap kalian baca dengan minda yang terbuka. Nak kecam aku lagi? Silakan,sebab aku tak bercerita lagi dah disini. Sekian Assalamualaikum.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Lala

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4]

6 thoughts on “Kerja Hotel (Part Last)”

  1. Assalam …
    Penulis ..aduhai ..menulislah lagi ..
    Pedulikan dengan segala kecaman yang datang itu,anggap saja ianya hanya seketul batu yang tidak penting …hanya sekadar sedikit cabaran untuk kejayaan …
    best regard …

    Reply
  2. penceritaan yang bagus…jangan berhenti disini teruskan lagi penulisan. pedulikan kecaman yang diterima…kami penggemar kisah2 misteri sentiasa dahagakan penulisan yang seperti ini.

    Reply
  3. Lala kau ni perempuan ke? Berani betul. Sorang2 buat kerja pun profesional. Kerja bagi siap baru balik. Tapi sepatutnya kau kena fikir keselamatan diri juga. Dibuatnya kau dirasuk atau jumpa penjahat masa check bilik, susah nanti. Manager pun bertanggungjawab la sikit. patut assign 2 orang kalau buat kerja ni malam2.

    Reply
  4. Salah ke kita menghormati makhluk lain, terutamanya kaum jin tu. Bukannya nak jadikan saka, sahabat atau apa2 pun. Mereka pun x nak tunjukkan diri pada kita kalo x de sape suruh. Tapi tentulah akan ganggu jika kita biadap, tidak sopan. Bukan ke manusia dan jin itu hidup didunia dan diakhirat, eragama dan diperhitung amalan dengan balasan syurga dan neraka

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.