Kerna Rindu Kot

Assalamualaikum warga FS. Thanks admin sbb approve kisah aku. Aku nurul. Kisah aku ni terjadi dalam awal tahun lepas. Kejadiannya di Melaka.
Aku n husband menetap di utara. Awal tahun lepas aku dan husband ambil cuti untuk menjenguk mamanya di Melaka. Pada siang hari kami bersiar2 sekitar Bandar Melaka. Kami berjalan sampai ke malam. Husband aku mahu pantai. Ketika itu aku yang memandu kereta kerana dia dah seharian memandu dari utara. Tugas dia memegang anak yang berumur setahun.

Dalam perjalanan bersiar-siar tu husband aku bercerita kisah-kisah nakal yang dia buat ketika muda remaja brsama-sama kawan-kawannya. Dia bercerita pernah memanggil hantu di sebuah rumah kosong menggunakan permainan “spirit of the coin”. Sedang rancak bercerita tiba-tiba dia tunjukkan rumah kosong yang kononnya dia pernah pergi. Aku yang tengah memandu ni hanya memandang sekilas bentuk rumah tu. Memang kosong dan terbiar rumah banglo tu. Kawasan rumah tu gelap dan berlumut dinding menandakan rumah tu memang sudah terbiar lama. Ayat yang aku xboleh lupa husband aku tunjuk rumah tu “tu lah rumah yang sy dok main spirit.memang keras rumah tu”. Aku menegah dia brcakap yang bukan-bukan sebab ketika tu hari dah larut malam. Kalau xsilap aku dh jam 10.00 malam.

Pada mulanya husband aku ok xda apa-apa tetapi mula beriak pelik selepas 100 meter dari rumah tu. Dia gelisah, terketar-ketar sejuk. Dia genggam tangan aku nak kurangkan sejuk. Aku naik hairan sebab kereta dah tutup penghawa dingin. Aku rasa dahinya ingatkan dia demam tapi suhunya biasa je. Dia pakai sweater berlapis-lapis. Anak dipangkuannya diletakkan ke kerusi belakang bersama anak-anak yang lain. Aku bertambah pelik sebab sepanjang perjalanan tu aku jadi tak sedap hati. Hati aku berdebar-debar. Bulu roma aku meremang di tengkuk tanpa sebab. Aku dah rasa lain macam. Husband aku masih lagi gelisah sejuk… sejuk.

Sesampai sahaja di rumah mama, husbandku terus masuk bilik berselubung dalam selimut. Anak-anakku yang lain aku arahkan duduk diruang tamu. Aku yang panik tak tau dah nak buat apa-apa memandangkan kejadian ni pertama kali kami alami sepanjang perkahwinan. Aku panggil anak lelaki ku yang berumur 15 tahun masuk ke bilik. Aku minta dia azankan di telinga abinya. Percubaan demi percubaan tetapi tak berjaya. Aku menyuruh dia tenang dan percubaan kali ke 6 baru boleh anakku azan dengan sempurna. Aku berlari ke dapur mama mencari air zam zam yang disimpan di atas almari. Mama bertanya kenapa aku kelam kabut. Aku hanya diam dan cuba nak selindungkan perkara ini dari mama. Aku xmau satu rumah diserang panic.cukup la aku ja yang panic skang ni.

Sesudah aku bawa air zam-zam ke bilik, husband aku memandang aku dengan pandangan yang cukup tajam. Bagi aku rupe dia pun macam berubah seram. Dia cuba mengelak dari aku. Aku datang dan duduk disebelahnya. Aku basahkan tapak tanganku dan meraup muka husbandku dengan air zam zam sambil tu aku membaca ayatul kursi. Aku basahkan seluruh badannya. Bila aku cuba untuk basahkan kakinya dia tiba-tiba pandang aku dengan tajam sambil cakap panas. Aku terkejut sebab keadaan dia yang terketar-ketar sejuk tadi dah berubah panas? Bilik tu aku lupa untuk membuka tingkap dan keadaan bilik tu bercahaya suram sebab lampu bilik husband ku xbagi pasang. Aku membuat kerja-kerja ku berpandukan cahaya lampu dari lampu jalan di luar. Aku bangun nak menyapu air di kakinya. Husbandku tiba-tiba ketawa dengan suara yang bagi aku bukan suaranya. Begitu kasar dan sinis. Lagipun apa punca dia nak ketawa aku pun kurang faham. Mukanya berubah seram ketika ketawa tu. Aku teruskan juga menyapu air zam zam ke badannya sambil membaca 3 qul.

Sedang aku seram dengan riaknya aku dikejutkan pulak dengan angin ribut di luar rumah. Aku dah risau sebab sekeliling rumah mama ni banyak pokok yang besar-besar. Aku risau pokok tumbang. Husband aku dah nampak kurang sejuknya setelah setengah jam. Dia dah boleh bercakap macam biasa tetapi masih lemah. Ayat yang aku xboleh terima tu dia cakap ada angin suam-suam tiup lehernya sebelum die rasa nak ok. Aku cakap dalam bilik ni kipas pun xpasang apatah lagi tingkap x berbuka. Xada angin yang masuk pun.

Bila aku tengok keadaan dia yang beransur pulih, aku keluar bilik dan bertemu mama. Aku cerita hal ini dengan mama. Mama terkejut tetapi bersyukur xada apa-apa yang teruk berlaku. Aku pergi keluar pula dan kebetulan birasku ada diluar sedang kemas keretanya. Aku tanyakan angin ribut yang kuat tadi. Dia macam terkejut sebab sepanjang aku balik dan terus kebilik tadi dia ada diluar membelek kereta.tak ada angin ribut seperti yang aku ceritakan td. Aku hanya diam dan faham. Jam dah menunjukkan ke angka 2 pagi. Aku dan anak-anak ku tidur di ruang tamu kerana xmahu mengganggu abinya.

Esok paginya husband ku dah ok. Aku berseloroh dengannya, “benda” tu rindu ngan abg kot… tu yang abg lalu dia terus nak melekat. Memang nasib baik “benda” tu hanya acah-acah manja macam tu. Kalau tak, berhuhu lah aku.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

HUDA

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

23 thoughts on “Kerna Rindu Kot”

    • alhamdulillah xnmpak apa2..sbb spnjg prjlnan baca ayat pendinding diri..xbleh baca kt mulut sbb kaku..bleh baca dlm hati..tu pn kekadang berterabur..

      Reply
  1. Tahniah nak..
    Ni la gaya wanita matang..tak gelabah tak putus asa..satu lg bukti orang biasa pun boleh halau jin.hanya perlukan minda dan keazaman

    Reply
    • dia kata diorg main bnda tu..dlm dok panggil tu lmbaga putih dh dtg..xnk lepas depa..pnyudahnya sy xtau sbb suami xcerita..

      Reply
  2. Perghh kuat nya kau kak. Kalau Aku awal2 Dah mencicau panggil family Aku. Respect kat puan! Boleh handle bnda2 Tu sorang diri dlm bilik yg kelam n suram. Yg penting kn yakin dgn ayat Quran kan.. pengajaran ni

    Reply
    • sbnarnya takut juga..tp dh selalu sgt trjumpa “bnda2” n gangguan ni dr kecik..jd terpaksa bertabah la even kecut perot..

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.